Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, February 24, 2009

RM5 Juta Untuk Usahawan






Ingin saya kongi bersama para blogger semua yang mana baru-baru ini saya ada merasmikan Program Pengiklanan Usahawan 2009. Program yang dianjurkan oleh kementerian saya ini menyediakan geran sejumlah RM5 juta tahun ini bagi membantu usahawan bumiputera dalam mempromosi produk keluaran mereka di 25 saluran media cetak dan elektronik. Antaranya Bernama TV, Bernama Radio 24, Radio Televisyen Malaysia(RTM), Utusan Media Sales Sdn.Bhd, Dagangasianet Sdn.Bhd, Artisense Webtech Sdn. Bhd dan Gelombang Meridian Sdn.Bhd.

Menerusi program ini, kita akan bantu usahawan bumiputera untuk membayar separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik. Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun dan setiap usahawan dibenarkan untuk 3 kali penyertaan sahaja. Setakat ini, sejumlah 1,000 usahawan bumiputera yang layak dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas.

Antara syarat layak ialah mestilah sepenuhnya milikan bumiputera, mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, operasi syarikat tidak melebihi 20 tahun, tidak mempunyai pekerja melebihi 50 orang dan jualan tahunan syarikat itu juga mestilah tidak melebihi RM25 juta setahun serta mempunyai produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dipromosikan.

Kita mendapat maklum balas daripada syarikat yang pernah menyertai program ini, sasaran jualan syarikat meningkat sebanyak 30 peratus setahun.
Semoga ushawan di luar sana tidak terlepas dari peluang ini tempohari..

Friday, February 20, 2009

Masyarakat luar bandar perlu pendedahan koperasi, insurans

NOH menyampaikan sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas selepas melancarkan Skim Tabarru' di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang, semalam.

TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedang mempergiatkan usaha mendedah dan menggalakkan masyarakat luar bandar terutama Melayu untuk menubuh dan terbabit dalam kegiatan koperasi serta perlindungan insurans. Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata walaupun kegiatan koperasi dan insurans sudah lama bertapak di negara ini, masih ramai masyarakat luar bandar tidak terbabit dengannya. Katanya, aktiviti koperasi mula diperkenalkan di negara ini sejak 86 tahun lalu tetapi masyarakat luar bandar masih tidak melihat kepentingan koperasi.

“Kita bawa koperasi seperti Koperasi Ukhwah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) kerana kita lihat orang akan berbuat sesuatu apabila melihat orang lain berjaya. “Koperasi Ukhwah misalnya sudah memilih beberapa sekolah termasuk di Tanjong Karang untuk dijadikan sekolah angkat sehingga pelajar di sekolah itu mencapai keputusan yang baik,” katanya selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Pemimpin Turun Padang: Pelancaran Skim Tabarru' dan Penyampaian Tiket Penerbangan Koperasi Ukhwah di sini, semalam. Pada majlis itu, Noh mengumumkan akan menaja 1,000 penduduk di Sungai Yu, Tanjong Karang untuk menyertai Skim Tabarru', manakala 1,000 individu lain akan ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak.
Sumber : Berita Harian

Friday, February 13, 2009

PERLU TAHU SEJARAH..

Semalam sewaktu Program Perasmian Bangunan Asrama Oren Satu Kolej Poly-Tech MARA di Kota Bharu saya ada bercakap mengenai peri-pentingnya bagi golongan muda masa kini khususnya anak-anak pelajar kita untuk tahu dan faham sejarah penubuhan Negara dan kepentingan menghormati perlembagaan sekaligus menjaga keharmonian pelbagai kaum di Negara ini.

Bertitik tolak dari itu, saya telah mengarahkan pihak MARA bagi mengambil inisiatif mewajibkan lebih 90,000 pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengikuti subjek Sejarah sebagai subjek tambahan dan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan mereka benar-benar faham kandungan kontrak sosial dan perlembagaan negara.

Selain dari sejarah tanah air, sejarah penubuhan MARA itu sendiri mereka kena tahu. Namun yang paling penting mereka perlu memahami sejarah, tahu mengenai kontrak sosial supaya tidak timbul soal perkauman dan tidak timbul perbuatan seperti menderhaka kepada Sultan.

Kurangnya penekanan dan pemahaman terhadap sejarah akan menyebabkan generasi muda lupa asal usul sehingga sanggup mengetepikan perpaduan kerana tidak sensitif terhadap hak kaum lain serta mudah dipengaruhi pihak berkepentingan.

Saya bimbang..Jika tidak diberi penekanan dari sekarang.. generasi muda tidak sensitif terhadap hak kaum lain... bukan Melayu perlu tahu kepentingan orang Melayu dan begitulah juga sebaliknya. Agak malang, sekarang ini orang Melayu sendiri lupa asal usul sehingga sanggup menderhaka dan melawan sultan yang menjadi tonggak kedaulatan negara serta payung kepada orang Melayu dan agama Islam.

Semua golongan perlu mengambil tahu perkara sensitif ini kerana dengan cara ini kita dapat mengekalkan keharmonian dan memantapkan lagi perpaduan rakyat seluruh Negara.

Wednesday, February 4, 2009

GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009

Saya mengajak para blogger semua untuk berhujung minggu dan sama-sama memeriahkan Program Gerak Usahawan Nasional 2009 yang bermula pada esok, 06 (Jumaat) 10.00 pagi hingga 08 Februari (Ahad) 5.30 petang,2009 bertempat di Dewan Tun Razak, PWTC.

Terdapat pelbagai program yang disusun bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat berkaitan dengan bidang keusahawanan dan juga memberi ruang dan peluang kepada para usahawan kita untuk memasar dan mengembangkan perniagaan mereka. Para pengunjung boleh berinteraksi terus dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi untuk khidmat nasihat am keusahawanan dan teknikal, peluang perniagaan, pembiayaan, francais, promosi, pemasaran dalam dan luar negara dan sebagainya.

Selain dari pameran, sesi klinik dan konsultansi, beberapa seminar diatur bersama tokoh-tokoh koporat seperti :

1) Y.Bhg. Datuk Maznah Hamid -Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce (6/2/09 -3.45 ptg : 'Idea Perniagaan dan Kecemerlangan Keusahawanan 2009')

2) Y.Bhg. Dr. Ali Sher Mohamad - Pengerusi Malay Entreprenuer Club UK (7/2/09 - 4.00ptg : 'Your Gateway to Europe Businesses')

3) Y.Brs. Tn. Haji Mohamed Fauzy bin Abdul Hamid - Presiden MOFAZ ( 8/2/09 - 2.30ptg : 'Bicara Tokoh : Penjenamaan Semula dan Globalisasi Perniagaan'

Keusahawanan Kerjaya Pilihan ! Jumpa anda Di sana...