Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Sunday, June 7, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

SUBSIDI SECARA TUNAI KEPADA PETANI

1)PADI

SKIM SUBSIDI HARGA PADI : Bantuan bayaran kepada pesawah - RM248.10 bagi setiap tan metrik padi yang dijual pada pengilang BERNAS atau swasta.

INSENTIF PENINGKATAN HASIL : Insentif yang diberikan kepada pesawah apabila terdapat peningkatan hasil sekurang-kurangnya 1% daripada musim asas - RM650.00 setiap tan kenaikan.

INSENTIF TANAMAN :
a)Sayur-sayuran : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM81 bagi setiap metrik tan.

b)Buah-buahan : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM78 bagi setiap metrik tan.

SUBSIDI / INSENTIF DALAM BENTUK INPUT

1)Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan
- Bantuan ini diberi dalam bentuk baja : 240kg setiap hektar bagi baja sebatian (12 beg@20kg/beg)dan 100kg baja urea setiap hektar (5 beg@20kg/beg)
- Bantuan dalam bentuk baja tambahan NPK : 3 beg@50kg per beg dengan kadar RM400 sehektar.

2)Insentif Pengeluaran Padi - untuk mengurangkan kos pengeluaran akibat kenaikan harga input dan perkhidmatan.
- Baja Taambahan : Maksimum RM140 setiap hektar semusim
- Bantuan Pembajakan : Maksimum RM100 setiap hektar semusim

3)Insentif Benih Padi Sah - Pelaksanaan program penggunaan Benih Padi Sah akan dimulakan di Semenanjung Malaysia mulai dari musim 1/2009 dan seterusnya program ini akan dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak.
- RM 0.50 sekilogram kepada pengeluar-pengeluar Benih Padi Sah.

4)Insentif meningkatkan Beras Negara
a) Kapur + Upah : 3mt/ha/3tahun@250/ha. Bahan-RM750 , Upah-RM100
b) Baja Tambahan NPK : 150kg/ha@6 beg@25kg - RM518.40
c)Bantuan Kawalan Makhluk Perosak : RM200 sehektar semusim - kupon.

2)BERAS

1)Insentif Kepada Pengilang Beras
- Bayaran insentif yang diberikan kepada pengilang-pengilang beras yang mengeluarkan beras Super Tempatan.
- RM800 setiap metrik tan beras Super Tempatan 15%.

2)Subsidi Beras Sabah Sarawak
-Beras Super 15% - Harga Borong RM1350.00 bagi setiap metrik tan.
-Beras Super 5% - Harga Borong RM2100.00 bagi setiap metrik tan.

19 comments:

NONG said...

Salam,
Saya selalu mengikuti perkembangan blog Datuk ini dan sebagai rakyat biasa yang bekerja sebagai petani, saya bersyukut jika usaha2 seperti ini dapat diberikan kepada petani seluruh malaysia.
Untuk pengetahuan Datuk,di kawasan saya iaitu Daerah Kota Marudu,Sabah para pekilang membeli padi dengan harga yang sangat murah sedangkan harga adi pada pasaran sangat mahal.Harga padi dibeli murah tetapi harga racun,sewa jentera menuai dan sewa jentera membajak cukup mahal.Harga padi langsung tidak berbaloi dengan semua itu.
Harap hal ini dapat dikaji. Kesian para petani ini.Kalau padi yang ditanam berhasil lumayan tidak apa tapi bagaimana dengan petani yang hasil padi tidak banyak.

salam perpaduan

WADAH LAPAN SDN BHD said...

dato, tak nak buat kampus utama institut latihan pertanian kat tg karang ke?

chandra said...

ada apa insentif kepada penternak lembu tenusu? Setakat ini kami cuma menerima insentif makanan, itu pun terpulang pada pegawai haiwan untuk bayar insentif. Ada penternak johor belum terima insentif bulan okt,nov,dec 2008. banyak alasan diberitahu bila panggil pegawai berkenaan. mana ada bantu penternak??

chandra said...

yb kami penternak ingin menyatakan kurang puas hati dengan cara pengendalian oleh pusat pengumpul susu (PPS) Mereka jual susu kepada kilang 2.30 seliter tetapi penternak cuma dapat 1.75 atau maksima 1.85 seliter. Selain itu susu di hantar ke kilang susu dapat AA ( Double ) tetapi pegawai memberi report susu penternak kurang elok. Macam mana ini? Ada pihak mengambil keuntungan dari penjualan ini? harap-harap kementerian dapat menyelesaikan masalah penternak susu sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

sahromnasrudin said...

Salam YB Dato'

Maaf saya bertanya, adakah YB Dato' telah membuat kajian mengenai pengunjung blog Dato' ini. Maksud saya, adakah wujud perbezaan pengunjung blog YB Dato' semasa menerajui MeCD dengan MOA. Maaf saya memberi pandangan kerana saya mendapati pengunjung blog Dato' lagi ramai semasa YB Dato' menerajui MeCD berbanding MOA. Adakah kerana akses internet petani, nelayan, penternak kurang berbanding akses internet usahawan semasa Dato' di MeCD.Sekian, terima kasih.

Sham said...

Assalammualaikum datuk.

Saya Khairil Hisham dari Bandar Baharu Kedah, adalah pengusaha tanaman sayuran fertigasi. Saya telah menghadiri kursus tanaman fertigasi pada tahun 2008 anjuran MPEB selama 4 hari bertempat di sijangkang selangor. Saya telah mengusahakan tanaman fertigasi bermula tahun 2008 secara separuh masa dengan keluasan suku ekar dan mendapati ianya berpotensi untuk menjadikan sumber pendapatan. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan projek ini dalam skala lebih besar dan telah mentewa tanah seluas 2 ekar pada awal tahun 2009 dan meletak jawatan sebagai technical specialist di sebuah kilang elektronik di bayan baru dengan gaji pokok sebanyak RM2,316.00 sebulan.
Saya telah membelanjakan sebanyak RM30,000.00 dari wang simpanan bagi menjalankan projek ditapak baru dan membuat pemohonan pinjaman dari TEKUN NASIONAL pada bulan Mac 2009. Malangnya sehingga kina pinjaman saya masih belum diluluskan. Projek saya tergendala akibat kehabisan modal bagi membeli baja, racun dan sedikit peralatan paiping. Saya amat tertekan akibat kerja projek tidak dapat dijalankan dan bimbang akan mengalami kerugian dari modal yang telah dibelanjakan.

Saya amat berharap agar pihak datuk dapat memberi sedikit perhatian kepada pemohonan saya.

sekian,
Terima kasih
Khairil Hisham B Mahamad Nadzim
790119025061
019-4618406

vernoz said...

salam,

sebagai salah sorang yg mengikuti perkembangan blog Dato, saya terpanggil untuk memberi beberapa cadangan..

1- Segala kemudahan dan juga bantuan yg kementerian Dato sediakan kepada rakyat,sememangnya wajar diterangkan..tetapi sebaik2nya diterangkan juga dilaman web MOA bukan diblog Dato sahaja.

2-Setiap isu2 politik tanahair,seharusnya Dato kupas didalam blog ini bukan sekadar menceritakan aktiviti2 Dato bersama rakyat.Sebagai salah seorg pemimpin di negeri Selangor, saya yakin rakyat Selangor berminat melihat kemampuan Dato dgn cara melihat bagaimana Dato mengupas persoalan berkenaan isu2 politik tanahair.Sebagai contoh...isu kerajaan perpaduan antara UMNO-PAS...apakah pandangan Dato tentang perkara ini.

3-Sebagai Tim Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, saya berharap agar lebih byk isu2 dinegeri Selangor diberi perhatian dan dikemaskini dilaman web UMNOSelangor.Net..sbg contoh...isu air yg masih belum selesai...isu pembinaan kuil hindu di kws org Melayu..isu kes demam denggi di Selangor mencecah 11 ribu kes...apa kjaan PR lakukan setakat ini...UMNO seharusnya memainkan peranan dan setiap tindakan harus dihebahkan kepada rakyat Selangor untuk membuktikan kepincangan pentadbiran PR...PR mempunyai beberapa laman web rasmi utk kerajaan selangor..sbg contoh..selangor.gov.my...selangorkini.com.my dan tvselangor.com...semua isu dikemaskini setiap hari dalam menerangkan segala tindakan utk kebaikan rakyat...soalan saya...adakah dalam keadaan skg UMNO mampu merampas balik Selangor dari PR?

Saya akan sentiasa mengikuti perkembangan blog Dato dan diharap cadangan saya dipertimbangkan.

Mohon dapat jawapan dari 3 persoalan saya diatas.Dato boleh terus email kepada saya di vernozv6@gmail.com

Terima Kasih

Anok Nogori said...

Dato',

Apo nak dikato, kebanyokan pegowai jabatan/agensi MOA habeh boregh didapur. Subsidi doh perkaro lamo, baik buat repot ke SPRM aje (apo hel pasir dalam bajo, disel bagi ke nelayan Thai). Apo dah keno oh...

Maso YAB TPM jadi montori, RM800 juta aje gaji dibayor kepada ojang MOA. "Outcome" cam mano?

Gedung Akal said...

Dato'
Ini masih gaya politik lama..
subsidi,bantuan, bersyukur, projrk kerajaan BN.
Tak adakah gaya politik baru?
Melayu memang lembap kalau asyik2 subsisi asyik2 bantuan.
Melayu perlu politik baru dan cara politik UMNO itu tidak sesuai dengan buday6a politik baru.
Ini yang saya fikirlah Dato'

Anonymous said...

Saya seorang yang sering kritikal dengan kerajaan. Pun begitu tidak bermaksud saya seorang pro-pembangkang. Dalam barisan kabinet ada beberapa kelibat menteri yang secara jujur saya hormati sumbangan mereka dan kesungguhan mereka memberikan yang terbaik kepada rakyat ketika diamanahkan mengetuai sesuatu kementerian. Nama2 seperti Dato Shahrir Samad (mantan menteri hal ehwal pengguna), Dato Mustapa Mohamad, Dato Nor Mohammad (mantan menteri kewangan 2) adalah antara mereka yang saya "salute". Di antara mereka Dato Noh Omar adalah figur pragmatis yang tak terlepas dari senarai menteri yang dihormati sumbangannya. Dasar2 yang diayomi adalah dasar2 praktis dan tepat ke sasaran. Dato pernah menjuari MECD dan kehadirannya cukup dirasai, dato memperkenalkan koperasi rakyat yang sekali lagi cukup praktikal dalam situasi ekonomi yang gawat, terbaru dato telah membawa ke kabinet supaya ikan air tawar diwajibkan menjadi hidangan di asrama dan pusat latihan selian kerajaan dan ini bagi saya satu lagi projek yang praktikal. Saya harap supaya ramai lagi menteri2 yang membina polisi down to earth dan tak terlalu idealis. Walapun saya tahu banyak ketirisan yang berlaku tetapi paling tidak ramai juga yang telah memperoleh manfaat dari dasar2 dato. Sekian dari saya, semoga terus praktikal.

Anonymous said...

salam datuk...
kabanyakkan petani memang bersyukur atas segala bantuan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan.
saya mengusahakan tanaman padi seluas di kawasan sg manik teluk intan perak. sebagai seorang petani muda dan moden saya menyambut baik usaha kerajaan memberi subsidi bantuan racun.
tetapi dalam 2 musim ini kebanyakkan hasil padi petani menurun akibat terkena penyakit ulat dan sebagainya.RACUN YANG DIBEKALKAN INI SEPERTI TIDAK KUAT ATAU TIDAK MEMBERIKAN KESAN YANG SAMA SEPERTI RACUN YANG DIBELI DI KEDAI. MENGAPA INI TERJADI? JIKA KANDUNGAN % RACUN NYA KURANG KENAPA HARGA YANG DIBAYAR OLEH KERAJAAN LEBIH MAHAL? SEDANGKAN IA DIBELI DALAM KUANTITI YANG BANYAK? ADA ORANG YANG MASHUK $$$ NI..PETANI YANG RUGI. KESIAN SAYA TENGOK PETANI YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTING TULANG TETAPI HASILNYA HANYA SETAKAT LEPAS MEMBAYAR UPAH MESIN PADI SAHAJA.
HARAP PIHAK DATUK MENGKAJI BAB SUPPLY RACUN SABSIDI NI.
SALAM

Zakaria Yahaya said...

Cadangan saya untuk UMNO. Setiap ahli UMNO perlu layak untuk mengundi pemimpin mereka. Setiap ahli adalah satu undi. Tiadakan sistem kuota. Pemilihan bahagian UMNO perlu mendapat mandat daripada setiap ahli UMNO bahagian tersebut. Dengan ini politik wang dapat dihapuskan, Bahagian akan mendapat pemimpin yang benar- benar layak!. Jika sistem pemilihan lama masih digunakan nescaya UMNO semakin pudar dan kelam. Jika setiap ahli UMNO berhak untuk memilih kita akan mendapat pemimpin yang layak dan berkelayakan. Buat pemimpin yang mementingkan kedudukan semata-mata, inilah caranya untuk mengajar erti perjuangan yang sebenarnya. Harap YB Dato dapat menyuarakan pandangan ini didalam MT UMNO dan semoga mendapat perhatian yang sewajarnya daripada para pemimpin tertinggi UMNO demi masa depan UMNO jika para pemimpin ini sayangkan UMNO lagi. BAGI HAK INI BUAT SEMUA AHLI UMNO. INSYALLAH......

CikGu Naim said...

Salam Dato,
Apa yang saya harapkan ialah baja subsidi jangan jadi yang macam yang lepas lepas,kualiti hendaklah sesuai dan sentiasa pada yang ada di pasaran.Kalau yang lepas tu banyak petani jual baja kerana tidak sesuai kepada tanaman mereka,pembeli nya pula ialah dari negara jiran,dan sudah tentu nya dengan harga yang murah.

Anonymous said...

Aswt,
Saya adalah salah seorang penternak cacing kompos di Kelantan. Saya ingin tahu kemana halatuju penternakan cacing kompos di Malaysia dibawah kementerian Datuk.

sekian, tk.

Anonymous said...

Salam,
Yg. Berbahgia Dato'. Bantuan kerajaan kepada industri pertanian memanglah signifikan amaunnya. Kajian saintifik hendaklah dibuat dan di publishkan kepada umum akan kesannya terhadap sasaran pengeluaran hasil dan impaknya kepada pengusha dan ekonomi bagi menentukan kesenambungan atau pengubahsuaian program ini ?

Sham said...

Assalammualaikum Datuk,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk kerana telah membantu saya dalam permohonan pinjaman tekun. Untuk pengetahuan datuk, permohonan saya telah diluluskan pada 24-Jun-2009 dan kini saya masih menunggu kehadiran cek dari tekun nasional. Disini saya ingin menjemput datuk kiranya sudi untuk menjengah kebun saya dialam cyber ini di http://fniagro.blogspot.com/
projek ini bakal dijalankan setelah tergendala akibat kehabisan dana. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan insyaAllah saya akan usaha bersungguh2 bagi mencapai kejayaan dan mungkin suatu hari nanti projek saya bakal dilawati datuk.

wassalam

KhazOne Agro said...

Assalammualaikum datuk.

Saya Khairul dari Mambang Di Awan Kampar Perak adalah pengusaha tanaman sayuran fertigasi juga baru menceburi bidang membekalkan barang pertanian fertigasi di sini. Saya telah menghadiri kursus tanaman fertigasi pada tahun 2007 di GM Peladang Terengganu dan pada tahun 2008 anjuran MPEB KBS selama 4 hari bertempat di Sijangkang Selangor. Saya telah mengusahakan tanaman fertigasi bermula pada awal tahun 2008 secara separuh masa dengan keluasan 1 ekar sebanyak 3000 pokok dan mendapati ianya berpotensi untuk menjadikan sumber pendapatan utama saya dan kemudian saya telah bercadang untuk menyewa tanah seluas 7 ekar milik kerajaan negeri untuk membesarkan lagi projek cili dan sayuran fertigasi ini secara kerjasama dengan belia-belia melayu disini .Pada masa yang sama saya telah dan meletak jawatan di salah sebuah badan penyiaran setelah mendapati projek fertigasi ini mampu memberi pulangan yang menguntungkan dan demi melatih belia-belia disini yang berminat menceburi dalam bidang tanaman secara fertigasi.
Sejumlah modal sebanyak RM25,000.00 dari wang simpanan dikeluarkan untuk menjalankan projek di tapak baru dan saya juga telah membuat pemohonan pinjaman dari TEKUN NASIONAL pada hujung bulan Disember 2008 di Pejabat TEKUN KAMPAR. Malangnya sehingga kini pinjaman saya masih belum diluluskan,dan apabila disemak dilaman web atau menelifon ibu pejabat TEKUN juga jawapan yang sama diterima “Masih Dalam Proses”. Senario baja, racun dan peralatan paiping yang harganya makin mahal membimbangkan saya dan projek saya hampir terbengkalai kesan dari kos harga barang-barang tersebut dan tanah yang saya usahakan sekarang hampir-hampir di rampas oleh bangsa lain,dan saya merasa tertekan kesan dari projek tidak dapat dijalankan dan bimbang akan mengalami kerugian dari modal yang telah dikeluarkan.
Saya amat berharap agar pihak datuk dapat memberi sedikit perhatian kepada pemohonan saya,dan segala kerjasama dari pihak datuk amat saya hargai.

Sekian,
Terima kasih
Khairul Azwan Bin Othman
740929145901
017-6212580

HayatPJS said...

Salam. Subsidi padi sememangnya disalur kepada petani dengan tujuan agar petani tidak menanggung kerugian walaupun padi/beras dijual dengan harga rendah(bersubsidi). Agak malang jika kawalan harga beras tidak bersungguh kerana marjin harga dibolot oleh pemborong lantas nikmat subsidi dari kerajaan kurang dinikmati oleh rakyat(pembeli runcit beras/termasuk petani)Tapi, kenapa petani gemar menjual semua padi mereka dan membeli semula beras? (gamaknya lebih untung beli beras/bersubsidi dari mengisar padi). wslm.

Noh bin Haji Omar said...

salam kepada semua dan terima kasih atas komen-komen anda.

Nong : Saya dan pihak kementerian ada membincangkan hal ini dan kami dalam dalam usaha mempertingkatkan pemantauan terhadap perkara ini dan tidak akan teragak-agak utk mengambil tindakan sekiranya didapati ada pihak yg cuba menangguk di air keroh.

chandra : saya telah minta pegawai utk menyiasat perkara ini.sila beri maklumat penuh.

sahrom : pada saya,yg penting..blog ini menjadi platform kpd semua pengunjung memberi dan mendapatkan maklumat.

sham & khazro one: sila hubungi pegawai saya en.khir - 019-2694794

vernoz :saya telah meminta pihak kementerian meningkatkan kualiti kandungan laman web kementerian sewaktu retreat kementerian dan agensi baru-baru ini.saya akn bangkitkan isu laman web UMNO Selangor dlm mesyuarat UMNO negeri nanti.

gedung akal : pemikiran perlu seiring dgn tindakan.

zakaria : saya pertimbangkan.

Anonymus : terima kasih.