Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, May 12, 2009

AGENDA MEMBELA PETANI,PENTERNAK DAN NELAYAN


Antara intipati ucapan Perhimpunan Bulanan KPIAT saya yang pertama:

Kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(KPIAT) adalah tanggungjawab dan amanah rakyat dan Negara yang wajib saya jayakan dengan baik dan sempurna.Bahu saya memikul tugas yang berat bagi memastikan dasar-dasar yang digubal bagi membangunkan sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi.Dasar Pertanian Negara umpamanya menggariskan tiga perkara penting iaitu:

• MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN SEKTOR PERTANIAN MELALUI PENGGEMBLENGAN SUMBER-SUMBER NEGARA SECARA CEKAP DAN BERKESAN SUPAYA SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA DAPAT DIPERGIATKAN SEMULA.

• MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN PENGUSAHA DAN PEKEBUN KECIL MELALUI PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN SUPAYA KADAR KEMISKINAN DAPAT DIKURANGKAN DAN KUALITI HIDUP KELUARGA DIPERBAIKI.

• MEMAJU DAN MENINGKATKAN HASIL SERTA MUTU KOMODITI YANG MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK EKSPORT ATAU BAHAN GANTIAN IMPORT DAN KOMODITI TERPILIH UNTUK BAHAN MAKANAN DAN PERINDUSTRIAN.

KPIAT yang berkeluarga besar ini,mempunyai 3 jabatan dan 10 agensi.Dalam menjayakan agenda besar kementerian,kita hendaklah bersama dalam segala tindakan.

Klien kita adalah rakyat,secara khususnya golongan sasar kita adalah petani, penternak dan nelayan.Kalau fokus terhadap memaksimumkan pendapatan sektor pertanian,sudah tentunya golongan sasar ini tidak boleh kita pinggirkan.Malang sekali hakikatnya golongan ini iaitu para petani,penternak,peladang dan nelayan masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan.Pelbagai masalah yang tampak remeh tapi merupakan perkara-perkara asas terpaksa dihadapi sehingga menghalang mereka daripada berjaya seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.Ini adalah realiti kesukaran hidup para petani kita yang sepatutnya tidak lagi dialami pada abad ke-21 ini.

Kenapa dan mengapa perkara ini berlaku……..?

20 comments:

Anak Muda Johor said...

Salam Datuk,

Saya ingin tahu jika pentadbiran Datuk ada hari bertemu sesiapa yg ingin berurusan dgn Datuk? Sepertimana pentadbiran lepas, setiap Rabu adalah hari bertemu pelanggan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato..
Satu Usaha yang amat baik untuk mendekati rakyat. Memandangkan nelayan ada dalam agenda Dato sudilah kiranya melawat blog nelayan kami di http://nelayankunak.blogspot.com

Kami amat menghargai keprihatinan Dato. Terima kasih

arome_9@yahoo.com said...

salam YB Dato',
Cadangan dato' untuk mewujudkan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) yang dipengerusikan oleh MP @ ADUN BN dan diurusetiakan oleh Pegawai Pertanian Daerah ( Gred G41,G32 dsb) adalah amat tepat sekali. Jawatankuasa ini akan menjadi sebuah jawatankuasa paling efesien kerana suara akar umbi serta permasalahannya akan dapat diketahui. Saya mendapat tahu jawatankuasa ini akan dianggotai oleh semua ketua jabatan agensi di bawah MOA dan wakil2 penternak, nelayan, petani.ia amat bertepatan sekali dengan motto 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri kita. Dengan cara ini permasalahan golongan tersebut dapat segera diselesaikan tanpa menunggu arahan yang agak lambat kerana pendekatan top-down (kerajaan tahu segalanya) sudah berakhir. Kini pendekatan yang lebih sesuai ialah bottom up (rakyat diberi peluang memberi cadangan/ mengutarakan permasalah mereka). Saya berharap jawatankuasa ini segera dilaksanakan penubuhannya demi membela nasib golonngan petani, nelayan & penternak. sekian, terima kasih.

Jurutera Melayu said...

Salam Dato',tahniah diatas kejayaan dato'menerajui KPIAT.Saya yakin dato' dapat menerajui KPIAT dengan baik seperti kejayaan dato' menerajui KPU.Saya berharap dato' dapat meneruskan hasrat murni dato' untuk membela dan membasmi kemiskinan dikalangan nelayan kita.Dato' pernah merasmikan bot nelayan laut dalam yang telah dibina diUNIKL-MIMET sewaktu dato' menerajui KPU dan saya amat bangga sekiranya usaha murni dato'seperti dato'berucap diMajlis perasmian itu dapat diteruskan.Kita tidak mahu lagi melihat anak-anak kita melukis gambaran nelayan dengan baju yang koyak rabak dilukiskan oleh anak2 kita apabila sebut saja nelayan.Pemilihan Dato'keKPIAT amt tepat dan saya penuh yakin dato'dapat mendapatkan peruntukan bagi membina banyak lagi bot nelayan laut dalam ditanah air tercinta.
Syabas dan Tahniah Dato'

SAN said...

Tahniah Dato’ ke atas perlantikan baru sebagai Menteri di MOA. Semangat berkobar-kobar Dato’ amat saya junjungi dan saya berharap agar Kementerian di bawah naungan dan pimpinan Dato’ dapat memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia mengikut hala-tuju baru.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan Kementerian yang amat penting buat Negara kita, Malaysia maka perlantikan Dato’ sememangnya tepat pada masanya kerana sifat agresif Dato’ amat diperlukan dalam melaksanakan pelbagai langkah proaktif, bukan sahaja meningkatkan hasil pertanian malahan keutamaan juga harus diberikan terutamanya dari segi penguatkuasaan dan pemantauan kualiti hasil pertanian menggunakan kaedah bioteknologi terkini.

Saya amat bersetuju dengan misi YB Dato’ yang memandang serius nasib petani di Negara kita. Tiba masanya nasib petani di Negara kita dinaiktarafkan dari segi imej dan menjual produk berkualiti. Sejajar dengan Dasar Pertanian Negara kita, tiba masanya petani di Malaysia dilihat sebagai golongan yang berada dan berkaliber seperti petani di Negara maju lain seperti Jepun dan Negara EU yang lain.

Oleh kerana kita masih bergantung kepada hasil pertanian yang diimport, langkah pemantauan amatlah penting. Langkah pemantauan menggunakan kaedah bioteknologi umpama strategi serampang dua mata, di mana imej dan kualiti petani tempatan boleh ditingkatkan tatkala membawa kepada kuasa ekonomi baru kepada mereka untuk bersaing di peringkat global serta keselamatan makanan import lebih terjamin.


1. Meningkatkan bidang kuasa MAQIS, terutamanya dari segi pemantauan kualiti hasil pertanian di pintu masuk. MAQIS perlu bertindak dengan lebih agresif dalam memastikan keselamatan hasil pertanian (buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan lain-lain) untuk mengelak daripada digelar ‘tempat lambakan hasil pertanian tidak berkualiti’ di Negara kita.
2. Langkah terdekat yang boleh digunapakai adalah aplikasi penggunaan bahan/instrument Bioteknology/Nanoteknologi seperti Rapid Biosensor dalam melakukan aktiviti pemantauan. Ianya amatlah penting dalam mengukuhkan kredibiliti Kementerian, khususnya pegawai yang menjalankan tugas di mana keputusan hasil ujian bagi kualiti hasil pertanian boleh didapati dalam masa yang singkat, mudah dan murah dijalankan.
3. Kaedah ini bukan sahaja dapat memastikan keselamatan Rakyat kita terjamin, malahan akan meningkatkan peluang perniagaan kepada peniaga yang melakukan perniagaan secara Halal serta menjamin kualiti bahan niaganya.


Saya berharap pendapat saya dapat membantu Kementerian YB Dato’ dalam menghadapi cabaran global yang tidak menentu ini.

SAN

hadi said...

Salam YB

Saya Megat Mahadir, YB pernah bagi cek RM250K pinjaman SPED pada saya semasa di Teluk Intan semasa itu YB sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, Koperasi.. Saya juga merupakan bekas staf ITNM dibawah KPM dulu masa YB jadi Timbalan Menteri.

Apa yang saya nak maklumkan ada beberapa perkara
1. YB perlu wujudkan GLC untuk buat makanan (Palet) kambing dan lembu.Sekarang ni sekilo dalam RM0.80. Harga ideal ialah RM0.30. Barulah kalau wat kambing akikah umur 2 tahun kos makanan lebih kurang RM300, barulah penternak boleh jual kambing. Ini kalau harga makanan mahal tak samapai 6 bulan dah tutuup kandang le penternak. Masalah padang ragut tak cukup tu yang sebabkan bergantung pada palet.

2. Masalah kedua ialah Pemasaran. Saya dah tulis surat pada Dr Johari di Perak, Ketua Pengarah Jab Haiwan Selangor dan Negeri Sembilan minta kan senarai nama penternak untuk wat marketing, namun senyap sehingga staff Jab Haiwan minta surat kerana senarai ini katanya P&C iaitu bahan rasmi Jabatan. Bukan ke elok kita promosi nama penternak, kita wat direktori agar orang ramai tak susah nak cari kambing... setahu saya kita ada direktori koperasi seluruh malaysia... tapi kenapa nama penternak tak di buat direktori????

Itu aje YB, sekali saya mohon jasa baik YB agar melihat harga palet kambing agar mana2 kos ke arah pembesaran kambing dapat dikurangkan agar para penternak boleh jual kambing dengan untung seekor sekurang2nya RM50-RM100.

Iskandar said...

Salam Dato,

Saya amat bersetuju dengan tindakan Dato membela nasib golongan-golongan pengusaha petani,peternak dan nelayan. Saya juga harap Dato dapat melihat juga kategori pengusaha/pengilang makanan ternakan seperti saya.Dengan bermatlamatkan makanan ternakan yang suci,bersih dan halal,polisi kami agar dapat mengeluarkan makanan ternakan yang benar-benar terjamin kesuciannya. Mungkin Dato mendapat tahu tentang kewujudan keli yang makan kumbahan babi,dari sudut ini pemberian makanan amatlah penting untuk memastikan sumber ikan keli adalah suci dan halal untuk pengguna. Harap Dato dapat memberikan penekanan dalam sudut ini. DR.ISKANDAR (WWW.fqfeedmill.com)

Anok Kelate said...

Assalamualaikum YB Dato',

Tahniah kepada Dato' yang mengetuai KPIAT. "1Malaysia, Rakyat didahului, Pencapaian diutamakan". Mendekati Rakyat: Ada agensi dibawah KPIAT, boss hanya melakukan lawatan 2 kali sebulan, YAB PM sanggup melawat Petaling Street, Puduraya tanpa mengira waktu. Sepatutnya 7by24 (banjir, kemarau, bencana alam dsb) tidak tunggu 2 kali sebulan. Dasar Pertanian Negara, pengeluaran padi 6.5tan/ha, sebuah agensi dibawah KPIAT yang bangga dengan 4.3tan/ha dengan program penyatuan/pemulihan tanah. Agensi ini harus di PIAT (perbuatan guna lidi atau rotan saperti merotan kepada serangga atau orang, PIAT Boss ini). Back to basics: Boss tak faham DPN3, Kada Baloh Negara, WPI (water productivity index), WUE (water use efficiency), RWS (Relative Water Supply)dan tak faham CORE BUSINESS, Customer Service (contoh: complaint management?), sebagai GENERAL MANAGER tak tahu tugas, subordinate bergelar PENGARAH. Sloganeering hanya melepas batuk ditangga. Bercakap kepada pelanggan mengenai "PRECISION FARMING", boss sendiri tak tahu nak nak cakap.Padi 10 tan/hektar? Ada wacana dan resolusi pada "Halatuju Baru untuk Petani", tapi atas kertas saja without "Master Plan/Action Plan"

Ada agensi dibawah KPIAT,GIS, Pengkalan data pertanian (tanah, petani,hidrologi, sumber air), Pengurusan sumber air dan pengairan tidak competitive dengan MADA, PBLS, tercorot!

Lawan web tidak bermaklumat. Ini yang membimbangkan BN (nawaitu, sejahteraan, productivity, sustainability untuk membela nasib rakyat) tak dapat kawal kerajaan. Kerajaan buat dok kepada BN (UMNO).

Justeru itu, BN kalah di Kelantan pada pilihanraya 2008. Fikir-fikirlah.

Kami menghormati dan menghargai kepimpinan Dato'. Reengineering and paradigm shift agensi ini.Terima kasih

ct said...

salan dato
saya nak tau lebih lanjut peluang2 yang masih ada .dan dimana saya nak dapatkan info.
saya telah berniaga selama 2 tahun tetapi masih tak dapat banyak info perniagaan dan peluang

Anonymous said...

Assalamualikum Dato, tahniah perlantikan menteri MOA, insyaallah apa yg Dato katakan akan dkotakan.

Anonymous said...

Assalamualikum Dato, tahniah perlantikan menteri MOA, insyaallah apa yg Dato katakan akan dkotakan.

zuldin said...

Assalamualaikum Dato',

ATAS KESEMPATAN INI SAYA DAN KAWAN2 MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMILIKI PERMIT SENDIRI TEKSI LEMBAH KELANG SEMASA DATO'DI KEMENTERIAN USAHAWAN DULU. TERIMA KASIH DATO'.

PANDANGAN SAYA,UMNO SEMAKIN HARI KEMBALI DI TERIMA RAKYAT. TERUSKAN PERJUANAGAN.

Anonymous said...

Salam, Tuan/puan dipelawa untuk buat komen dalam blogs atau memberi idea yang berguna,walaupun fahaman berbeza,saya tidak kisah. http://penpusaka.blogspot.com

Sham said...

Salam Datuk,

Saya amat berharap agar kementerian pertanian dibawah pengawasan Datuk akan bergerak dengan lebih baik. Dalam menjayakan perancangan kerajaan bagi sektor pertanian, saya dan petani-petani yang lain amat berharap agar pihak kerajaan dapat mengawal kemasukan hasil pertanian terutama sayuran dari luar negara. Ini penting bagi memastikan harga sayuran tidak jatuh terlalu rendah apabila terjadi lambakan dipasaran yang akan menyebabkan petani gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kerugian.

wassalam

Balqis said...

Assalamualaikum Dato'

Saya ingin tahu apakah halatuju KPIAT dalam pembangunan bidang pertanian yang bebas daripada penggunaan bahan2 kimia ( 100% organik ). Ini kerana melalui maklumat yang saya perolehi ( Deklarasi Kyoto ), mulai tahun 2010 seluruh dunia akan mulai beralih sedikit demi sedikit kepada pertanian yang bebas daripada menggunakan bahan2 kimia,dan Jepun adalah salah satu negara yang telah memulakan pertanian 100% organik tanpa penggunaan bahan kimia.

Persoalan saya adakah KPIAT telah bersedia untuk kearah bidang pertanian yang 100% bebas kimia sepeti yang dilakukan oleh Jepun. Saya mewakili sebahgian Pengusaha Baja Organik dari Negeri Johor ingin penjelasan lanjut daripada Dato' berkaitan perkara tersebut, kerana ianya secara tidak langsung ada bersangkut paut dengan perusahaan yang kami jalankan.

Sekian untuk makluman Dato'

Terima Kasih.

balqisagrotech@hotmail.com
www.balqisagrotech.com

Faizal said...
This comment has been removed by the author.
hasrul7sky said...

Assalamualaikum Dato..
Saya Muhd Hasrulnizam Bin Muhamad Nor siswazah yang menceburi bidang industri asas tani.
tapak projek saya di Paya Jaras,Sungai Buloh iaitu projek pembenihan ikan keli.
Agrobank ada menawarkan Pinjaman Mikro ESP-i, iaitu skim pembiayaan untuk pengusaha dan peniaga kecil sektor pertanian dengan dana sebanyak RM300 juta. Saya telah membuat permohonan tersebut di Agrobank Sungai Buloh pada 2 bulan yang lalu.

Setelah lama menunggu, akhirnya saya mendapat maklum balas dari pihak Agrobank. Agrobank mengatakan saya sukar mendapat pinjaman kerana 2 sebab iaitu;

i. status sudah berkahwin
ii. tiada rekod pernah membuat pinjaman dari mana-mana bank.

Mengapa dari awal permohonan tidak mengatakan hanya status bujang dan yang ada rekod pinjaman bank sahaja yang bolah membuat pinjaman?

hasrul7sky said...

Assalamualaikum Dato..
Saya Muhd Hasrulnizam Bin Muhamad Nor siswazah yang menceburi bidang industri asas tani.
tapak projek saya di Paya Jaras,Sungai Buloh iaitu projek pembenihan ikan keli.
Agrobank ada menawarkan Pinjaman Mikro ESP-i, iaitu skim pembiayaan untuk pengusaha dan peniaga kecil sektor pertanian dengan dana sebanyak RM300 juta. Saya telah membuat permohonan tersebut di Agrobank Sungai Buloh pada 2 bulan yang lalu.

Setelah lama menunggu, akhirnya saya mendapat maklum balas dari pihak Agrobank. Agrobank mengatakan saya sukar mendapat pinjaman kerana 2 sebab iaitu;

i. status sudah berkahwin
ii. tiada rekod pernah membuat pinjaman dari mana-mana bank.

Mengapa dari awal permohonan tidak mengatakan hanya status bujang dan yang ada rekod pinjaman bank sahaja yang bolah membuat pinjaman?

Persatuan Penternak Cacing Kompos SeMalaysia said...

Salam Datuk,

Saya ingin bertanya, kenapa jabatan pertanian memandang remeh terhadap penggunaan Vermicast dalam projek penanaman yang dilaksanakan? Adakah pihak MARDI tidak melaksanakan kajian akan keberkesanan Vermicast kepada tumbuhan? Di US, Vermicast digunakan menjadi makanan ternakan khususnya makanan ikan air tawar selain ia dijadikan baja. Di Malaysia saya belum pernah lagi ia diproses secara serious untuk menghasilkan produk akhir. Dalam pemerhatian saya, telah banyak syarikat gulung tikar disebabkan bahan mentah yang berlambak tidak terjual dan kurang sambutan dari Jabatan Pertanian kerana alasan ia perlu memenuhi spesifikasi atau prosidur baja. Secara asasnya baja organik seperti vermicast ini tiada bacaan untuk NPK tetapi ia mengandungi Micro Nutrition yang tinggi. Saya harap pihak datuk dapat menolong pengusaha penternak cacing kompos ini dengan segera dengan mengembalikan kepercayaan dan kepenggunaan serta keberkesanannya terus dari bibir seorang menteri.

sekian. tk

Anonymous said...

ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

Tenang-tenangkan diri...
Sila layari manatuhanallah.wordpress.com/



Setelah layari, sila buat aduan kpd jabatan agama atau pihak berwajib sebelum membuat sebarang penilaian…



- Terima Kasih

Krulayar