Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, December 22, 2009

Anak kita..Tanggungjawab Bersama.: Pada hari minggu yang lalu..saya dan isteri berkesempatan bersama anak-anak .. http://bit.ly/82LKGM

Monday, November 30, 2009

Majlis Perjumpaan di Pasir Penambang.: Pertemuan dengan penduduk-penduduk Pasir Penambang, Kuala Selangor.Majli.. http://bit.ly/4Xb2E3

Monday, November 9, 2009

Bersama Masyarakat Cina: Antara tetamu yang hadir..Masyarakat Cina menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi ke.. http://bit.ly/1QsLVN

Monday, October 26, 2009

Jom Ikut Saya !!!: Tidak sia-sia saya menghabiskan masa di hari minggu semalam,hampir enam jam,dari jam 12.30tg.. http://bit.ly/195Yyb

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Deeparaya Kg Bistari Jaya: Bersama pemimpin masyarakat India..Mendengar masalah penduduk india di Kg.Bis.. http://bit.ly/ASBlk

Wednesday, October 14, 2009

Bersama saya Di TV1 malam ini..Jomm..!: Salam 1 Malaysia...!! Sila tonton Program Dialog Bersama Menteri, bersa.. http://bit.ly/17ifR9

Tuesday, October 6, 2009

Charles Santiago Tidak Layak Jadi Ahli Parlimen!: Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang dalam blognya dan juga .. http://bit.ly/luqcv

Friday, October 2, 2009

Check Betul-betul..!!: MB tidak dapat maklumat tepat - SamadSELAYANG 1 Okt. - "Menteri Besar mendapat maklumat .. http://bit.ly/jTR8E

Tuesday, September 29, 2009

SUBSIDI BERAS UNTUK GOLONGAN MISKIN: Setelah duduk berbincang dengan mengambil kira cadangan, pendapat, aduan d.. http://bit.ly/WsTp0

Wednesday, August 26, 2009

Pertanian Adalah Perniagaan: Orang ramai yang hadir dan juga pegawai dari jabatan dan agensi di bawah MOA yang t.. http://bit.ly/edi6n

Monday, August 17, 2009

Apa Saja Untuk Popular..??: Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memperkatakan perihal yang berkaitan denga.. http://bit.ly/LEfXU

Wednesday, August 5, 2009

Kena Selar..??Saya Tak Gentar!!!: Saya tertarik dengan stament Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dalam Haraka.. http://bit.ly/18xMyX

Tuesday, August 4, 2009

MELAYU DIPERKUDA..???: Saya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku dua hari lepas. Perhimpunan haram yan.. http://bit.ly/67lIT

Friday, July 31, 2009

Dari Kuala Lumpur ke Sulawesi..: Hari kedua saya di Sulawesi. Lawatan kerja ini adalah susulan dari lawatan Y.A... http://bit.ly/nfAsP

Friday, July 24, 2009

PERUNTUKKAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI SELANGOR: Saya selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Ne.. http://bit.ly/EEYK1

Tuesday, July 21, 2009

LARANGAN PEGAWAI PERTANIAN HADIRI MESYUARAT DI NEGERI PEMBANGKANG: Banyak feed back yang saya dapat selepas meng.. http://bit.ly/kZVsc

Monday, July 20, 2009

Baru selesai sampaikan APC LKIM, selepas ini akan pengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Selangor dan sampaikan elaun guru KAFA.
PERJUANGAN POLITIK BANGSA !: Pelancaran Logo One Malaysia UMNO Tanjong Karang oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassi.. http://bit.ly/3eq7Dj

Sunday, July 19, 2009

http://ping.fm/A5dL8
GILA KUASA !!!: http://bit.ly/wcnTS

Friday, July 17, 2009

MANEK URAI ANAK ANGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Majoriti kemenangan Pas di Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai sebanyak 65 undi menggambarkan bahawa UMNO Kelantan telah kembali mendapat kepercayaan rakyat khususnya di Manek Urai. Lebih menggembirakan apabila sokongan pengundi muda menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Ini jelas membayangkan betapa rakyat Kelantan pada keseluruhannya menginginkan perubahan dari segi pembangunan yang lebih baik. Atau mungkin juga rakyat mula sedar bahawa selama ini mereka hanyalah digula-gulakan oleh janji-janji kosong manifesto puak pembangkang. Yang penting di sini, tampak jelas..Kerajaan PAS di negeri Kelantan tidak akan mampu membangunkan Negeri Kelantan bersendirian.

Bertitik tolak dari situ, saya telah mengumumkan bahawa, Manek Urai akan dijadikan anak angkat kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi memudahkan kerajaan Barisan Nasional membantu membangunkan sektor pertanian di situ semata-mata ingin mengeluarkan rakyat Kelantan dari kepompong kemiskinan tegar.

Jelas, Kerajaan Barisan Nasional tidak pilih kasih dalam merealisasikan agenda pembangunan buat rakyat. Berkempen atau tidak...Rakyat tetap didahulukan..Prestasi diutamakan!
MANEK URAI ANAK ANGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Majoriti kemenangan Pas di Pilihanraya Keci.. http://bit.ly/rMnwj

Thursday, July 16, 2009

Manek Urai oh Manek Urai...: Dalam seminggu dua ini..jadual kerja saya banyak bertumpu kepada membantu jentera p.. http://bit.ly/leI5r

Monday, July 13, 2009

Manek Urai oh Manek Urai...

Dalam seminggu dua ini..jadual kerja saya banyak bertumpu kepada membantu jentera parti berkempen di Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai,Parlimen Kuala Krai, Kelantan. Saya turut menyampaikan sumbangan kementerian yang berupa bantuan dan insentif serta beberapa buah traktor kepada Pertubuhan Peladang Kuala Krai.

Manek Urai..Satu nama yang cukup unik bagi saya membuatkan hati ini tertarik untuk meneroka ke seluruh pelusuk yang mewakili nama Manek Urai itu. Melihat majoriti penduduknya terdiri daripada Bangsa Melayu..kehijauan kampung yang masih belum tercemar..keadaan bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti pertanian..membuatkan saya terfikir bahawa..bidang pertanian boleh menjadi penjana ekonomi yang paling rancak buat Rakyat Kelantan khususnya di Menek Urai. Tidak keterlaluan jika saya katakan Negeri Kelantan boleh dibangunkan sebagai model Negeri Melayu yang termaju di negara ini.

UMNO memperjuangkan Melayu bukan semata-mata kerana Melayu tetapi kerana Melayu itu adalah Islam. Takrif Melayu adalah Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Sebagai umat Bangsa Melayu,sepatutnya kita berbangga kerana tiada satu pun bangsa di dunia ini yang benar-benar mendapat pengiktirafan oleh kerajaan masing-masing terhadap status agama sesuatu bangsa itu..kecuali di bumi bertuah kita, MALAYSIA yang berpaksikan Kerajaan Barisan Nasional. Fikir-fikirkanlah..

SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI MANEK URAI..!!

Wednesday, July 1, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

Skim Pembiayaan Pertanian Agrobank


MODAL PUSINGAN

Kontrak Tani >>Menyediakan kemudahan kredit pusingan untuk kerja-kerja kontrak

Tempoh/Had Pinjaman : 1 Tahun (Boleh diperbaharui)
Projek : Kontrak Pertanian berasaskan inden kerja yang dianugerah oleh badan pertanian
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 1% sebulan atau 12% setahun


Niaga Tani >>Membantu Usahawan Tani menyediakan model ala Over Draf

Tempoh /Had Pinjaman : 1 Tahun (Boleh diperbaharui)
Projek : Kontrak Pertanian, Modal Pusingan, Bahan Mentah serta upah pekerja
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 2% setahun melebihi KABP

SKIM KHAS

Tabung Makanan 3F >>Menggalakkan pelaburan di sektor pengeluaran makanan utama

Tempoh /Had Pinjaman : RM10,000 – RM10 Juta (Sehingga 10 Tahun)
Projek : Pengeluaran, Pemprosesan & Pemasaran Makanan Tanaman, Ternakan & Perikanan
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan

Skim Kredit Pengeluaran Makanan >> Meningkatkan Aktiviti Pengeluaran makanan dalam negara

Tempoh /Had Pinjaman: Tidak melebihi RM500,000 (Tidak melebihi 8 tahun)
Projek : Semua aktiviti pengeluaran makanan dalam negara
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan

Skim Kredit Padi >> Meningkatkan Pengeluaraan Hasil Padi di kawasan jelapang padi Negara

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM 5,000/musim [Sehingga 6 bulan (1 musim)]
Projek : Semua aktiviti pengeluaran tanaman padi
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4% dari jumlah pinjaman bagi tempoh 1 musim


Skim MPPB >> Menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera dalam sektor pertanian

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM 10,000 – RM 5 juta (Tidak melebihi 10 tahun)
Projek : 1. Sektor pertanian komersil
2. Sektor industri pembuatan/pemprosesan asas pertanian
3. Perkhidmatan pertanian
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 3.75% setahun atas baki bulanan

Skim LITS >> Untuk menambah pendapatan pekebun kecil getah melalui peningkatan hasil torehan dan mengatasi masalah kekurangan tenaga penoreh getah melalui pengurangan kekerapan bilangan hari menoreh

Tempoh /Had Pinjaman : RM 1, 000 Sehektar dengan pecahan berikut;
1. 70% dalam bentuk geran
2. 30 % dalam bentuk pembiayaan (pinjaman)
[ Tempoh 12 bulan termasuk 2 bulan penangguhan ]
Projek : 1. Keluasan tanah getah yang dimiliki atau diusahakan melebihi 4 hektar sehingga 40.5 hektar. Teknologi LITS yang diiktiraf oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)
2. Peralatan perkakasan dalam teknologi LITS: Baja, Alat kalis hujan Peralatan kutipan hasil, Premium takaful, Bayaran guaman
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Secara Al-Bai’Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 3% setahun

Skim Usahawantani Komersial Sistawazah >> Mengurangkan kadar pengangguran dikalangan siswazah dan mewujudkan siswazah tani komersil

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM 50,000 sehingga 6 tahun
Projek : Semua aktiviti pengeluaran pertanian komersil dalam bidang huluan dan hiliran (Projek jangka pendek dan sederhana; 1-5 tahun)
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 3% setahun atas baki bulanan

Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit >> Menggalakkan tanaman semula tanaman kelapa sawit yang tidak lagi produktif

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM6,000/ha (Sehingga 10 tahun)
Projek : Tanaman kelapa sawit sehinnga 100 ekar
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4% setahun atas baki bulanan

Skim Belia Tani >> Membantu golongan belia mempertingkatkan diri dalam aktiviti pertanian dan industri asas tani

Tempoh /Had Pinjaman : RM 5,000 hingga RM 50,000 (Tidak melebihi 84 tahun)
Projek : Semua aktiviti dalam industri huluan dan hiliran berasaskan pertanian dan asas tani
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4% setahun atas baki bulanan

Skim Kredit Mikro >> Skim modal usahawan tani adalah merupakan lanjutan dari Skim Kredit Mikro (SKM) yang telah diperkenalkan oleh Agrobank kepada peminjam yang mengusahakan projek pertanian dan industri asas tani

Tempoh /Had Pinjaman : Merupakan usahawan individu atau berkumpulan yang menjalankan projek separuh masa/sepenuh masa untuk PEMBESARAN perniagaan atau projek
Projek : Menyediakan kemudahan kredit kepada Usahawan Mikro yang menjalankan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan, pemasaran dan keperluan kepenggunaan bagi semua sektor ekonomi
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Rebat 20% atas faedah yang telah dibayar


Tabung IKS ke2 >> Untuk membiayai modal kerja usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di adlam sektor pembuatan berkaitan dengan pertanian

Tempoh /Had Pinjaman : Minimum RM50,000 Maksimum RM5 juta (Tidak melebihi 5 tahun)
Projek : 1. Jentera/peralatan ladang.
2. Pembangunan ladang & bangunan.
3. Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Pemprosesan makanan.
4. Pembungkusan makanan/pengetinan
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4 - 6 % setahun, berdasarkan pada tahap risiko pembiayaan


PKS >> Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Bank telah diperuntukkan dana untuk pembiayaan Skim PKS untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana

Tempoh /Had Pinjaman : Had pembiayaan ;
1. minimum – RM10, 000
2. maksimum – a) RM5 juta
b) Kemudahan pusingan RM1 juta
Projek : 1. Pembiayaan berjangka: maksimum 120 bulan (10 tahun)
2. Kemudahan pusingan: berterusan tertakluk kepada semakan tahunan
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 3.75% setahun dikira atas baki bulanan

Thursday, June 25, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

INSENTIF TERNAKAN

  • Telur Ayam

1. Penternak Kecil RM411.00 / mt

2. Penternak Komersil RM137.00 / mt

  • Susu

1. Penternak Kecil RM195.00 / mt

2. Penternak Komersil RM65.00 / mt

  • Daging Kambing

1. Penternak Kecil RM906.00 / mt

2. Penternak Komersil RM302.00 / mt

  • Unggas

1. Penternak Kecil RM780.00 / mt

2. Penternak Komersil RM260.00 / mt

  • Daging Lembu

1. Penternak Kecil RM1,122.00 / mt

2. Penternak Komersil RM374.00 / mt

  • Daging Babi

1. Penternak Kecil RM774.00 / mt

2. Penternak Komersil RM258.00 / mt



Monday, June 15, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

SKIM BANTUAN BENCANA ALAM & KEBAJIKAN NELAYAN


KADAR BANTUAN/SUMBANGAN

• KEMALANGAN DIRI

I. Khairat Kematian (RM4,000.00)
II. Keilatan Kekal (RM4,000.00)
III. Hilang Upaya Kekal (RM10,000.00)
IV. Masuk Wad [lebih 3 hari] (RM1,000.00)

• KEHILANGAN & KEROSAKAN HARTA BENDA

I. Bot (RM15,000.00)
II. Sampan (RM6,000.00)
III. Rumah (RM8,000.00)
IV. Pukat dan lain-lain peralatan penangkapan ikan (RM3,000.00)

KELAYAKAN MEMOHON

• Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Sabah dan mempunyai kad nelayan, atau ;
• Nelayan yang mempunyai kad e-Diesel dan kad e-Petrol,
atau ;
• Nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c.

CARA MEMOHON

• Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati daripada :

I. Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan
II. Laman web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia : http://www.lkim.gov.my

Sunday, June 7, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

SUBSIDI SECARA TUNAI KEPADA PETANI

1)PADI

SKIM SUBSIDI HARGA PADI : Bantuan bayaran kepada pesawah - RM248.10 bagi setiap tan metrik padi yang dijual pada pengilang BERNAS atau swasta.

INSENTIF PENINGKATAN HASIL : Insentif yang diberikan kepada pesawah apabila terdapat peningkatan hasil sekurang-kurangnya 1% daripada musim asas - RM650.00 setiap tan kenaikan.

INSENTIF TANAMAN :
a)Sayur-sayuran : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM81 bagi setiap metrik tan.

b)Buah-buahan : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM78 bagi setiap metrik tan.

SUBSIDI / INSENTIF DALAM BENTUK INPUT

1)Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan
- Bantuan ini diberi dalam bentuk baja : 240kg setiap hektar bagi baja sebatian (12 beg@20kg/beg)dan 100kg baja urea setiap hektar (5 beg@20kg/beg)
- Bantuan dalam bentuk baja tambahan NPK : 3 beg@50kg per beg dengan kadar RM400 sehektar.

2)Insentif Pengeluaran Padi - untuk mengurangkan kos pengeluaran akibat kenaikan harga input dan perkhidmatan.
- Baja Taambahan : Maksimum RM140 setiap hektar semusim
- Bantuan Pembajakan : Maksimum RM100 setiap hektar semusim

3)Insentif Benih Padi Sah - Pelaksanaan program penggunaan Benih Padi Sah akan dimulakan di Semenanjung Malaysia mulai dari musim 1/2009 dan seterusnya program ini akan dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak.
- RM 0.50 sekilogram kepada pengeluar-pengeluar Benih Padi Sah.

4)Insentif meningkatkan Beras Negara
a) Kapur + Upah : 3mt/ha/3tahun@250/ha. Bahan-RM750 , Upah-RM100
b) Baja Tambahan NPK : 150kg/ha@6 beg@25kg - RM518.40
c)Bantuan Kawalan Makhluk Perosak : RM200 sehektar semusim - kupon.

2)BERAS

1)Insentif Kepada Pengilang Beras
- Bayaran insentif yang diberikan kepada pengilang-pengilang beras yang mengeluarkan beras Super Tempatan.
- RM800 setiap metrik tan beras Super Tempatan 15%.

2)Subsidi Beras Sabah Sarawak
-Beras Super 15% - Harga Borong RM1350.00 bagi setiap metrik tan.
-Beras Super 5% - Harga Borong RM2100.00 bagi setiap metrik tan.

Saturday, May 30, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

Program bersama Nelayan Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.

Program bersama penanam-penanam padi KADA di Mulong.

Sesi dialog bersama petani dan nelayan di dua program di Mulong dan Pengkalan Chepa,Kelantan.
Lawatan ke dua tapak projek perikanan dan pertanian di Kelantan.
Wahhh...nampaknya lama sudah saya tidak berkesempatan menulis di blog.Bukan sudah lupa...tapi saya agak sibuk mendengar taklimat dan juga membuat lawatan kerja ke agensi-agensi yang berada di bawah kementerian ini tidak ketinggalan juga lawatan ke projek-projek pertanian yang sedang dilaksanakan di merata tempat seluruh Malaysia.

Seperti biasa, saya membuat sesi dialog bersama petani,penternak dan juga nelayan sebelum sesebuah program itu berakhir. Saya agak terkilan apabila mendengar rintihan kumpulan sasaran ini yang rupanya tidak pernah tahu adanya pelbagai insentif dan bantuan kerajaan untuk mereka.

Maka dengan itu, saya telah mengarahkan pihak kementerian agar meningkatkan usaha penyampaian dan penyebaran maklumat kepada kumpulan sasar ini.Kesempatan di sini saya ambil untuk mewar-warkan insentif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.Jadi, kepada rakan-rakan blogger, besar harapan saya agar dapat membantu mewar-warkan lagi maklumat ini kepada sanak-saudara dan sahabat taulan yang terlibat.

Subsidi dan insentif untuk Nelayan dan keluarga Nelayan

1)Elaun Sara Hidup Bulanan :
Diberikan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga tempatan yang bekerja di atas vessel berlesen. Elaun RM200 sebulan. Pada tahun 2008 sebanyak RM61.35 juta dibelanjakan untuk membayar elaun sara hidup kepada seramai 34,125 orang penerima.

2)Diesel dan Petrol Subsidi :
Diberikan kepada nelayan yang menggunakan vessel berjentera dan vessel berjentera sangkut bagi membantu meringankan kos operasi menangkap ikan. Nilai subsidi RM1.43 sen. Pada tahun 2008 sebanyak lebih RM880.93 juta dibelanjakan untuk membayar subsidi diesel dan petrol kepada 34,752 orang penerima.

3)Bayaran Insentif Hasil Tangkapan Ikan :
Diberikan kepada pemilik vessel perikanan yang berlesen berdasarkan hasil tangkapan ikan pada kadar 10 sen per kilogram. Pada tahun 2008 sejumlah RM15.59 juta dibayar kepada 19,888 pemilik vessel dengan jumlah hasil tangkapan sebanyak lebih 21.13 juta kilogram.

Insentif Pengeluaran Sektor Perikanan Akuakultur
Jumlah Nilai Insentif yang dikeluarkan pada tahun 2008, RM25.14 juta. Penerima seramai 2,260 orang.

1)Udang Laut
Penternak kecil RM1,560 per tan metrik
Separa Komersil RM780 per tan metrik
Penternak Komersil RM520 per tan metric

2)Ikan Laut
Penternak Kecil RM1,650 per tan metric
Separa Komersil RM 825 per tan metric
Penternak Komersil RM 550 per tan metric

3)Ikan Air Tawar
Penternak Kecil RM570 per tan metric
Separa Komersil RM285 per tan metric
Penternak Komersil RM190 per tan metrik

Tuesday, May 12, 2009

AGENDA MEMBELA PETANI,PENTERNAK DAN NELAYAN


Antara intipati ucapan Perhimpunan Bulanan KPIAT saya yang pertama:

Kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(KPIAT) adalah tanggungjawab dan amanah rakyat dan Negara yang wajib saya jayakan dengan baik dan sempurna.Bahu saya memikul tugas yang berat bagi memastikan dasar-dasar yang digubal bagi membangunkan sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi.Dasar Pertanian Negara umpamanya menggariskan tiga perkara penting iaitu:

• MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN SEKTOR PERTANIAN MELALUI PENGGEMBLENGAN SUMBER-SUMBER NEGARA SECARA CEKAP DAN BERKESAN SUPAYA SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA DAPAT DIPERGIATKAN SEMULA.

• MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN KECIL MELALUI PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN SUPAYA KADAR KEMISKINAN DAPAT DIKURANGKAN DAN KUALITI HIDUP KELUARGA DIPERBAIKI.

• MEMAJU DAN MENINGKATKAN HASIL SERTA MUTU KOMODITI YANG MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK EKSPORT ATAU BAHAN GANTIAN IMPORT DAN KOMODITI TERPILIH UNTUK BAHAN MAKANAN DAN PERINDUSTRIAN.

KPIAT yang berkeluarga besar ini,mempunyai 3 jabatan dan 10 agensi.Dalam menjayakan agenda besar kementerian,kita hendaklah bersama dalam segala tindakan.

Klien kita adalah rakyat,secara khususnya golongan sasar kita adalah petani, penternak dan nelayan.Kalau fokus terhadap memaksimumkan pendapatan sektor pertanian,sudah tentunya golongan sasar ini tidak boleh kita pinggirkan.Malang sekali hakikatnya golongan ini iaitu para petani,penternak,peladang dan nelayan masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan.Pelbagai masalah yang tampak remeh tapi merupakan perkara-perkara asas terpaksa dihadapi sehingga menghalang mereka daripada berjaya seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.Ini adalah realiti kesukaran hidup para petani kita yang sepatutnya tidak lagi dialami pada abad ke-21 ini.

Kenapa dan mengapa perkara ini berlaku……..?

Thursday, May 7, 2009

AYAM..AYAM..AYAM..!!!

Hari ini saya telah berjumpa dengan Persatuan Penternak Ayam yang mewakili para penternak ayam untuk membincangkan isu berhubung dengan kenaikan harga ayam di pasaran tempatan. Isu ini telah mendapat perhatian media sepanjang minggu lepas dan saya tahu, isu ini juga menarik perhatian pelbagai pihak, baik penternak, pemborong, peruncit mahupun pengguna termasuklah Kerajaan Barisan Nasional yang tidak memandang remeh tentang isu ini.

Jadi, selaku menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengambil langkah untuk bersemuka dan mengenalpasti masalah yang sebenar. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan selama dua jam itu. Antara hasil perbincangan, kementerian telah bersetuju untuk membenarkan pengimportan ayam dengan syarat, bekalan ayam tersebut hendaklah dari negara-negara yang bebas penyakit dan paling penting ia adalah halal.

Selain itu kita juga menerima cadangan untuk mewujudkan stok penimbal ayam bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan. Stok penimbal ini berfungsi sebagai salah satu mekanisma yang dilihat dapat membantu mengawal harga ayam. Yang mana, apabila pengeluaran ayam tempatan berkurangan, kerajaan akan mengeluarkan stok ini ke dalam pasaran bagi memenuhi permintaan. Saya telahpun meminta Jabatan Veterina menyediakan kertas kabinet mengenai perkara ini untuk dibentangkan pada sidang kabinet akan datang.Bagaimanapun ingin saya maklumkan bahawa pengeluaran ayam tempatan adalah mencukupi.

Wednesday, April 29, 2009

RESPON DARI TEKUN

Salam sejahtera kepada para blogger..setelah pelbagai aduan yang saya terima berkaitan dengan pembiayaan TEKUN di blog ini..maka saya telah meminta CEO TEKUN,Dato'Rahim untuk memberi laporan kepada saya berkenaan dengan situasi sebenar yang berlaku.Berikut adalah maklum balas yang diberikan :

Salam Hormat YB Dato' Noh dan semua pengunjung blog ini,

Dengan hormat dan takzimnya, pihak TEKUN Nasional ingin memberikan jawapan kepada aduan yang dikemukakan di laman blog ini.

Terlebih dahulu, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, saya ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh semua pengadu.

Untuk makluman, semua permohonan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dari pihak TEKUN Nasional masakini terdapat kelewatan dalam urusan memproses permohonan tersebut disebabkan oleh jumlah permohonan pinjaman yang diterima oleh TEKUN Nasional mulai awal tahun ini adalah diluar jangkaan. Dalam tempoh tiga bulan pertama sahaja tahun 2009 ini, pihak TEKUN Nasional telah meluluskan dan mengeluarkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM 162 juta kepada 14,391 orang usahawan. Dalam masa yang sama juga, sehingga 15 April 2009, TEKUN Nasional sedang memproses permohonan pembiayaan pinjaman dari 8,904 orang pemohon dengan nilai permohonan sebanyak RM 221 juta. Untuk makluman semua pihak, pembiayaan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh TEKUN Nasional pada tahun 2008 adalah berjumlah RM 358 juta berbanding dengan pembiayaan yang dikeluarkan pada tahun 2007 adalah hanya RM 127 juta.

Pada tahun ini jumlah permohonan pembiayaan dijangka akan terus meningkat disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang mendorong ramai rakyat negara ini menceburi bidang usaha niaga bagi menjana pendapatan mereka lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang diberhentikan kerja. Oleh yang demikian TEKUN Nasional telah menjadi institusi tumpuan bagi mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan.

Disamping itu, dalam kesempatan ini juga, saya ingin merayu kepada para peminjam dan usahawan TEKUN yang sediada, supaya dapat membuat bayaran balik pinjaman mereka sepertimana yang dijanjikan, oleh kerana wang bayaran balik tersebut yang diterima oleh TEKUN Nasional akan disalurkan pula kepada pemohon-pemohon yang baru. Sekiranya bayaran balik ini lambat diterima oleh TEKUN Nasional, maka ianya juga akan menyebabkan kelewatan menyalurkan pembiayaan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang baru yang memerlukan.

Adalah juga dimaklumkan, sekiranya para usahawan TEKUN menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka disebabkan oleh kegawatan ekonomi, maka mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai TEKUN di Pejabat-pejabat TEKUN yang mereka berurusan diseluruh negara untuk menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mereka.

Sehubungan dengan ini juga, TEKUN Nasional ingin memaklumkan bahawa semua permohonan yang diterima oleh Pejabat TEKUN diseluruh negara akan diproses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya secepat yang mungkin.

Sekiranya saudara dan saudari mempunyai sebarang masalah dan kesulitan berhubung dengan permohonan pembiayaan dengan TEKUN Nasional harap dapat hubungi Unit Pengaduan Awam di bawah Jabatan Pemantauan dan Tugas-Tugas Khas TEKUN Nasional ditalian 03-90588550 atau e-mail terus kepada Encik Mohd Yusri Mohd Yusob, Ketua Jabatan berkenaan menerusi : yusri@tekun.gov.my

Bagi pihak TEKUN Nasional, saya juga ingin memohon maaf kepada semua pemohon yang terlewat mendapatkan pembiayaan pinjaman mereka. Insya Allah, saya dan warga kerja TEKUN Nasional diseluruh negara akan mempertingkatkan lagi kecekapan kami dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi Sistem Penyampaian TEKUN Nasional selaras dengan amalan penambahbaikan berterusan TEKUN Nasional. Kami juga komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Insya Allah.

Sekian, Untuk makluman. Terima Kasih.

DATUK ABDUL RAHIM BIN HASSAN
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional.

Monday, April 27, 2009

PAKATAN RAKYAT JANGAN DOK CARI SALAH ORANG !!!

Kenyataan saya berkenaan dengan tindakan kementerian saya untuk tidak melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang telah mendapat reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak.

Saya ada membaca komen beberapa pihak termasuklah kenyataan YB Tuan Ean Yong Hian Wah,EXCO Negeri Selangor di laman SelangorKini Online yang mengecam tindakan ini dan mengatakan Kerajaan Barisan Nasional tidak bertanggungjawab menggunakan wang rakyat untuk meraih sokongan politik daripada golongan petani.Tidak kurang juga yang mengatakan tindakan ini adalah untuk saya meraih populariti tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Saya tegaskan di sini bahawa apa yang dilakukan adalah untuk menjaga kepentingan parti Barisan Nasional dan para penyokong.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan(JKKKP)adalah saluran khas yang diwujudkan di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang bagi memastikan semua rakyat mendapat bantuan terus dari Kerajaan Pusat termasuk dalam pembangunan pertanian.Ini adalah penting bagi membolehkan rakyat tahu bahawa bantuan yang disalurkan ini adalah daripada Kerajaan Pusat seterusnya mengelakkan perkara ini dipolitikkan pihak pembangkang.Jadi tidak timbul soal Kerajaan Pusat membeza-bezakan rakyat dalam soal memberi bantuan. Malah cara ini membolehkan kita memastikan seluruh rakyat yang layak,menerima bantuan sepatutnya tanpa ada keciciran. Lagipun pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai bantuan kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu..jadi eloklah mereka mengotakan janji-janji mereka kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mencari salah orang lain.

Saya juga mendapat tahu banyak tindakan Pakatan Rakyat yang juga bertentangan dengan hasrat rakyat seperti menggunakan taktik kotor dengan memaksa rakyat mengisi borang-borang keahlian parti-parti gabungan PR sebelum sebarang bantuan dapat diberikan mahupun yang ingin berurusan dengannya seperti mendapat tender dan kontrak kerajaan negeri.Sebagai contoh di Selangor,permohonan kontraktor kelas F hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat PKR.Jangan Kerajaan Negeri Selangor menidakkan fakta ini.Jadi apa salahnya saya mengenakan syarat iaitu jika nak berurusan dengan MOA,badan pusat maka perlulah mendapat sokongan JKKKP dan bukannya JKKK! Saya tak minta rakyat isi borang UMNO, MCA, MIC atau Gerakan pun..!!

Saturday, April 18, 2009

JKKK di Negeri Pembangkang Tidak Dilayan

KUALA SELANGOR 16 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu selaras dengan surat pekeliling yang diputuskan oleh Kabinet bagi mengelak bantuan berkenaan dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau menjelaskan, pertimbangan untuk meluluskan bantuan atau insentif menerusi kementerian tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Katanya, JKKKP merupakan satu saluran yang disediakan khas bagi memastikan semua rakyat mendapat bantuan secara terus daripada Kerajaan Pusat termasuk dalam pembangunan pertanian.

“Pengesahan ini penting bagi membolehkan rakyat tahu bahawa bantuan untuk sektor pertanian adalah daripada Kerajaan Pusat selain menggelak perkara ini dipolitikkan pihak tertentu terutamanya pihak pembangkang.

“Malah saya difahamkan di Selangor, kerajaan negeri mempunyai peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembangunan pertanian.

“Maka, adalah lebih baik kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang memberi bantuan itu kepada rakyat seperti yang dijanjikan mereka pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan sempena Bulan Tanaman kementeriannya di Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sungai Burong di sini hari ini.

Tambah Noh, arahan sedemikian tidak bermakna Kerajaan Pusat membeza-bezakan rakyat dalam soal pemberian bantuan, sebaliknya, ia dibuat bagi memastikan seluruh rakyat yang layak menerima bantuan tersebut secara terus tanpa berlakunya masalah keciciran.

Katanya, perkara itu berbeza dengan kerajaan pimpinan pakatan pembangkang seperti di Selangor apabila mereka meletakan syarat permohonan untuk kontraktor kelas F hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber:Utusan Malaysia

Tuesday, April 14, 2009

MeCD Dalam Kenangan..MOA Membenih Kejayaan..

Lambaian terakhir kepada semua kakitangan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi serta seluruh agensi di bawahnya...
Wajah-wajah yang telah banyak membantu sepanjang saya berkhidmat di MeCD..jasa kalian tetap dikenang..
Hari pertama di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Majlis Serah Tugas oleh mantan menteri, Dato' Mustapha Mohammed sambil diperhatikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian baru saya, Dato' Mokhtar.


Sebuah buku...simbolik sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan dan akan saya laksanakan sebaik mungkin..dengan sokongan dan kerjasama semua..bantu saya!


Bermulalah tugas saya untuk membangunkan sektor pertanian negara..dan ini adalah kesempatan pertama saya untuk melihat ruang pameran dan gerai jualan hasil-hasil tani yang diadakan sempena Bulan Tanaman di lobi kementerian baru saya.

Alhamdulillah..ketemu lagi kita di ruangan ini. Inilah kesempatan saya yang pertama berbual bicara bersama bloggers semenjak dari transisi kabinet baru di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama rakyat yang membuatkan saya masih lagi berpeluang untuk menabur khidmat dan bakti kepada nusa dan bangsa.Walaupun kapal yang telah saya kemudi tidak lagi akan belayar namun apa yang pasti ia tidak tenggelam,semangat tetap ada dan akan terus saya perjuangkan.

Terima kasih sekali lagi di atas semua pandangan dan komen yang telah saudara dan saudari hantar ke blog ini.Saya amat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh semua. Saya tahu ramai yang merasa kecewa dan ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang dilihat sebagai sebuah kementerian untuk Orang Melayu. Dimana-mana saya pergi pun, orang ramai bertanya apa sudah jadi dengan agenda Melayu..?Namun saya yakin YAB Perdana Menteri lebih tahu apa yang telah diputuskan olehnya dan sudah tentu ada rahmat di sebalik apa yang berlaku ini.

Setelah mendapat taklimat yang pertama di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,adalah jelas bahawa usaha untuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera ini bukan hanya terletak di bahu MeCD bahkan terletak di semua jentera pentadbiran kerajaan.Maka dengan itu,saya akan meneruskan misi dan visi yang sama walaupun kementerian yang berbeza.

Wednesday, April 1, 2009

TERIMA KASIH SEMUA...

Jutaan terima kasih saya kepada teman-teman bloggers dan para pengunjung laman blog ini atas ucapan tahniah yang diberikan kepada saya kerana memenangi tempat kedua bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Terima kasih juga atas segala sokongan, doa dan kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini.

Bagi saya apa jua pandangan, cadangan dan kritikan daripada saudara-saudari, saya terima dengan hati yang terbuka. Dalam usaha penambahbaikan sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan, banyak isu berbangkit yang dikemukakan di laman blog ini dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama semua pihak. Malah saudara-saudari turut memberi sumbangan bermakna dalam setiap keputusan saya yang berkaitan dengan perlaksanaan dasar-dasar pembangunan dan sistem penyampaian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi-agensi di bawah kementerian ini.

Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di atas segala kerjasama dan sumbangan mereka selama ini. Tidak mungkin bagi saya untuk melaksanakan tanggungjawab yang dipikul ini bersendirian tanpa mereka.

Harapan saya...agar saudara-saudari akan terus bersama saya di blog ini. Kejayaan saya adalah juga kejayaan saudara-saudari...kejayaan warga kementerian dan agensi MeCD...kejayaan kita semua!

Tuesday, March 24, 2009

USAHAWAN MELAYU PERLU DIPERKASA !!

Dato' Noh Omar bertanyakan sesuatu mengenai salah satu produk usahawan bumiputera pada satu program promosi usahawan Malaysia di London, baru-baru ini.

Para usahawan Melayu perlu diperkasa bagi memastikan mereka mampu bersaing di pasaran terbuka pada masa depan. Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Kelab UMNO Luar Negara, Dato'Noh Omar berkata, para usahawan Melayu masih lagi banyak kelemahan dan kekurangan jika mahu berjaya sepertimana yang dikecapi kaum lain. Menurut beliau, antara kekurangannya ialah dari segi pembudayaan dan kemahiran berniaga.

"Sebenarnya banyak sebab mengapa usahawan Melayu masih lagi lemah dalam bidang ini dan kita perlu kenal pasti kelemahan tersebut serta mencari jalan untuk memeperbaikinya agar nereka dapat diperkasakan bagi bersaing di pasaran terbuka,"katanya.

Beliau berkata, sejak di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), beliau melihat banyak kelemahan pada usahawan Melayu. Antara yang utama ialah dari segi kekurangan modal dan pasaran. Jelas beliau, sikap usahawan Melayu sendiri yang kurang berdisiplin dan ketiadaan kemahiran komunikasi menyebabkan kegagalan mereka. Bagaimanapun, katanya, bukan semua usahawan Melayu lemah tetapi sebahagian daripadanya menghadapai masalah-masalah sedemikian.

Jesteru, usaha perlu dilakukan terutama bagi menyediakan modal yang lebih besar dan mudah diberikan selain mencipta peluang pasaran. Katanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendalikan usahawan, kementeriannya sentiasa berusaha untuk memperkasakan usahawan tersebut tetapi pada masa yang sama usahawan terbabit juga perlu berusaha mempertingkatkan diri. Terbaru katanya, MeCD telah menyediakan geran sejumlah RM5 juta tahun ini bagi membantu usahawan bumiputera untuk mempromosi produk keluaran mereka melalui media cetak dan elektronik. Geran itu disalurkan menerusi Program Pengiklanan Usahawan 2009 yang diadakan baru-baru ini. Menerusi program itu, bumiputera akan dibantu separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik.

Noh berkata sejumlah 1,000 usahawan bumiputera dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas. "Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun,"katanya.

Sumber : Buletin Alumni Kelab UMNO sempena Perhimpunan Agung Malaysia.

Saturday, March 7, 2009

ADAT MELAYU PANTANG DERHAKA KEPADA SULTAN !!!

Orang Melayu hendaklah berpegang kepada ‘Adat Melayu pantang derhaka kepada Sultan’. Berlaku biadap sehingga boleh membawa kemurkaan kepada Baginda Sultan adalah perbuatan derhaka yang menjadi pantang larang kepada kalangan masyarakat melayu kerana ia merupakan sebesar-besar jenayah dalam Negeri Melayu. Oleh itu kebiadapan dan penderhakaan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu perlu dihentikan dan semua rakyat di negara ini harus tunduk dan taat kepada Sultan dan Raja dengan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

Sebagai rakyat di bawah naungan payung pemerintahan Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan, saya amat terharu dengan keprihatinan Baginda terhadap perpecahan yang berlaku di kalangan rakyat khususnya kalangan masyarakat Melayu. Kemurkaan Baginda jelas kerana terkilan dengan golongan Melayu yang mengenepikan sejarah perjuangan bangsa dan terhakis nilai dan jati diri sehingga sanggup berada di bawah telunjuk orang lain demi mencapai cita-cita politik mereka.

Perjuangan bangsa Melayu untuk menjadi bangsa yang unggul setaraf dengan bangsa-bangsa lain masih belum kesampaian. Orang Melayu perlu bersatu bagi menjayakan perjuangan ini. Sebarang pertikaian dan masalah yang timbul boleh diselesaikan secara sopan melalui permuafakatan bak kata pepatah “Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat". Jangan diulangi sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang hanya mampu bertahan kira-kira 100 tahun. Bangsa Melayu hilang maruah dan terhina lebih 460 tahun lamanya sebelum kita bebas membina semula maruah bangsa dan negara yang merdeka yang pada tahun ini mencecah 52 tahun.

Maka dengan itu, saya ingin menasihatkan orang melayu supaya jangan jadi seperti "Nasib Pak Kaduk...menang sorak, kampung tergadai" dan jangan sekali-kali mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Berpeganglah apa yang ada jangan kelak sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!

Dato’ Noh Omar
7 Mac 2009

TITAH SULTAN...

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-Raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan. Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka sudah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang? "Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat ini, hari ini.

Sumber : Berita Harian

Tuesday, February 24, 2009

RM5 Juta Untuk Usahawan






Ingin saya kongi bersama para blogger semua yang mana baru-baru ini saya ada merasmikan Program Pengiklanan Usahawan 2009. Program yang dianjurkan oleh kementerian saya ini menyediakan geran sejumlah RM5 juta tahun ini bagi membantu usahawan bumiputera dalam mempromosi produk keluaran mereka di 25 saluran media cetak dan elektronik. Antaranya Bernama TV, Bernama Radio 24, Radio Televisyen Malaysia(RTM), Utusan Media Sales Sdn.Bhd, Dagangasianet Sdn.Bhd, Artisense Webtech Sdn. Bhd dan Gelombang Meridian Sdn.Bhd.

Menerusi program ini, kita akan bantu usahawan bumiputera untuk membayar separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik. Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun dan setiap usahawan dibenarkan untuk 3 kali penyertaan sahaja. Setakat ini, sejumlah 1,000 usahawan bumiputera yang layak dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas.

Antara syarat layak ialah mestilah sepenuhnya milikan bumiputera, mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, operasi syarikat tidak melebihi 20 tahun, tidak mempunyai pekerja melebihi 50 orang dan jualan tahunan syarikat itu juga mestilah tidak melebihi RM25 juta setahun serta mempunyai produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dipromosikan.

Kita mendapat maklum balas daripada syarikat yang pernah menyertai program ini, sasaran jualan syarikat meningkat sebanyak 30 peratus setahun.
Semoga ushawan di luar sana tidak terlepas dari peluang ini tempohari..

Friday, February 20, 2009

Masyarakat luar bandar perlu pendedahan koperasi, insurans

NOH menyampaikan sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas selepas melancarkan Skim Tabarru' di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang, semalam.

TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedang mempergiatkan usaha mendedah dan menggalakkan masyarakat luar bandar terutama Melayu untuk menubuh dan terbabit dalam kegiatan koperasi serta perlindungan insurans. Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata walaupun kegiatan koperasi dan insurans sudah lama bertapak di negara ini, masih ramai masyarakat luar bandar tidak terbabit dengannya. Katanya, aktiviti koperasi mula diperkenalkan di negara ini sejak 86 tahun lalu tetapi masyarakat luar bandar masih tidak melihat kepentingan koperasi.

“Kita bawa koperasi seperti Koperasi Ukhwah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) kerana kita lihat orang akan berbuat sesuatu apabila melihat orang lain berjaya. “Koperasi Ukhwah misalnya sudah memilih beberapa sekolah termasuk di Tanjong Karang untuk dijadikan sekolah angkat sehingga pelajar di sekolah itu mencapai keputusan yang baik,” katanya selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Pemimpin Turun Padang: Pelancaran Skim Tabarru' dan Penyampaian Tiket Penerbangan Koperasi Ukhwah di sini, semalam. Pada majlis itu, Noh mengumumkan akan menaja 1,000 penduduk di Sungai Yu, Tanjong Karang untuk menyertai Skim Tabarru', manakala 1,000 individu lain akan ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak.
Sumber : Berita Harian

Friday, February 13, 2009

PERLU TAHU SEJARAH..

Semalam sewaktu Program Perasmian Bangunan Asrama Oren Satu Kolej Poly-Tech MARA di Kota Bharu saya ada bercakap mengenai peri-pentingnya bagi golongan muda masa kini khususnya anak-anak pelajar kita untuk tahu dan faham sejarah penubuhan Negara dan kepentingan menghormati perlembagaan sekaligus menjaga keharmonian pelbagai kaum di Negara ini.

Bertitik tolak dari itu, saya telah mengarahkan pihak MARA bagi mengambil inisiatif mewajibkan lebih 90,000 pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengikuti subjek Sejarah sebagai subjek tambahan dan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan mereka benar-benar faham kandungan kontrak sosial dan perlembagaan negara.

Selain dari sejarah tanah air, sejarah penubuhan MARA itu sendiri mereka kena tahu. Namun yang paling penting mereka perlu memahami sejarah, tahu mengenai kontrak sosial supaya tidak timbul soal perkauman dan tidak timbul perbuatan seperti menderhaka kepada Sultan.

Kurangnya penekanan dan pemahaman terhadap sejarah akan menyebabkan generasi muda lupa asal usul sehingga sanggup mengetepikan perpaduan kerana tidak sensitif terhadap hak kaum lain serta mudah dipengaruhi pihak berkepentingan.

Saya bimbang..Jika tidak diberi penekanan dari sekarang.. generasi muda tidak sensitif terhadap hak kaum lain... bukan Melayu perlu tahu kepentingan orang Melayu dan begitulah juga sebaliknya. Agak malang, sekarang ini orang Melayu sendiri lupa asal usul sehingga sanggup menderhaka dan melawan sultan yang menjadi tonggak kedaulatan negara serta payung kepada orang Melayu dan agama Islam.

Semua golongan perlu mengambil tahu perkara sensitif ini kerana dengan cara ini kita dapat mengekalkan keharmonian dan memantapkan lagi perpaduan rakyat seluruh Negara.

Wednesday, February 4, 2009

GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009

Saya mengajak para blogger semua untuk berhujung minggu dan sama-sama memeriahkan Program Gerak Usahawan Nasional 2009 yang bermula pada esok, 06 (Jumaat) 10.00 pagi hingga 08 Februari (Ahad) 5.30 petang,2009 bertempat di Dewan Tun Razak, PWTC.

Terdapat pelbagai program yang disusun bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat berkaitan dengan bidang keusahawanan dan juga memberi ruang dan peluang kepada para usahawan kita untuk memasar dan mengembangkan perniagaan mereka. Para pengunjung boleh berinteraksi terus dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi untuk khidmat nasihat am keusahawanan dan teknikal, peluang perniagaan, pembiayaan, francais, promosi, pemasaran dalam dan luar negara dan sebagainya.

Selain dari pameran, sesi klinik dan konsultansi, beberapa seminar diatur bersama tokoh-tokoh koporat seperti :

1) Y.Bhg. Datuk Maznah Hamid -Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce (6/2/09 -3.45 ptg : 'Idea Perniagaan dan Kecemerlangan Keusahawanan 2009')

2) Y.Bhg. Dr. Ali Sher Mohamad - Pengerusi Malay Entreprenuer Club UK (7/2/09 - 4.00ptg : 'Your Gateway to Europe Businesses')

3) Y.Brs. Tn. Haji Mohamed Fauzy bin Abdul Hamid - Presiden MOFAZ ( 8/2/09 - 2.30ptg : 'Bicara Tokoh : Penjenamaan Semula dan Globalisasi Perniagaan'

Keusahawanan Kerjaya Pilihan ! Jumpa anda Di sana...

Thursday, January 29, 2009

BUKTIKAN PEGAWAI SAYA RASUAH

Dalam satu program di Kuala Selangor semalam, saya telah ditanya oleh wartawan mengenai kesulitan usahawan untuk mendapat pinjaman dari agensi pembiaya di bawah kementerian saya dan mendakwa bahawa ada yang cepat dapat tetapi dengan memberi imbuhan kepada pegawai atau dengan kata lain, perlu merasuah pegawai yang terbabit terlebih dahulu bagi mempercepatkan kelulusan permohonan.

Saya mengakui kemungkinan perkara itu berlaku dan saya juga ada menerima aduan mengenai perkara ini termasuklah aduan-aduan di blog ini. Namun begitu, saya tidak dapat mengambil tindakan jika ianya semata-mata aduan tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Maka dengan ini, saya berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang tuduhan melulu tanpa sebarang bukti. Pengadu perlulah memberi bukti supaya tindakan segera dapat diambil. Jika takut membuat aduan, pengadu boleh memberi nama pegawai atau mana-mana pejabat yang terbabit atau mengadu terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh melindungi pengadu.

Pemohon yang bermasalah juga boleh mengadu terus kepada kementerian saya secara bersemuka melalui Jawatankuasa Rayuan yang diwujudkan khusus untuk mendengar rayuan-rayuan pemohon selepas permohonan pertama di tolak. Apa yang telah saya buat sebelum ini, apabila ada pegawai yang didakwa bermasalah, pengadu dan wakil kementerian akan dipanggil bersemuka bagi membincangkan masalah pinjaman dan cara mengatasinya. Dan nampaknya setakat ini, cara sebegitu telah berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan yang berbangkit.

Saya berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama bagi menangani masalah ini dalam usaha membangunkan usahawan bumiputera di negara kita.

Friday, January 23, 2009

PERMIT TEKSI INDIVIDU

Semalam saya sempat berdialog dengan lebih kurang 1500 orang pemandu-pemandu teksi sekitar Lembah Klang yang menghadiri Seminar Pemantapan Imej Pengusaha Teksi Lembah Klang seterusnya pada sebelah petang, kami bersama-sama dengan Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan-Fasa 1 kepada para pemohon lesen teksi individu yang berjaya. Sebanyak 7,566 permohonan dari seluruh semenanjung diterima oleh LPKP dan dari jumlah itu,pengeluaran lesen tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan LPKP Wilayah Tengah.

Melihat kepada raut wajah gembira seramai 1491 orang pemandu teksi yang menerima permit teksi masing-masing, saya sendiri yang pernah bergelumang dalam dunia mereka tentu saja tak dapat menahan perasaan dan tumpang gembira. Setelah bertahun-tahun-tahun lamanya menyewa teksi untuk mencari rezeki, pemberian permit ini sudah tentu membawa makna yang amat besar kepada mereka.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam majlis tersebut yang di adakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, keadilan telah diberikan kepada mereka dan kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha untuk berlaku adil kepada setiap rakyat untuk mencari rezeki yang halal di bumi nan bertuah ini.

Yang pentingnya, pemberian permit teksi individu ini bukanlah momokan Kerajaan Barisan Nasional untuk mengambil hati para pemandu teksi, tetapi ianya adalah satu amanah dan tanggungjawab kepada pemandu teksi di Negara ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Dalam melaksanakan tugas mereka, pemandu teksi hendaklah meletakkan diri mereka sebagai penumpang, maka dengan cara ini pemandu teksi dapat merasai bagaimana perasaan menjadi penumpang yang mengharapkan layanan yang mesra dan baik daripada pemandu teksi.

Saya percaya ramai di kalangan pemandu teksi di Negara ini adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar ikhlas menjalankan tugas mereka. Janganlah kerana sebahagian kecil yang berkelakuan buruk yang lainnya terpalit jua.