Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, July 29, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

Salam buat bloggers di luar sana..terima kasih kerana sudi melayari blog saya..ini respon saya kepada komen-komen anda..
1) niezearm said :
Hebat tak kereta Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Aku ada comment di blog Dato' Noh Omar tapi tak dipaparkan. Soalan aku simple je. Kononnya kerajaan sekarang sedang berjimat (tak ada duit), dari mana dapat peruntukan untuk beli kereta ni? Setahu aku kereta rasmi kerajaan disewa dari Spenco. Itu pun kereta Proton Perdana...

Kepada saudara niezearm : Hasil siasatan pegawai saya, kereta ini bukanlah milik Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi...Ia adalah kereta yg ditaja oleh individu sebagai usaha membantu pihak kementerian untuk mempromosi Program Gerak Usahawan yg sedang giat dijalankan di seluruh negara. Terima kasih atas keprihatinan saudara.

2) Toh Puan D Heryati Tun Ghafar Baba said :
.........SAYA TERPAKSA MEMBAYAR SEWA BULANAN SEHINGGA BULAN OGOS 2008 (3 BULAN) DARI WANG BUKAN DARI SUMBER PERNIAGAAN. UNTUK MENGELAK DARIPADA SAYA TERTIPU TERUS, MAKA SAYA PERLU TAMBAHAN MODAL RM1,500,000.00 DAN MEMBAYAR SEMUA HUTANG SYARIKAT YANG TERTUNGGAK KEPADA PEMBEKAL DAN KONTRAKTOR.MINTA TOLONG DATO, KERTAS CDGN AKAN SAYA KEMUKAKAN KEPADA YB DATO. (untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Kepada Puan D Heryati : Saya ambil maklum masalah yg dihadapi puan dan telah mengarahkan 'flying squad' mengambil tindakan terhadap perkara ini. Mohon kerjasama puan agar dapat meninggalkan no untuk dihubungi di email saya : nohomar@mecd.gov.my dgn kadar segera.

3) sharif said :
Saya harap Dato' boleh turun ke kawasan Bukit Sentosa Seksyen BS 8, untuk tengok betapa susahnya warga emas & pencen, kaum ibu yang tidak mempunyai kenderaan nak keluar ke bandar Bkt Sentosa, Rawang, Kuala Kubu Baru......(Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Kepada saudara sharif : Saya telah pun mengarahkan pihak LPKP untuk memberi kelulusan kpd permohonan perkhidmatan penduduk di taman-taman perumahan dan di kawasan luar bandar. Sekiranya ada syarikat atau individu di kawasan saudara yang berminat untuk mengadakan perkhidmatan bas mini atau feeder bus ini,bolehlah memohon permit dari pihak LPKP.

Friday, July 25, 2008

" Teach A Man To Fish..."


Masih belum terlambat untuk saya berkongsi pengalaman di beberapa program yang saya hadiri minggu lepas...

Program Gerak Usahawan di Pendang, Kedah. Saya berpuas hati dengan perlaksanaan program di semua tempat yang telah dihadiri termasuklah di Pendang. Sambutan menggalakkan dari orang ramai. Seperti di tempat lain, saya telah meminta pihak kementerian supaya menggerakkan semua jentera yang kita ada, turun padang bersama rakyat Kedah untuk membantu mereka yang berminat menjadi usahawan ataupun para usahawan yang mempunyai kemusykilan menerusi pelbagai klinik usahawan yang dianjurkan sepanjang program.

Pelancaran Program Bengkel Bergerak RSQ. Dibuka kepada semua pelajar pelatih Giat MARA dalam bidang automotif khususnya bidang penyelengaraan dan membaiki motosikal. Berminat, bolehla mendapatkan pinjaman dari TEKUN atau MARA sekiranya mengalami masalah modal. Setiap peserta diberi sebuah motosikal MODENAS yang diubah suai sebagai bengkel bergerak. Akan beroperasi di semua tempat khususnya Lembah KLang dan sepanjang lebuhraya untuk membantu pengguna kenderaan khasnya motosikal yang menghadapi masalah.

Petang, saya bersama penduduk Sanglang, di Program Membasmi Kemiskinan anjuran Giat MARA, agensi yg bertanggungjawab melaksanakan program menjana pendapatan. Sebanyak RM 24 juta diperuntukkan bagi program ini dan telah pun dimulakan di Selangor, W. Persekutuan dan Sabah. Lebih 3300 orang golongan miskin sudah pun mendapat manfaat dari program ini bermula April lalu. Program ini melibatkan kursus singkat selama seminggu. Para peserta diberi latihan kemahiran seperti urutan, jahitan, solekan dan gunting rambut. Kemahiran ini boleh dipraktiskan sejurus selesai kursus kerana mereka terus dibekalkan dengan peralatan dalam bidang kursus masing-masing untuk dibawa pulang dan memulakan usaha menjana pendapatan mereka dengan berniaga kecil-kecilan.

…” Give a man a fish and he will eat for a day. Teach a man to fish and he will eat for a lifetime. Teach a man to create an artificial shortage of fish and he will eat steak”…
pepatah inilah yang memberi ilham kepada pendekatan yang kita buat dalam Program Membasmi Kemiskinan ini.

Giat MARA akan ‘follow-up’ semua peserta kursus ini selepas 3 bulan dari tarikh selesai kursus untuk melihat sejauh mana perkembangan perniagaan mereka dan mengkaji keberkesanan program. Saya harap, lebih ramai lagi di luar sana akan mendapat manfaat dari program ini...

Tuesday, July 15, 2008

600 KOPERASI DIGERAK JAYAKAN BUMI HIJAU

KUALA SELANGOR 13 Julai - Lebih 600 koperasi berasaskan pertanian berpotensi membantu kerajaan menjayakan program Bumi Hijau dengan mengeluarkan hasil tanaman dalam jumlah besar menerusi usahasama dengan syarikat-syarikat gergasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, koperasi berkenaan akan diberi bimbingan oleh syarikat-syarikat berpengalaman dalam bidang pertanian bagi mengusahakan ladang termasuk membeli semua hasil pengeluaran untuk dipasarkan.
Beliau menambah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pula akan menyediakan bantuan kewangan.

"Koperasi berasaskan pertanian khususnya di luar bandar diseru melaksanakan program Bumi Hijau dengan mewujudkan syarikat induk yang akan memberi jaminan melatih serta membimbing dan membeli semula hasil pertanian.

"SKM akan memberi bantuan kewangan kepada koperasi yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kospadi Berhad di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan program Bumi Hijau dengan peruntukan sebanyak RM15 juta pada tahun ini bagi menggalakkan penduduk di bandar dan desa menanam sendiri sayur-sayuran dalam membantu meningkatkan bekalan makanan seperti terkandung dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara.

Dijangkakan sejumlah 7,000 kawasan di kampung dan bandar di seluruh negara terlibat menjayakan program tersebut dengan sasaran kira-kira setengah juta keluarga terbabit.
Menurut Noh, semua jenis hasil pertanian tidak kira tumbuhan, ternakan atau perikanan pada masa ini mendapat permintaan tinggi di pasaran.

"Bukan hasil saja boleh mendatangkan keuntungan, sisanya juga boleh dibuat duit.
"Contohnya, najis binatang boleh dibuat baja dan permintaannya dilihat cukup menggalakkan sehingga tidak mampu memenuhi pasaran," katanya.

Mengenai Program Latihan Menjana Pendapatan anjuran Giat Mara, Noh memberitahu, seramai 3,224 peserta dari kumpulan miskin tegar termasuk ibu tunggal dan orang kurang upaya telah mendapat faedah melaluinya.

Jelasnya, sebanyak 124 program melibatkan 24 jenis kursus berjaya dianjurkan di seluruh negara sejak April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

Friday, July 11, 2008

SYARAT PERMIT TEKSI INDIVIDU


KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN HAJI OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.

2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :

i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
iii. pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);
iv. menjalani kursus anjuran MECD;
v. bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;
vi. mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun; dan
vii. bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.


3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.

4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.

5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.

6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:-

(a) larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan

(b) menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.

7. Sehingga 31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.

Sekian.

Thursday, July 10, 2008

SENARAI NAMA SYARIKAT YANG DIKENAKAN SYARAT EKUITI (LIST 1)

Kepada bloggers semua, saya mohon maaf kerana baru ini saya dapat melaksanakan janji saya satu masa dulu untuk menyenaraikan 260 syarikat yang terlibat dengan Program Permadanan Perniagaan (Business Matching Programme). Ia adalah sebagai panduan kepada syarikat Bumiputera tempatan yg mencari peluang dalam bentuk penyertaan ekuiti atau rakan kongsi perniagaan dengan syarikat asing termasuk syarikat bukan Bumiputera tempatan.

Saya berharap dengan adanya maklumat ini, dapatlah membantu usahawan, syarikat korporat, pelabur dan individu Bumiputera yang berminat untuk melabur dalam syarikat-syarikat berkenaan . Buat masa ini, saya senaraikan 10 syarikat sahaja dulu dan senarai yang selebihnya akan di paparkan dari masa ke semasa. Saya mengalu-alukan para usahawan kita di luar sana untuk menceburi program ini. Selamat Maju Jaya !

Nama Syarikat/ Company Name : Bersatu Segar Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : No. 869, Jalan Bakek
Address 82000 Pontian,Johor
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM500, 000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Penternakan Ayam (Wholesaler Of Chicken)
Pegawai Yang Boleh : Ow Chong Fu
Dihubungi/Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/ Fax No. : 06-2833423/06-2847251

Nama Syarikat/ Company Name : Axis Digital International (M) Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : 34-2, Blok B, Vista Magna
Address Jalan Prima, Metro Prima, Kepong
52100 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM500,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Perdagangan dan Eksport Kartrij Terpakai,
Perkakasan dan Bahan Plastik
Pegawai Yang Boleh : Hong Xuming
Dihubungi/Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/ Fax No. : 03-62500907/03-62500835

Nama Syarikat/ Company Name : Zentraline Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : Unit 702, Aras 7, Wisma Methodist
Address Lorong Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM25,000 /RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Pegangan Hartanah
Pegawai Yang Boleh : Tong Kooi Soon
Dihubungi/Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/Fax No. : 03-20266088/03-20266099

Nama Syarikat/ Company Name : MapletreeLog (M) Holdings Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : Lot 1-3, Aras 5, Blok G (South)
Address Pusat Bandar Damansara
50490 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM2.00/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Pelaburan
Pegawai Yang Boleh : Ms. Jeanette Lim
Dihubungi/Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/Fax No. : 03-20940999/03-20942992

Nama Syarikat/ Company Name : Teijin Kasei Malaysia Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : M&C Services Sdn. Bhd.
Address Aras 7, Setia 1
15, Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM1,600,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Menyediakan Sokongan Teknikal dan
Nasihat Serta Memasar dan Mengedar
‘Polycarbonate Materials’
Pegawai Yang Boleh : Samatha Tai
Dihubungi/ Contact Person
No. Tel/Faks/ Phone/ Fax No. : 03-20957188/03-20950988

Nama Syarikat/ Company Name : Winning Mobile Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : Suite 14.01, Aras 14, Menara Genesis
Address 33, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid up Capital : RM3,000,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Pengedaran Alatan Telekomunikasi
Pegawai Yang Boleh : Lee Shook Mun @ Lee Yue Yee
Dihubungi/ Contact Person
No. Tel/Faks/ Phone. Fax No. : 03-21427878/03-21417878

Nama Syarikat/ Company Name : Empire Automation Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : Lot G2 & G3
Address Marina Terrace Sports Complex
Jalan Low Yat Mount
Baru Feringghi
11100 Pulau Pinang
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM250,000 /RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Perkhidmatan Keselamatan Elektronik
Pegawai Yang Boleh : Loh Lay Eng
Dihubungi /Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/ Fax No. : 04-2297663/04-2289884 /04-2290652

Nama Syarikat/ Company Name : JFE Shoji Trade (M) Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : M&C Services Sdn. Bhd.
Address Aras 7, Setia 1/15, Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM1,000,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Membekalkan dan Memasarkan Komponen
‘Steel Related Meterials’
Pegawai Yang Boleh : Gan Low Mei Ling
Dihubungi/ Contact Person
No. Tel/Faks/ Phone/ Fax No. : 03-20953388

Nama Syarikat/ Company Name : Uvonna (M) Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : No. 25, Jalan Cemerlang
Address Taman Perindustrian Cemerlang
81800 Ulu Tiram, Johor
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM360,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Membuat Perabot Kayu
Pegawai Yang Boleh : Fong Lai Teng
Dihubungi/ Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/ Fax No : 07-3540668

Nama Syarikat/ Company Name : Illustrated Magazine Publishing Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : Suite 2A-19-2, Aras 19, Blok 2A
Address Plaza Sentral, Jalan Sentral 5
50470 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM300,001/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Penerbitan dan Pengedaran Majalah
Pegawai Yang Boleh : Kornia Binti Majalis
Dihubungi/Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/ Fax No. : 03-22731988/03-27808822

Nama Syarikat/ Company Name : Sun Ten Pharmaceutical Mfg (M) Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : 3, Jalan Tago, 12
Address Taman Perindustrian Tago
Persiaran Industri, Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM1,357,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : Perniagaan Produk Herba Tradisional
Pegawai Yang Boleh : Helen W.T Wong
Dihubungi/ Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/ Fax No. : 03-77276390/03-77276701

Nama Syarikat/ Company Name : Hoganas Bjuf Asia Pacific Sdn. Bhd.
Alamat Syarikat/ Company : No.11-5 Blok E2
Address Jalan PJU 1/42A
Dataran Prima
47301 Petaling Jaya
Selangor
Modal Berbayar/Paid-up Capital : RM350,000/RM1.00
Jenis Perniagaan/ Business Type : ‘Refractory Materials’
Pegawai Yang Boleh : Wong Chow Lan
Dihubungi/ Contact Person
No. Tel/Faks/Phone/Fax No. : 03-78035408/03-78035409

Monday, July 7, 2008

PINJAMAN TABUNG MODAL PUSINGAN KOPERASI RM10 JUTA

(Gambar : Menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menjayakan Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengkhususan Dalam Bidang Koperasi).

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menaikkan kadar pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) daripada RM5 juta kepada RM10 juta untuk pembiayaan koperasi di seluruh negara. Dana tersebut adalah bagi membantu koperasi yang berdaftar membuat pinjaman untuk menjalankan perniagaan dalam negara.

Saya memahami situasi koperasi pada masa ini yang menghadapi kesukaran untuk menjalankan perniagaan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil. Dengan kenaikan kadar pinjaman ini, kementerian berharap ia sedikit sebanyak membantu ahli koperasi dalam memperkembangkan projek yang lebih berdaya maju.

Tumpuan juga perlu diberikan kepada perkembangan koperasi sekolah bagi memperkasakan lagi kemahiran selain menanam minat yang mendalam di kalangan pelajar untuk menceburi dunia perniagaan. Sehubungan itu, kementerian membuka permohonan kepada koperasi sekolah untuk membuat pinjaman sehingga RM50,000 tanpa cagaran atau penjamin asalkan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Saya juga bercadang menubuhkan Tabung Bencana Alam Koperasi bagi membantu koperasi yang dilanda musibah seperti kebakaran dan banjir.

Sehingga kini, kementerian di bawah TMP telah meluluskan pinjaman sebanyak RM300 juta bagi tujuan membiayai koperasi sejak ditubuhkan pada 1985.

PERSIDANGAN PEGAWAI MARA DAERAH SE-MALAYSIA 2008



Tahniah kepada semua Pegawai Mara Daerah (PMD) yang telah selesai menghadiri Persidangan Pegawai MARA Daerah Se-Malaysia 2008. Semoga PMD di seluruh negara dapat menghayati isu pembangunan Bumiputera dan Hala Tuju Strategik MARA selari dengan perancangan MECD dan menjalankan tugas sebaik-baiknya dalam memastikan peruntukkan yang diberi kerajaan sampai kepada golongan yang memerlukan khususnya rakyat di peringkat akar umbi.

Saya menggesa PMD yang hadir agar memperkukuhkan peranan sebagai ‘front liner’, pelaksana program dan projek MARA dan MECD bagi merealisasikan matlamat kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Ini akan hanya dapat dicapai melalui keberkesanan projek dan kesinambungan usaha pembangunan di peringkat akar umbi. PMD perlu bijak menggunakan sumber yang ada, dalam masa yang sama memantau secara dekat dari semasa ke semasa bagi memantapkan sistem penyampaian di peringkat daerah seterusnya memastikan kumpulan sasar mendapat manfaat dari pelbagai program yang di atur oleh kementerian.

Saya menyambut baik pendekatan MARA yang melantik pegawai-pegawai yang cemerlang sebagai Pegawai MARA Daerah. Dengan adanya PMD yang cemerlang ini, saya yakin,kita akan dapat dapat melonjakkan momentum MARA ke hadapan.

PMD yang berintegriti tinggi dan mentadbir urus korporat dengan cemerlang masih belum memadai jika tidak mempunyai jiwa ingin membantu orang lain. Semuanya harus lahir seiring barulah benar-benar dapat memenuhi cita-cita dan hasrat untuk membina kelangsungan usahawan bumiputera yang berjaya.

Thursday, July 3, 2008

Sidang Akhbar Premis Perniagaan MARA

BERTEMU KEMBALI...


Alhamdulillah...setelah berehat dalam satu tempoh yang agak lama atas nasihat doktor..akhirnya dapat juga saya kembali berinteraksi dengan anda semua. Saya mohon maaf kerana tidak aktif berblog semenjak balik dari lawatan kerja di luar negara baru-baru ini...walaupun tidak pernah ketinggalan dari membaca komen-komen di blog ini, tapi baru kali ini saya berpeluang untuk merespon kepada komen-komen anda semua.

Saya tertarik dengan komen daripada iq2020 mengenai keraguan beliau terhadap kendalian blog ini. Untuk makluman semua, sewaktu merancang mewujudkan blog ini dulu, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah berkenaan dengan kekangan masa yang saya hadapi..Memang tidak dinafikan, masalah itu memang timbul..tetapi dari seawal mula saya katakan kepada diri saya, bahawa ini adalah keputusan yang saya ambil, menjadikan blog ini sebagai medium untuk saya berinteraksi terus dengan rakyat di luar sana. Jadi, saya kena korbankan sedikit masa lapang saya, cuba yang terbaik, mencuri dan membahagikan masa untuk mengendalikan blog ini. Masalah saya atau siapa yang mengendalikan blog ini tidak timbul kerana saya sangat menghargai setiap pengunjung yang singgah dan sama-sama merespon kepada isu-isu yang saya bangkitkan di blog ini.

Semakin hari, saya semakin seronok dan teruja untuk berkongsi idea, maklumat dan membaca komen-komen oleh bloggers di bog ini. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan blog ini mengikut cara saya kerana merasakan dengan adanya blog ini, saya berasa lebih dekat dengan anda di luar sana. Saya juga tidak mahu dikatakan berblog sekadar bermusim ataupun hangat-hangat tahi ayam..Apapun, terima kasih atas sokongan anda semua. Besar harapan saya agar kewujudan blog ini memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak.