Thursday, June 25, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

INSENTIF TERNAKAN

  • Telur Ayam

1. Penternak Kecil RM411.00 / mt

2. Penternak Komersil RM137.00 / mt

  • Susu

1. Penternak Kecil RM195.00 / mt

2. Penternak Komersil RM65.00 / mt

  • Daging Kambing

1. Penternak Kecil RM906.00 / mt

2. Penternak Komersil RM302.00 / mt

  • Unggas

1. Penternak Kecil RM780.00 / mt

2. Penternak Komersil RM260.00 / mt

  • Daging Lembu

1. Penternak Kecil RM1,122.00 / mt

2. Penternak Komersil RM374.00 / mt

  • Daging Babi

1. Penternak Kecil RM774.00 / mt

2. Penternak Komersil RM258.00 / mt



Monday, June 15, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

SKIM BANTUAN BENCANA ALAM & KEBAJIKAN NELAYAN


KADAR BANTUAN/SUMBANGAN

• KEMALANGAN DIRI

I. Khairat Kematian (RM4,000.00)
II. Keilatan Kekal (RM4,000.00)
III. Hilang Upaya Kekal (RM10,000.00)
IV. Masuk Wad [lebih 3 hari] (RM1,000.00)

• KEHILANGAN & KEROSAKAN HARTA BENDA

I. Bot (RM15,000.00)
II. Sampan (RM6,000.00)
III. Rumah (RM8,000.00)
IV. Pukat dan lain-lain peralatan penangkapan ikan (RM3,000.00)

KELAYAKAN MEMOHON

• Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Sabah dan mempunyai kad nelayan, atau ;
• Nelayan yang mempunyai kad e-Diesel dan kad e-Petrol,
atau ;
• Nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c.

CARA MEMOHON

• Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati daripada :

I. Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan
II. Laman web Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia : http://www.lkim.gov.my

Sunday, June 7, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

SUBSIDI SECARA TUNAI KEPADA PETANI

1)PADI

SKIM SUBSIDI HARGA PADI : Bantuan bayaran kepada pesawah - RM248.10 bagi setiap tan metrik padi yang dijual pada pengilang BERNAS atau swasta.

INSENTIF PENINGKATAN HASIL : Insentif yang diberikan kepada pesawah apabila terdapat peningkatan hasil sekurang-kurangnya 1% daripada musim asas - RM650.00 setiap tan kenaikan.

INSENTIF TANAMAN :
a)Sayur-sayuran : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM81 bagi setiap metrik tan.

b)Buah-buahan : 30% drpd jumlah peningkatan kos pengeluaran - RM78 bagi setiap metrik tan.

SUBSIDI / INSENTIF DALAM BENTUK INPUT

1)Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan
- Bantuan ini diberi dalam bentuk baja : 240kg setiap hektar bagi baja sebatian (12 beg@20kg/beg)dan 100kg baja urea setiap hektar (5 beg@20kg/beg)
- Bantuan dalam bentuk baja tambahan NPK : 3 beg@50kg per beg dengan kadar RM400 sehektar.

2)Insentif Pengeluaran Padi - untuk mengurangkan kos pengeluaran akibat kenaikan harga input dan perkhidmatan.
- Baja Taambahan : Maksimum RM140 setiap hektar semusim
- Bantuan Pembajakan : Maksimum RM100 setiap hektar semusim

3)Insentif Benih Padi Sah - Pelaksanaan program penggunaan Benih Padi Sah akan dimulakan di Semenanjung Malaysia mulai dari musim 1/2009 dan seterusnya program ini akan dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak.
- RM 0.50 sekilogram kepada pengeluar-pengeluar Benih Padi Sah.

4)Insentif meningkatkan Beras Negara
a) Kapur + Upah : 3mt/ha/3tahun@250/ha. Bahan-RM750 , Upah-RM100
b) Baja Tambahan NPK : 150kg/ha@6 beg@25kg - RM518.40
c)Bantuan Kawalan Makhluk Perosak : RM200 sehektar semusim - kupon.

2)BERAS

1)Insentif Kepada Pengilang Beras
- Bayaran insentif yang diberikan kepada pengilang-pengilang beras yang mengeluarkan beras Super Tempatan.
- RM800 setiap metrik tan beras Super Tempatan 15%.

2)Subsidi Beras Sabah Sarawak
-Beras Super 15% - Harga Borong RM1350.00 bagi setiap metrik tan.
-Beras Super 5% - Harga Borong RM2100.00 bagi setiap metrik tan.

Saturday, May 30, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

Program bersama Nelayan Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.

Program bersama penanam-penanam padi KADA di Mulong.

Sesi dialog bersama petani dan nelayan di dua program di Mulong dan Pengkalan Chepa,Kelantan.
Lawatan ke dua tapak projek perikanan dan pertanian di Kelantan.
Wahhh...nampaknya lama sudah saya tidak berkesempatan menulis di blog.Bukan sudah lupa...tapi saya agak sibuk mendengar taklimat dan juga membuat lawatan kerja ke agensi-agensi yang berada di bawah kementerian ini tidak ketinggalan juga lawatan ke projek-projek pertanian yang sedang dilaksanakan di merata tempat seluruh Malaysia.

Seperti biasa, saya membuat sesi dialog bersama petani,penternak dan juga nelayan sebelum sesebuah program itu berakhir. Saya agak terkilan apabila mendengar rintihan kumpulan sasaran ini yang rupanya tidak pernah tahu adanya pelbagai insentif dan bantuan kerajaan untuk mereka.

Maka dengan itu, saya telah mengarahkan pihak kementerian agar meningkatkan usaha penyampaian dan penyebaran maklumat kepada kumpulan sasar ini.Kesempatan di sini saya ambil untuk mewar-warkan insentif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.Jadi, kepada rakan-rakan blogger, besar harapan saya agar dapat membantu mewar-warkan lagi maklumat ini kepada sanak-saudara dan sahabat taulan yang terlibat.

Subsidi dan insentif untuk Nelayan dan keluarga Nelayan

1)Elaun Sara Hidup Bulanan :
Diberikan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga tempatan yang bekerja di atas vessel berlesen. Elaun RM200 sebulan. Pada tahun 2008 sebanyak RM61.35 juta dibelanjakan untuk membayar elaun sara hidup kepada seramai 34,125 orang penerima.

2)Diesel dan Petrol Subsidi :
Diberikan kepada nelayan yang menggunakan vessel berjentera dan vessel berjentera sangkut bagi membantu meringankan kos operasi menangkap ikan. Nilai subsidi RM1.43 sen. Pada tahun 2008 sebanyak lebih RM880.93 juta dibelanjakan untuk membayar subsidi diesel dan petrol kepada 34,752 orang penerima.

3)Bayaran Insentif Hasil Tangkapan Ikan :
Diberikan kepada pemilik vessel perikanan yang berlesen berdasarkan hasil tangkapan ikan pada kadar 10 sen per kilogram. Pada tahun 2008 sejumlah RM15.59 juta dibayar kepada 19,888 pemilik vessel dengan jumlah hasil tangkapan sebanyak lebih 21.13 juta kilogram.

Insentif Pengeluaran Sektor Perikanan Akuakultur
Jumlah Nilai Insentif yang dikeluarkan pada tahun 2008, RM25.14 juta. Penerima seramai 2,260 orang.

1)Udang Laut
Penternak kecil RM1,560 per tan metrik
Separa Komersil RM780 per tan metrik
Penternak Komersil RM520 per tan metric

2)Ikan Laut
Penternak Kecil RM1,650 per tan metric
Separa Komersil RM 825 per tan metric
Penternak Komersil RM 550 per tan metric

3)Ikan Air Tawar
Penternak Kecil RM570 per tan metric
Separa Komersil RM285 per tan metric
Penternak Komersil RM190 per tan metrik

Tuesday, May 12, 2009

AGENDA MEMBELA PETANI,PENTERNAK DAN NELAYAN


Antara intipati ucapan Perhimpunan Bulanan KPIAT saya yang pertama:

Kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(KPIAT) adalah tanggungjawab dan amanah rakyat dan Negara yang wajib saya jayakan dengan baik dan sempurna.Bahu saya memikul tugas yang berat bagi memastikan dasar-dasar yang digubal bagi membangunkan sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi.Dasar Pertanian Negara umpamanya menggariskan tiga perkara penting iaitu:

• MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN SEKTOR PERTANIAN MELALUI PENGGEMBLENGAN SUMBER-SUMBER NEGARA SECARA CEKAP DAN BERKESAN SUPAYA SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA DAPAT DIPERGIATKAN SEMULA.

• MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN KECIL MELALUI PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN SUPAYA KADAR KEMISKINAN DAPAT DIKURANGKAN DAN KUALITI HIDUP KELUARGA DIPERBAIKI.

• MEMAJU DAN MENINGKATKAN HASIL SERTA MUTU KOMODITI YANG MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK EKSPORT ATAU BAHAN GANTIAN IMPORT DAN KOMODITI TERPILIH UNTUK BAHAN MAKANAN DAN PERINDUSTRIAN.

KPIAT yang berkeluarga besar ini,mempunyai 3 jabatan dan 10 agensi.Dalam menjayakan agenda besar kementerian,kita hendaklah bersama dalam segala tindakan.

Klien kita adalah rakyat,secara khususnya golongan sasar kita adalah petani, penternak dan nelayan.Kalau fokus terhadap memaksimumkan pendapatan sektor pertanian,sudah tentunya golongan sasar ini tidak boleh kita pinggirkan.Malang sekali hakikatnya golongan ini iaitu para petani,penternak,peladang dan nelayan masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan.Pelbagai masalah yang tampak remeh tapi merupakan perkara-perkara asas terpaksa dihadapi sehingga menghalang mereka daripada berjaya seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.Ini adalah realiti kesukaran hidup para petani kita yang sepatutnya tidak lagi dialami pada abad ke-21 ini.

Kenapa dan mengapa perkara ini berlaku……..?

Thursday, May 7, 2009

AYAM..AYAM..AYAM..!!!

Hari ini saya telah berjumpa dengan Persatuan Penternak Ayam yang mewakili para penternak ayam untuk membincangkan isu berhubung dengan kenaikan harga ayam di pasaran tempatan. Isu ini telah mendapat perhatian media sepanjang minggu lepas dan saya tahu, isu ini juga menarik perhatian pelbagai pihak, baik penternak, pemborong, peruncit mahupun pengguna termasuklah Kerajaan Barisan Nasional yang tidak memandang remeh tentang isu ini.

Jadi, selaku menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengambil langkah untuk bersemuka dan mengenalpasti masalah yang sebenar. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan selama dua jam itu. Antara hasil perbincangan, kementerian telah bersetuju untuk membenarkan pengimportan ayam dengan syarat, bekalan ayam tersebut hendaklah dari negara-negara yang bebas penyakit dan paling penting ia adalah halal.

Selain itu kita juga menerima cadangan untuk mewujudkan stok penimbal ayam bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan. Stok penimbal ini berfungsi sebagai salah satu mekanisma yang dilihat dapat membantu mengawal harga ayam. Yang mana, apabila pengeluaran ayam tempatan berkurangan, kerajaan akan mengeluarkan stok ini ke dalam pasaran bagi memenuhi permintaan. Saya telahpun meminta Jabatan Veterina menyediakan kertas kabinet mengenai perkara ini untuk dibentangkan pada sidang kabinet akan datang.Bagaimanapun ingin saya maklumkan bahawa pengeluaran ayam tempatan adalah mencukupi.

Wednesday, April 29, 2009

RESPON DARI TEKUN

Salam sejahtera kepada para blogger..setelah pelbagai aduan yang saya terima berkaitan dengan pembiayaan TEKUN di blog ini..maka saya telah meminta CEO TEKUN,Dato'Rahim untuk memberi laporan kepada saya berkenaan dengan situasi sebenar yang berlaku.Berikut adalah maklum balas yang diberikan :

Salam Hormat YB Dato' Noh dan semua pengunjung blog ini,

Dengan hormat dan takzimnya, pihak TEKUN Nasional ingin memberikan jawapan kepada aduan yang dikemukakan di laman blog ini.

Terlebih dahulu, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, saya ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh semua pengadu.

Untuk makluman, semua permohonan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dari pihak TEKUN Nasional masakini terdapat kelewatan dalam urusan memproses permohonan tersebut disebabkan oleh jumlah permohonan pinjaman yang diterima oleh TEKUN Nasional mulai awal tahun ini adalah diluar jangkaan. Dalam tempoh tiga bulan pertama sahaja tahun 2009 ini, pihak TEKUN Nasional telah meluluskan dan mengeluarkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM 162 juta kepada 14,391 orang usahawan. Dalam masa yang sama juga, sehingga 15 April 2009, TEKUN Nasional sedang memproses permohonan pembiayaan pinjaman dari 8,904 orang pemohon dengan nilai permohonan sebanyak RM 221 juta. Untuk makluman semua pihak, pembiayaan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh TEKUN Nasional pada tahun 2008 adalah berjumlah RM 358 juta berbanding dengan pembiayaan yang dikeluarkan pada tahun 2007 adalah hanya RM 127 juta.

Pada tahun ini jumlah permohonan pembiayaan dijangka akan terus meningkat disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang mendorong ramai rakyat negara ini menceburi bidang usaha niaga bagi menjana pendapatan mereka lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang diberhentikan kerja. Oleh yang demikian TEKUN Nasional telah menjadi institusi tumpuan bagi mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan.

Disamping itu, dalam kesempatan ini juga, saya ingin merayu kepada para peminjam dan usahawan TEKUN yang sediada, supaya dapat membuat bayaran balik pinjaman mereka sepertimana yang dijanjikan, oleh kerana wang bayaran balik tersebut yang diterima oleh TEKUN Nasional akan disalurkan pula kepada pemohon-pemohon yang baru. Sekiranya bayaran balik ini lambat diterima oleh TEKUN Nasional, maka ianya juga akan menyebabkan kelewatan menyalurkan pembiayaan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang baru yang memerlukan.

Adalah juga dimaklumkan, sekiranya para usahawan TEKUN menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka disebabkan oleh kegawatan ekonomi, maka mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai TEKUN di Pejabat-pejabat TEKUN yang mereka berurusan diseluruh negara untuk menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mereka.

Sehubungan dengan ini juga, TEKUN Nasional ingin memaklumkan bahawa semua permohonan yang diterima oleh Pejabat TEKUN diseluruh negara akan diproses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya secepat yang mungkin.

Sekiranya saudara dan saudari mempunyai sebarang masalah dan kesulitan berhubung dengan permohonan pembiayaan dengan TEKUN Nasional harap dapat hubungi Unit Pengaduan Awam di bawah Jabatan Pemantauan dan Tugas-Tugas Khas TEKUN Nasional ditalian 03-90588550 atau e-mail terus kepada Encik Mohd Yusri Mohd Yusob, Ketua Jabatan berkenaan menerusi : yusri@tekun.gov.my

Bagi pihak TEKUN Nasional, saya juga ingin memohon maaf kepada semua pemohon yang terlewat mendapatkan pembiayaan pinjaman mereka. Insya Allah, saya dan warga kerja TEKUN Nasional diseluruh negara akan mempertingkatkan lagi kecekapan kami dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi Sistem Penyampaian TEKUN Nasional selaras dengan amalan penambahbaikan berterusan TEKUN Nasional. Kami juga komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Insya Allah.

Sekian, Untuk makluman. Terima Kasih.

DATUK ABDUL RAHIM BIN HASSAN
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional.