Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, July 17, 2009

MANEK URAI ANAK ANGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Majoriti kemenangan Pas di Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai sebanyak 65 undi menggambarkan bahawa UMNO Kelantan telah kembali mendapat kepercayaan rakyat khususnya di Manek Urai. Lebih menggembirakan apabila sokongan pengundi muda menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Ini jelas membayangkan betapa rakyat Kelantan pada keseluruhannya menginginkan perubahan dari segi pembangunan yang lebih baik. Atau mungkin juga rakyat mula sedar bahawa selama ini mereka hanyalah digula-gulakan oleh janji-janji kosong manifesto puak pembangkang. Yang penting di sini, tampak jelas..Kerajaan PAS di negeri Kelantan tidak akan mampu membangunkan Negeri Kelantan bersendirian.

Bertitik tolak dari situ, saya telah mengumumkan bahawa, Manek Urai akan dijadikan anak angkat kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi memudahkan kerajaan Barisan Nasional membantu membangunkan sektor pertanian di situ semata-mata ingin mengeluarkan rakyat Kelantan dari kepompong kemiskinan tegar.

Jelas, Kerajaan Barisan Nasional tidak pilih kasih dalam merealisasikan agenda pembangunan buat rakyat. Berkempen atau tidak...Rakyat tetap didahulukan..Prestasi diutamakan!

1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju benar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjadi Manek Urai (MU) anak angkat. Harapan saya moga MU boleh gah dalam Aspek Pertanian sebagaimana Manchester United (MU) gah dalam bidang Bola Sepak.

Jom Manek Urai kita ke Bukit Jalil esok (18 Julai 2009) untuk sokong MU.