Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, April 14, 2009

MeCD Dalam Kenangan..MOA Membenih Kejayaan..

Lambaian terakhir kepada semua kakitangan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi serta seluruh agensi di bawahnya...
Wajah-wajah yang telah banyak membantu sepanjang saya berkhidmat di MeCD..jasa kalian tetap dikenang..
Hari pertama di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Majlis Serah Tugas oleh mantan menteri, Dato' Mustapha Mohammed sambil diperhatikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian baru saya, Dato' Mokhtar.


Sebuah buku...simbolik sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan dan akan saya laksanakan sebaik mungkin..dengan sokongan dan kerjasama semua..bantu saya!


Bermulalah tugas saya untuk membangunkan sektor pertanian negara..dan ini adalah kesempatan pertama saya untuk melihat ruang pameran dan gerai jualan hasil-hasil tani yang diadakan sempena Bulan Tanaman di lobi kementerian baru saya.

Alhamdulillah..ketemu lagi kita di ruangan ini. Inilah kesempatan saya yang pertama berbual bicara bersama bloggers semenjak dari transisi kabinet baru di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama rakyat yang membuatkan saya masih lagi berpeluang untuk menabur khidmat dan bakti kepada nusa dan bangsa.Walaupun kapal yang telah saya kemudi tidak lagi akan belayar namun apa yang pasti ia tidak tenggelam,semangat tetap ada dan akan terus saya perjuangkan.

Terima kasih sekali lagi di atas semua pandangan dan komen yang telah saudara dan saudari hantar ke blog ini.Saya amat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh semua. Saya tahu ramai yang merasa kecewa dan ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang dilihat sebagai sebuah kementerian untuk Orang Melayu. Dimana-mana saya pergi pun, orang ramai bertanya apa sudah jadi dengan agenda Melayu..?Namun saya yakin YAB Perdana Menteri lebih tahu apa yang telah diputuskan olehnya dan sudah tentu ada rahmat di sebalik apa yang berlaku ini.

Setelah mendapat taklimat yang pertama di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,adalah jelas bahawa usaha untuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera ini bukan hanya terletak di bahu MeCD bahkan terletak di semua jentera pentadbiran kerajaan.Maka dengan itu,saya akan meneruskan misi dan visi yang sama walaupun kementerian yang berbeza.

25 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato`.....
Saya merupakan salah seorang peniaga melayu bumiputera islam yang menjalankan perniagaan di dalam bidang ICT dan Cyber cafe.. Jika Dato` sudi sila lawati blog saya di www.brotherzmultimedia.blogspot.com
lokasi perniagan saya merupakan suatu tempat amat2 strategik kerana dikelilingi dgn pusat pengajian tinggi, sekolah bestari, sek sains mara, politeknik, ilp, kolej komuniti, IKM, kolej matrikulasi dan lain2 lagi
jika siap sepenuhnya pembangunan di kawasan ini adalah dianggarkan sekitar 20-26 ribu pelajar akan menetap di kawasan ini..

Diharapkan dato` yang yg pernah diamanahkan menerajui MARA sudi membantu pihak kami merebut peluang serta dapat membesarkan peniagaan dengan memberi pinjaman dan segala bentuk khidmat nasihat yg berguna bagi pihak kami..

Seperkara lagi dato` pihak kami telah membuat tinjauan di serata tempat di selangor, perak, negeri sembilan, melaka dan johor, saya dapati rata2 peniaga melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa asing terutamanya bangsa cina kerana modal yang kecil..

Dato` bayangkan org melayu yang berniagaan cyber cafe jumlah komputer di dalam permisnya sekitar 20-30 buah sahaja beroperasi sekitar jam 9 pagi - 12 malam dengan pendapat sekitar 5-6 ribu sebulan. setelah ditolak overhead cost mereka cuma mendapat keuntungan dalam RM 1000 sahaja..
Sedangkan bangsa cina yg berniaga dgn modal yg besar mampu menyediakan sekitar 100-150 buah komputer dan ramai dari mereka yg beroperasi 24 jam tanpa henti.. Jumlah pendapan mereka paling minima adalah sekitar RM 30,000 - RM 50,000 sebulan..

Rata2 pengusaha cyber cafe melayu yg saya jumpa mengatakan modal awal peniagaan mereka sekitar RM 70.000-RM 100.000. tetapi ramai pengusaha cina yg rapat dgn saya memberitahu bahawa mereka memulakan perniagaan cyber cafe dgn modal sekitar RM 400.000- RM 600.000 kerana modal untuk perabot dan hiasan dalaman premis sahaja sudah mencecah sekitar RM 60.000-RM 70.000..( tidak termasuk penghawa dingin 6 atau 8 buah )
Untuk software original sahaja boleh habis sekitar RM 100.000
Justeru itu cuba dato` bayangkan serta perhalusi sedalam mungkin bagaimanakah nasib kami2 semua bangsa melayu yg mendapat pengiktirafan sebagai bumiputera ini untuk bersaingan dgn bangsa cina jika modal kami hanya sebesar butiran padi.. kerana ianya tidak mendatangkan kudis pun kepada bangsa cina apatah lagi untuk bersaing dgn mereka.

Jika tiada bantuan serta rangsangan yg cergas dari pihak2 yg diamanahkan oleh menjaga dana bumiputera maka peniaga2 bumiputera akan jadi seperti kata pepatah nenek moyang kita dahulu " hidup segan mati tak mahu "

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

1. Tahniah atas perlantikan sebagai Menteri Pertanian yang baru serta khidmat Datuk di MeCD sebelum ini;

2. Dengan semangat dan kerja keras Datuk selama ini, saya yakin Datuk akan berjaya melaksanakan tanggungjawab di MoA;

3. Selain daripada isu insuran pertanian yang telah dibangkitkan oleh Datuk baru-baru ini, saya rasa Datuk juga perlu melihat potensi baru di dalam pertanian;

4. Antara aktiviti pertanian yang boleh diperkembangkan adalah dengan melihat kepada komoditi baru (selain drp getah & kelapa sawit). Contohnya penanaman pokok vanilla untuk pasaran dunia. (Madagascar & Indonesia kini adalah pembekal vanilla dunia). Dengan pengalaman kita di dalam komoditi getah dan kepala sawit, saya yakin Malaysia juga boleh memperkenalkan komoditi baru;

5. Saya juga ingin mencadangkan perhatian serious dibuat terhadap cadangan untuk menjadikan HERBA sebagai satu lagi aktiviti penyumbang penting kepada ekonomi negara. Herba dan produk asli menyumbang sejumlah RM8 billion kepada ekonomi Malaysia tahun 2008. Manakala di pasaran dunia, herba mencatat nilai US$200 billion dlm tahun 2008;

6. Namun kini aktiviti herba bertindih di banyak Kementerian dan tiada penyelarasan menjadikan industri ini tidak kompetitif serta banyak halangan;

7. Saya mencadangkan MoA mengambil inisiatif segera untuk menjadikan herba sebagai satu aktiviti terancang dengan menubuhkan Malaysian Herbal Council dan menyelaraskan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian sekarang ini.

Terima kasih Datuk.

Zainal Azman Abu Kasim
Pengurus Besar
Malaysian Herbal Corporation

http://c-bok.blogspot.com

vernoz said...

Salam Dato,

Biarpun MECD telah dibubarkan,tidak bermakna agenda membantu Bumiputera harus dihentikan.Masih ada bermacam-macam perkara yg boleh dibuat untuk mewujudkan usahawan bumiputera.Apa yang penting,kerjasama dari semua pihak utk merelisasikan apa yang dirancang.Semoga kementerian baru Dato tidak membataskan perancangan yang sudah Dato rancangkan dari awal..Tahniah atas perlantikan ke kabinet baru dan semoga berjaya di MOA

Salam

mohd fuad said...

Tahniah YB Dato' Noh Omar,

Semoga perjuangan memartabatkan Masyarakat Melayu dan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan akan terus dilaksanakan walaupun telah berada di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Harapan saya, semoga YB Dato' dapat melahirkan lebih ramai golongan Muda untuk menceburi bidang pertanian dan perindustrian berasaskan pertanian.

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA
http://parimbunis.blogspot.com

D'Rimba said...

Dato' teruskan kecermerlangan penuh keikhlasan kerana Allah. Secara jujur saya hanya percaya dan yakin hanyalah beberapa orang sahaja dalam kerajaan antaranya Dato' sendiri..Kami anak bangsa amat dahagakan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan perlaksana tegar acuan barat seperti sekarang ini...Mudahan segera wujudkan kembali sebuah kementerian atau badan yang boleh memajukan bidang penciptaan, usahawan dan perniagaan untuk di majukan bagi melahirkan ramai uasahawan Muslim berjaya dan memonopoli ekonomi negara sendiri bukan hanya politik sperti sekarang ini. Saya cadangkan Dato' tubuhkan Majlis Usahawan Negara segera jalankan penyelidikan dan serap masuk ke seluruh sistem pedidikan negara bermula tadika hingga universiti seluruhnya untuk membantu membudayakan dan melahirkan ramai usahawan Muslim berjaya di Malaysia dengan pendekatan paling berkesan berteraskan Islam sejati....Buat permulaan jadikan beberapa universiti seperti UNIKL sendiri yang misi dan visi lahirkan usahawan sebagai pusat penyelidika dan pemabangunan modul-modul berkaitan penciptaan,usahawan dan perniagaan untuk dikembangkan dan diserap masuk ke dalam sistem pendidikan yang terlalu teoritikal menilai keputusan peperiksaan di atas kertas semata tanpa diseimbangkan......Kesannya kita bukan masyarakat pencipta budayanya ramai rakyat terlalu bergantung kepada makan gaji tidak berani mencebur diri ke bidang perniagaan bagi membuka ruang pekerjaan lebih banyak lagi kepada diri sendiri juga orang lain.

shahril said...

askum datok
ini adalah kali kedua saya memberikan komen saya disini...
tentang mara loan utk pilot...saya tahu datok sudah tidak menguruskan mara tetapi ini sahaja saluran yg saya boleh sampaikan permasalahan ini..
berita terbaru adalah mara kemungkinan besar akan menamatkn loan utk pilot ini akibat kekurangan dana...mara hanya akan memproses borang yg sudah ada di pejabat mereka,dan menolak sebarang borang baru walaupon ada anak2 ini yg berulang kali ke pejabat mara KL

saya amat berharap pihak datok agar memaklumkn kepada datok shapie apdal supaya mempertimbangkan suntikan dana utk pilot loan ini memandangkan ramai ank2 bumiptera yg sudah memohon,sudah membaya deposit sekurang-kurangnya RM10000 dan ada yg sudah membayar Rm 50000++ menggunakn wang kelaurga utk melnjutkan kursus pilot ini...

diharapkan masalh ini diberikan perhatian dan bolehlah di sampikan kpd pihak datok shapie apdal utk tindakan sewajarnya

terima kasih...
assalamualaikum
pergh_84@yahoo.com

Anonymous said...

YB Dato Noh
Tahniah diatas perlantikan Dato di Kementerian Pertanian.Saya doakan Dato terus maju dan berjaya.Bila tiada lagi MECD baru mereka sedar bahawa apa yang telah lakukan selama ini adalah besar ertinya terutama dalam agenda membantu orang-orang melayu.Saya juga kagum dengan sikap Dato selama ini yang selalu melawat kawasan dalam parlimenbila ada masa.Teruskanlah supaya pemimpin (Dato) lebih dekat dengan rakyat dan rakyat mesti memberi sokongan kepada pemimpin yang mereka sukai

Mohd Rozali
SK Jalan Raja Musa,Kuala Selangor
http://anaputera.blogspot.com

Anonymous said...

Alhamdulillah dan syukur pada Allah kerana Dato' menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sebalik pembubaran MECD dan Alhamdulillah jugak kerana Dato' terpilih dalam kabinet baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harapan kami semoga dengan beralihnya Dato' ke Kementerian baru ini dapat lah Dato' membangunkan industri pertanian ini sebagaimana Dato' membangunkan usahawan Bumiputera di MECD dulu.

Dengan semangat yang tidak pernah luntur, kami yakin Dato' akan dapat menerajui dan memimpin Kementerian ini ke landasan yang betul dan dapat mempertingkatkan lagi moto yang sedia ada "PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN".

Buktikan yang pertanian jugak adalah satu cabang perniagaan yang menguntungkan.

Tahniah sekali lagi Dato'....

BaLs
Cheras

hafiz said...

Dato'

Saya merupakan seorang siswazah ingin dan telah memulakan perniagaan. Saya telah memulakan perniagaan dengan wang sendiri di sebuah kompleks membeli belah terkemuka. Untuk itu semua wang saya telah dihabiskan untuk membayar 2+1 dan deposit yang bermacam-macam.

Untuk itu saya terus memohon Pinjaman Tekun Tunas (no ruj file:04040220096279). Saya rujuk di website mereka katakan pinjaman online dan akan lulus selama 2 minggu. Jadi saya tidaklah gusar untuk melabur semua wang yang ada disebabkan modal yang terhad dengan harapan saya dapt menambah stock dan sewa bulan pertama apabila mendapat pinjaman Tekun.

Masalah berlaku apabila sudah 2 bulan berlalu tarikh permohonan saya adalah 27/2/2009 dan sekarang sudah masuk penghujung bulan April masih tiada berita tentang permohonan saya. Saya masih cuba bertahan dengan stok yg saya beli pada mula membuka perniagaan.

Oleh kerana sewa terlalu mahal di pusat membeli belah ini tidak memungkinkan saya menambah stok dan jualan hanya cukup2 membayar sewa dan tiada gaji. Jika lambat lagi saya takut tidak dapat bertahan.

Adakah kelewatan ini disebabkan pembubaran MECD? Harap Datuk dapat memberi penerangan dan nasihat.

Terima Kasih.

Zuraidin said...

Tahniah Dato' bersama Kementerian Baru dan Terima Kasih dgn khidmat Dato' di MECD.

Semoga Dato' meneruskan usaha untuk memajukan sektor ekonomi negara dalam bidang pertanian seperti mana Dato' sibuk dengan MECD mempromosi kan barang ushawan bumiputera sehinnga ke luar negara dan memalui program gerak usahawan.

Tahniah dan terima kasih

akuyan said...

Salam Dato,,,

.............PENTING...........€.

pegawai Tekun Bandar Tasik selatan. HQ Tekun situ..

nama Siti Lita...

kalau dia masih kerja situ, ramai penduduk yang berurusan dengan tekun situ akan masuk PR...

bekerja xde langsung niat nak membantu...

buat kerja lepas tangan....

bahasa kasar.....

nie berlaku kepada saya...

harap Dato amik tindakan yang sewajarnya ....

jgn buang dia,, perlu sangat diberi tegurang upaya dia x ulangi kesilapan..

Penting nie Dato....

Harapan saya hanaya pada Dato...

ArifinLatif Consulting said...

Assalamu'alaikum YB Datuk,

Tahniah di atas kejayaan cemerlang pada Perhimpunan UMNO lepas... dan tahniah di atas kepercayaan YAB Dato' Seri Perdana Menteri dengan perlantikan baru ini...di dalam menterjemahkan motto "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Selamat Datang ke MOA...dan teruskan wadah perjuangan YB... saya tertarik kpd coretan "HATI MALAYA" yang tertera di blog YB itu. Syabas Datuk, saya akan bantu seterdaya mungkin saya, dari Ipoh, Perak.

Wassaaalaam.

Arifin Abdul Latif
PPN Perak

Khairuzah Sulaiman said...

Assalamualaikum Dato'...........
Saya adalah usahawan wanita baru menjalan perniagaan dan menyewa premis.Buat masa skrg dana yang dikeluarkan utk kedai saya dibaiayai sendiri sekitar RM40ribu telah dibelanjakan.Bnyak ansuran bank tertunggak disebabkan proses pembelian barang dan order dari pelanggan.Pembelian dari kilang yang kebanyakan bangsa Cina memerlukan wang tunai bkn kredit.Saya telah memohon Tekun dicawangan Guar Chempedak pada Feb 2009 dan bila saya check on line,loan saya telah diluluskan pada 16/03/09,malangnya cek masih belum dpt.Alasan bila ditanya,cek blum sampai,application banyak,kementerian bertukar.Kalau macam ni,kami sebagai usahawan baru akan gulung tikar.Mengikut piagam yang ada pada screen website Tekun,pinjaman akan dilaksanakan dalam 14hari.Bkn saya mengatakan warga Tekun malas tapi amalan ini telah berlaku sejak zaman berzaman,Kenapa bank rakyat boleh luluskan pinjaman 3hari bekerja wlpun beribu pemohonan dlm sehari.diharap YB Dato' dapat menyelesaikan masalah saya dan kwn2saya.Saya menulis mewakili rakan2 lain yg senasib ngan saya dan ramai yang mengatakan bahawa YB Dato' adalah org yang amat perihatin dgn masalah rakyat.

Jika Dato perlu maklumat,sila hubungi saya ditalian 0134314006 atau 0193874006.
Terima kasih.
Wasalam

Khairuzah Sulaiman said...

Asalamualaikum Dato'

Saya dah posted aduan a few hours ago,dan ingin memohon agar Dato' menolong mengurangkan bebanan yang usahawan baru seperti kami.Janji Kerajaan mengelegak tapi tak sampai pun ke akar umbi(jabatan yang diamanahkan menguruskan pinjaman).Berharap sangat agar Dato' dapat berbuat sesuatu atau sekiranya aduan ini bkn dibawah naungan Dato',diharap Dato' dpt cannelkan kepada yang berkenaan.

Wasalam.Terima kasih

totek said...

salam, Dato'...

Pertamanya tahniah kerana berjaya membawa TEKUN ke MOA.

Apa yg menjadi kemusykilan ialah kenapa setelah berbagai2 pembaharuan dan penambahan dr segi kemudahan dan peruntukan yg diwarwarkan....TEKUN masih di takuk lama.Disebalik cerita proses 14 hr,peruntukan bertambah,menuju ISO,bertukar kementerian,gerak usahawan,membantu melayu,jauhi AH long,mudah biaya,mudah bayar....segalanya hanya sekadar criter sahaja dan bahasa kasarnya...semua ini dah jd semacam 1 bentuk penipuan terhadap rakyat khususnya usahawan bumi.

Sesungguhnya,hanya kementerian yg berubah.
Selebihnya.....habuk.Kes saya dulu....nak lulus..sbulan lebih.dah lulus..nak print out cek pun kena tunggu sbulan lebih...itupun nasib baik En.Fuad Yahya sudi tolong...dlm masa sminggu terus sampai cek.Boleh pulak siap dlm sminggu.Kes saudara Hafiz dan kwn saya ni lebih kurang sama.

Kawan saya ni buka kedai runcit...agak2 dah maju skit..apply Tekun Niaga utk modal pusingan...HQ proses start 23/02/2009.Skarang dah nak masuk bulan MEI...lulus ke x lulus,x tau lagi ni.Andaikata lulus pun...agaknya cek tu sampai bila pun,x tau la.Byk mana jumlah kalau lulus tu pun x tau lagi...skarang kawan saya ni dah sakit kepala....psl dah x cukup modal nak pusing,alih2 nanti dia sendiri yg berpusing2 depan kedai tu.Saya ingat,kalau mcm ni kerajaan BN buat kerja,PRU nanti ntahlah.dah la pejabat TEKUN hampir kesemuanya duduk sebelah pejabat UMNO..buat malu UMNO je ni.

Saya harap kalau kerja x ke mana tu,janganlah dibuat mcm2 slogan,program yg jelas2 menipu rakyat.Apa guna ISO,apa guna Gerak Usahawan,apa guna membantu melayu.....saya amat berharap agar Dato' post mortem balik TEKUN ni.Ceritanya senang je,jangan disebut proses 14 hari kalau ada yg kena proses sampai 9 bulan,jangan promote usahawan pinjam dgn TEKUN kalau dah tau peruntukan dah habis.Benda yg habis jangan pulak dikata ada....kalau ada tu,kenapa teruk sangat prosesnya,yg susahnya kami golongan meniaga.Kami semua ni nak buat pinjaman yg akan dibayar balik tapi rasanya macam nak mintak sedekah.

Sekali lagi saya berharap,Dato' post mortem balik la TEKUN ni.kalau Dato' cakap berdegar2 di atas,org kat HQ sikit pun x cakna,x guna jugak.Jangan kerana TEKUN,nama Dato' tercalar.Dato' seorang menteri yg bagus tetapi selagi TEKUN tidak berubah...ia akan jd satu liabiliti utk Dato'.Maaf andaikata terkasar bahasa,bukan nak mengata Dato'tapi nak mengata TEKUN.

Terima kasih.

Siswazah Pertanian said...

Salam Dato'..

Jutaan tahniah kepada Dato bersama kementerian yang baru ini. Moga - moga dapat membawa banyak kemajuan.

Terlintas dihati untuk bertanya, adakah komen - komen di sini memang mendapat respon dr Dato'? Syukur Alhamdulillah, moga Allah permudahkan urusan Dato' dalam menangani isu-isu yang timbul.

Saya mewakili sekumpulan siswazah yang menjalankan aktiviti pertanian. Kami telah membuat pajakan tanah seluas 2 ekar. Kami juga telah pun membersihkan dan merata kan tanah tersebut. Kami juga telah memagarkan kawasan ini. Semuanya menggunakan wang dr kumpulan kami.

Masalah yang kami hadapi adalah kerjasama dari pihak Tekun. Bermula dari awal Januari sehingga sekarang akhir April. Tarikh pimjaman kami online ada 2 Mac. Sehingga kini tiada khabar berita dr Tekun.

Sgt sedih mengingatkan ladang kami penuh dgn semak samun yang sudah mula meninggi. Harapan menggunung diletakkan keluarga kepada kami untuk berjaya dalam bidang ini. Kami terpaksa mencari kerja sambilan untuk menyara hidup selama beberapa bulan ini. Ibu bapa seringkali bertanyakan mengenai projek kami. Yang tinggal hanyalah perasaan hampa.

Kami juga mendapat tawaran kerja dr institusi swasta dan kerajaan, namun apabila diingatkan keringat dan wang ringgit yang kami keluarkan untuk menjayakan projek ini, kami rela berpegang teguh pada projek ini lagi.

Kami tak minta duit percuma dr Kerajaan. Kami hanya perlukan pinjaman. Hari demi hari, semangat keusahawanan kami kian pudar dengan tekanan dari segi kewangan dan keluarga. Mungkin kami adalah salah seorang dari bakal usahawan yang terbunuh dek "kecekapan" agensi kerajaan.

Kami tiada niat untuk mengecam mana pihak. Tapi inilah realitinya. Mungkin kami 1 hari nanti kami akan mengalah, mungkin juga tidak. Tapi 1 hari nanti disebabkan ribuan terbunuh angkara situasi ini akan menjejaskan Parti yang memerintah.

Kami sayangkan Parti ini dengan harapan ia dapat memerintah dgn saksama dan cekap. Namun sungguh menyedihkan kami ditanam hidup-hidup.

012-4246269
013-4161033
017-9380247
012-5376348
012-4477591
012-4304687

akuyan said...

Assalamualaikum Dato'..

Saya berterima kasih kepada Dato atas tindakan segara yang diambil dan apa yang saya harap adalah usaha mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada pihak kerajaan berjalan dengan lancar tanpa ada halangan dari pihak2 yang bersama kita..

saya akan tetap memainkan peranan saya terhadap kerajaan serta membantu Dato serba yang saya mampu untuk menjayakan apa yang dihasratkan kerajaan.

usaha dan kerja murni Dato saya dahului dengan ucapan terima kasih..

Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan

terima kasih skali lagi..

Anonymous said...

Salam sejastera,
Seperti tajuk"MeCD Dalam Kenangan.." jadi saya rasa kepada semua yang mempertaruhkan nasib kepada YB Dato utk bantuan atau jawapan kepada masalah di MARA atau TEKUN ke lupakan lah, kita tunggu blog Dato Shafie Apdal pulak. Sebagai penyunjung Blog ini saya rasa tiada satu pun jawapan yang diberikan oleh YB Dato sejak penghujung beliau di MeCD. Apa yang ada di Blog ini adalah rintihan dari mereka yang kecewa dengan agensi di bawah MeCD dan sebagainya.

Saya rasakan hampir semua comment dah di baca dan hingga kini sama sahaja isu nya , pinjaman lambat lulus , cek tak keluar kat MARA ke TEKUN ka sama sahaja.

Tetapi kat sini saya amat respek kat salah se orang pegawai di TEKUN (pegawai Khas MD & CEO TEKUN) En Mohd Fuad Yahaya yang berani tampil kehadapan utk menyelesaikan masalah En"totek" sehingga ada feedback positif dari En"totek". Di sini ingin saya ucapkan tahniah kerana setelah menunggu 26 hari akhirnya penantian En"totek" tercapai.

Tetapi di mana hero-hero, wira-wira MARA yang cukup gah,terkenal dari dahulu sebagai pembela bangsa.Kalau YB Dato tak dapat jawap apa salahnya "PEGAWAI" yang berpangkat besar , gaji besar atau setiausaha atau apa apa aje, tampil beri penjelasan kenapa pinjaman perniagaan MARA jadi macam ni. Kalau tak ada budget cakap kita tunggu, kalau tak mampu tolong Bumiputra batalkan program , ni senyap .Jawapan tunggu kelulusan KL.Kalau begitu kat negeri cakap mana orang KL yang boleh buat pengumuman.Mana pegawai PR MARA takkan tak pernah lawat blog Hati Malaya.Atau buat buat buta mata.

En "Totek" kira beruntung 26 hari loan lulus sudah ada orang TEKUN jawap. Ni kat MARA perjanjian dah dihantar stem hasil hampir 2 bulan cek belum nampak lagi.Dan entah bila seluruh negara pulak tu.

Jadi pada saya la, kalau mana mana pelayar Blog ni nak minta bantuan YB Dato saya rasa tak sesuai lah kat sini kecuali nak buat ucapan.Sebab Dato sendiri pun dah cakap MeCD dalam kenangan. Biarlah isu isu pertanian pulak yang mendominasi Blog ini bukan lagi isu TEKUN & MARA.

Kepada Adik Hafiz buka Blog Archive bulan januari carilah En Mohd Fuad no contact pun ada . comment En Totek pun ada kat situ.

Jangan Bakar kelambu marahkan nyamuk,Jangan marahkan kerajaan kita kerana MARA & TEKUN.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'...

Maaf pasal lari dari tajuk sikit. Ni saya nak komen sikit pasal apa yang di perkatakan saudara TOTEK.

Saudara, apa laa yang saudara kecoh-kecohkan sangat pasal kawan atau sahabat baik saudara tu.

Suruh laa sahabat tu pergi merisik-risik apa yang patut di pejabat TEKUN.

Saudara ada kepentingan ke dalam pinjaman tu? Komisyen or something? Tolong laaa... tak habis-habis nak mengugut.. tak dapat loan tuduh yang bukan-bukan. Membina la sikit..ni tak, tak habis-habis nak mengondemkan. Cuba la berfikir dengan rasional. Ada saudara cek dengan TEKUN, apa masaalah dengan pinjaman tu?

Tadi saudara cakap, saudara mintak pertolongan dengan En. Fuad..dan beliau menolong permohonan saudara.. ada sahabat saudara ajukan benda yang sama kat En. Fuad?

Saya bukan nak mempertahankan TEKUN tapi, cuba fikir-fikirkan TEKUN tu ada berapa banyak permohonan dalam sehari. Dah dapat ke belum peruntukan yang baru dari Kerajaan? Tanya dulu..jangan dok hentam je..TEKUN ni organisasi untuk ORANG MELAYU tapi kalau asyik di kondemkan...silap haribulan Kerajaan terus bekukan TEKUN..terus jadi TUKUN..macam mana?

Salah satu fakta MELAYU tak maju pasal kita ni suka mengkondemkan bangsa kita sendiri.. tu yang terjadi..

Kalau ikut fakta lagi..setiap pilihanraya kecil..berapa banyak peruntukan yang kerajaan keluarkan.. tapi..mana perginya undi untuk kerajaan? Orang MELAYU dah tak mahu membantu bangsa sendiri...FAKTA..

So, mintak tolong...kalau boleh kita membantu YB Dato' Noh dan agensi-agensi berkaitan termasuklah TEKUN...bukan nak mengkondemkan... teguran tu membina sikit...

Terima kasih

BaLs
Cheras

totek said...

salam...maaf DATO',tumpang lalu skit...hehe....trime kasiiihhh...

by anonymus :

Maaf pasal lari dari tajuk sikit. Ni saya nak komen sikit pasal apa yang di perkatakan saudara TOTEK.

Saudara, apa laa yang saudara kecoh-kecohkan sangat pasal kawan atau sahabat baik saudara tu.

Suruh laa sahabat tu pergi merisik-risik apa yang patut di pejabat TEKUN.

aku jawab - sebab dah risik x jd apa la aku tercanguk dlm ni.kalau ko x caya...cuba ko la plak gi tanyakan...kalau nak tolong melayu la...tgk apa diorg jawab...itupun kalau berjawab.bukan pejabat..ibupejabat.Pejabat Tekun area kitaorg,marvellous.

Saudara ada kepentingan ke dalam pinjaman tu? Komisyen or something?

aku jawab - kata jgn kondem orang..ko sendiri kondem aku ni pehal.cuba la baik sangka skit...x terpikir ke ntah2 kwn aku tu x pandai komputer ke,xde streamyx ke...oku ke....dok Jepun ke...tolong kwn sendiri pun salah ke?ko reti berkawan ke x ni?mana tau,kera sumbang,kan.eh..terburuk sangka plak..maaf ye.kata nak tolong MELAYU?kawan aku tu pun MELAYU,nak kata org eskimo memang jauh skali.
cuba ko kerja 3 bulan xde gaji,bulan seterusnya x tau dpt ke x ni....kecoh x kecoh....mintak duit dgn mak,x aci la.

Tolong laaa... tak habis-habis nak mengugut.. tak dapat loan tuduh yang bukan-bukan.

aku jawab - bukan tuduh..aku tanya dengan nada kecewa tu.menteri je mgkn sibuk skit x dpt nak jwb.kalau nak tuduh2,nak ugut..baik aku taruk nama anonymus je mcm ko.Critenya kat sini,proses tu x tau apa criter.bukan kwn aku sorang je,ramai lagi.dlm blog,dlm paper,ko baca paper ke x ni?asyik layan blooog je,kalau x lulus ke apa...senang la criter..blh la jugak buat rayuan ke,pinjam along ke,curi telur ayam ke,besi buruk ke apa....ni dah tahap gantung x bertali ni.

Membina la sikit..ni tak, tak habis-habis nak mengondemkan. Cuba la berfikir dengan rasional. Ada saudara cek dengan TEKUN, apa masaalah dengan pinjaman tu?

Tadi saudara cakap, saudara mintak pertolongan dengan En. Fuad..dan beliau menolong permohonan saudara.. ada sahabat saudara ajukan benda yang sama kat En. Fuad?

aku jawab - semua dah sudah pun...tp xde reply dan En. Fuad pun tgh sibuk dlm sminggu ni...xkan nak paksa2 plak...dia bukan menguruskan pembiayaan,dia sudi tolong tu pun dah kira syukur dah tu sedangkan patutnya org lain yg buat.kalau aku jd menteri..aku bg FUAD tu je in charge TEKUN,dah dia sorang je brani layan komen aku.Yg lain....jwpn skema...'saya pun x tau'.next time aku post detail..time bila aku fon Fuad,skrip aku camna,jenis henset pun aku tulis nanti....a-z...biar penuh blog Dato' nih.


Saya bukan nak mempertahankan TEKUN tapi, cuba fikir-fikirkan TEKUN tu ada berapa banyak permohonan dalam sehari. Dah dapat ke belum peruntukan yang baru dari Kerajaan?

aku jawab - pasal dah tanya tu la aku tanya balik betul ke,ada ke xde.ko x pernah g Gerak Usahawan ke?Pejabat TEKUN pun mesti x pernah g ni.Yg ko nak kecoh2 jawab belah Tekun ni ada kepentingan ke apa?Komisyen or something?ke ko ni staff TEKUN?eh..terburuk sangka plak lg...maaf ye,byk pahala ko....

Tanya dulu..jangan dok hentam je..TEKUN ni organisasi untuk ORANG MELAYU tapi kalau asyik di kondemkan...silap haribulan Kerajaan terus bekukan TEKUN..terus jadi TUKUN..macam mana?

aku jawab - betul la tu.kalau nak jd TUKUN,biar jd TUKUN betul2,jgn la jd TEKUN tapi biarkan org ramai plak yg jd TUKUN.biar la jd TEKUN sama2.baru la maju,ni org semua dah terencat dah ni..apa criter.Aku mintak kalau nak tolong,biar la betul2.kalau tanya,biarla berjawab,kalau janji,biarlah ditepati,kalau dasar,biarlah betul2 sampai ke bawah.bila talipon hotline tu,angkat,nama pun hotline.ni aku dgn kwn aku ni sama2 miskin,nak meniaga,nak cari makan atas bumi tuhan,blaja pun x tinggi,duit xde.nak byr yuran spm dulu pun kena ambik upah menebas kebun org.ni pun ikut kempen kerajaan suruh belia meniaga nak majukan MELAYU majukan UMAT.
kalau kata plg lewat sbulan,jgn sampai lari pegi 3 bulan.ada kes sampai 9 bulan,camna la nak lawan ah long..aaa,tu aku tegur kempen hr tu,bukan kondem ni.time aku kondem kang aku cakap.

Salah satu fakta MELAYU tak maju pasal kita ni suka mengkondemkan bangsa kita sendiri.. tu yang terjadi..

aku jawab - x jugak,kalau 'kondem' benda betul,yg kena 'kondem'pun ambik iktibar..maju jugak...kebenaran tu kdg2 pahit.dalam 'kondem' tu ada yg tersirat,bahasa MELAYU tu kan kaya,namun kadangkala kita berbahasa,kdg2 org x paham dan x dpt trima,sebab itu ler disudahi ayat2 tu dengan minta maaf andai terkasar bahasa supaya tiada dendam tiada terasa.

Kalau ikut fakta lagi..setiap pilihanraya kecil..berapa banyak peruntukan yang kerajaan keluarkan.. tapi..mana perginya undi untuk kerajaan? Orang MELAYU dah tak mahu membantu bangsa sendiri...FAKTA..

aku jawab - fakta mana ko ambik ni..yg aku tau,aku jd ajk UMNO cawangan,time meeting....balik kampung,naik bas,tiket beli sendiri.Yuran tahunan pun bayar sendiri,x pakai duit ketua.Balik ngundi,naik motor xde lesen,duit xde nak buat lesen.pangkah gak krajaan.x pyh tunggu tender krajaan,x pyh tunggu pruntukan.Sayang kat Umno/kerajaan.FAKTA aku sendiri tu.Tapi kalau aku x bleh 'kondem' kerajaan yg aku pilih,kerajaan blh syok sendiri.bila syok sendiri,time pilihanraya br nak kluar pruntukan,kluar janji mcm2,camna la org yg xde parti ni nak undi,nak percaya krajaan.kami ni pun budak2 baru blaja nak meniaga,modal pun x seberapa,kalau dah krajaan yg aku pangkah,yg aku beri khidmat free time pilihanraya,yg aku sayang ni pun susah nak tolong betul2,memang susah la.pada sapa lg nak mintak tolong,krajaan berkebajikan rakyat PR?puak2 diorg pun dok bantai loan krajaan.apa lg mau criter,mana lagi mau lari.lari setempat la jawabnya.
bab nak bantu sesama bangsa tu,apa kata ko tolong kawan aku tu,saudara Hafiz dan ada lagi 4@5 org dlm ni yg dah nak kantoi bisnes tu,bwk diorg g HQ,kita tengok nanti apa plak FAKTA ko....ko pun dok kondem org MELAYU dah x nak bantu bangsa sendiri pehal...FAKTA mana ko ambik nih...ko cakap,dok 'kondem' aku byk2 ni,aku x kisah.aku bertanggungjawab atas apa yg aku post,salah silap...memang silap aku.sapa2 bleh komplen,x perlu aku nak slindung2.nak bg komen membina pun,x terpikir dek aku,blaja dulu pun memang dah x cerdik.yg aku tau...mengenalpasti masalah tu sebahagian dari proses untuk membina.aku dah bagi masalah...skarang ko bagi la pulak cadangan2 ko yg membina tu.ko kena buktikan yg ko bukan cakap kosong,org meniaga mcm kami ni x makan dgn cakap2 kosong,buktikan yg ko ni memang nak bantu MELAYU,bantu bangsa.kalau kata aku stakat pandai hentam,ko bagi plak cadangan ko kat dlm ni....WALK the TALK.....apa mcm,brani....

So, mintak tolong...kalau boleh kita membantu YB Dato' Noh dan agensi-agensi berkaitan termasuklah TEKUN...bukan nak mengkondemkan... teguran tu membina sikit...

aku jawab - sebab nak tolong tu la kitorg post masalah dlm ni walaupun spatutnya diorg yg tolong kitorg,dgn harapan menteri akan paham apa mslh di bawah.aku post criter kawan aku tu supaya menteri paham bahawa apa sebenarnya yg jadi kat bwh dan ini bukan lg mslh terpencil,dah jd criter kdai kopi,kena buat sesuatu.kitorg xde pun kata Dato' x buat kerja ke,malas ke,kaki dangdut ke,kaki judi ke apa...kitorg nak penjelasan kenapa jd mcm ni sedangkan dlm kempen2 yg dijalankan nada2 tukang ceramahnya amat berbeza,meremang2 bulu roma dengar nak majukan golongan peniaga,golongan belia ni.aku pun tanya TEKUN,dah diorg pun kata x tau,nak tanya ko..lagi x tau.Tu pasal aku kata POST MORTEM balik TEKUN.Pulaknya skarang ni TEKUN dah duduk bwh MOA,nak menuju I.S.O plak tu.aku plak memang kerja tukang kebun,walaupun aku dah dpt loan tapi bila aku nak kembangkan kerjaya aku sbagai tukang kebun tu,xkan alih2 aku nak hadapi benda sama.Jadi,dimana kemajuan tu?kita tolong apa yg boleh dengan mendedahkan kepincangan dan kelemahan yg ada utk tindakan sewajarnya.Salah?meluahkan sedikit nada kecewa,salah?cuba ko plak bg cadangan kat TEKUN camna nak elakkan masalah kitorg ni x berulang.mcm mana standard procedur proses loan antara 14 ke 45 hr bleh jd 9 bulan.mcm mana nak print out cheque pun bleh sampai sbulan.soklan senang,camna nombor HOTLINE bila fon x pernah berangkat.Perniagaan memerlukan perancangan,bila plan budget 3 bulan dah jd 4 sampai 9 bulan,mahupun berbulan2 lagi tanpa kesudahan,tanpa penjelasan...anak bini nak makan apa....FAKTA...


Terima kasih

BaLs
Cheras

April 27, 2009 9:40 AM

-disudahi dengan minta maaf andai terkasar bahasa...bukan nak menghentam,mengugut,mengondem..ajak g curi telur ayam dgn besi buruk pun jauh skali...

MySulamanPeak said...

Salam, Yang Berhormat Datuk.
Mohon YB Datuk berikan perhatian agar Agro Bank dapat menyalurkan bantuan pinjaman terhadap pemohon dari negeri Sabah kerana rakyat dan usahawan yang memohon kemudahan pinjaman dari negeri ini akan sentiasa menghadapi masalah dan kesulitan terutama dari segi logestik memandangkan kelulusan hanya akan diberikan oleh ibu pejabat bank di Kuala Lumpur.

Pengalaman pengusaha perikanan laut dalam dari negeri ini untuk mendapatkan pinjaman terpaksa melalui berbagai kesulitan yang memakan masa sehingga hampir dua tahun untuk mendapatkan jawapan 'pinjaman diluluskan yang akhirnya kelulusan tersebut dibatalkan'.

Saya merayu agar YB Datuk dapat mempastikan pihak bank mengamalkan sikap 'memudahkan cara' agar rakyat di negeri ini akan mendapat peluang dan kemudahan pinjaman secara 'yang saksama' memandangkan tiadanya eksekutif tertinggi dari negeri ini yang dijadikan sandaran atau 'pakarujuk' samada yang berada di Agro Bank mau pun di Kementerian YB Datuk.

Tahniah atas perlantikan, semoga berjaya untuk 1Malaysia dan jangan lupa kepada penyokong termasuk mantan penyokong Datuk dari Negeri Sabah.

Anonymous said...

Heheh..tumpang lalu Dato'

Oi laa Totek...

Apa yang ko marah sangat. Aku pun salah sorang peminjam TEKUN dan aku punya loan pun 3 bulan baru dapat. Tapi, aku rilek jee.. pasal aku ni bukan jenis nak berkonflik. Bagi aku, berapa aku dapat dan bila aku dapat, aku dah tau bersyukur.

Ko AJK Umno Cawangan? Hmmm... patut laaa banyak komen dan banyak berpolitik. Tu yang menyebok nak setel kan masaalah kawan. Bagus-bagus... ko akan di calonkan jadi AJK Bahagian pulak lepas nih pasal niat ko ikhlas,nak membantu.Aku akan menyokong kalau ada usul melantik ko jadi AJK Bahagian.
Aku nih, cuma ahli UMNO biasa je. Cawangan Kg. Pasir Sebutir...
Tapi, aku memang tabik la kat ko pasal komen ko berapi dan memang ada sifat amarah dalam komen tuh. Ko memang layak jadi AJK Bahagian.Aku nih pun buta gak dengan i.t, tak la secelik ko yang tau nak buat blog. Aku memang tak tau buat blog...aku hari-hari beli surat khabar je..UTUSAN Malaysia. Tak pernah mis.. tapi aku masih ada akal yang waras untuk berfikir.
Komen boleh komen...bukan hentam. Ko cakap ko sayang kerajaan atau UMNO tapi aku perati ko banyak komen mengkondem... aku pun kekadang hentam gak.. tapi tak le sampai mengkondemkan...
Entah laa..aku ni tak pandai laa nak berkias-kias mcm ko... aku straight to the point... mungkin aku ni tak sepandai ko kot.
Tak pe laaa...aku mintak maaf kalau apa yang aku komen pasal ko tu, buat ko marah. Bagi aku, aku nih pun manusia biasa yang selalu buat silap...ampun maaf dari aku dan salam perjuangan UMNO buat semua...
Hidup UMNO....

totek said...

salam,

aku x de la nak marah..cuma bila org dok criter pasal tekun ke,mara ke,loan ke,mintak penjelasan ke,jgn la nak personal plak,ada ke patut dlm blog ni tanya aku ada komisyen ke x.....waras ke tu?katanya nak tolong melayu,tu aku dah mintak tolong settlekan prob kwn aku tu,apsal x settlekan?mana komen membina kat tekun?xde jugak..sembang je...dah dpt..bleh la criter.cuba kalau x dpt,dah nak lingkup mcm yg lain2 tu....so...stop disitu.lain kali,jgn cakap je berdegar2,buatnya x.anak bini x makan cakap2 kosong mcm tu.

smalam 4 may dlm Utusan Malaysia jugak saudara wartawan dlm tu ada bukak criter pasal TEKUN dan PTPTN berkisar tentang apa yg berlaku dlm sminggu dua ni tentang rintihan pembaca mengenai kedua agensi ni dan seharusnya diambil iktibar.kelemahan ada dimana-mana tapi jgnlah dibuat sambil lewa,ramai yg memerhati.penjelasan kena diberi tanpa perlu tunggu heboh dlm media.terima kasih juga buat Dato' kerana telah meminta CEO Tekun utk buat penjelasan panjang lebar dlm blog ni dan di akhbar.kalau staff2 bwh ni bleh jawab mcm tu tentu lebih afdhal dan tentu para pemohon blh terima dan xde la nak hantar 'luahan perasaan' kat paper.

Sekian,terima kasih.
wassalam.

Anonymous said...

aslamulaikum dato,
jabatan veterinar menjadi semakin penting pada masa ini memandangkan kerajaan dan rakyat terpaksa menumpukan perhatian kepada sektor pertanian akibat dari berbagai krisis dunia yang berlaku.Walaubagaimanapun jika dilihat dari sudut perundangan Akta Binatang sudah tidak relevan lagi pada masa ini,kerana denda dan kuasa-kuasa pegawai didalamnya adalah rendah dan seolah-olah tiada kuasa.ini menyukarkan jabatan dan menyusahkan pegawai penguatkuasa veterinar khasnya untuk menjalankan tugas.orang awam juga tidak takut dengan jabatan veterinar kerana denda untuk kes pemindahan contohnya adalah seribu ringgit walaupun mereka memindahkan 100 ekor lembu/kerbau.jumlah ini tidak relevan pada masa ini,sebab itulah aktiviti penyeludupan lembu dari thailand sukar dibendung.selain itu pegawai penguatkuasa juga kurang kuasanya dalam akta yang sama,mereka seolah-olah terikat untuk membuat tindakan sedangkan kewajiban mereka adalah untuk bertindak apabila ada kesalahan berlaku.mereka tidak dibekalkan senjata api dan kuasa mereka tidak sehebat penguatkuasa di ajensi lain spt KPDN,kastam atau imigresen,bahkan kekuatan /kekuasaan mereka juga tidak setanding dengan saudara terdekat mereka iaitu Kawal selia padi dan beras di kementerian sama.penguatkuasa veterinar hanya diketawakan oleh public apabila mereka menjalankan tugas. oleh itu saya memohon agar dato'dapat mengambil tindakan dengan meminda Akta veterinar secepat mungkin dan memperkasakan penguatkuasa veterinar agar mereka digeruni,bukan setakat memperkasakan dengan hanya memakai 'vest'sahaja...
terima kasih..

ajoi882 said...

ASSALAMUALAIKUM YB DATO'
SAYA SANGAT MENYAMBUT BAIK CADANGAN MEMBUKA SEMULA KEDAI RUNCIT BERAS ST OLEH BERNAS.

UNTUK MAKLUMAN DATO' SAYA ADALAH BEKAS KAKITANGAN BERNAS YANG TERLIBAT DENGAN PEMBUKAAN KEDAI RUNCIT -B'MART. SAYA JUAL SAHAM BERNAS UNTUK CEBUR DALAM PERNIAGAAN RUNCIT ALA B'MART SEBAGAI PERSEDIAAN VSS. PERMULAAN BERNIAGA SANGAT ELOK,BILA POLISI BERTUKAR KEDAI PUN TUTUP DAN MODAL HABIS KEMUDIAN DIKEJAR HUTANG.

JAWATAN SAYA MASA ITU PENGURUS KANAN DAN DIAM2 SAYA SOKONG CALUN BN DIARAU 1997 TAPI KALAH. MASA ITU SAYA RASA TPM TAKMAU CALUN BN MENANG KELUARLAH ISU KRONI DLL. HASIL POSTMORTEM ADA YG KATA SAYA GUNA KEMUDAHAN BERNAS BANTU CALUN BN. SAYA PUN TUKAR KE PJ. MASA INI SAYA RANCANG UNTUK VSS UNTUK CEBUR DIRI DALAM PERNIAGAAN RUNCIT BERAS.
PENGALAMAN BERKERJA DARI BURUH SAMPAI PENGURUS KANAN SELAMA 25TAHUN RASANYA CUKUP UNTUK PERNIAGAAN INI.

YB DATO, ANGGAPAN SAYA UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN RUNCIT INI MELESET TAK SAMPAI 2 TAHUN KEDAI RUNCIT SAYA PUN BUNGKUS.

YB DATO, PADA PENGALAMAN SAYA DUA PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN:
1. POLISI MESTI KONSISTAN. KEKADANG TUKAR PEGAWAI TUKAR POLISI DAN TUKAR PERATURAN.
2. PEGAWAI PENGAWAL YANG NASIONALIS YANG INGIN MEMBANTU/MEMAJUKAN BUKAN CEMBURU.

YB DATO, BUNTU SAYA DIBUATNYA. PENGALAMAN DENGAN BERNAS 25 TAHUN BUKA KEDAI RUNCIT BERAS PUN GAGAL.NASIB BAIK SEBELUM INI YB DATO KELUAR KAN LESEN TEKSI. DAPAT JUGA SAYA BAWAK TEKSI.BOLEH LAH BELI SAYUR DAN BELANJA SEKOLAH ANAK2.TERIMA KASIH YB DATO'. USIA 56TAHUN KERJA LAIN DAH TAK TERIMA.

YB DATO, SAYA TAK MAU CERITA PANJANG2. ADA MAKSUD YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DISEBALIK CERITA INI. CUMA SAYA BERHARAP KEDAI RUNCIT KALIINI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA. AMIN.....