Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Saturday, May 30, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

Program bersama Nelayan Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.

Program bersama penanam-penanam padi KADA di Mulong.

Sesi dialog bersama petani dan nelayan di dua program di Mulong dan Pengkalan Chepa,Kelantan.
Lawatan ke dua tapak projek perikanan dan pertanian di Kelantan.
Wahhh...nampaknya lama sudah saya tidak berkesempatan menulis di blog.Bukan sudah lupa...tapi saya agak sibuk mendengar taklimat dan juga membuat lawatan kerja ke agensi-agensi yang berada di bawah kementerian ini tidak ketinggalan juga lawatan ke projek-projek pertanian yang sedang dilaksanakan di merata tempat seluruh Malaysia.

Seperti biasa, saya membuat sesi dialog bersama petani,penternak dan juga nelayan sebelum sesebuah program itu berakhir. Saya agak terkilan apabila mendengar rintihan kumpulan sasaran ini yang rupanya tidak pernah tahu adanya pelbagai insentif dan bantuan kerajaan untuk mereka.

Maka dengan itu, saya telah mengarahkan pihak kementerian agar meningkatkan usaha penyampaian dan penyebaran maklumat kepada kumpulan sasar ini.Kesempatan di sini saya ambil untuk mewar-warkan insentif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.Jadi, kepada rakan-rakan blogger, besar harapan saya agar dapat membantu mewar-warkan lagi maklumat ini kepada sanak-saudara dan sahabat taulan yang terlibat.

Subsidi dan insentif untuk Nelayan dan keluarga Nelayan

1)Elaun Sara Hidup Bulanan :
Diberikan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga tempatan yang bekerja di atas vessel berlesen. Elaun RM200 sebulan. Pada tahun 2008 sebanyak RM61.35 juta dibelanjakan untuk membayar elaun sara hidup kepada seramai 34,125 orang penerima.

2)Diesel dan Petrol Subsidi :
Diberikan kepada nelayan yang menggunakan vessel berjentera dan vessel berjentera sangkut bagi membantu meringankan kos operasi menangkap ikan. Nilai subsidi RM1.43 sen. Pada tahun 2008 sebanyak lebih RM880.93 juta dibelanjakan untuk membayar subsidi diesel dan petrol kepada 34,752 orang penerima.

3)Bayaran Insentif Hasil Tangkapan Ikan :
Diberikan kepada pemilik vessel perikanan yang berlesen berdasarkan hasil tangkapan ikan pada kadar 10 sen per kilogram. Pada tahun 2008 sejumlah RM15.59 juta dibayar kepada 19,888 pemilik vessel dengan jumlah hasil tangkapan sebanyak lebih 21.13 juta kilogram.

Insentif Pengeluaran Sektor Perikanan Akuakultur
Jumlah Nilai Insentif yang dikeluarkan pada tahun 2008, RM25.14 juta. Penerima seramai 2,260 orang.

1)Udang Laut
Penternak kecil RM1,560 per tan metrik
Separa Komersil RM780 per tan metrik
Penternak Komersil RM520 per tan metric

2)Ikan Laut
Penternak Kecil RM1,650 per tan metric
Separa Komersil RM 825 per tan metric
Penternak Komersil RM 550 per tan metric

3)Ikan Air Tawar
Penternak Kecil RM570 per tan metric
Separa Komersil RM285 per tan metric
Penternak Komersil RM190 per tan metrik

8 comments:

ANTI PAKATAN RAKYAT said...

saya sokong dato kerana meyebarkan maklumat kepada rakyat.. kebanyakanya orang2 kampung mereka tidak tahu apa yang kerajaan berikan kepada mereka, bagi saya pegawai kerajaan kena rajin memberi maklumat kepada petani2..

tempursakti said...

Salam Dato,
agak lama juga dato menyepi dalam blog ini namun posting dato kali ini menarik hati saya.
sebagai marhaen dikampong yang bergelomiang selut saya amat berbangga jika masaalah Petani,nelayan dan penternak mendapat pembelaan dari kerajaan BN,
Pada saya semangat dan nadi kekuatan UMNO bermula daripada melayu marhaen dikampong-kampong yang kebanyakannya terdiri daripada 3P ini,amat wajarlah kerajaan BN lebih menumpukan perhatian untuk terus membantu dan membela tanpa henti dan jemu serta memberikan sepenuhnya komitmen kementerian dato dan dijadikan tradisi membela nasib 3P ini.
Tahniah dato,teruskan usaha dato menyemarakkan lagi semangat membela 3P dan kalau ada program kat kedah boleh jumpa dato kut...

sahromnasrudin said...

Salam YB Dato'

Saya merasakan Apa Yang Kerajaan Bantu ini akan lebih diketahui oleh golongan akar umbi yakni orang di kampung apabila penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dapat direalisasikan. Ini kerana sebelum ini, tiada wadah yang sesuai untuk org kampung mengetahui segala jenis bantuan kerajaan ini kerana masalah delivery system. Yang mereka tahu hanya tanya wakil penternak, nelayan atau petani di daerah mereka kerana hendak pergi ke Pejabat Pertanian / Veterinar Perikanan Daerah masing-masing mereka segan. Apatah lagi nak mengisi borang lagi la mereka kurang arif. Tidak dinafikan ada sesetengah pegawai itu memang komited hendak membantu para petani ini dengan tolong membimbing mereka untuk mengisi borang tapi para petani ini lagi suka berurusan dengan orang mereka sendiri contoh Ketua Kampung, Pengerusi Persatuan Penternak, Pengerusi Nelayan tempat masing-masing. Jadikan cadangan YB Dato untuk menubuhkan jawatankuasa MPPP ini amat tepat sekali. Semoga jawatankuasa ini akan menjadi mata & telingan kerajaan dalam membantu semua golongan petani, nelayan & penternak di negara kita. Sekian, terima kasih

Anonymous said...

long live dato noh !! How's new ministry dato? :)

rgds,
nawawi
012 2256 431

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...diharap Dato berada dalam keadaan yg sihat di samping menjayakan tugas dengan baik.Dato',saya merupakan seorang usahawan siswazah yg memulakan perniagaan sejak 3thn lalu.Malangnya saya mendengar Mecd dahulunya ada memberi peluang2 hebat kepada usahawan siswazah namun setelah mengikuti Kursus Usahawan Siswazah,peluang2 hebat itu seolah-olah tidak wujud.bukan saya seorang sahajA,namun ramai lg yg kecewa.Meniti dari situ saya terus maju tnpa menghirau peluang2 dari pihak kerajaan.Adat berniaga,kadangkala kita terpaksa ikat perut.Namun kerana minat yg mendalam ,sy teruskn jua.Awal Februari saya memohon untuk bantuan TEKUN.Alhamdulillah,permohonan sy berjaya.Namun dengan pengurangan jumlah permohonan sy dpt juga meneruskan perniagaan sy.Dlm keadaan ekonomi yang tidak stabil,sy memohon untuk memberi jarak pembayaran balik.Namun sekali lagi hampa.Saya memohon bg pihak Dato utk memberi sekali lg peluang pd pihak kami,usahawan siswazah utk mendapat sedikit kelonggaran.Saya merayu supaya pihak kerajaan dapat membantu usahawan siswazah sewajarnya bukan seperti yg di war-warkan tetapi hny omongan kosong.Sekian,harap Dato mengambil tindakan atas suara hati kami.

Mewakili Usahawan Siswazah,
Fara 019-5066606

sekoi74 said...

Salam...

Saya setuju dato!!! Tahniah di atas gerak kerja dato di dalam membantu dan sedia mendgr masalah rakyat. Ini baru betol dato! Seluruh agensi kerajaan kena kerja kuat lagi supaya rakyat tau apa yang kerajaan BN beri dan sumbangkan. Kekadang wakil rakyat pon mcm tak kisah jer dgn masalah org ramai yg dok area dia!!! Padahal dia tahu atau boleh selesaikan masalah yang ada... Lagi rajin wakil rakyat berjumpa atau selesaikan kesulitan rakyat... lagi senang ler kerajaan menawan hati rakyat. Teruskan usaha dato...

Noh bin Haji Omar said...

Salam dan terima kasih kepada:

MuhdTarmizi-saya setuju dengan komen anda.

tempursakti-saya setuju dan sememangnya menjadi matlamat kerajaan BN hari ini..'Rakyat Di dahulukan,Pencapaian diutamakan..'

sahromnasrudin-Itulah tujuan utama MPPP ditubuhkan dan untuk merealisasikan tujuan ini kita hendaklah sama-sama membantu di peringkat akar umbi.

sekoi74-kerjasama rakyat dari segi maklumat diperlukan oleh kami sebagai wakil rakyat BN bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

usahawansiswazah-sila hubungi pegawai saya,En.Khir di talian 03-88701042 untuk membantu saudari.

anonymous-setakat ini alhamdulillah saya gembira dapat berkhidmat di kementerian ini dan masih belajar untk lebih mendalami peranan kementerian.

saya menghargai sokongan anda semua.terima kasih.

Cikgu Naim said...

Asalamualaikum Dato,
Saya menghagai apa yang telah kerajaan buat terima kasih daripada rakyat kelantan.Tapi apa yang di buat ini pada pendapat saya hanya untuk jangka pendek.Strategi jangka panjang perlu di adakan.Walaupun subsidi ini dapat meringan kan bebanan para petani dan penternak,persoalan nya sampai bila harus di beri.Kebanyakan petani dan pertenak yang miskin tegar kurang mendapat maklumat dalam bidang masing masing.Saya cadangkan kerajaan adakan lebih banyak sumber maklumat atau kursus yang tepat bagi meningkatkan pendapatan masing masing sesuai dengan moto pertanian satu perniagaan.