Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, December 26, 2008

UNIVERSITI MALAYSIA JEPUN (MAJU)

Suka saya kongsi berita gembira dengan bloggers di sini bahawa baru-baru ini, Kabinet telah bersetuju menubuhkan sebuah lagi universiti swasta di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dikenali sebagai Universiti Malaysia Jepun (Maju) dan akan memulakan sesi pengajian pada Julai 2009. Buat permulaan universiti ini akan menggunakan kampus Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Branang, Selangor sebagai pusat pengajiannya dengan pengambilan pertama seramai 70 pelajar lepasan STPM.

Sebenarnya,penubuhan universiti ini dirancang sejak tahun 2001 lagi dan melibatkan kerjasama kerajaan Jepun sehubungan itu, kerajaan Jepun melalui syarikat swastanya di negara ini akan menyediakan peralatan pembelajaran, selain membekalkan 15 orang profesor sebagai tenaga pengajar di universiti itu nanti. Dari segi sistem pendidikannya pula adalah 100 peratus mengikut sistem teknologi Jepun.

Besarlah harapan saya agar dengan tertubuhnya universiti yang kedua di bawah MARA ini iaitu selepas UNIKL, akan lebih ramai lagi anak-anak kita terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar mendapat peluang pendidikan yang lebih baik seterusnya menjadi masyarakat penyumbang ke arah kebaikkan kepada agama, bangsa dan negara. Kita juga sedang berusaha untuk menaik taraf GMI agar menjadi sebuah lagi intitusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti di Malaysia. InsyaAllah...

Wednesday, December 17, 2008

TIGA KOPERASI DISERBU !!!

Saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dengan mana-mana koperasi yang menawarkan skim pelaburan denga pulangan tetap yang tinggi dan tidak munasabah.

Kita sudah dapat mengenalpasti dan Suruhanajaya Koperasi Malaysia bersama Bank Negara Malaysia telah pun menjalankan serbuan pada 16 Disember lalu ke atas tiga buah koperasi yang terlibat. Koperasi tersebut adalah seperti berikut :

1) Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA)
2) Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB)
3) Koperasi Birr Berhad (Birr)

Saya difahamkan, pihak koperasi terbabit menjalankan skim pelaburan yang dikenali sebagai Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan lumayan antara 8%-12 % sebulan atas modal pelaburan. Pelbagai cara digunakan untuk memperdayakan para pelabur . Antaranya mendakwa melaksanakan projek-projek seperti pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam, pembekalan barangan pengguna dan sebagainya.

Tindakan koperasi-koperasi di atas mengutip pelaburan bercirikan skim cepat kaya adalah satu kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993.

Saturday, December 13, 2008

BERAT MATA MEMANDANG....

Minggu lepas, saya berkesempatan melawat kawasan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bersama dengan sahabat lama saya, Dato Ismail Kijo. Suasana pilu menyelubungi seluruh kawasan. Saya sangat bersimpati dengan ahli keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda semasa tragedi itu berlaku. Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul..saya harap mereka semua terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Sepanjang berada di sana, saya telah diberi taklimat oleh beberapa pihak yang terlibat membantu seperti tentera, Persatuan Bulan Sabit Merah,KEMAS dan tidak ketinggalan juga UMNO Bahagian Bukit Antarabangsa. Kesempatan ini saya ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh semua yang terlibat dan juga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia terhadap tragedi ini.

Saya juga sempat mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pemandu Teksi Ampang yang mana kita telah sama-sama berbincang akan bantuan yang boleh kita hulurkan kepada mangsa-mangsa tragedi. Akhir sesi, kita telah bersetuju memberi khidmat pengangkutan teksi untuk membawa mereka dan juga barang keperluan yang berjaya diselamatkan kemana-mana destinasi secara percuma.

Sebelum pulang, saya sempat bertemu dengan seorang warga kerja MARA dan keluarganya yang juga terlibat di dalam tragedi tanah runtuh itu.


Beberapa jam meluangkan masa di kawasan tragedi itu benar-benar memberikan saya sebuah pengalaman yang berharga dan tak mampu untuk diterjemahkan dengan kata-kata...Walau apapun yang berlaku...Hidup adalah sebuah perjalanan..dan ia perlu diteruskan selagi belum sampai ke destinasinya..

Monday, December 8, 2008

SALAM AIDIL ADHA...

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada bloggers dan juga semua yang telah sudi melayari dan sama-sama mengambil bahagian di blog ini. Harapan saya agar anda semua akan terus memberi sokongan kepada blog ini.

Semoga keikhlasan Nabi Ismail A.S dan ketaqwaan Nabi Ibrahim A.S menjadi iktibar untuk kita semua meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta.

Salam Aidil Adha...

Friday, December 5, 2008

PERASMIAN KAMPUS BARU GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE(GMI)


German-Malaysian Institute (GMI) merupakan projek kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jerman semenjak 1992. Apa yang saya lihat hari ini, jalinan kerjasama ini semakin mantap dan terus-terusan melahirkan tenaga kerja mahir yang mendukung aspirasi Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. GMI yang sebelum ini berkampus di Cheras sudah pun meluaskan empayar ilmunya dengan pembukaan kampus baru di Taman Universiti, Kajang yang saya rasmikan semalam.

Rasa kagum terbit dalam diri saya tatkala dibawa melawat makmal-makmal praktikal pelajar yang mempamerkan pelbagai hasil ciptaan canggih yang berasaskan bidang pelajaran mereka.Tidak hairanlah apabila GMI telah dilantik oleh beberapa Kementerian sebagai Konsultan untuk menggerakkan beberapa inisiatif Nasional seperti 'National Dual Training System' dan 'Pro 3 Based Learning'. GMI juga diberi kepercayaan untuk melatih pelatih antarabangsa dari Indonesia,Sudan dan Vietnam.

Pada mulanya saya bercadang hendak meletakkan GMI di bawah UNIKL tetapi apabila dipikir-pikir...saya membuat keputusan...eloklah GMI berdiri sendiri kerana dengan prestasi yang ditonjolkan ini, saya yakin,usaha menaik taraf institut ini kepada 'Kolej Universiti' akan berjaya dan saya berjanji yang Pihak Kementerian akan memberikan bantuan yang diperlukan agar usaha tersebut dapat terlaksana.

Selain dari teks ucapan perasmian saya, di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Jerman,Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry(MGCC), sektor swasta,pihak terlibat dan paling tidak boleh dilupakan Majlis Amanah Rakyat (MARA)yang menjadi tulang belakang menyokong peranan GMI ini. Bercakap mengenai MARA, saya telah mengarahkan pihak institut agar menjadikan sejarah penubuhan MARA sebagai satu silibus dalam matapelajaran kesemua pelajar disitu. Relevannya pengajaran silibus ini adalah untuk mengajak pelajar-pelajar yang rata-ratanya mendapat pembiayaan pendidikan MARA, sama-sama mengenang dan tahu berterima kasih akan jasa besar MARA dalam bidang pendidikan selama ini. Setakat ini, MARA sudah ada sebuah universiti yang dinamakan UNIKL, ada Kolej Kemahiran Tinggi,Kolej Professional dan Kolej Politek MARA yang dalam cadangan untuk dinaik taraf kepada Kolej Universiti dan sekarang kita ada lagi GMI yang juga berusaha gigih ke arah itu...Jadi, tidak ada sebab mengapa kita tidak mahu berterima kasih kepada MARA.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya kepada semua...!!!

Friday, November 28, 2008

LAWATAN KE PASAR KERAMAT


Pasar Dato’ Keramat adalah antara beberapa pasar lama selain di Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu yang masih beroperasi di ibunegara. Jika di Pudu rata-rata peniaganya adalah terdiri daripada bukan melayu, pasar Chow Kit pula dikuasai oleh peniaga pendatang tetapi alhamdulillah para peniaga dan penjaja melayu masih bertahan utuh di Pasar Dato’ Keramat yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu.

Kita berasa bangga dengan dengan daya tahan para peniaga Melayu di pasar tersebut, walaupun keadaan bangunan semakin dimamah usia dan usang namun suasana perniagaan di situ tetap rancak dan memberi keuntungan kepada para peniaga.

Dalam kesibukan di pasar Dato’ Keramat, diam tak diam sebuah bangunan baru Pasar Keramat sudahpun hampir siap dan dijangka beroperasi awal tahun depan. Namun begitu, kehadiran bangunan baru ini nampaknya kurang disenangi oleh para paniaga dan memberi pelbagai alasan untuk tidak dipindahkan ke pasar baru itu.

Atas permintaan mereka, hari ini saya bersama Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Zul Hasnan Rafique melawat ke Bangunan Pasar Baru dan mendapat taklimat daripada pengurus projek bangunan berkenaan. Hadir sama Ahli parlimen Titiwangsa YB Dr Lolo Dato Ghazali. Selepas mendengar taklimat selama lebih kurang sejam, kami pun dibawa melawat segala kemudahan yang disediakan di situ termasuklah ruang niaga peniaga ikan, sayuran, bahan kering, pasar basah dan kemudahan lain. Kermudahan yang disediakan di pasar tersebut benar-benar mencerminkan sebuah Pasar Moden yang bertujuan memberi keselesaan kepada semua pihak yakni pengguna dan penjaja. Walaubagaimanapun terdapat beberapa aspek yang dikira tidak sesuai dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga di situ. Namun begitu,dengan adanya perbincangan kedua-dua belah pihak,saya yakin masalah ini dapat diselesaikan.

Apapun pesan saya kepada para peniaga di pasar Dato’ Keramat, hendaklah bersedia dan sanggup menerima perubahan dalam apa kes sekali pun kerana hanya mereka yang sanggup menerima dan membuat perubahan akan berjaya dalam persaingan dunia yang semakin sengit. Dalam kes peniaga Pasar Keramat ini, mereka perlu mengubah budaya dan cara niaga mereka dari persekitaran tradisional kepada persekitaran moden. Kita selalu bercakap bahawa sampai bila peniaga Melayu perlu berada di pinggiran, tetapi jika peniaga tidak sanggup duduk di depan walaupun diberi peluang, maka salah siapa lagi...?

Dalam hal ini DBKL telah berusaha untuk meningkatkan taraf peniaga Pasar Dato’ Keramat tetapi para peniaga sendiri berasa kurang selesa untuk berpindah, kita tidak boleh salahkan DBKL. Kepada para peniaga dan penjaja saya berharap mereka dapat melihat perpindahan ke pasar baru dengan lebih positif.

Dalam pada itu saya telah mencadangkan kepada para peniaga dan penjaja Pasar Keramat supaya menubuhkan koperasi. Banyak manfaat mereka perolehi jika mereka bersatu di bawah koperasi sendiri. Koperasi yang ditubuhkan boleh dibangunkan sebagai sebuah entiti perniagaan. Keuntungan daripada perniagaan koperasi kelak boleh dinikmati oleh kesemua ahli dalam bentuk dividen tahunan.


Saya sempat juga menyinggah di pasar lama Keramat untuk melihat sendiri keadaan peniaga-peniaga di sana dan sesi turun padang hari itu diakhiri dengan makan tengahari yang menyelerakan digerai ikan bakar berhadapan dengan pasar lama Keramat bersama dengan ahli-ahli persatuan peniaga di situ.

Thursday, November 20, 2008

USAHAWAN TEKNO

Selamat berangkat kepada delegasi 20 orang mahasiswa UNIKL MIAT ke Jakarta, Indonesia yang terlibat dengan Program Grooming Big UniKL. Misi lawatan ini adalah untuk mencapai matlamat yang kita harapkan yakni membentuk usahawan tekno dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa.

Kementerian saya, di bawah Skim Pembangunan Usahawan-Tekno di bawah Program Grooming Big Teknoputra (PGBT) Siswa UniKL telah menyediakan geran khas sebanyak RM 1 juta setahun untuk membangunkan 1000 orang usahawan-tekno menjelang 2010. Matlamat PGBT ialah melahirkan usahawan-tekno yang benar-benar tulen dan berdaya maju serta berupaya meneruskan cabaran menjadi usahawan-tekno cemerlang.

Untuk makluman pembaca semua, Usahawan Tekno adalah usahawan yang teras perniagaan mereka adalah berintensifkan teknologi dalam industri-industri strategik seperti elektronik, automotif, penerbangan, telekomunikasi, bio-engineering, teknologi maklumat, marin, minyak dan gas&kimia. Ushawan-tekno merealisasikan aktiviti perniagaan melalui eksploitasi dan aplikasi berasaskan teknologi dan inovasi. Mereka mempunyai kesanggupan mengambil risiko menghasilkan produk atau perkhidmatan inovatif melalui proses pengkomersilan teknologi yang kompleks.

Ini merupakan salah satu usaha kita dalam memenuhi agenda utama misi nasional yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Pembangunan Usahawan. Asas kepada misi nasional pula ialah membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Saya menyeru kepada semua pihak agar turut serta dalam menjayakan misi nasional ini.

Monday, November 17, 2008

JASA MU DIKENANG...


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang MARA boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati...

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..

Minggu lepas saya menghadiri Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2008. Malam ini meraikan 108 orang pesara dan 207 warga kerja yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun dengan MARA. Syabas!

Satu pesan saya kepada mereka yang bersara, curahkan pengalaman dan kepakaran kepada organisasi. Janganlah jadikan persaraan sebagai alasan untuk kita tidak menghiraukan lagi perjuangan MARA kerana sesungguhnya generasi hari ini dan akan datang memerlukan anda semua.

Pesan saya kepada mereka yang berkhidmat melebihi 25 tahun pula, janganlah jadikan kematangan ini sebagai "comfort zone" sehingga tidak boleh ditegur atau menerima sesuatu pandangan. Berusahalah untuk terus memberikan komitmen yang terbaik dalam memperjuangkan nasib bangsa.

Kepada semua, ingin saya berkongsi..kita dapat melihat sendiri pembangunan dan kemajuan yang telah dijana oleh MARA hasil komitmen seluruh warga kerja MARA. Antara kejayaan yang telah terbukti semenjak 42 tahun penubuhan MARA dalam bidang pendidikan khususnya, penubuhan UiTM (1957), IKM(1968), Yayasan Pelajaran MARA(1969), MRSM (1972), GIATMARA(1986),IKTM,GMI, BMI dan MFI. Hari ini kita sudah berjaya menambah nilai kepada mutu pendidikan MARA.

Mulai tahun ini, saya telah mengarahkan pihak MARA untuk kembali kepada objektif penubuhan MRSM iaitu memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di luar bandar bagi mengisi tempat di MRSM dengan nisbah kuota sebanyak 70% pelajar luar bandar dan 30% pelajar di kawasan bandar. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak kita di luar bandar khususnya dari kalangan yang kurang berkemampuan.

Dari segi keusahawanan pula, tidak boleh dinafikan jasa MARA dalam melahirkan ramai golongan usahawan kecil dan sederhana dalam pelbagai bidang. Ramai usahawan yang telah mendapat manfaat dari kemudahan pembiayaan perniagaan MARA.

Jadi hari ini, jika diimbau sejarah penubuhan MARA yang mungkin saya akan kongsi dengan pembaca di lain hari nanti, yang mana peranan MARA yang dulu dikenali sebagai RIDA sebagai agen perubahan terbukti meninggalkan kesan positif melalui prinsip "Mahu Menolong Diri Sendiri" sebagaimana dilaungkan oleh Allahyarham Dato' Onn Ja'afar.

Berbalik kepada cerita asal kita di atas, saya sangat yakin, berdirinya MARA hari ini adalah hasil dari usaha dan komitmen warga kerja MARA yang terdahulu dan sekarang. Ia tidak dapat dinilai dengan kata-kata...segala jasa baik ini tidak dapat kami balas. Semoga ia mendapat ganjaran di akhirat kelak. Insya Allah.

Thursday, November 13, 2008

SEKITAR LAWATAN KE PERTAMA KOMPLEKS...







LAWATAN MENGEJUT KE PREMIS PERNIAGAAN DI KOMPLEKS PERTAMA

Semalam, Rabu, setelah seharian menerima kunjungan orang ramai di pejabat saya, di tingkat 26, Bangunan MARA bersebelahan dengan Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7 ptg, saya telah membuat lawatan mengejut ke kompleks tersebut.

Tujuan saya adalah untuk melihat suasana perniagaan khususnya perkembangan peniaga melayu di situ yang telah bertahun-tahun lamanya berniaga di ruang kedai sewaan UDA. Kompleks Pertama adalah antara kompleks membeli belah yang terkenal di ibu negara dan dirikan pada penghujung tahun 70an oleh UDA, agensi yg di amanah dan di pertanggungjawabkan untuk membangunkan Melayu bandar dengan menyediakan kemudahan perumahan dan peluang ekonomi termasuklah premis perniagaan.

Tiga kompleks UDA yang terkenal di ibu kota iaitu Pudu Raya, Plaza Bukit Bintang dan Kompleks Pertama. Kewujudan tiga kompleks ini membuka peluang kepada orang melayu untuk berniaga secara moden dan bersaing dengan peniaga bangsa lain. Bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera dalam bidang hartanah tidak terhakis maka premis dan lot perniagaan ini tidak dijual dan hanya untuk sewaan sahaja. Oleh kerana kebanyakkan para peniaga di sini telah lebih 30 tahun menyewa maka ada yang menyatakan kepada saya untuk memiliki lot perniagaan ini dan desakan ke arah itu semakin kuat.

Sepanjang tinjauan saya ke Kompleks Pertama, saya dapati banyak perkara boleh diperbaiki bukan sahaja demi kepentingan peniaga bahkan imej UDA sebagai GLC. Sebagai salah sebuah kompleks terkenal dan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, memang tidak sepatutnya keadaan yang tidak sedap mata memandang seperti yang saya lihat di bahagian medan selera, di tingkat 3,4,5 yang kelihatan tidak bermaya dan di bahagian lobi bangunan kompleks itu yang sangat padat. Susunan kedai yang tidak teratur malah suasana ruang perniagaan antara peniaga melayu dan bukan melayu amat kontras sekali. Orang lain sudah berubah, kita masih ditakuk lama, bila di tanya kenapa tidak dibuat pengubahsuaian kedai supaya lebih ceria, jawapan mereka, tidak ada duit, lagipun premis itu hanyalah disewa, bukannya milik sendiri. Apakah alasan yg diberi ini boleh meningkatkan perniagaan orang Melayu..??

Oleh yang sedemikian, saya telah mencadangkan kepada UDA supaya menggalakkan penyewa-penyewa membuat pengubahsuaian premis perniagaan mengikut konsep perniagaan masing-masing dan diskaun terhadap kadar sewa akan diberikan kepada mereka yang terlibat. Dengan itu, Kompleks Pertama akan berubah kepada wajah yang lebih baik dan selesa. Secara tidak langsung, ia akan menuju ke arah penjenamaan semula aset dan imej UDA itu sendiri.

Saya yakin, dalam kes ini banyak lagi yang boleh diperbaiki oleh UDA dari segi pengurusan dan pemantauan keseluruhan isu-isu berbangkit. Tetapi harus diingat, sebaik mana pun pengurusan yang disediakan oleh pihak UDA, tanpa kerjasama dari penyewa dan semua pihak yang terlibat, pastinya ia tidak akan membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Jadi kesimpulannya di sini, kita semua haruslah bersama-sama saling membantu antara satu sama lain bagi merealisasikan segala kata-kata. Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, akan terus membantu selagi ianya memberi kebaikan untuk semua.

Wednesday, November 12, 2008

KEGIATAN KOPERASI PALSU...AWAS!!!

Kelmarin, saya berkesempatan merasmikan seminar 'Perniagaan Melalui Internet Di Dalam Gerakan Koperasi' yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia. Seminar ini bersesuaian dengan senario semasa koperasi yang telah dikenal pasti sebagai sektor ketiga yang boleh membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dewasa ini, kemahiran dalam menjalankan urusan perniagaan melalui internet dan portal adalah sangat penting.

Mengikut statistik daripada World Stats, sehingga 31 Disember 2007 terdapat 1.3 billion pengguna internet seluruh dunia. Pengguna internet di Malaysia sahaja berjumlah 14.9 juta orang bersamaan 40.2% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Nah, betapa luasnya pasaran yang bakal diperolehi dengan menggunakan internet sebagai medium pengantaraan perniagaan.

Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab talah menyalahgunakan nama 'koperasi' dan medium ini. Di sini, saya ingin memaklumkan kepada bloggers di luar sana bahawa Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengenalpasti empat koperasi palsu iaitu :

i)Koperasi Nabinco
ii) Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise
iii)Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan
iv)Koperasi Siswazah Islam Malaysia

Mereka telah mengelirukan orang awam sebagai koperasi yang berdaftar dengan SKM, menawarkan peluang perniagaan, pelaburan dan kemudahan pinjaman yang boleh memberi pulangan keuntungan dalam masa yang singkat, secara tetap, lumayan dan mengenakan kadar kaedah yang amat tinggi serta tempoh bayaran yang terlalu lama sehingga 15 tahun. Mereka menggunakan pelbagai cara seperti iklan dan tawaran melalaui internet, akhbar, email dan risalah-risalah serta menggunakan agen.

Saya menyeru orang ramai supaya berwaspada dengan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan mengenai koperasi bolehlah menghubungi pihak SKM di talian : 03-20935098 sambungan 5805 /5828.

Sunday, November 9, 2008

ADA APA DENGAN UNIKL...???

Friday, November 7, 2008

Thursday, November 6, 2008

Wednesday, November 5, 2008

BASMI KEMISKINAN MELALUI KOPERASI

Hari ini saya merasa puas sekali kerana menyaksikan sendiri dan merasmikan 4 buah kapal nelayan iaitu 2 buah kapal pukat tunda dan 2 buah pukat jerut yang siap dibina hasil kerjasama Universiti Kuala Lumpur, Koperasi Pembangunan Rakyat Pahang Berhad dan Syarikat WMA Resources Sdn.Bhd bertempat di Kampus UNIKL Mimet, Lumut, Perak. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Projek ini merupakan Program Membasmi Kemiskinan Nelayan di bawah MECD melalui koperasi. Sebelum ini berbagai-bagai cara dan berbilion duit telah kerajaan belanjakan untuk tujuan membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum. Kali ini, pendekatannya berbeza, ia dilakukan secara bergotong-royong seperti budaya Melayu lama. Saya kira, dengan cara ini, kita akan lebih berjaya dengan syarat, golongan miskin itu sendiri hendaklah berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Saya selalu bercakap dalam program membasmi kemiskinan khususnya di parlimen saya, Tanjong Karang bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, pendidikan sangat penting. Ibu bapa hendaklah memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak. Dengan pendidikan,mereka beroleh pekerjaan yang bagus. Hasilnya, seorang anak memperuntukkan RM300 sebulan untuk ibubapa, kalau 5 orang, sudah mengumpul RM1500. Bagi ibubapa yang tinggal di kampung, itu merupakan jumlah yang agak besar sekaligus dapat menampung keperluan dan merubah kehidupan mereka di kampung.

Berbalik kepada cerita kapal tadi, kira-kira 550 orang nelayan sekitar Rompin, Pekan dan Kuantan akan mendapat manfaat dari program ini. Ahli-ahli Koperasi Pembangunan Rakyat Pahang Berhad akan menikmati faedah dengan wujudnya peluang pekerjaan baru dan berpendapatan purata RM1500 sebulan berbanding RM300 pada masa sekarang. Saya telah meminta para pegawai khususnya di Suruhanjaya Koperasi Malaysia agar program ini juga memberi tumpuan kepada aktiviti hiliran hasil laut yang diperolehi oleh nelayan-nelayan ini nanti. Antaranya, hasil laut akan diproses menjadi keropok, cencaluk dan makanan dalam tin. Kerjasama boleh dilaksanakan dengan SIRIM dan MARDI bagi memantapkan lagi usaha ini.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya tidak mahu melihat produk-produk ini hanya dipasarkan dalam negara sebaliknya menjadi harapan kementerian agar produk-produk ini menembusi pasaran antarabangsa seterusnya menjadikan perkerjaan sebagai nelayan ini satu profesyen yang berpendapatan lumayan. Hari ini, jika diminta anak-anak kita melakar kehidupan seorang nelayan, mereka akan melukis rumah papan yang beratapkan nipah, berbaju lusuh dan sebuah sampan di tepi pantai. Jesteru itu, apa yang diharapkan dari program ini ,suatu hari nanti ia dapat menukar imaginasi anak-anak kita apabila diminta melakar kehidupan seorang nelayan, mereka akan melukis sebuah rumah banglo, sebuah kapal yang dilengkapkan dengan sistem komputer dan tidak lagi berbaju lusuh tetapi mungkin ber ’bush jaket’ menandakan nelayan musim baru sudah mampu untuk hidup senang dan mewah. Semoga Berjaya!

Wednesday, October 29, 2008

Pemilikan Ekuiti Melayu Hanya 19 Peratus

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pencapaian bumiputera dalam pemilikan ekuiti syarikat senaraian awam setakat ini baru mencapai 19 peratus, jauh daripada 30 peratus yang disasarkan sewaktu Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kerajaan pada 1970.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, sehubungan itu cadangan agar syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dimansuhkan tidak boleh diterima sama sekali.

‘‘Sebelum mengutarakan cadangan begitu, pihak-pihak berkenaan harus mengkaji kedudukan ekonomi kaum Melayu dan bumiputera terlebih dahulu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Meraikan Kejayaan GiatMara di sini hari ini.

Beliau menambah, syarikat bukan bumiputera yang sebenarnya tidak bekerjasama dengan usahawan bumiputera demi kepentingan perniagaan mereka.

‘‘Sebagai contoh, beberapa bulan lalu kementerian saya telah berusaha mempertemukan 260 syarikat bukan bumiputera yang belum mempunyai 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dengan para usahawan bumiputera,” jelasnya.

Namun, katanya, daripada 260 syarikat bukan bumiputera yang dijemput, hanya enam syarikat yang menghadirinya dan program mempertemukan ahli-ahli perniagaan itu disifatkan sebagai gagal.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai semalam, yang meminta kerajaan menarik balik syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.

Tiong Lai berkata, merit atau daya saing sesuatu syarikat itu yang perlu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang sengaja mahu menyentuh hak Melayu dan bumiputera demi kepentingan politik mereka.

‘‘Justeru, isu sensitif sebegitu tidak perlu dikemukakan sekarang kerana masalah krisis ekonomi global bukan hanya melanda negara baru-baru ini,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Tegasnya, dalam memastikan hak Melayu dan bumiputera terjamin seperti dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan BN tidak pernah menafikan hak kaum bukan bumiputera.

Malahan sebagai contoh, katanya, GiatMara telah menerima ribuan pelajar kaum India sungguhpun penubuhan Mara dikhususkan untuk membantu Melayu dan bumiputera.

Petikan : Utusan Malaysia

Thursday, October 23, 2008

JANGAN TUDUH MELULU !!!

Terima kasih kepada LittleMalays75 yang telah menghantar komen dan lampiran ini kepada saya..

Assalamualaikum Dato',
disini saya lampirkan satu artikel yang saya dapat dari laman web harakahdaily.com. Ini mungking berkaitan dengan dato'.
LittleMalays75

Pembohongan tambang bas, pembohongan pemimpin
LanH
Fri Oct 17, 08 3:07:31 pm MYT
Tambang bas ekspres dinaikan sebanyak 30 peratus dalam bentuk surcaj sempena musim perayaan (Aidilfitri). Tempohnya sebulan saja (15 September-15 Oktober), kata menteri. "Selepas itu, kita akan kaji balik!"

Kini 15 Oktober sudah berlalu tetapi tambang masih macam musim perayaan. Tidak turun-turun sekalipun harga minyak sudah dikurangkan. Apa macam menteri, cakap bohong, betul-betul macam sindiran orang lama ? siakap senohong, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri, oppps, menteri.

RESPON SAYA:

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada HarakahDaily.Net kerana menyiarkan rencana yang bertajuk Pembohongan Tambang Bas, Pembohongan Pemimpin. Apa yang dipaparkan dalam berita itu sebenarnya memperlihatkan KEDANGAKALAN penulisnya sendiri. Perenggan pertama sahaja sudah jelas memperlihatkan betapa penulis tidak memahami isu sebenar disebalik keputusan kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcharge ataupun tambang tambahan sebanyak 30 peratus sempena musim perayaan Aidilfitri bermula 15 September 2008 hingga ke 15 Oktober 2008.

Telah berkali-kali saya perjelaskan kepada media dan telah pun tersiar di akhbar-akhbar perdana bahawa surcharge bukanlah suatu perkara baru. Setiap tahun kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcharge untuk memastikan pengangkutan bas berjalan lancar dan memenuhi permintaan pengguna yang bertambah menjelang musim perayaan.

Kebenaran mengenakan surcharge 30 peratus ini diharap akan memberikan sedikit kelegaan kepada para pengusaha bas yang semakin terhimpit ekoran kenaikan kos operasi dan seterusnya menyediakan khidmat terbaik kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya. Maka kerana itu surcharge meliputi semua bas ekspress, bas tambahan dan bas henti-henti.

Ingin saya terangkan disini bahawa kebenaran pengenaan surcharge itu adalah langkah awal dan terbaik yang dilihat mampu menenangkan suasana tuntutan kenaikan tambang perkhidmatan pengangkutan awam. Mereka telah menuntut kenaikan 100 peratus kenaikan tambang semenjak tahun 2005 iaitu sewaktu harga diesel RM1.08 sen lagi. Dalam tempoh tiga tahun ini, harga barangan ganti dan kos operasi bas meningkat begitu ketara sekali. Cuba saudara bandingkan harga tayar kereta tahun 2005 dan tahun 2008, belum lagi minyak pelincir dan alat-alat ganti kenderaan yang lainnya.

Memang benar mereka diberikan subsidi diesel RM1.48 sen, tapi masih kekurangan 40 sen berbanding herga diesel tahun 2005. Harga kertas surat khabar pun dah naik berkali-kali ganda.

Dalam menangani tuntutan kenaikan harga tambang bas ini, Kerajaan berusaha untuk mewujudkan situasi sama-sama menang antara pengusaha dan pengguna. Oleh kerana khidmat bas ekspres sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini memenuhi syarat-syarat pemberian surcharge maka kita teruskan pemberian surcharge sehingga satu keputusan baru dapat dibuat terhadap tuntutan kenaikan tambang oleh para pengusaha pengangkutan awam. Perlu diingat, mereka tuntut 100 peratus, kadar surcharge 30 peratus kita teruskan selepas 15 Oktober sehingga keputusan baru dapat dibuat dalam memenuhi tuntutan para pengusaha bas ekspres itu. Jadi betullah saya kata, "Selepas itu (15 Oktober) kita akan kaji balik!".

Jangan tuduh melulu, periksa dulu fakta, baru buat laporan yang balance, tidak berat sebelah, bukan seperti HarakahDaily yang tak tahu etika kewartawanan. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengalu-alukan kritikan membina daripada orang ramai tetapi bukannya tuduhan-tuduhan jahat yang tidak berasas.

Wednesday, October 22, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

Salam dan terima kasih kepada semua yang telah memberi pelbagai komen mengenai kenyataan saya terhadap MARA baru-baru ini. Setiap komen dan pandangan saudara-saudari baik yang negatif mahupun positif, saya terima dengan berlapang dada dan saya sentiasa mengalu-alukan untuk saudara-saudari terus bersama saya di blog ini.

Sebenarnya saya tidak bermaksud untuk membuka pekung di dada atau meludah ke langit mahupun menjadi juara dengan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam konteks delivery system kementerian dan agensi-agensi MECD.

Isu berkaitan MARA ini berbangkit sewaktu saya membuka sesi dailog dengan hadirin yang hadir di Majlis Rumah Terbuka FITEC di Batu Caves pada 11 Oktober yang lalu. Kebanyakkan yang hadir terdiri daripada usahawan-usahawan yang dididik oleh MARA khususnya para usahawan perabot di bawah naungan FITEC.

Pelbagai isu dan permasalahan yang diutarakan oleh mereka menarik perhatian saya termasuklah dalam soal betapa sukarnya untuk mendapat pinjaman MARA bagi membiayai projek mereka sedangkan mereka adalah usahawan yang diasuh oleh MARA.

Bagi saya, jika usahawan yang berlindung di bawah payung MARA sendiri pun sukar untuk mendapat pinjaman maka bagaimana pula dengan usahawan lain...??? Isunya sama pada setiap sesi dialog bersama orang ramai khususnya sewaktu program-program Gerak Usahawan. Sukar mendapat pinjaman, kelulusan lewat, pinjaman lulus tapi duit lambat dapat sehingga ada dikalangan usahawan hampir bankrap membiayai projek kerana masalah-masalah yang disebutkan tadi. Oleh kerana pada sesi dialog itu, wartawan juga hadir maka isu ini menjadi bahan berita untuk mereka siarkan.

Walaupun pahit berita itu, terpaksalah saya telan jua dan mengharapkan agar semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka terhadap kenyataan saya itu. Yang pentingnya, kita memikul amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat usahawan bumiputera. Jadi janganlah kita abai dan ambil sikap sambil lewa dalam menjayakan amanah dan tanggungjawab ini.

Dalam menjayakan pembangunan usahawan ini, adalah menjadi matlamat MECD untuk memperbanyakkan jumlah usahawan bumiputera. Ini sejajar dengan hadis nabi, yang juga telah menjadi tag line kementerian, "9/10 rezeki adalah dari perniagaan."

Maka dengan itu, pelbagai skim kita wujudkan untuk usahawan Bumiputera. Namun yang pentingnya MECD dan agensi-agensi perlu memastikan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan agar matlamat pengujudan skim dan pinjaman usahawan ini dapat dicapai dengan jayanya dalam memberi manfaat sepenuhnya kepada golongan usahawan.

MECD bukan sahaja memberi penekanan kepada berapa banyak jumlah usahawan yang boleh kita wujudkan malah MECD turut memberi penekanan kepada pembentukkan masyarakat usahawan yang berdaya saing, maju dan berupaya meningkatkan mertabat Bangsa Melayu dalam dunia keusahawanan.

Bersama-sama kita membuat perubahan pada hari ini untuk hari esok yang lebih baik. Semoga berjaya!

Wednesday, October 15, 2008

Monday, October 13, 2008

Menteri Selar MARA

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, menyelar sikap Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang disifatkannya terlalu lambat dan mengamalkan budaya kerja 20 tahun lalu kerana mengambil masa berbulan-bulan untuk meluluskan pinjaman.Katanya, budaya kerja perlahan bukan saja menjejaskan perniagaan pengusaha Bumiputera, tetapi turut memberi imej buruk kepada kerajaan apabila rakyat marah dan menganggap kerajaan gagal mengotakan apa yang dikata, sedangkan ia diuruskan agensi di bawah satu-satu kementerian.“Saya masih menerima aduan dan rungutan mengenai sistem pembiayaan, terutama pinjaman yang perlu diluluskan ibu pejabat Mara.“Di peringkat daerah tiada masalah kerana pegawai Mara diberi kuasa membuat keputusan serta merta sama ada melulus atau menolak pinjaman berjumlah kurang RM20,000.

“Yang menjadi masalah ialah pengurusan di ibu pejabat Mara. Saya tidak faham mengapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan.

“Kalau tidak cukup duit untuk beri pinjaman, maklumkan kepada kita. Kita akan kaji balik untuk mengurangkan jenis pinjaman.“Saya maklum Mara menawarkan banyak jenis pinjaman tetapi tidak berguna jika ia (pinjaman) tidak boleh diberi.“Jika janji satu bulan, mesti buat keputusan dalam tempoh itu sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya. Kalau lulus, kena beritahu segera.“Saya sendiri mempunyai dua tiga kes permohonan yang mendapat sokongan saya serta kaki tangan kanan kementerian, tetapi selepas empat bulan masih tiada jawapan.“Jika permohonan yang disokong menteri pun tidak dapat diluluskan, apatah lagi permohonan orang lain,” katanya pada sambutan Aidilfitri Furniture Industry Technology Centre Sdn Bhd (FITEC), di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan melihat cara kerja jawatankuasa Mara yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman, termasuk kekerapan mereka mengadakan mesyuarat dan individu yang diberi kuasa ke atas perkara berkenaan.Malah, kelewatan itu juga menjadi antara sebab ramai pengusaha Bumiputera mengambil keputusan membuat pinjaman dengan along yang disifatkan lebih mudah, sedangkan mereka layak memohon pinjaman kurang daripada RM20,000 tanpa memerlukan penjamin atau cagaran.Beliau juga menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pegawai Mara yang gagal menjalankan tugas sehingga menyebabkan mana-mana bangunan Mara terbiar dan dalam keadaan ‘hidup segan, mati tidak mahu’.“Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh, malah dibawa ke Kabinet, tetapi masih tiada perubahan. Ini sangat mengecewakan kerana Mara adalah imej kementerian.“Jika Mara gagal, bermakna kementerian juga gagal, sedangkan kita berusaha bersungguh-sungguh membantu pengusaha,” katanya.

Meskipun dalam serba kepayahan, Malaysia mampu menjadi pengeksport perabot kesembilan terbesar di dunia dengan nilai melebihi RM7 bilion dan RM2 bilion bagi pasaran tempatan pada 2007. Kementerian mensasarkan untuk mencapai nilai eksport kepada RM10 bilion pada 2010.Untuk mencapai sasaran berkenaan, pengusaha perabot tempatan perlu berusaha bersungguh-sungguh, apatah lagi dengan kemasukan perabot dari China yang bukan saja cantik dan menyamai rekaan luar negara yang terkenal, tetapi jauh lebih murah.

Petikan - Harian Metro

Saturday, October 11, 2008

SILATURRAHIM SESAMA KITA...

Semalam saya berkesempatan menghadiri Jamuan Hari Raya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bertempat di lobi kementerian...Sempatlah saya dan isteri melawat ke gerai-gerai yang disediakan sambil beramah mesra dengan tetamu yang hadir.Tahniah kepada urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini dan terima kasih kepada seluruh warga MECD, agensi-agensi di bawah MECD dan juga semua tetamu yang telah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Wednesday, October 1, 2008

SALAM AIDILFITRI ...

Thursday, September 25, 2008

RAHMAT RAMADHAN...

Suka saya berkongsi di sini dengan bloggers semua pengalaman saya berbuka puasa di Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim Titian Kasih Titiwangsa. Mereka yang diraikan terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan 35 orang anak-anak yatim. Kesungguhan mereka membuat kuih raya untuk jualan bagi mencari pendapatan menarik perhatian saya...Anak-anak kecil ini tanpa segan, membantu antara satu sama lain, berjalan dari meja ke meja bagi menjual kuih raya mereka..Dengan penuh yakin, masing-masing ada gaya dan cara tersendiri bagi melariskan jualan mereka. Kepetahan mereka berjaya memikat hati orang ramai untuk berurusniaga. Dari usia muda begini, mereka telah diasuh dengan budaya berniaga. Saya yakin jika budaya dan minat ini terus dipupuk, bukan sahaja dikalangan mereka tapi di kalangan seluruh rakyat Malaysia, tidak mustahil anak-anak kecil ini akan menjadi usahawan yang berjaya dan seterusnya kita dapat melahirkan masyarakat perdagangan suatu hari nanti. Majlis ini juga menyaksikan pemberian sumbangan zakat oleh Bank Rakyat dan turut diraikan oleh rakan media dan pihak pengurusan NST Group. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapatlah meringankan beban mereka semua. Terima kasih kepada pihak Bank Rakyat dan NST di atas keprihatinan mereka.

Sunday, September 7, 2008

WALKIE-TALKIE DIHARAMKAN...!!!

Batalkan lesen syarikat bas dan haramkan pengunaan alat perhubungan walkie- talkie - demikian tegas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar dalam usaha membanteras kegiatan ulat tiket menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kalau kita dapati syarikat bas bersubahat dengan ulat-ulat, maka saya sudah berjanji dengan mereka (syarikat-syarikat bas) bahawa saya akan membatalkan semua lesen mereka,” katanya kepada pemberita semasa meninjau aktiviti penjualan tiket bas di Hentian Puduraya di sini hari ini.Orang ramai kini berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket bas terutama bagi membolehkan mereka pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya.

Kesempatan ini diambil oleh penjual tiket atau ulat tiket yang sentiasa bergerak di kawasan stesen bas tersebut untuk menawarkan tiket kepada orang ramai tetapi dengan harga yang lebih tinggi.
Ulat-ulat ini bekerja sama dengan penjual tiket di kaunter untuk kebanyakan syarikat bas dan sentiasa menggunakan walkie-talkie untuk berhubung antara mereka.

Noh berkata, penggunaan walkie-talkie perlu diharamkan kerana ia dipercayai menyumbang kepada kegiatan berleluasa ulat tiket. Beliau juga mahu pengguna melaporkan kegiatan ulat tiket kepada kementeriannya dan Lembaga Perlesenan Kementerian Perdagangan. Mengenai cadangan pembelian tiket dibuat secara dalam talian, Noh berkata, ia bukan jalan penyelesaian muktamad kepada kegiatan ulat tiket.

“Kalau ada (on-line) pun tidak semestinya tidak ada ulat kerana ulat ini lebih pandai, dia boleh duduk di rumah dan satu bas dia boleh tempah,” kata beliau. Berhubung terminal bas ekspres dan bas tambahan sempena raya, Noh berkata Hentian Putra dan Hentian Pekeliling adalah untuk perjalanan ke pantai timur, Hentian Puduraya dan Hentian Duta bagi perjalanan ke utara dan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bagi perjalanan ke selatan.

Beliau berkata, kementerian juga membuka laluan bebas bagi semua syarikat bas. “Menerusi laluan bebas, bas tidak semestinya mengikut laluan sedia ada sebaliknya mengikut permintaan dan kehendak pasaran,” katanya.

Noh berkata, syarikat Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) yang sebelum ini mengumumkan kesemua tiket bas mereka habis dijual, telah bersetuju untuk menambah jumlah bas ekspres. Katanya, Pengerusi dan Pengarah Urusan KTB, Datuk Nadzmi Salleh memberi jaminan bahawa KTB akan menambah bilangan bas ekspresnya. Noh berkata, pemeriksaan mengejut akan kerap diadakan pada musim perayaan ini bagi memastikan aspek keselamatan penumpang sentiasa dititikberatkan.

Petikan – Bernama

Monday, September 1, 2008

SALAM MERDEKA..IHYA RAMADHAN !!

Kepada bloggers…saya ucapkan Selamat Hari Merdeka ..Dan Selamat Menyambut Ramdhan Al -Mubarak'. Untuk menjadi patriotik bukanlah sekadar mengibarkan bendera…Petikan di bawah untuk direnung dan difikirkan bersama …
“ PERPADUAN TERAS KEJAYAAN ”

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...
As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan :
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Sunday, August 24, 2008

PELUANG PERLU DI CARI...


Dua hari lepas, saya ke Permatang Pauh, merasmikan Program Pembiayaan dan Peluang Perniagaan anjuran TEKUN Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada para peniaga, penjaja dan usahawan menghadiri majlis tersebut di Dewan Perda, Permatang Pauh.

Sebagaimana biasa selepas ucapan perasmian, saya membuka dialog untuk memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan soalan. Jelas daripada soalan-soalan yang dilontarkan oleh para peserta memperlihatkan masyarakat Bumiputera kecetekan ilmu dan maklumat. Soalan-soalan yang ditanya sebenarnya sudah berkali-kali saya jawab dan tersiar di akhbar-akhbar seperti, pembiayaan peluang kedua kepada usahawan, peluang pembiayaan dan perniagaan di agensi-agensi di bawah kementerian ini dan lain-lain.

Iktibarnya, selain daripada memperbaiki sistem penyampaian kementerian dan agensi-agensi, saya berpandangan, masyarakat Bumiputera perlu berusaha mencari dan menggali segala maklumat mengenai peluang-peluang keusahawanan yang disediakan oleh bukan sahaja pihak kementerian saya bahkan juga kementerian-kementerian lain. Kita harus mencari bukan menunggu maklumat itu sampai kepada kita.

Dalam zaman IT sekarang ini, maklumat-maklumat ini boleh dicari melalui laman-laman web di semua kementerian.

Thursday, August 14, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

1) Fuad said : Jikalau Dato Noh dpt tubuhkan satu team yg merespon dan menindak balas segala yg ditimbulkan di comment . itu amat bagus sekali ...(Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)
Kepada saudara Fuad..
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Sebenarnya saya memang sudah tubuhkan reponse team "flying squad" untuk memantau dan menangani permasalahan usahawan lebih-labih lagi yg berkaitan dengan pembiayaan.

2) Hayusri said : Saya adalah penumpang bas ekspress mingguan yang terpaksa berulang alik dari Shah Alam ke Butterworth memandangkan isteri dan anak2 saya berada di sana.... Saya hanya mengharap pihak Dato untuk menyelesaikan masalah yang membelengu saya. Kami seperti berada di ambang maut ketika menaiki bas ekspress kerana bas dibawa terlalu laju. (Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Buat saudara Hayusri..
Tindakan saya menggantung permit bas ekspress bukan sekadar menghukum tapi untuk memberi kesedaran kepada pengusaha bahawa bas ekspress bukan mesin maut. Pendekatan ini akan saya teruskan untuk memastikan pengusaha bas ekspress lebih bertanggungjawab.

3) Anonymous said : Sy nk bertanye tentang dana yg disediakan oleh pihak TEKUN..sy mendapat maklumat tentang sebuah koperasi di bwh TEKUN menyediakan pinjaman persendirian untuk bumiputra..adakah benar maklumat yg sy dapat ini???

Kepada anonymous yang bertanya mengenai dana TEKUN...Mohon berikan maklumat yang tepat untuk siasatan. Untuk makluman semua, Pinjaman TEKUN tidak ada melalui orang tengah termasuk koperasi.

4) Kepada iq2020.....terima kasih atas kekerapan saudara meninggalkan komen diblog ini..kali ini mengenai ruang niaga UDA...(Utk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Utk makluman semua, saya telahpn mengarahkan UDA utk memantau kemelut yg berlaku di kompleks2 perniagaan milik UDA dan melaksanakan visi dan misi penubuhan UDA iaitu membela dan membangunkan masyarakat Bumiputera dibandar.Saya harap, UDA faham hasrat ini dan melakukn yg terbaik demi kepentingan usahawan2 bumiputera.Tp kita tak boleh salahkan org lain kalau UDA sebagai agensi pelaksana pembangunan bumiputera tidak peka dgn apa yg telah berlaku di dalam premis mereka...

Tuesday, August 12, 2008

APA KOMEN ANDA...???

Saya perlukan reaksi anda terhadap cadangan ini...

Kerajaan bercadang untuk mengehadkan jumlah pembelian tiket bas ekspres ketika orang ramai mahu balik ke kampung halaman masing-masing untuk beraya.
Ia bagi membendung kegiatan “ulat tiket” yang membeli tiket dengan jumlah yang banyak untuk dijual semula dengan harga berganda kepada orang ramai yang terdesak untuk mendapatkan tiket bas pada musim perayaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata pihaknya kini sedang mengkaji berhubung keperluan mengehadkan pembelian tiket bas ekspres.

“Bila kita hadkan (pembelian tiket), tentu ada orang marah dan kalau tidak dihadkan, mungkin ada orang membeli sehingga 30 dan 40 tiket. Kalau seseorang itu telah membolot begitu banyak, inilah yang menyebabkan wujudnya ulat tiket.

“Pada masa ini, kita sedang lihat sama ada perlu atau tidak langkah mengehadkan jumlah pembelian tiket ini. Jika hasilnya menunjukkan ia merupakan cara terbaik, ia akan dilaksanakan pada musim perayaan ini (Hari Raya Aidilfitri),” katanya di sini hari ini.

Noh berkata pihaknya menjangkakan bahawa dengan melaksanakan tindakan mengehadkan jumlah pembelian tiket, ia akan memberikan pelbagai reaksi daripada orang ramai. “Bagaimanapun, kerajaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah kegiatan ulat tiket ini,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bersama agensi penguatkuasa lain telah mula menjalankan operasi membanteras kegiatan ulat tiket bas menjelang sambutan Aidilfitri ini.

“Operasi membanteras ulat tiket yang dilaksanakan di stesen bas Puduraya (Kuala Lumpur) dua hari lepas, berjaya menahan 40 orang termasuk dua warga asing yang menjadi ulat tiket bas ekspres,” katanya.

— sumber BERNAMA

Wednesday, August 6, 2008

CADANGAN SKIM GADAIAN TANI - BANK RAKYAT

(Bersama dengan penerima Skim Pembiayaan Bank Rakyat di Kota Bharu,Kelantan)

Minggu lepas, saya telah diminta untuk merasmikan Persidangan Pengurus-Pengurus Bank Rakyat seluruh negara di Kota Bharu, Kelantan. Seramai lebih kurang 300 orang pengurus Bank Rakyat menghadiri persidangan itu.

Kita sedia maklum bahawa Bank Rakyat adalah bank koperasi yang berjaya bukan sahaja di negara ini bahkan juga di rantau asia tenggara dan dijangka akan memperolehi keuntungan melebihi RM 1 billion pada tahun ini. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sektor koperasi negara. Lebih-lebih lagi bank ini 100% diurus tadbirkan oleh Bumiputera. Ini sekaligus membuktikan kaum Bumiputera sebenarnya mempunyai keupayaan untuk menjayakan apa jua jenis perniagaan.

Pada majlis tersebut, saya telah mencadangkan Bank Rakyat agar dapat mewujudkan satu Skim Gadaian Tani. Skim ini membolehkan para petani menggadaikan hasil taninya kepada pihak Bank Rakyat untuk mendapatkan modal bagi membeli keperluan tanaman seperti baja dan lain-lain. Pada ketika ini Bank Rakyat telah berjaya melaksanakan Skim Ar-Rahnu (Skim Pajak-Gadai Islam), saya percaya cadangan skim Gadaian Tani ini boleh juga dilaksanakan oleh Bank Rakyat bagi membantu para petani kita seterusnya merancakkan lagi pembangunan sektor pertanian negara.

Friday, August 1, 2008

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MECD



Tahniah saya ucapkan kepada 68 orang kakitangan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dari pelbagai gred jawatan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007. Semoga anugerah ini akan menjadi motivasi kepada semua anggota kementerian untuk meningkatkan produktiviti dan terus berganding bahu bagi menjadikan kita sebuah organisasi yang terbilang...

Sewaktu sidang akhbar, sejurus selesai majlis penganugerahan ini, saya telah menyentuh isu berkaitan dengan memorandum yang dihantar oleh Persatuan Pengusaha Bas kepada saya baru-baru ini, yang mana mereka telah meminta untuk menaikkan harga tambang bas sebanyak 100%. Saya telah membawa isu ini ke mesyuarat kabinet dan Mesyuarat Jawatankuasa Inflasi Negara dimana dalam mesyuarat berkenaan, pihak Persatuan Pengusaha Bas ini telah diberi peluang untuk membentangkan tuntutan mereka. Keputusan mengenai kenaikan tambang belum dapat diputuskan lagi namun begitu kerajaan bercadang untuk membenarkan para pengusaha bas mengenakan surcaj kepada para penumpang sempena Sambutan Hari Raya tahun ini. Cadangan untuk membenarkan surcaj berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Saya juga telah mengarahkan pihak kementerian bagi memberi permit kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan perkhidmatan Bas Mini Desa. Perkhidmatan Bas Mini Desa ini akan beroperasi menggunakan van dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai di kawasan pedalaman dan taman-taman perumahan yang selama ini tiada khidmat pengangkutan awam kerana dianggap tidak menguntungkan.

Pendek kata, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk semua kerana kerajaan Barisan Nasional hari ini sangat prihatin terhadap kehendak rakyat. Saya juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat...

Tuesday, July 29, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

Salam buat bloggers di luar sana..terima kasih kerana sudi melayari blog saya..ini respon saya kepada komen-komen anda..
1) niezearm said :
Hebat tak kereta Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Aku ada comment di blog Dato' Noh Omar tapi tak dipaparkan. Soalan aku simple je. Kononnya kerajaan sekarang sedang berjimat (tak ada duit), dari mana dapat peruntukan untuk beli kereta ni? Setahu aku kereta rasmi kerajaan disewa dari Spenco. Itu pun kereta Proton Perdana...

Kepada saudara niezearm : Hasil siasatan pegawai saya, kereta ini bukanlah milik Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi...Ia adalah kereta yg ditaja oleh individu sebagai usaha membantu pihak kementerian untuk mempromosi Program Gerak Usahawan yg sedang giat dijalankan di seluruh negara. Terima kasih atas keprihatinan saudara.

2) Toh Puan D Heryati Tun Ghafar Baba said :
.........SAYA TERPAKSA MEMBAYAR SEWA BULANAN SEHINGGA BULAN OGOS 2008 (3 BULAN) DARI WANG BUKAN DARI SUMBER PERNIAGAAN. UNTUK MENGELAK DARIPADA SAYA TERTIPU TERUS, MAKA SAYA PERLU TAMBAHAN MODAL RM1,500,000.00 DAN MEMBAYAR SEMUA HUTANG SYARIKAT YANG TERTUNGGAK KEPADA PEMBEKAL DAN KONTRAKTOR.MINTA TOLONG DATO, KERTAS CDGN AKAN SAYA KEMUKAKAN KEPADA YB DATO. (untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Kepada Puan D Heryati : Saya ambil maklum masalah yg dihadapi puan dan telah mengarahkan 'flying squad' mengambil tindakan terhadap perkara ini. Mohon kerjasama puan agar dapat meninggalkan no untuk dihubungi di email saya : nohomar@mecd.gov.my dgn kadar segera.

3) sharif said :
Saya harap Dato' boleh turun ke kawasan Bukit Sentosa Seksyen BS 8, untuk tengok betapa susahnya warga emas & pencen, kaum ibu yang tidak mempunyai kenderaan nak keluar ke bandar Bkt Sentosa, Rawang, Kuala Kubu Baru......(Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Kepada saudara sharif : Saya telah pun mengarahkan pihak LPKP untuk memberi kelulusan kpd permohonan perkhidmatan penduduk di taman-taman perumahan dan di kawasan luar bandar. Sekiranya ada syarikat atau individu di kawasan saudara yang berminat untuk mengadakan perkhidmatan bas mini atau feeder bus ini,bolehlah memohon permit dari pihak LPKP.