Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, February 20, 2009

Masyarakat luar bandar perlu pendedahan koperasi, insurans

NOH menyampaikan sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas selepas melancarkan Skim Tabarru' di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang, semalam.

TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedang mempergiatkan usaha mendedah dan menggalakkan masyarakat luar bandar terutama Melayu untuk menubuh dan terbabit dalam kegiatan koperasi serta perlindungan insurans. Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata walaupun kegiatan koperasi dan insurans sudah lama bertapak di negara ini, masih ramai masyarakat luar bandar tidak terbabit dengannya. Katanya, aktiviti koperasi mula diperkenalkan di negara ini sejak 86 tahun lalu tetapi masyarakat luar bandar masih tidak melihat kepentingan koperasi.

“Kita bawa koperasi seperti Koperasi Ukhwah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) kerana kita lihat orang akan berbuat sesuatu apabila melihat orang lain berjaya. “Koperasi Ukhwah misalnya sudah memilih beberapa sekolah termasuk di Tanjong Karang untuk dijadikan sekolah angkat sehingga pelajar di sekolah itu mencapai keputusan yang baik,” katanya selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Pemimpin Turun Padang: Pelancaran Skim Tabarru' dan Penyampaian Tiket Penerbangan Koperasi Ukhwah di sini, semalam. Pada majlis itu, Noh mengumumkan akan menaja 1,000 penduduk di Sungai Yu, Tanjong Karang untuk menyertai Skim Tabarru', manakala 1,000 individu lain akan ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak.
Sumber : Berita Harian

6 comments:

Anonymous said...

Jika dibuat perbandingan sememangnya masyarakat luar bandar khasnya perlu didedahkan kepada koperasi dan insurans. Persepsi yang ada dikalangan masyarakat bumiputera luar bandar khasnya "insurans" satu yang dikira "taboo."

Sebagai negara yang pesat membangun seharusnya insurans merupakan satu yang wajib dikalangan masyarakat bumiputera kerana insurans mempunyai banyak menfaat! Masalahnya mentaliti subsidi tetap kuat dan ini merupakan satu isu yang perlu dikurangkan sekiranya tidak dapat dibendung atau dihapuskan. Sekiranya masyarakat bumiputera terlalu mengharapkan subsidi atau percuma maka perbelanjaan kerajaan akan meningkat tinggi. Akhirnya mereka yang membayar cukai akan mendapat beban. Saya kira banyak kemudahan yang dapat disedikan melalui insurans termasuk perubatan, kemalangan, pelajaran dll. Tentu sekali syarikat-syarikat insurans dapat menyediakan program insurans dimana premium yang berpatutan dan mampu dibayar masyarakat berpendapatan rendah dapat melabur.

Ini berkait rapat dengan koperasi dimana insurans tersebut dapat dipanjangkan kepada ahli-ahli koperasi. jangan terlalu ghairah untuk membuat program-program ini hanya semasa hampir pilihanraya atau pemilihan UMNO. Ianya perlu ada kesinambungan. Saya khuatir sekiranya YB bertukar kementerian program ini akan menjadi hambar.

Saya juga tertanya-tanya kenapa ADUN perlu menjadi Lembaga Pengarah Koperasi?? saya khuatir ini akan menimbulkan lebih banyak masalah kerana ADUN mungkin kurang waktu untuk bersama membangunkan koperasi tersebut. Jangan nanti koperasi hanya tinggal nama sahaja. Perkara ini perlu diberikan pertimbangan yang serius. Kalau dikaji diMalaysia kita memang kreatif tetapi dari banyak program yang dilaksanakan berapa program sahaja yang benar-benar berjaya untuk jangkamasa yang lama?? Cuba YB selidik!!

YB..."the way forward" untuk masyarakat bumiputera adalah untuk lebih berani bersaing dan perlu ada komitmen serta kesinambunga didalam apa sahaja yang mereka laksanakan. Selalunya terdapat program-program yang dijalankan serta mendapat liputan media. banyak wang dibelanjakan dan setelah beberapa lama ianya "face a natural death!" Ini satu fenomena yang kerap terjadi. Persoalannya sampai bila perkara ini akan berterusan?? Sekiranya metaliti ini berterusan saya kira masyarakat bumiputera akan tertinggal lebih jauh kebelakang. Isu ini harus mendapat perhatian serta tindakan susulan semua pehak. Malangnya mereka yang "berkenaan" lebih mementingkan untuk "reap the benefit" dimana bukan semua bajet yang diperuntukkan sampai kekumpulan sasaran!! "what a waste and a great pity."

Alangkah untungnya masyarakat bumiputera sekiranya setiap orang bumiputera komited untuk sama-sama berusaha didalam meningkatkan tahap ekonomi kaum bumiputera khasnya. Bersama didalam memastikan bahawa generasi bumiputera akan datang akan mewarisi tahap ekonomi yang lebih baik setanding dengan bukan bumiputera. Malangnya hanya segelintir bumiputera yang dapat mencapai tahap ekonomi yang baik dan majoritinya menderita.

Persoalannya sanggupkah kita meninggalkan generasi akan datang dengan mentaliti "subsidi" serta menjadi "pengemis" dinegara sendiri?? Saya bukan ahli politik tetapi saya merasa sedih melihat apa yang berlaku sekarang sehingga saya tidak tahu kemana arah generasi bumiputera akan tujui. Nampaknya "agenda Melayu" bukan untuk semua orang Melayu tetapi lebih kepada "Melayu terpilih." Menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri - "To serve self first!!" Agak malang nasib orang Melayu yang tiada sebarang kedudukan didalam masyarakat. Kerana itu lah mereka senang dipengaruhi dengan janji-janji yang ditaburkan beberapa pehak. pada mereka kerajaan yang ada pun tidak banyak memberi mereka faedah kenapa tidak cuba dengan yang lain dan cuba lihat apa yang terjadi. Mungkin benar mereka akan mendapat pembelaan!! Wallahualam.

Saya harap YB lihat semula segala program yang telah berjalan dan yang sedang dirancang, pastikan kesemuanya benar-benar memberi menfaat kepada lebih ramai orang Melayu...dan agar ianya dapat memberikan mereka peluang untuk menjadi "senang" untuk jangkamasa yang panjang. Saya tidak bermaksud untuk memberikan subsidi yang banyak tetapi pastikan bahawa segala program yang bakal dilaksanakan merupakan program yang mantap.

Terdapat juga orang Melayu yang mengambil jalan mudah. Sesudah mendapat tempat berniaga, bukan mereka yang menjalankan perniagaan sendiri tetapi memberikan kepada orang lain dan kutip sewa setiap hari atau bulan. Mentaliti ini juga perlu dibasmi. Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membenteras kegiatan tidak sihat ini. Sebab itu semua pihak perlu komited bekerjasama memastikan meningkatkan tahap ekonomi orang Melayu inji adalah satu peroses yang akan memakan masa lama dimana anjakan paradigma sangat penting.

Mungkin isu ini dapat YB bersama YB yang lain serta para pegawai dikementerian-kementerian berkaitan perlu melihat secara keseluruhan. Bukan MECD sahaja tetapi seluruh jentera kerajaan. saya tahu ini mungkin tidak mudah untuk dilaksanakan, tetapi kita perlukan strategi serta komitmen yang jitu dari semua orang!!

Anonymous said...

assalammualaikum , yb,

saya ingin bertanyakan tentang geran pengiklanan usahawan bumiputra ..

saya seorang budak IT yang serius dalam industri perniagaan internet.

ini adalah laman rasmi saya
www.pedagangIT.com

adakah boleh saya usia 24 tahun kelulusan diploma multimedia design untuk pohon geran yang di tawarkan ..

saya serius untuk buat business IT dan landskap design

www.araslandskap.com adalah laman rasmi ayah saya ...

saya telah berjaya untuk buat sale 20k lamna taman jepun..

ingin bertanyakan kepada YB , ruang geran mana yang layak di pohon..

maaf jika menganggu YB di blog.

NIROZ GENTRO SDN BHD (925347-T) said...

Assalamualaikum Dato'

Saya adalah salah seorang usahawan bumiputra yang menyewa premis perniagaan MARA daerah klang, Kompleks Tengku Kelana, Setahu saya YB Dato pernah meninjau bangunan tersebut dlm tahun lepas, hari ini saya telah dikejutkan dengan berita bahawa bangunan tersebut telah dipajakkan oleh pihak MARA kepada operator Hotel dan kami diarahkan untuk membuat penyerahan premis perniagaan sehingga 1 March ini, memandangkan saya adalah usahawan yang baru, berita ini amat merunsingkan. Boleh dikatakan perniagaan handphone saya adalah 'ANCHOR' di bangunan tersebut (kebanyakkan perniagaan runcit mati) bolekah saya meminta jasa baik YB Dato membantu.

Rozahairy Abdul Razak
Niroz Gentro Enterprise
Lot 1.4, Kompleks Tengku Kelana,
Jalan Tengku Kelana / KS1,
41000 Klang.
0193309193
http://www.nirozgentro.blogspot.com/

Anonymous said...

Asslamualaikum Datuk...saya merupakan anak melayu kampung yang menuntut di sebuah IPTA Lembah Klang dan Insyaallah akan menamatkan pengajian pada awal Mei ini...saya dengan rendah hati memohon jasa baik Datuk sekiranya ada jawatan kosong yang boleh diberikan kepada kakak saya yang masih menganggur..saya kasihan melihat kakak saya seorang lepasan diploma uitm...saya bukan mohon untuk diri saya,Insyaallah saya akan berusaha sendiri sebaik mungkin...cuma sebagai adik,saya sangant sedih melihat akak saya yang masih tidak mempunyai pekerjaan,sedih melihat orang tua saya yang mengharap akak saya mendapat kerja tetap..kalau boleh datuk pertimbangkan untuk kakak saya..saya tahu ini kurang sopan dan tak formal,tapi saya merayu bagi pihak kakak saya..harap pertimbangan datuk yang berjiwa rakyat...

anak melayu
masha_maha@yahoo.com

Anonymous said...

Salam Dato'. Terbuka hati ini utk berkongsi pendapat dgn Dato'.
Telah banyak yg kita dengar dgn pelbagai penubuhan koperasi yg mana ianya untuk membantu masyarakat. Tetapi hampir kesemuanya hanya menetapkan "org gomen" shj yg boleh memohon.
Memandangkan saya ni bekerja di sektor swasta terpaksala gigit jari.
Oleh itu, saya berharap sgt Dato' dpt membantu golongan pekerja di sektor swasta agar turut dpt memohon di koperasi. Atau mungkin menubuhkan koperasi khas utk swasta seperti KOGOTA (KOOP GOLONGAN SWASTA), KOSEKTA (KOOP SEKTOR SWASTA).

z-hamd said...

Assalamualaikum YB Dato',

Melalui ruangan Blog yang Dato' sediakan ini saya rasa sangat sangat memudahkan untuk saya meluahkan apa yang hendak saya lapurkan berkenaan Koperasi walaupun sedikit melencong dari tajuk yang dibincangkan.

Perkara yang hendak saya kemukakan adalah berhubung kekecewaan saya dan lain-lain ahli dan boleh saya katakan semua ahli dengan kegagalan dan kelemahan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) yang sekarang ini dipangil SKM bertindak awal dan menguatkuasakan undang-undang dan kuasa yang ada pada pegawai yang di Negeri Perak.

Apa yang saya maksudkan ialah kegagalan bertindak awal keatas Koperasi Kinta Barat Berhad (KKBB)sekitar tahun 2006 yang mana menyebabkan saya dan rakan lain akan mengalami kerugian apabila membuat pelaburan di Koperasi berkenaan.

Kegagalan yang saya maksudkan adalah kegagalan bertindak menghalang atau mengambil-alih pentadbiran diperingkat awal sewaktu KKBB ini mula didapati menjalankan urusniaga emas.

Kami sebagai pelabur pada waktu itu sangat yakin dengan dengan apa yang ditawarkan oleh sebuah Koperasi seperti KKBB ini kerana tidak tidak masuk akal pada kami sebuah koperasi yang ada tertakluk pada undang-undang akan menjalankan aktiviti yang menyalahi. Dan juga kami yakin pada sekiranya jikalau Koperasi menjalankan aktiviti yang bertentangan sudah tentu ada pengawalselianya yakni JPK.

Tetapi amatlah malang apa yang kami harap ada perlindungan dan kawal seliaan terhadap pelaburan kami di koperasi berkenaan telah menjadi sebaliknya.

Kelemahan pentadbiran pegawai di SKM Ipoh terserlah apabila didedahkan didalam mesyuarat agung
KKBB pada Disember 2007. Kelemahan mengambil tindakan awal samada seperti dilakukan selepas nasi jadi bubur (mengambil alih pentadbiran) selain dari hanya membiarkan KKBB meneruskan kegiatan yang telah dilihat salah pada waktu itu.

Masa terus berjalan hingga semakin ramai pelabur terus memasukkan duit kedalam akaun KKBB yang mencecah angka jutaan ringgit termasuk saya sendiri. Sekiranya pihak SKM Ipoh bertindak awal mengambil alih pentadbiran KKBB maka tidak terjadi masaalah seperti apa yang berlaku sekarang.

Dan kelemahan berlaku lagi untuk tempoh kira-kira setahun oleh pentadbir dari SKM bila gagal membuat siasatan menyeluruh dan pendakwaan keatas Ahli Lembaga Pengarah (ALP)bagi menyiasat kemana hilangnya wang pelabur berjumlah jutaan ringgit. Pantadbir ada menyatakan telah membuat lapuran Polis tetapi tidak ada diketahui apa yang dilapurkan kerana hingga kini tiada tindakan telah diambil kepada ALP setakat ini.

Pentadbir juga telah berbohong didalam hal untuk mengutuskan satu surat rayuan kepada menteri (yang dimaksudkan Dato' sendiri) bagi membolehkan ALP diterima sebagai ALP baru dan sah apabila telah diadakan satu mesyuarat Agung pemilihan ALP baru didapati beberapa ALP yang dipilih ahli mempunyai sedikit masalah teknikal dari segi tempoh keahlian dalam koperasi. Dalam undang-undang tubuh memerlukan Untuk menjadi ALP mesti menjadi ahli sekurang-kurang dua tahun. Dalam hal berkenaan kebanyakan ALP yang dipilih beberapa orang yang hanya kurang beberapa hari untuk cukup dua tahun. Pada hari itu Pentadbir berkenaan telah menyatakan untuk menghantar surat rayuan kepada YB Dato'.

Saya percaya YB Dato' sendiri tidak pernah melihat surat berkenaan dan ini disahkan oleh pagawai di pejabat Dato' tidak ada menerima sebarang surat berkenaan.

Saya mohon maaf kerana menulis agak panjang tetapi sebenarnya saya memang bercadang untuk berjumpa sendiri dengan YB Dato' dan ini lah perkara yang hendak saya kemukakan. Disini tidak perlu lagi saya cari kawan-kawan dari TI Club untuk jadi pengantara.

Sehingga kini apa yang lebih mencemaskan ada ura-ura untuk mengambil tindakan mudah saja oleh pentadbir yakni menutup sahaja koperasi berkenaan kemudian cuci tangan. Jikalau beginilah cara kerja seorang Penjawat Awam bagaimana kami ingin menaruh keyakinan terhadap mutu kerja yang kami semua harap sebagai pelindung kepada pelabur-pelabur didalam koperasi yang di bentuk intuk memajukan bangsa kita.

Kami amat maklum sekiranya kami melabur didalam syarikat Sdn. Bhd yang banyak menjalankan skim-skim haram katika ini sudah tentu wang kami akan lesap tanpa jaminan dan oleh kerana itu kami membuat pelaburan di dalam koperasi kerana kami sangat tahu koperasi di kawal selia oleh badan kerajaan tetapi ini pula masaalah yang terjadi siapa pulak nak ambil tindakan terhadap pegawai yang sebegini?

Saya sangat berharap YB Dato' boleh mengambil tindakan segera dan berbuat sesuatu.

Saya sedia bersemuka sekira nya Dato' memerlukan lebih maklumat kerana diruang ini terhad untuk dipaparkan.

Yang ikhlas.