Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, February 24, 2009

RM5 Juta Untuk Usahawan






Ingin saya kongi bersama para blogger semua yang mana baru-baru ini saya ada merasmikan Program Pengiklanan Usahawan 2009. Program yang dianjurkan oleh kementerian saya ini menyediakan geran sejumlah RM5 juta tahun ini bagi membantu usahawan bumiputera dalam mempromosi produk keluaran mereka di 25 saluran media cetak dan elektronik. Antaranya Bernama TV, Bernama Radio 24, Radio Televisyen Malaysia(RTM), Utusan Media Sales Sdn.Bhd, Dagangasianet Sdn.Bhd, Artisense Webtech Sdn. Bhd dan Gelombang Meridian Sdn.Bhd.

Menerusi program ini, kita akan bantu usahawan bumiputera untuk membayar separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik. Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun dan setiap usahawan dibenarkan untuk 3 kali penyertaan sahaja. Setakat ini, sejumlah 1,000 usahawan bumiputera yang layak dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas.

Antara syarat layak ialah mestilah sepenuhnya milikan bumiputera, mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, operasi syarikat tidak melebihi 20 tahun, tidak mempunyai pekerja melebihi 50 orang dan jualan tahunan syarikat itu juga mestilah tidak melebihi RM25 juta setahun serta mempunyai produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dipromosikan.

Kita mendapat maklum balas daripada syarikat yang pernah menyertai program ini, sasaran jualan syarikat meningkat sebanyak 30 peratus setahun.
Semoga ushawan di luar sana tidak terlepas dari peluang ini tempohari..

20 comments:

Johary - Subang Jaya said...

Tahniah MECD. Ianya satu langkah positif kepada usahawan Bumiputera untuk mempromosikan produk atau servis syarikat masing2 dengan bantuan dari pihak Kerajaan. Harapan saya perkara baik spt ini dapat dipanjangkan lagi ke negeri2 di seluruh Malaysia- mengikut zon sekurang2nya. Ini bertujuan utk memberi peluang kpd usahawan2 yg terlepas peluang tempoh hari.
Terima kasih

Anonymous said...

Salam kepada Dato, saya bukan usahawan bumiputera tetapi seorang pengusaha pengangkutan muda bukan bumiputera yang masih baru dalam bidang ini. Seperti mana yang Dato maklum, bidang pengangkutan masa kini adalah satu peniagaan yang sukar dan tinggi risikonya. Tapi, dengan keinginan dan ketahanan diri sendiri, tumpuan masa juga hendaklah diberi dengan penuh (24 hour).
Tahun lepas, saya telah memohon satu lagi permit 'Pembawa A" dari LPKP (Putrajaya), tapi, pemohonan saya telah ditolak sebanyak 3 kali dengan sebab yang tidak munasabar, dan akhirnya, pemohonan saya tidak diberi peluang untuk rayuan lagi. Saya amat kesal dan sedih sebab pada kami yang ingin mengusahakan bidang pengangkutan, permit tidak diberi manakala yang tidak dalam bidang ini mendapat 10 atau 20 kelulusan permit yang sama supaya untuk di"SEWA".
Dengan tiada jalan yang lain, saya dihendaki menyewa permit ini dengan harga RM400 sebulan. (RM4,800 setahun).
Untuk maklumat lebih kepada Dato, adalah dalam pasaran, ada "runner" yang boleh menolong supaya mendapat permit ini dengan bayaran RM4000 satu kelulusan
Akhir kata, dengan harapan besar, Dato dapat memberbaiki keadaan yang tidak adil ini supaya pengusahaan pengangkutan yang betul dapat di jaga. terima kasih.
CF lee
cflee1@streamyx.com

Anonymous said...

PERBEZAAN PINJAMAN AH LONG vs BANK ATAU MeCD...

mungkin tajuk ini boleh dibahaskan dalam ruangan ISU,DILUAR LINGKUNGAN,BLOG atau ALLY sahaja..

Tapi apa yang lebih penting kalaulah ada menteri boleh mengupas isu ini.(lebih molek)

Yang Berkaitan:

Pinjaman Along HARAM dan Pinjaman Bank dan dibawah Mecd HALAL.
persoalannya, APA,BAGAIMANA YANG HARAM?.

contohnya MIKRO KREDIT pinjaman 50k lima tahun. kena bayar 100k. ini HALAL?

Org yang bijak pandai mungkin nampak benda ini. tapi apa yang dikesalkan golongan pertengahan atau bawahan yang tertipu dengan iklan gunting rambut..


pesanan hamba
jangan mudah tertipu dengan iklan gunting rambut

Amir Abdullah said...

Hari ini berlangsung satu kursus pertanian fertigrasi yang diadakan dengan kerjasama Utusan Malaysia, Agrobank dan MayConsult. Apa yang ingin saya sentuh ialah isu yang dibangkitkan oleh peserta kursus apabila timbul persoalan sumber pinjaman yang boleh di pohon.

Ramai peserta yang merasakan proses kelulusan pinjaman TEKUN, malah MARA dalam menjalankan perniagaan yang berasaskan pertanian terlalu lama dan menjadi satu faktor yang membawa kepada rasa putus asa dikalangan individu yang berminat.

Jika dilihat di dalam peruntukan RMK9, nilai yang diperuntukkan untuk pinjaman pertanian ini cukup besar malah ia sering dilapurkan tidak dibelanjakan seperti perancangan. Mengapa keadaan ini masih berlaku dalam keadaan dato' berusaha mempertingkatkan perkhidmatan jabatan ini.

Terima Kasih.

Anonymous said...

betullah kata komen diatas...

bukan semua ah long tu jahat, cuma digambarkan negatif. macamtu jugak istitusi kewangan berlesen ni. bukan semua ok.. yang ok banyak ragam, yang faedah gila2, senang giler...betullah macam iklan kat tv iklan gunting rambut. macam best ja jaja pinjaman mikrokredit ni terbaik walhal faedah yg membebankan...
dengar cerita plak mara nak membekukan pinjaman. alahai malangnya nasib org melayu golongan pertengahan ni. dalam keadaan ekonomi sekarang kilang2 banyak pekerja dibehenti dan golongan ni plak banyak yang melayu. kesianlah dekat makcik2 pakcik2 kakak2 abg2 dah susah pastu balik nak kerja kampung pun susah gak... nak menjahit, nak bukak gerai makan, nak jadi petani semuanya perlu modal pinjaman. alahai nasib2 org melayuku...
umpama ditindas dibumi sendiri...

kakisakat said...

Salam Dato', saya sempat menghadiri PPU di MECD tempohari dengan harapan untuk menjalin/mengiklan dlm akhbar the STAR, malangnya tiada penyertaan drpd akhbar the STAR. harap dpt penjelasan.

Anonymous said...

Saudara anonymus,

Yang menyebabkan halal atau haram pinjaman tu bukannya berdasarkan berapa banyak interest atau keuntungan yang bank ambik, tetapi sama ada transaction yang berlaku (jual beli) tu mengikut kaedah Islam atau tidak. Kalau pihak bank dan peminjam dah bersetuju dengan kadar keuntungan tersebut dan ada akad jual beli mengikut Islam, maka halal la pinjaman tu.

Cuba tanya bank-bank Islam dari mana dia untung?

Lu pikir la sendiri.....

sheikh faleigh said...

Assalamualaikum YB

Ingin saya memgambil perhatian YB bahawa MECD perlu menggalakkan usahawan untuk mempromosikan produk atau syarikat mereka in the most creative ways...

Not only thru newspapers, magz, internet

But

Also Thru good visibility in an international conferences or events

All officers and departments in MECD also needs to be proactive and fast in implementing new ideas and proposal as long as the intentions or NIAT is for the benefit of Usahawan

wasalam,

sheikh faleigh
http://sharat-s.blogspot.com

Jabbar said...

Asalamualaikum w.b.t Dato,
Kejayaan kementerian dalam membendung kesusahan dan kemiskinan tegar haruslah dipujui dan ia adalah tradisi terus menerus mana-mana kementerian, justeru itu, saya mencadangkan agar penumpuan program-program keusahawanan kepada golongan-golongan mahasiswa, di mana, krisis ekonomi global turut memberi kesan pada sektor sumber manusia di Malaysia. Terima kasih. wasallam

Anonymous said...

Salam Dato. Saya ingin memberi komen kepada Dato berkenaan geran pengiklanan yang ditawarkan MECD. Sebagai Siswazah yang dilahirkan dari golongan keluarga Felda saya mengalami kesukaran untuk memohon pinjaman daripada Tabung Usahawan Siswazah berikutan syarat ketat yang dikenakan terhadap Siswazah. Geran yang ditawarkan oleh MECD hanya untuk mereka yang benar2 kukuh dalam perniagaan tetapi bagaimana dengan kami siswazah yang tidak mempunyai produk/perkhidmatan yang ingin ditawarkan/dihasilkan berikutan syarat ketat yang dikenakan oleh MECD kepada siswazah. Kementerian seharusnya mengkaji latar belakang siswazah itu sama ada mereka dari keluarga sederhana atau berada dan ini sekaligus harus dijadikan garis panduan untuk melonggarkan syarat Tabung Usahawan Siswazah (TUS). Ramai daripada kami yang telah habis berkursus rata2nya tidak cukup syarat untuk memohon berikutan kekurangan sumber kewangan seperti penjamin/cagaran atas sebab lahir dari keluarga yang serba kekurangan. Diharap pengalaman Dato yang pernah menjadi pemandu teksi dapat menghayati begitu peritnya sesorang mahasiswa yang ingin mengubah hidup keluarga masing2 supaya tidak wujudnya fenomena yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin. Sekian, terima kasih. W.B.T

iklan malaysia said...

Tahniah.
Harap lebih usahawan akan menggiatkan ekonomi dalam negeri dan luar negara.

GEM Community said...

04.04.2009. KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALET EMAS DI HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR

: Terbuka kepada semua :

Anjuran Bersama : Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) + Jabatan Perkhidmatan Veterinar (SIJIL GAHP) + Global Excellent Marketing Sdn Bhd (GEM).

DiRasmikan Oleh: Y.B. Dato' Mustapa Mohamed ( Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia)-

Tarikh: 04.04.2009. Masa: 7.45 AM - 5.00 PM

Tempat: Hotel Putra Kuala Lumpur , Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur( Bersebelahan Pepustakaan Negara)

Yuran Kursus: RM580

RM 480 untuk 50 Peserta yang buat bayaran awal.

Sila Hubungi : Cik Nurul:013-401 0761 (www.nurul-w.blogspot.com , Puan Laila: 019-664 2264 / 019-255 6370 (Pengesahan Pendaftaran & Pembayaran)

Pendaftaran Online: www.kursusgem.blogspot.com

Website: www.gem.tl.my

WebLog: www.gemsb.blogspot.com / www.goldenswiftlet.blogspot.com

Forum GEM: www.gem.socialgo.com (DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia)

Email: gem07@streamyx.com / globalexm@gmail.com

: Kedatangan DATO sangat di alu-aluka:

Anonymous said...

bank islam takda pinjaman mikro

Anonymous said...

contoh mikro ambank... 2.5% sebulan. kalau setahun dah 30% faedah saja.. kalau tanya bank islam akad pinjaman sekarang lebih kurang 8% setahun. mikro ni dari mana datangnya sampai 30% setahun..

lu pikiaq la plak...

Anonymous said...

Sedare anonymus,

Untuk makluman tuan, pinjaman mikrokredit yang ditawarkan oleh bank-bank semuanya dikawalselia oleh Bank Negara dan kadar faedah yang dikenakan perlu berada dalam jajaran yang dibenarkan.

Kalau ko nak tahu apa makna mikrokredit, cuba ko bukak website Grameen Bank etc... Mikrokredit tu bermakna pinjaman kecil tetapi nak manage dia perlukan perbelanjaan yang besar dan volume yang banyak. That's why interest rate mikrokredit lagi tinggi dari pinjaman yang bernilai besar.

Memang Bank Islam tak buat mikrokredit tapi kalau dia buat pun, dia boleh kenakan caj keuntungan yang tinggi untuk cover kos pengurusan mikrokredit yang tinggi. Janji ikut kaedah syariah... ada akad etc....

Kalau caj serendah 1% pun tapi tak mengikut kaedah Islam, tak de akad... ia masih dianggap riba. Ada paham ka ....

Lu pikir laa sendri....
Jangan mare yer....

Anonymous said...

Sedare ku anonymus,

Kalau interest 2.5% sebulan tak semestinya jadi 30% setahun. Biasanya 2.5% sebulan tu reducing balace, jadi interest setahun lebih kurang 15% ke 18% setahun je.

Interest pinjaman mikrokredit tinggi pasal amaun pinjaman adalah kecil tetapi kos mengurusnya adalah besar dan tiada cagaran atau penjamin diperlukan. Jadi bank terpaksa kenakan caj lebih besar berbanding loan lain tetapi kadar caj masih memerlukan kelulusan Bank Negara.

Lagi sekali, yang menetukan pinjaman tu shariah ke tidak bergantung kepada bagaimana proses pinjaman itu dilaksanakan (mesti ikut kaedah Islam), bukannya kadar interest.

Terima kasih.

Gua pun sedang fikir ni....

Anonymous said...

assalamualaikum dato'

Saya nak mngadu dengan dato' agar mara liner dapat mengadakan bas ke kawasan felda kami ( felda gugusan mendi) ke bandar bera dan triang, sebelum ini satu syarikat bumiputra yang menjalankan perkhidmatan bas di kawasan ini namun sudah hampir 5-6 tahun tiada perkhhdmatan bas untu ke bandar bera dan triang dari felda kemasul dan gugusan mendi,.

Hal ini amat menyusahkan penduduk di sekitar gugusan felda ini,terutamanya pelajar dan penduduk miskin yang tidak mempunyai kenderaan saya berharap sangat agar dato' dapat mempertimbangkan aduan saya ini.. segala pertimbangan dato' hanya allah yang dapat membalasnya..

triangboy80@yahoo.com

TERIMA KASIH.

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Dato dihormati, baru-baru ini dalam Utusan Malaysia bertarikh 23 Mac, saya petik di FOrum,

Siswazah kecewa syarat pinjaman perniagaan

BARU-baru ini, Datuk Noh Omar iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada membuat pengumuman bahawa siswazah yang masih belajar boleh membuat pinjaman perniagaan.

Kedengaran seperti amat mudah dan manis sekali. Tetapi hakikatnya? Saya merupakan seorang lepasan siswazah dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Kini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan sebagai persediaan untuk mempunyai perniagaan sendiri saya telah berniaga secara sambilan.

Baru-baru ini saya telah ke pejabat Mara di kawasan saya untuk membuat pertanyaan mengenai pinjaman perniagaan. Apa yang mendukacitakan saya ialah syarat-syarat untuk membuat pinjaman tersebut.

Saya dimaklumkan oleh kerani yang bertugas, saya layak membuat pinjaman sekiranya saya telah menjalankan perniagaan selama enam bulan dan juga telah mempunyai premis perniagaan yang mana sekiranya perniagaan dijalankan di rumah, tidak dikira sebagai premis perniagaan. Apa ini?

Sebelum saya ke pejabat Mara, saya telah melayari laman web Mara dan saya dapati ada skim pinjaman ditawarkan untuk siswazah tetapi tidak pula dinyatakan syarat-syarat seperti di atas.

Secara logiknya, adalah mustahil seorang siswazah yang baru hendak memulakan perniagaan, mampu untuk menyewa premis perniagaan terutamanya yang terletak di kawasan bandar tanpa bantuan modal.

Saya memuji langkah kerajaan yang memperuntukkan pinjaman perniagaan kepada lepasan siswazah, tetapi cara penyalurannya? Saya tahu ada agensi-agensi lain yang memberikan pinjaman kepada siswazah.

Masalahnya, saya perlu mengambil cuti hampir seminggu untuk menghadiri kursus keusahawanan yang mana adalah mustahil untuk saya bercuti selama itu.

Silap-silap haribulan, dibuang kerja. Memang sekiranya hendak menjadi usahawan perlu berani mengambil risiko.

Saya tidak kisah dibuang kerja sekiranya selepas kursus saya dijamin 100 peratus akan mendapat pinjaman.

Saya yakin ramai lagi lepasan siswazah di luar sana yang berminat untuk berniaga dan seterusnya menyahut seruan kerajaan supaya lepasan siswazah berniaga dan tidak mengharapkan kerja makan gaji, tetapi disebabkan masalah untuk mendapatkan modal, hasrat tersebut dipendamkan saja.

Saya harap pihak kerajaan tidak hanya membuat kenyataan yang sedap didengar tetapi hakikatnya pahit ditelan.

SERIKANDI UTARA UiTM

Alor Setar


Dua hari lalu saya berkongsi cerita mengenai kumpulan usahawan dari rumah yang sebenarnya tidak jelas dengan bantuan kewangan yang diberi kerajaan yang dianggap masih tidak begitu diperhalusi realitinya.

Ini melibatkan golongan micropreneur yang menggerakkan bisnes dari rumah.

Saya mencadangkan agar skim pinjaman yang dicanangkan kerajaan dikaji semula khususnya golongan micropreneur.

Golongan Micropreneur tidak menjalankan bisnes di premis perniagaan, dan bukanlah memenuhi karateristik SME atau IKS yang kebanyakkan bersifat physical production.

Kebanyakkan mereka adalah mereka yang bekerja berdasarkan profesionalisme bakat mereka.

Dengan itu, saranan pinjaman kerajaan perlu dikaji semula termasuk Satu Keluarga Satu Perniagaan dengan membuat kajian agar polisi ini mesra Micropreneur (Ini termasuk mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet)

Terima kasih atas perhatian Dato'

ZAMRI MOHAMAD
http://www.kursusperniagaan.com

Anonymous said...

Memang amat mengecewakan jika sebuah jabatan kerajaan yang di warwarkan boleh menolong golongan bumiputera dan mudah untuk memberi pinjaman utk perniagaan adalah "Indah Khabar Dari Rupa"..Tekun Nasional,diberitahu oleh pegawai tekun negeri proses hanya 14,tetapi mengambil masa hampir 2 bulan,dan pembiayaan yang diberi seperti melepas batuk ditangga,seperti saya baru memulakan perniagaan makanan dan mengharapkan pembiayaan hanya RM30k,tetapi yang diluluskan hanya RM24K,dengan tempoh pembiayaan hanya 3 tahun.Ini amat menyusahkan,sudahlah pembiayaan tidak seperti dimohon,tempoh pembayaran juga melemaskan saya,ibarat kata orang "baik pinjam along".Apabila ditanya mengapa pembiayaan tidak mendapat sepenuhnya jawapan TEKUN "biasalah panel@chairman yang tentukan".Diharapkan pihak berkenaan dapat memperbaiki mutu kerja dan khidmat yang diberikan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato', pada 27 Mac 2009, saya telah pergi ke MARA daerah bertanyakan tentang permohonan pembiayaan pinjaman MARA di bawah 50K. Yang amat mendukacitakan saya salah seorang kerani di situ memaklumkan bahwa MARA buat masakini tidak mempunyai peruntukkan untuk pinjaman dan semua permohonan pinjaman akan di KIV serta tidak akan diproses kerana kegawatan ekonomi.

Di samping itu juga, saya berharap pihak MARA dapat memberi sedikit kelonggaran dari segi syarat-syarat permohonan seperti MESTI mempunyai syarikat yang telah menjalankan perniagaan selama enam bulan dan mempunyai / menyewa premis perniagaan. Yang peliknya, syarat-syarat tersebut yang MARA titikberatkan dan sebagai mandatori, bukan mengkaji terlebih dahulu dari segi daya saing, hasil pulangan dan kemampuan bayaran balik sesuatu perniagaan tersebut.

Dato', saya berharap sangat agar MARA dapat memudahkan sedikit syarat-syarat permohonan pinjaman kepada terutama pada kaum Melayu. Dari pengamatan saya, dari banyak-banyak menteri yang pernah menjaga MARA, cuma Dato' yang saya nampak banyak menolong dan membuka mata orang-orang Melayu untuk menceburi keusahawanan dan memberi kemudahan pinjaman untuk berniaga.

Akhir kata, apalah gunanya Melayu yang sudah merdeka lebih 50 tahun, kalau semua kedai-kedai atau premis-premis perniagaan di bandar-bandar atau di pekan-pekan masih dikuasai oleh bangsa asing hampir 99.99%. Tolong lah Melayu........

Wassalam.