Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, March 24, 2009

USAHAWAN MELAYU PERLU DIPERKASA !!

Dato' Noh Omar bertanyakan sesuatu mengenai salah satu produk usahawan bumiputera pada satu program promosi usahawan Malaysia di London, baru-baru ini.

Para usahawan Melayu perlu diperkasa bagi memastikan mereka mampu bersaing di pasaran terbuka pada masa depan. Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Kelab UMNO Luar Negara, Dato'Noh Omar berkata, para usahawan Melayu masih lagi banyak kelemahan dan kekurangan jika mahu berjaya sepertimana yang dikecapi kaum lain. Menurut beliau, antara kekurangannya ialah dari segi pembudayaan dan kemahiran berniaga.

"Sebenarnya banyak sebab mengapa usahawan Melayu masih lagi lemah dalam bidang ini dan kita perlu kenal pasti kelemahan tersebut serta mencari jalan untuk memeperbaikinya agar nereka dapat diperkasakan bagi bersaing di pasaran terbuka,"katanya.

Beliau berkata, sejak di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), beliau melihat banyak kelemahan pada usahawan Melayu. Antara yang utama ialah dari segi kekurangan modal dan pasaran. Jelas beliau, sikap usahawan Melayu sendiri yang kurang berdisiplin dan ketiadaan kemahiran komunikasi menyebabkan kegagalan mereka. Bagaimanapun, katanya, bukan semua usahawan Melayu lemah tetapi sebahagian daripadanya menghadapai masalah-masalah sedemikian.

Jesteru, usaha perlu dilakukan terutama bagi menyediakan modal yang lebih besar dan mudah diberikan selain mencipta peluang pasaran. Katanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendalikan usahawan, kementeriannya sentiasa berusaha untuk memperkasakan usahawan tersebut tetapi pada masa yang sama usahawan terbabit juga perlu berusaha mempertingkatkan diri. Terbaru katanya, MeCD telah menyediakan geran sejumlah RM5 juta tahun ini bagi membantu usahawan bumiputera untuk mempromosi produk keluaran mereka melalui media cetak dan elektronik. Geran itu disalurkan menerusi Program Pengiklanan Usahawan 2009 yang diadakan baru-baru ini. Menerusi program itu, bumiputera akan dibantu separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik.

Noh berkata sejumlah 1,000 usahawan bumiputera dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas. "Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun,"katanya.

Sumber : Buletin Alumni Kelab UMNO sempena Perhimpunan Agung Malaysia.

Saturday, March 7, 2009

ADAT MELAYU PANTANG DERHAKA KEPADA SULTAN !!!

Orang Melayu hendaklah berpegang kepada ‘Adat Melayu pantang derhaka kepada Sultan’. Berlaku biadap sehingga boleh membawa kemurkaan kepada Baginda Sultan adalah perbuatan derhaka yang menjadi pantang larang kepada kalangan masyarakat melayu kerana ia merupakan sebesar-besar jenayah dalam Negeri Melayu. Oleh itu kebiadapan dan penderhakaan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu perlu dihentikan dan semua rakyat di negara ini harus tunduk dan taat kepada Sultan dan Raja dengan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

Sebagai rakyat di bawah naungan payung pemerintahan Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan, saya amat terharu dengan keprihatinan Baginda terhadap perpecahan yang berlaku di kalangan rakyat khususnya kalangan masyarakat Melayu. Kemurkaan Baginda jelas kerana terkilan dengan golongan Melayu yang mengenepikan sejarah perjuangan bangsa dan terhakis nilai dan jati diri sehingga sanggup berada di bawah telunjuk orang lain demi mencapai cita-cita politik mereka.

Perjuangan bangsa Melayu untuk menjadi bangsa yang unggul setaraf dengan bangsa-bangsa lain masih belum kesampaian. Orang Melayu perlu bersatu bagi menjayakan perjuangan ini. Sebarang pertikaian dan masalah yang timbul boleh diselesaikan secara sopan melalui permuafakatan bak kata pepatah “Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat". Jangan diulangi sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang hanya mampu bertahan kira-kira 100 tahun. Bangsa Melayu hilang maruah dan terhina lebih 460 tahun lamanya sebelum kita bebas membina semula maruah bangsa dan negara yang merdeka yang pada tahun ini mencecah 52 tahun.

Maka dengan itu, saya ingin menasihatkan orang melayu supaya jangan jadi seperti "Nasib Pak Kaduk...menang sorak, kampung tergadai" dan jangan sekali-kali mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Berpeganglah apa yang ada jangan kelak sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!

Dato’ Noh Omar
7 Mac 2009

TITAH SULTAN...

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-Raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan. Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka sudah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang? "Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat ini, hari ini.

Sumber : Berita Harian