Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, April 30, 2008

DEB UNTUK SIAPA .....?????

Pada tahun 80an, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di London, saya merupakan seorang pemimpin persatuan pelajar di sana. Setiap kali terdapat perjumpaan pelajar bersama pemimpin-pemimpin Negara, kami semua tidak pernah ketinggalan untuk sama-sama mengambil bahagian. Saya masih ingat, suatu ketika dulu sewaktu Tun Daim Zainuddin yang ketika itu merupakan Menteri Kewangan Malaysia, telah datang ke London dan berjumpa dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Antara soalan yang sering dilontarkan oleh pelajar bukan Melayu pada ketika itu adalah, “ Kenapakah kerajaan Malaysia mengamalkan Dasar Ekonomi Baru sedangkan dasar itu hanya menjaga kepentingan orang Melayu..” Mereka juga bertanya, “ Kenapa wujud double standard dikalangan orang bukan Melayu dan Melayu di Malaysia.? ”.... “ Kenapa orang bukan melayu dilayan sebagai second class citizen? “.....

Nampaknya, ramai lagi dikalangan kita yang tidak faham atau mungkin tidak tahu akan kewujudan Kontrak Sosial yang telah termeterai sekian lama, sejak Negara mula merdeka. Suka saya kongsi di sini bahawa Kontrak Sosial atau Social Contract ini adalah merupakan titik permulaan perpaduan kaum dan keharmonian sebuah negara yang ketika itu bernama Tanah Melayu. Kontrak Sosial ini menagih pengorbanan Orang-orang Melayu dan penerimaan orang bukan Melayu.

Kontrak sosial adalah suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Dengan termeterainya kontrak sosial yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ini, maka lahirlah sebuah Negara Malaysia yang berbilang kaum, hidup dalam suasana harmoni. Jika semua daripada kita memahami akan asas kontrak sosial ini, maka tidak akan timbul persoalan-persoalan di atas.

Kita semua maklum, Dasar Ekonomi Baru dikemukakan ke Parlimen oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 23 Februari 1971 dengan mempunyai serampang dua mata iaitu :

1) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
2)Menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan mengahapuskan sama sekali perbezaan kaum dengan identiti fungsi ekonomi.

Kebetulannya pada ketika itu, golongan miskin ramainya terdiri daripada orang Melayu. Jadi sudah tentulah orang Melayu yang paling ramai mendapat manfaat dari pelaksanaan DEB ini...

Sekembalinya saya ke Malaysia, saya bergiat dalam politik dan ketika saya menjawat jawatan Timbalan Menteri, saya sekali lagi telah pergi ke London. Tapi kali ini, saya pula yang mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Apa yang memeranjatkan saya, soalan-soalan yang ditanya oleh pelajar bukan Melayu pada tahun 80an dulu, sebagaimana yang saya sebut diawal tulisan tadi, telah ditanya balik oleh pelajar disana tetapi bukan lagi oleh pelajar bukan Melayu, sebaliknya ditanya oleh pelajar yang berbangsa Melayu. Dia pula yang menjadi peguambela kepada pelajar-pelajar bukan Melayu yang memperjuangkan isu ini. Adakah ini yang dikatakan acuan pemikiran Melayu Baru.....???

Pinjamkan saya fokus dan minda pembaca buat seketika untuk merenung sejenak bahawa sekalipun dasar ini dikutuk oleh Barat tetapi terbukti berkesan apabila dapat menukar identiti orang Melayu sebagai petani, nelayan dan orang kampung kepada golongan profesional dan usahawan dalam masa yang singkat. Ketahanan Negara Malaysia yang dibangunkan oleh dasar ini lebih terserlah apabila serangan kuasa besar terhadap pasaran saham dan ekonomi negara kita pada tahun 1997 tidak menggugat perpaduan rakyat, bukan sahaja kerana keupayaan kepimpinan negara tetapi kerana perimbangan ekonomi hasil dari perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Saya berpikir-pikir....Apabila hari ini, ada orang Melayu di luar sana yang menjadi jaguh dalam menyuarakan isu ini, dengan rakus membantah Ketuanan Melayu dan penuh lantang melaungkan Ketuanan Rakyat, timbul persoalan, apakah masih relevan untuk kita terus mengamalkan Dasar Ekonomi Baru untuk generasi Melayu yang akan datang.....???

Friday, April 25, 2008

Usahawan Lebur Besi

Hari ini dirasakan amat singkat..saya baru sahaja selesai menghadiri program Penamaan Semula Giat MARA Kuala Selangor kepada Giat MARA Tanjong Karang. Penamaan semula Pusat Giat MARA ini adalah kerana bersesuaian dengan lokasi tapaknya yang terletak dalam Parlimen Tanjong Karang. Apa yang menarik, Pusat Giat MARA ini merupakan satu-satunya pusat yang menyediakan Kursus Melebur Besi ataupun 'Foundry' . Pusat Giat MARA Tanjong Karang telah dipilih untuk melaksanakan projek rintis ini . Kursus ini akan dikendalikan dengan usahasama sebuah syarikat usahawan bumiputera tempatan yang telah berjaya di dalam bidang 'Foundry'. Semoga dengan penglibatan syarikat tempatan ini akan meniup semangat pelatih-pelatih untuk mengikuti jejak kejayaan mereka.Saya rasa amat berbesar hati kerana sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat pada hari ini amat memberangsangkan. Rakyat menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian. Besar harapan saya untuk melihat pelatih-pelatih yang terdiri dari golongan belia dan beliawanis ini, apabila tamat latihan di pusat Giat MARA ini nanti, mereka dapat mengungguli industri lebur besi yang sudah tentunya menjanjikan pendapatan lumayan. Dengan itu, kita dapat membina lebih ramai usahawan muda yang berjaya. Selari dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan lebih ramai usahawan dari pelbagai bidang pada masa akan datang.

Wednesday, April 23, 2008

RTM Live - Bersama Saya..

Kepada semua pembaca blog ini, anda dialu-alukan untuk bersama saya yang akan muncul secara live di RTM 1 pada jam 9.30 malam ini (23/04/08, Rabu ) bagi Program 60 Minit Bersama Menteri.

Tuesday, April 22, 2008

232 permit bas KBES digantung sebulan

TIADA KOMPROMI: Noh pada sidang media mengenai penggantungan permit KBES sambil diperhatikan Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Datuk Markiman Kobiran (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Surat Singh (kiri) di Putrajaya.

Gagal patuhi garis panduan operasi, sering terbabit nahas maut

PUTRAJAYA: Semua 232 permit bas ekspres milik Konsortium Bas Ekspres Semenanjung Malaysia Sdn Bhd (KBES) yang terbabit dalam empat kemalangan dalam tempoh empat bulan lalu, mungkin digantung selama sebulan.

Lembaga Inkuiri Kemalangan Maut yang bersidang di sini, semalam mendapati, syarikat terbabit gagal mematuhi garis panduan operasi perkhidmatan pengangkutan awam seperti ditetapkan mengikut Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (She).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata siasatan juga mendapati, pengurusan syarikat bersikap sambil lewa dan tidak pernah berasa bersalah walaupun bas milik mereka sering terbabit dalam kemalangan.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil selepas siasatan mendapati bas ekspres milik KBES sering terbabit dengan kemalangan maut.
"Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang bersidang hari ini (semalam) mengesyorkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya menggantung semua operasi bas milik KBES selama sebulan bagi membolehkan syarikat terbabit memperbaiki tahap keselamatan penumpangnya.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh mengumumkan bila tarikh bermula penggantungan terbabit kerana ia hanya boleh diputuskan LPKP yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Lembaga Inkuiri Kemalangan Maut dianggotai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pengangkutan, LPKP dan JKJR.
Empat kemalangan maut yang membabitkan bas milik KBES ialah, di plaza tol Sungkai pada 18 Disember lalu yang mengakibatkan 19 orang cedera; di KM383.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang, pada 25 Januari lalu yang meragut nyawa tiga orang dan di KM396.7 lebuh raya sama pada 2 Februari lalu yang menyebabkan dua orang terbunuh.
Dalam kemalangan terbaru di Plaza Tol Seremban Selasa minggu lalu, seorang anggota tentera terbunuh dan 31 penumpang cedera.

Mengulas lanjut, Noh berkata, selepas tempoh penggantungan sebulan itu tamat, pengurusan syarikat bas terbabit akan dipanggil sekali lagi bagi menghadiri sesi soal siasat yang dikendalikan Lembaga Inkuiri Kemalangan Maut.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan syarikat berkenaan mematuhi semua syarat ditetapkan 'She' termasuk aspek jadual perjalanan bas dan disiplin pemandu.
"Cukup tempoh sebulan kita datang balik dan siasat... kalau tidak berpuas hati kita mungkin akan timbang kali kedua sama ada akan gantung atau batal terus permit mereka," katanya.
Noh berkata, kementerian tidak pernah berkompromi dengan syarikat pengangkutan awam yang didapati cuai sehingga mengundang risiko kemalangan maut.
"Kalau tak cukup pemandu, jangan minta terlalu banyak permit... jangan tamak, ramai lagi yang nak mohon permit ini, jangan asyik nak kira untung saja," katanya sambil menambah LPKP mungkin memanggil pengurusan kanan sebuah syarikat bas ekspres yang didapati terbabit dalam kemalangan maut di Terengganu awal pagi semalam.

Sementara itu, Pengerusi KBES, Abdul Jalil Maarof, meminta pihak berkuasa memberi peluang kepada pengurusan syarikat memperbaiki tahap keselamatan, keselesaan dan persekitaran penumpang bas ekspresnya seperti ditetapkan 'She'.
Beliau berkata, KBES juga sudah melantik perunding bagi memberi khidmat nasihat berkaitan aspek keselamatan dan meningkatkan tahap disiplin pemandu bas ekspres dikendalikan syarikat. "Saya berharap pihak berkuasa akan memberi kami peluang. Kami mengakui ada banyak kelemahan termasuk dari aspek pengurusan dan kami berjanji memperbaiki kelemahan itu dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui selepas sesi soal siasat itu.

di petik:- berita harian 17/04/08

Mara perlu ubah konsep

PELABUHAN KLANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) diminta mengubah konsep ruang niaga premis pada masa kini yang bagaikan `hidup segan, mati tak mahu’ kepada yang lebih terkini dan menarik agar ruang niaga itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Beliau berkata, pihaknya sudah menerima laporan bahawa sesetengah premis yang dibina Mara tidak mendapat sambutan selain gagal mencapai matlamat untuk menarik penglibatan golongan Bumiputera menyertai bidang perniagaan.
Katanya, keadaan projek sedemikian bukan sahaja satu pembaziran malah menggambarkan golongan Bumiputera termasuk Mara tidak pandai berniaga atau tidak pandai menguruskan harta jagaan mereka.
“Saya mahu Mara lebih proaktif untuk tarik minat peniaga dan orang ramai ke premis ini yang memang disediakan khas dengan peruntukan kerajaan untuk membantu peniaga Bumiputera.
“Mungkin tapak gerai atau premis ini agak terasing atau jauh daripada tarikan orang ramai. Sungguhpun begitu, satu perubahan idea dan imej perlu difikirkan supaya tempat ini menjadi tarikan ramai seperi dilakukan mana-mana premis lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis kesyukuran anjuran Persatuan Penduduk dan Persatuan Teksi Pelabuhan Klang di Telok Gong, dekat sini, semalam.
Noh yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Barisan Nasional (BN) Pelabuhan Klang selepas bahagian itu tewas pada pilihan raya umum Mac lalu, turut mengemukakan beberapa langkah untuk menarik ramai pengunjung ke premis perniagaan Mara.
Antaranya, menghapuskan bayaran tempat letak kereta kepada pengunjung yang berbelanja di premis berkenaan atau mengadakan program seperti karnival jualan murah, persembahan, pameran dan sebagainya. - Bernama

dipetik:- Metro 21/04/08

Monday, April 7, 2008

Peluang Mahasiswa Cipta Kerjaya Sendiri

ALOR STAR 6 April - Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan menganjurkan Forum Keusahawanan dan Kerjaya pada 12 April ini.
Forum bertajuk 'Usahawan : Kerjaya Pilihan Siswa' akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok.
Pengarah IPK UUM, Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, program ini memberi peluang kepada mahasiswa bagi mendapat pendedahan untuk mencipta kerjaya sendiri terutamanya dalam bidang keusahawanan.
Katanya, forum itu membariskan lima ahli panel yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan untuk bersama-sama berkongsi kepakaran serta maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada mahasiswa UUM.
"Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Mohd. Nasir Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Datuk Hafsah Hashim dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan (MECD),Datuk Hashim Abdullah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, turut ditampilkan ialah Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Mohd. Alayuddin Che Hasan dan wakil daripada Alumni UUM iaitu Norol Azali Sulaiman manakala Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi bertindak sebagai moderator.
Selain itu, katanya, forum ini juga bermatlamat untuk membincangkan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan siswazah memilih bidang ini sebagai pilihan kerjaya mereka.
"Forum ini akan dihadiri oleh 3482 pelajar tahun akhir UUM yang akan menjalani latihan industri mulai Jun ini," ujarnya.
Tambah beliau, sempena majlis itu satu majlis penyampaian cek penajaan Dewan Penginapan Pelajar oleh Bank Rakyat serta menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UUM dengan PUNB, INSKEN,DPMM, SMDEC dan Bank Rakyat.
Jelasnya, kesemua MoU ini berkaitan dengan program-program yang melibatkan pembangunan keusahawanan dan kerjaya siswazah.
"Di samping forum ini, kami juga turut mengadakan sesi perkongsian pengalaman oleh pelajar yang menjalani latihan industri di luar negara dan forum kerjaya.
"Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Muhd. Iskandar Zulkarnain di talian 04-9285618 atau 013 4868373," tambahnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Biodata

Dato’ Noh bin Haji Omar


Post Held in the Government :
Minister of Entrepreneur and Cooperative Development
(19th March 2008 - till now)
Deputy Minister of Education
(15th February 2006 – 12th March 2008)
Deputy Minister of Internal Security
(17th Mac 2004 – 14 Februari 2006)


Parliamentary Secretary in the Prime Minister’s Department
(From : 15th December 1999 – 21st Mac 2004)
i. Job specification : To assist Minister in the Prime Minister’s
Department, Y.B. Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin – affairs related to Islamic matters.
ii. Job specification : To assist Minister in the Prime Minister’s
Department Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim – affairs related
to Law matters.
iii. Job specification : Biro Tatanegara, Prime Minister’s Department.

· Chairman of Special Committee for Malaysian Students Overseas


Personal :-
Date of Birth : 23 February 1958
Place of Birth : Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor
Member of Parliament’s Office : 131A Aras bawah, Bangunan UMNO Bahagian, 45500 Tanjong Karang, Selangor. Tel: 03-32691135


Awards :-
· Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) : Pahang (2005)
· Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) : Selangor (2001)
· Darjah Mahkota Seri Melaka (DMSM) : Melaka (2000)
· Officer of The Most Distinguished Order of The Defender of the Realm : Federal Government (1999)
· Justice of Peace (JP) : Selangor (1999)
· Member of The Most Honourable of Sultan Salahuddin Abdul Aziz (ASA) : Selangor (1996)
· Pingat Jasa Kebaktian (PJK) : Selangor (1994)


Post Held in Politics :-
· Chairman of UMNO Malaysia Anti Drug Bureau (2004 -present)
· Head of UMNO Division, Tg. Karang, Selangor (present)
· Committee Member of UMNO Information Bureau, Malaysia (present)
· Committee Member of, UMNO Training Bureau, Malaysia (present)
· Chairman of UMNO Politics Bureau, UMNO Tg. Karang, S’gor (present)
· Committee Member, International UMNO Youth Bureau, UMNO Malaysia (1996-1999) : Penolong Ketua Majlis Antarabangsa, Ahli Majlis Pendidikan Ahli Majlis Belia.
· Committee Member of UMNO Youth, Selangor (1994-1995) : Committee Member of Information and Editorial Board of Voices of Youth magazine.
· Chairman of UMNO Youth, Parit 2, Sg. Burung, UMNO, Tg. Karang (1994-1995) .
· Chairman of UMNO Youth, UMNO Parit 2, Sg. Burung, UMNO Tg. Karang (1990-1994)
· UMNO member of Tg. Karang since 1976.


Post Held in Voluntary Organization :-
· Deputy President of Belia 4B, Malaysia (1999-present)
· Chairman of Alumni UMNO Overseas Clubs (NGO) (2000-present)
· Member of Malaysian Youth Council (1995-98)
· Chairman of Sports and Arts Bureau of Belia 4 B Malaysia (1995-98)
· Deputy Honourable Secretary of Belia 4B, Malaysia (1991-94)
· Vice President (III), Belia 4B, Selangor (1997-present)
· Exco of Belia 4B, Selangor (1995-97)
· Deputy Honourable Secretary of Belia 4B, Selangor (1991-1994)
· Chairman of Belia 4B, Tg. Karang (1995-97)
· Committee Member of Belia 4B, Tg. Karang (1991-94)
· Committee Member of Belia 4B, Cawangan Batu 12, (1975-present)
Sg. Burung, Tg. Karang dan Member of Belia 4B, Cawangan


Working Experience :-
· Member of Parliament for Tanjung Karang, Selangor (1995-present)
· Partner in a Legal Firm (Ahmad Famy & Noh) (1992-1995)
· Chambering (Legal Practice) (1990-1991)
· Legal Officer for MARA (1988-1990)
· Teacher at Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor (1983)
· Teacher in Sekolah Menengah Pulau Carey,Pelabuhan Klang, Selangor (1980-82)


Hobbies :-
Reading and sports (sepak takraw & badminton)

Negaraku..

Negaraku...
Tanah tumpahnya darah ku...
Rakyat hidup...bersatu dan maju..
Rahmat bahagia..Tuhan kurniakan..
Raja kita selamat bertakhta...