Semalam saya sempat berdialog dengan lebih kurang 1500 orang pemandu-pemandu teksi sekitar Lembah Klang yang menghadiri Seminar Pemantapan Imej Pengusaha Teksi Lembah Klang seterusnya pada sebelah petang, kami bersama-sama dengan Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan-Fasa 1 kepada para pemohon lesen teksi individu yang berjaya. Sebanyak 7,566 permohonan dari seluruh semenanjung diterima oleh LPKP dan dari jumlah itu,pengeluaran lesen tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan LPKP Wilayah Tengah.
Melihat kepada raut wajah gembira seramai 1491 orang pemandu teksi yang menerima permit teksi masing-masing, saya sendiri yang pernah bergelumang dalam dunia mereka tentu saja tak dapat menahan perasaan dan tumpang gembira. Setelah bertahun-tahun-tahun lamanya menyewa teksi untuk mencari rezeki, pemberian permit ini sudah tentu membawa makna yang amat besar kepada mereka.
Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam majlis tersebut yang di adakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, keadilan telah diberikan kepada mereka dan kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha untuk berlaku adil kepada setiap rakyat untuk mencari rezeki yang halal di bumi nan bertuah ini.
Yang pentingnya, pemberian permit teksi individu ini bukanlah momokan Kerajaan Barisan Nasional untuk mengambil hati para pemandu teksi, tetapi ianya adalah satu amanah dan tanggungjawab kepada pemandu teksi di Negara ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Dalam melaksanakan tugas mereka, pemandu teksi hendaklah meletakkan diri mereka sebagai penumpang, maka dengan cara ini pemandu teksi dapat merasai bagaimana perasaan menjadi penumpang yang mengharapkan layanan yang mesra dan baik daripada pemandu teksi.
Saya percaya ramai di kalangan pemandu teksi di Negara ini adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar ikhlas menjalankan tugas mereka. Janganlah kerana sebahagian kecil yang berkelakuan buruk yang lainnya terpalit jua.
8 comments:
Salam Dato'.
Terima kasih diatas initiatif Dato' memberikan permit teksi individu. Moga peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemandu-pemandu teksi kita.
Tidaklah banyak ingin saya komen. Kerana Dato' telah mengotakan janji untuk membantu usahawan-usahwan kita dalam perkara ini.
Namun apa yang masih menjadi kebimbangan adalah sikap usahawan pemandu teksi kita yang mana saya pasti Dato' lebih maklum.
1. Ingin duit mudah dan cepat sehingga sanggup 'menyewakan' permit dan teksi kepada pihak ketiga terutama sekali pendatang asing.
Ini mengundang bahaya dan kesulitan kepada pengguna kerana pihak katiga dan pendatang asing yang membawa teksi ini tidak diketahui asal usul mereka.
Masalah teksi yang dipandu oleh pemandu yang berpenyakit, kaki dadah, tidak tahu berbahasa malaysia, tidak tahu jalan dan sombong diharap dapat ditangani oleh Dato' dengan sebijak mungkin.
Memandangkan sistem pemantauan sekarang tidak berkesan (terutama sekali sistem menuding jari dikalangan pihak berkuasa), adakah sebarang mekanisma baru untuk memantau permit teksi yang dikeluarkan tidak akan disalah guna?
2. Seperkara lagi masalah klasik pemandu teksi melayu di negara ini - selekeh, pengotor, malas dan sombong. Lebih banyak berehat hisap rokok,berkumpul berborak sesama sendiri dan susah nak senyum apalagi ucapan terima kasih.
Walau dikeluarkan 10,000 permit sekali pun, jika masalah sikap ini tidak diubah, usaha Dato' untuk membantu pemandu-pemandu teksi melayu adalah sia-sia.
Adakah sebarang kursus re-orientation yang diwajibkan untuk pembangunan diri dan minda diberikan untuk pemandu-pemandu teksi agar lebih berkualiti dalam memberi perkhidmatan?.
Mungkinkah sistem pemantauan pemandu-pemandu teksi seperti di New York (Yellow Cab) dan Britain dapat dijadikan rujukan oleh pihak Dato' dalam usaha memajukan diri serta perniagaan pemandu teksi melayu kita?
Atau sekurang-kurangnya mereka (pemandu-pemandu teksi yang tiada disiplin serta keras kepala) diwajibkan untuk menyertai PLKN, bukan setakat untuk mendisiplinkan anak-anak mereka sahaja.
Dato'
Saya terlibat dalam industri pelancongan di Taman Negara, Jerantut secara kecil-kecilan dan saya melihat adanya peluang menawarkan khidmat pengangkutan jika memiliki permit teksi yang masih belum dipunyai sesiapa secara sah dikawasan tersebut. Apakah ada peluang untuk berbuat demikian dan apakah boleh dipohon secara individu atau perlukan pendaftaran syarikat?
PK
Terima kasih kepad MECD dan Datuk dalam usaha membantu pemandu-pemandu teksi. Diharapkan dengan pemberian permit individu ini dapat meningkatkan kualiti teksi di negara kita.
Adik saya adalah salah seorang yang berjaya dalam Fasa pertama ini. Untuk Datuk dan MECD terima kasih sekali lagi.
Syukran,
Salam Hormat Dato'
Segala puji bagi ALLAH S.W.T dengan limpah rahmat & kurnianya maka melalui Dato' sebagai menteri yg bertanggungjawab telah membuka lembaran baru pada pemandu teksi syarikat sebelum ini untuk mempunyai permit teksi sendiri.
Kami di wilayah selatan(Johor Bahru) sedang menantikan pengumuman pemberian permit teksi bagi kawasan kami pula yg mungkin akan diserahkan tidak berapa lama lagi.
Bagi kami di Johor Bahru juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan yg menerima saranan kami untuk penyediaan prasarana yg lebih baik bagi pengangkutan teksi.
Antara tindakan yang telah diambil adalah berkenaan hentian teksi dilaluan utama yang berhampiran hentian bas telah pun dibina maka itu peluang untuk kereta sapu bergerak dan beroperasi telah terbatas.
Keduanya, papan-papan tanda nama jalan telah diperbaharui sebahagianya dengan penukaran papan tanda yg lebih tinggi dan mudah dilihat,seperti saranan kami kepada pihak berkuasa tempatan.
Ketiga adalah hentian teksi baru bagi mengambil dan menurunkan penumpang juga telah dibina walaupun ianya masih belum mencukupi.
Namun dalam segala perubahan yg berlaku ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khusus seperti:
1) Pakaian seragam pemandu teksi.
Harapan kami agar pakaian seragam sekarang ini yg berwarna putih diubah coraknya yg lebih mencerminkan negara M'sia seperti tertera pada pakaian tersebut lambang KLCC, BUNGARAYA dsbnya yg lebih menonjolkan pemandu teksi sebagai Duta kecil negara.
2) Terkesan dari kos sara hidup yg amat tinggi kami juga sedang menantikan pengumuman kadar kenaikan tambang yg baru yg bersesuaian pada keadaan sara hidup semasa memandangkan bukan sahaja sara hidup yg makin tinggi tetapi kos operasi kami juga meningkat lebih 45% akibat kenaikan harga alatganti,tayar,bateri dan kos baik pulih kenderaan akibat susutguna.
Harapan kami amat menggunung agar pihak Dato' melalui kementerian yang terlibat akan dapat merubah corak perkhidmatan dan sistem pengangkutan awam dinegara ini setanding dengan negara maju kerah efisiensi serta profesional.
Wasalam
http://iskandarmalaysia.blogspot.com
emel: iskandar.malaysia@yahoo.com
Salam Dato',
Pertamanya saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Dato' kerana meluluskan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan Aked Kulai yang telah berusia lebih 25 tahun. Disinilah penempatan usahawan-usahawan bumiputera Melayu ditengah-tengah persaingan dengan masyarakat bukan bumiputera yang menjadi majoriti penduduk di Kulai.
Cuma saya tidakpuashati dengan penempatan semula usahawan Aked Kulai yang ditawarkan kemasukan pada 20 Januari 2009 tidak sepertimana yang dijanjikan oleh Pengarah MARA Negeri didalam taklimat pada bulan Julai/Ogos 2008. Beliau berjanji bahawa kesemua usahawan akan ditempatkan semula dengan syarat tiada sebarang tunggakan sewa.
Sebelum usahawan dikeluarkan, saya adalah pengusaha kedai jahit ditingkat satu Aked Kulai dan merupakan bekas pengajar Giat Mara Kluang. Terimakasih kepada MARA kerana memberi peluang kepada saya menjadi usahawan.
Ketika dikeluarkan, kami semua tidak diberikan tempat berniaga sementara dan tidak diberikan sebarang pampasan mahupun kos pengangkutan perpindahan. Apatahlagi, kesemua ubahsuai dalaman terpaksa dikorbankan demi untuk menaiktaraf. Kami akur dengan perjanjian penyewaan dengan MARA yang tidak menanggung segala kos tersebut.
Ramadan dan Raya bakal menjelang(tahun 2008) disamping keperluan anak-anak sekolah mula difikirkan menyebabkan kami terpaksa mencari haluan masing-masing sementara menunggu Aked Kulai siap yang dijangka pada Januari 2009.
Oleh kerana saya tidak mahu menanggung kos kemasukan semula ke tempat lama, saya bercadang menukar perniagaan kepada kedai makan. Diwaktu yang sama, ada kekosongan satu lot untuk ruang kedai makan yang mana saya secara mulut telahpun memaklumkan kepada Pengarah Negeri dan Peg. MARA Daerah dan akur dengan mengisi borang permohonan semula disamping berpegang pada janji untuk ditempatkan semula semua usahawan. Tetapi malangnya, nama saya tidak disenaraikan. Ini menyebabkan saya tidak berpuashati. Disini saya ingin nyatakan ketidakpuasan hati saya:
1.Tempat yang kosong tersebut telah diberikan kepada usahawan lain yang mana beliau merupakan bekas pegawai di IKM Johor Bahru.
2.Terdapat usahawan yang belum menjelaskan tunggakkan sewa, tetapi surat tawaran telah dikeluarkan. Saya diminta untuk menunggu sekiranya usahawan tersebut gagal menjelaskan bayaran baharulah saya ditempatkan disitu. Sepatutnya, saya ditempatkan dahulu dan usahawan baru iaitu bekas pegawai IKM yang sepatutnya menunggu sekiranya ada kekosongan.
3.Sekiranya tiada tempat kosong,usahawan yang telah terlalu lama melampaui 20 tahun patut dikeluarkan bagi memberi peluang kepada usahawan baru.
4.Terdapat usahawan yang menggunakan nama usahawan lain untuk menambah lot perniagaannya. Ini bukan sewaan kecil tetapi menggunakan nama usahawan lain untuk menambah lot perniagaan beliau.
5.Ada juga yang menggunakan nama isteri dan anak untuk terus kekal berniaga. Amat jelas usahawan ini tamak dan menjejaskan peluang usahawan tulen yang lain.
6.Terdapat juga usahawan yang boleh dianggap telah mempunyai keupayaan dan banyak cawangan di Kulai dengan menyewa di gedung-gedung perniagaan yang besar dan popular tetapi masih diberikan peluang dan tempat di Aked Kulai.
7.Pengerusi Persatuan juga tidak membantu saya untuk merayu diatas keputusan MARA Johor. Kebajikan saya sebagai ahli tidak diutamakan.
Kesemua laporan ini telah diajukan kepada PMD Johor Bahru sebelum penempatan semula usahawan tetapi ibarat curah ke daun keladi.
Saya berharap YB Dato' dapat lihat perkara ini dengan rasional.
Sahri Masari
Usahawan Terpinggir
Ketua Cawangan UMNO Ayer Manis
Ketua Zon UMNO Kelapa Sawit
AJK Bahagian Kulai
Tel:0137474512
Assalamualaikum YB. Dato'
Tahniah diatas usaha Dato' dalam membantu penguasaha teksi untuk memiliki permit sendiri. Ini satu usaha yang murni dalam membantu pengusaha teksi menambahkan pendapatan dan juga memperbaiki taraf hidup. Di harap para penguasaha teksi dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih baik.
Kedua saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YB. Dato' kerana sudi berkunjung ke Universiti Utara Malaysia. Di harap ucapan terima kasih ini
tidak terlalu lambat diberikan.
Tujuan saya meninggalkan komen ini bukanlah untuk membicarakan tentang permit yang diberikan, cuma agak takut dan risau dengan berita utama dalam Berita Minggu bertarikh 1hb Februari 2009 bertajuk "Tambang bas naik April".
Di sini saya ingin mencadangkan agar YB. Dato' dapat mempertimbangkan pengecualian kenaikan tambang bas ini kepada golongan pelajar sekolah berasrama dan juga golongan mahasiswa. Ini kerana kenaikan tambang ini semestinya akan membebankan golongan pelajar kerana tidak mempunyai pendapatan tambahan golongan pelajar tidak akan terkecuali untuk menggunakan perkhidmatan bas apabila tibanya musim cuti.
Melihat kepada harga tambang bas sekarang yang meliputi kenaikan surcaj 30 peratus, ia sudah mebuatkan golongan pelajar merasakan terbeban. Jika tambang bas akan naik lagi setelah diluluskan oleh kabinet, bagaimanakan golongan pelajar dapat mengharungi keadaan ini dengan taraf hidup yang semakin meningkat dan juga kekurangan pendapatan.
Saya mencadangkan agar di Malaysia diwujudkan juga kad pelajar yang berfungsi memberi diskaun kepada golongan pelajar untuk menikmati kadar tambang bas yang lebih murah. Di harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan YB. Dato' sebelum diusulkan di dalam kabinet.
sekali lagi saya berharap YB. Dato' dapat membawa hasrat golongan pelajar dan membawa berita gemberita kepada kami.
sekian terima kasih
Jutaan terima kasih kepad Dato' dan MECD dalam usaha membantu pemandu-pemandu teksi. Harapan kami pemandu teksi dengan pemberian permit individu ini dapat kami meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi di Lembah Kelang khasnya dan negara amnya.
Sukacita dimaklumkan saya adalah salah seorang yang berjaya dalam Fasa pertama ini. Untuk Datuk dan MECD terima kasih sekali lagi.
Suara hati Anonymous pemberian itu akan berulang kisah tindakan menyewakan permit teksi kepada pihak ke3 adalah telah dijelaskan dan diberi amaran olih Dato' semasa sessi dialog tempohari. Bukan sekadar amaran tapi akan dituruti dengan tindakan keras olih LPKP.
Tentang rungutan pemandu dari pendatang asing, sombong, sakit , dadah, buruk budi bicara dan sebagainya adalah satu pandangan yang sedikit demi sedikit akan terhakis kelak dengan langkah memberi teksi kepada individu.Kami tidak mahu menjadi pemandu teksi syarikat atau koperasi seumur hidupi.
Inilah satu sumbangan yang istemewa kami rasa dapat dikecapi, bukan untuk Bangsa Melayu saja tapi semua bangsa dikalangan pemandu teksi.
Jangan kerana segelintir perilaku yang buruk habis semua dipalit dengan kotoran pemikiran yang ada dalam kepala anda.
Saya tetap menghormati ketentuan hidup saya dalam mencari rezeki, kalau ditakdirkan jadi pemandu teksi orang seumur hidup pun saya berbangga kerana dapat berkhidmat. Ini bukan suara hati yang pro kerana dapat habuan tapi saya ingin menjelaskan pada Anonymous.....diatas sana ada saorang anak dewasa milik saorang pemandu teksi menjadi Menterti yang tidak mudah lupa pada nasib kami. Mana tahu, in the future, our Malaysian taxi will be much much much more better compare to USA, Britain and whereever lah and I extremely disagree with anonymous, we don't want to go back to PLKN or school like you.
Salam Dato'
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada dato' kerana semua agensi yang datuk ketuai sekarang dan sebelum ini sebagai seorang menteri telah menunjukkan imej yang positif dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak datuk agar mengusulkan cadangan mewujudkan sebuah perbadanan pengangkutan awam di bawah kelolaan kementerian pengangkutan berbanding kebanyakkannya berada di bawah MECD kerana berkaitan dengan keusahawanan.
Saya berpendapat apabila gagasan atau perbadanan ini ditubuhkan dapatlah kiranya meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam melalui penetapan sistem pengendalian operasi dan jajaran laluan pengangkutan awam dan hal-hal berkaitan undang-undang pengangkutan awam. Frasa kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam perlu dipisahkan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam.
Bagaimanapun, dari segi modal dan syarikat atau koperasi bagi menjalankan operasi bagi pihak perbadanan terbabit akan perlu merujuk kepada MECD bagi memperbanyak penglibatan masyarakat dalam bisnes pengangkutan.
Perbadanan ini kelak akan dapat mengatasi masalah tindanan tugas agensi kerajaan berkaitan dari segi pengendalian operasi dan pelanggaran undang-undang berkaitan.
Post a Comment