Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, June 11, 2008

Tuesday, June 10, 2008

KHABAR DARI MESIR...

Alexandriah, Mesir, 7 Jun 2008 – Saya telah mengetuai delegasi lawatan kerja, ke Iskandariah (Alexandriah) dan Kaherah (Cairo), Mesir dalam rangka kerja untuk merasmikan bangunan asrama pelajar MARA di Iskandariah, Mesir dan bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Di samping itu, lawatan kerja ini juga adalah untuk mencari peluang-peluang perniagaan di Timur Tengah di samping mencari produk-produk francais di Mesir untuk dipasarkan di Malaysia.

Ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar MARA di Iskandariah, Mesir saya telah mengumumkan kenaikan elaun-elaun pelajar tajaan MARA, berkuatkuasa 1 April 2008. Seramai lebih daripada 100 orang pelajar perubatan yang hadir. Kenaikan elaun sara hidup (ESH) pelajar daripada USD$224.00 kepada USD$420.00 sebulan iaitu kenaikan sebanyak USD$196.00. Selain itu, elaun buku (DLBP), elaun alat perkakas (DLPL), elaun penempatan (DLEP), elaun pengajian akhir (DLBL) dan elaun pakaian juga telah dinaikkan antara 80 – 95 %.

Kenaikan elaun-elaun ini akan memberi manfaat kepada seramai 436 orang pelajar tajaan MARA di seluruh negeri Mesir, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di universiti-universiti terkemuka di sana. Besarlah harapan saya agar pelajar-pelajar kita di sana bijak mencatur masa depan dengan memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing. Hargai dan syukurilah nikmat pembangunan hasil kebijaksanaan pemimpin- pemimpin mentadbir negara.Kalau tidak mahu membalas budi...biarlah tahu mengenang budi !!

Saya juga telah dijemput untuk merasmikan Bangunan MARA di No. 17, Sesostrice Street, Ramel Station, Iskandariah, Mesir yang bernilai USD$4.4 juta. Bangunan 11 tingkat yang dijangka siap pada Julai 2008, adalah bangunan asrama yang boleh menempatkan seramai 112 orang pelajar-pelajar MARA serta mempunyai ruang-ruang pejabat, dewan, kafetaria, bilik mesyuarat dan ruang pameran produk Malaysia. Saya juga berkesempatan melawat tapak bangunan yang dicadangkan untuk dibeli oleh MARA berharga USD$2.7 juta bagi menampung pertambahan 200 pelajar lagi yang akan datang pada September 2008.

Sebelah petangnya pula, satu sesi forum perniagaan dan pemadanan perniagaan telah dilaksanakan dimana seramai 50 orang peniaga dari Mesir menyertainya. Dalam usaha mempromosikan usahawan dan industri francais negara ke peringkat antarabangsa MECD telah menyertai ‘6th Middle East and North Africa International Franchising and Licensing Exhibition 2008 (MENA 2008)’. Pameran ini yang menjadi tumpuan kepada usahawan-usahawan dan pelabur-pelabur antarabangsa, terutamanya dari Timur Tengah diharapkan dapat menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran global. Seramai 12,000 orang telah mengunjungi ekspo tersebut di mana penyertaan 80 jenama daripada 16 buah negara dengan jumlah transaksi perniagaan sebanyak USD$500,700 juta telah berjaya diperolehi sepanjang ekspo berkenaan.

Pavillion Malaysia telah disertai oleh 5 syarikat francaisor tempatan iaitu Secret Recipe, ZoukSpa, MyFranchise, Nineteen O One dan Sutra Franchise dengan jumlah transaksi bernilai USD$1 juta di mana sebanyak 89 pertanyaan peluang perniagaan telah berjaya diperolehi dan 19 daripadanya adalah berpotensi untuk mengambil hak perniagaan francais dari Malaysia.

Usaha yang berterusan hendaklah dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan cita-cita dan hasrat kita untuk melahirkan masyarakat perdagangan menjadi kenyataan.


Monday, June 9, 2008

SENYUM KAMBING...

Memang sesuai karikatur di atas namanya Senyum Kambing...bukan setakat kambing yang tersenyum..saya juga tersenyum apabila melihat dan membaca dialog karikatur di atas terbitan Mingguan Malaysia semalam..Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan..Sekarang saya dalam rangka kerja di London tapi kemajuan teknologi hari ini membolehkan saya mengakses berita-berita di Malaysia dan berinteraksi dengan anda semua tidak kira di mana kita berada..

'"Tunggu apa lagi Datuk Noh Omar!"......memang saya tak tunggu apa-apa lagi...sebelum saya ke luar negara lagi, saya telahpun mengarahkan LPKP supaya menjalankan operasi penguatkuasaan berterusan secara bersepadu bersama-sama pihak JPJ dan PDRM diterminal-terminal bas utama di seluruh negara. Apa yang saya dimaklumkan,gejala kenaikkan tambang ini dilakukan oleh ulat-ulat tiket yang berkeliaran di terminal bas.Kadang-kadang aktiviti mereka ini dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengusaha bas.

Laporan terkini yang saya terima dari LPKP, setakat ini sudah 41 permit bas disita kerana menaikkan tambang bas tanpa kebenaran. Daripada jumlah tersebut, 30 permit bas ekspres, 3 bas pekerja, 4 bas henti-henti dan 4 bas sekolah.

Saya telah mengarahkan LPKP supaya melihat isu kenaikkan harga tiket ini secara serius dan tidak bertolak ansur kepada mana-mana pengusaha bas ekspres dan juga individu yang terlibat. Tindakan GANTUNG atau BATAL permit akan diambil sekiranya bersabit kesalahan.

Saya mengalu-alukan maklumat dan aduan daripada pembaca blog berkaitan dengan isu ini.Anda boleh berhubung terus di talian 1-800-88-9600 atau SMS ke 39900 atau email aduanlpkp@mecd.gov.my ataupun fakskan kepada 03-88805621.

Thursday, June 5, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

1) Anonymous said...
Camna dato', minyak naik lagi. Kali ni meme nak sembelih punya. Terbeban hidup kami camni. X kan kerajaan nak tabur janji kosong lagi pasni.
June 5, 2008 1:00 AM

2) md zakhir said...
salam,Semlm PM telah umumkan kenaikan harga petrol dan sy yakin ini akan melarat kpd barangan hari hgga ke beberapa faktor lain.Persoalan sekarang bagai mana kita ign menjana pendptan perniagaan jika faktor luaran ini sering menikam kita..Dato,sy ign benar melihat pandangan dan pendirian dato' bersabit faktor minyak ini,sy kira ramai ushwan luar sana dlm kebinggungan...Supplier akn pasti menggunakan faktor kenaikan ini utk mengaut keuntungan segera,akhirnya yg tersepit kami,.. Ramailah nnti penerima pinjaman dr MARA,SME BANK,BANK PEMBANGGUNAN serta TEKUN akan merana..serta perit menahan sakit yg amat sgt utk membayar balik pinjaman..
June 5, 2008 7:17 AM

Komen saya :

Saya memang amat prihatin dengan masalah yang akan dihadapi oleh para usahawan kita dalam meneruskan perniagaan mereka ekoran dari kenaikan harga minyak dengan sekaligus juga akan membawa kepada kenaikan kos perkhidmatan dan barangan yang lain. Ini sudah tentunya akan membawa kesan besar kepada rakyat pada keseluruhannya dan bank negara juga telah mengunjurkan bahawa kadar inflasi akan meningkat kepada 5% menjelang akhir bulan ini. Atas kesedaran ini dengan rasa prihatin saya terhadap masalah-masalah yang akan dihadapi oleh para usahawan bumiputra maka saya telah mengarahkan kepada semua agensi pembiayaan di bawah kementerian saya seperti MARA, TEKUN, SME BANK, BANK RAKYAT dan BANK PEMBANGUNAN agar dapat memberi kemudahan penjadualan semula pembayaran pinjaman kepada para usahawan kita yang terhimpit dalam situasi ini. Saya berharap jika saudara mempunyai masalah dapatlah menghubungi pihak yang terlibat bagi menyelesaikan masalah hutang saudara.

Sunday, June 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Bapa...

p/s : Hanya pada mata berbaur sejuta rasa...hanya pada hati melakar warna kasih...hanya pada rasa dan kasih tersimpul harapan...duhai anak...siapkanlah dirimu dengan ilmu di dada kerana kaulah pewaris, pemimpin anak bangsa..!