Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, April 1, 2009

TERIMA KASIH SEMUA...

Jutaan terima kasih saya kepada teman-teman bloggers dan para pengunjung laman blog ini atas ucapan tahniah yang diberikan kepada saya kerana memenangi tempat kedua bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Terima kasih juga atas segala sokongan, doa dan kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini.

Bagi saya apa jua pandangan, cadangan dan kritikan daripada saudara-saudari, saya terima dengan hati yang terbuka. Dalam usaha penambahbaikan sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan, banyak isu berbangkit yang dikemukakan di laman blog ini dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama semua pihak. Malah saudara-saudari turut memberi sumbangan bermakna dalam setiap keputusan saya yang berkaitan dengan perlaksanaan dasar-dasar pembangunan dan sistem penyampaian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi-agensi di bawah kementerian ini.

Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di atas segala kerjasama dan sumbangan mereka selama ini. Tidak mungkin bagi saya untuk melaksanakan tanggungjawab yang dipikul ini bersendirian tanpa mereka.

Harapan saya...agar saudara-saudari akan terus bersama saya di blog ini. Kejayaan saya adalah juga kejayaan saudara-saudari...kejayaan warga kementerian dan agensi MeCD...kejayaan kita semua!

24 comments:

Wan Saiful Hafez bin Amran said...

Salam Dato'

Sentimental juga Dato' ni juga rupanya. Saya bersyukur atas ketegasan dan usaha sungguh2 Dato' telah byk peruntukkan demi peruntukkan di buat untuk kami usahawan2 bumiputra. Terima kasih juga kerana membaca keluhan dan komen daripada kami semua mengenai agensi2 dibawah kelolaan Dato'.

Saya juga sebenarnya ingin memberikan sedikit komen atas hal2 berkaitan peruntukkan yg telah pun di sebut2 oleh Dato' Seri Najib baru baru ini. Persoalannya bila agaknya peruntukkan dan bantuan untuk bumiputra ini akan disalurkan kepada kami? Kerana, saya dan rakan2 telah memohon bantuan geran SMIDEC pada January 2009. Namun atas alasan kurang pegawai untuk proses permohonan kami, bantuan yg kami amat harapkan tidak juga diproses. Setiap kali kami hubungi pegawai terlibat, setiap kali kami diberi alasan yang sama dan kini, saya sendiri dalam keadaan tenat kerana kekurangan pelanggan datang ke kedai saya(mungkin atas sebab keadaan ekonomi atau ketidak mampuan saya membuat advertising). Saya amat mengharapkan bantuan ini untuk mempertahankan perniagaan untuk tempoh setahun. Maklumlah saya baru sahaja membuka kedai. Ini yg saya maksudkan, kenapa terlalu lama usahawan seperti saya untuk mendapatkan geran tersebut? Adakah peruntukkan yang disebut2 itu adalah omongan kosong?

Atau perlu punyai orang dalaman untuk mendapatkan bantuan ini? Kenapa saya sebutkan begini? Kerana seminggu yang lepas saya didatangi seorang perempuan berbangsa cina yang mengatakan beliau boleh mendapatkan geran itu dengan cepat asal kan saya sanggup membayar dia 15% setelah dapat. Hanya tunggu sebulan dan terus dapat cek. Dia begitu yakin untuk mendapatkan geran tersebut kerana ramai yg telah dibantunya. Silap saya tak mendapatkan no contact org ini dan namanya kerana saya menolaknya 100%. Kalau tidak boleh saya berikan pada Dato' untuk siasatan. Apa yg saya maksudkan di sini mungkin ada sindiket dalaman yg boleh memproseskan cepat geran seseorang asalkan dapat membayar % upah utk cepat...saya tidak menuduh... tapi berpandukan apa yg perempuan cina itu cakap.

Apa pun minta tolonglah jika Dato' boleh minta agensi2 seperti SMIDEC ini membantu kami yg baru berniaga ini. Ada 3 org lagi rakan rakan niaga yg mengalami nasib yang sama seperti saya. Menanti buah yang tak gugur2. Dalam fikiran saya cuma satu, mungkin budget yang disebut2 itu belum ada wangnya.

Tetapi pihak SMIDEC patut beritahu keadaan sebenar bukan announce di surat khabar yang mereka ini HERO yg boleh membantu tetapi kenyataan nya masih tidak. Tolong la Dato'. Jikalau Dato' tidak percaya saya berniaga, boleh layari blog saya seperti yg tertera.

Anak muda yg berniaga.

Harimau-Menaip said...

Dato',

Dato' berhak kerana Dato' sememangnya membantu anak Melayu terutama yang "baru" menceburi bidang perniagaan.

Bantuan TEKUN Nasional juga telah banyak meringankan beban peniaga Melayu.

ALLAH tidak mengamanahkan tanggungjawab besar kepada hambaNya jika HambaNya tidak mampu.

Semoga saya masih melihat Dato' di kabinet baru Dato' Seri Najib.

Wassalam.

Koperasi Temasa Berhad said...

Tahniah sekali lagi buat YB Dato' walaupun saya dah secara langsung ucap tahniah di PWTC namun rasanya itu tahniah dari seorang ahli UMNO untuk pemimpin tapi kali ini dari warga koperasi. Sesungguhnya harapan kami setingggi gunung agar YB Dato' dikekalkan di MECD kerana YB Dato' telah banyak membuat perubahan kpd MECD.

Anonymous said...

Saya kurang suka memberikan ucapan Tahniah kerana cabaran dato sudah bermula untuk menjadi pemimpin yang menyatukan seluruh orang Melayu tanpa mengira parti.

Saya percaya dengan sistem dan proses yang betul dan perlaksana yang memahami apa patut diutamakan pasti perubahan besar orang Melayu dapat dilaksanakan.

Orang Melayu patut memiliki Giant, Jusco dan Tesco sendiri kalau betul orang Melayu nak menguasai pasaran. Seperti saya cadangkan sebelum ini, 1 jenama 1 platform dan 1 iklan untuk semua.

Selamat berjaya...

zemy2k@

TOK Wan said...

asalamualaikum...Dato', saya Haniza Hanim bte Hussein Kamal yang ingin membuat aduan berkenaan Permohonan Pembiayaan Perniagaan sebanyak RM50k
tetapi hingga ke hari ini, saat ini wang pembiayaan masih belum diterima oleh pihak kami. Surat tawaran telahpun ditandatangani pada 10 februari 2009 yang lalu melalui no. ruj : 010-2009-0100 di Pejabat MARA Daerah Hulu Langat bertempat di Bangunan Apex Kajang.
Menurut pegawai bertugas (di PMD dan PMN) jangka masa untuk mendapatkan wang tersebut adalah maksimum satu bulan. Malangnya tiada berita hingga kini.

Mohon jasa baik Yang Berbahagia Dato' mempercepatkan peruntukan pinjaman kami secepat yg mungkin.

Baru-baru ini pihak kami ada menghubungi pihak PMN Shah Alam malangnya pihak kami mendapat tahu bahawa pihak MARA masih belum mendapat sebarang peruntukan bagi tujuan pembiayaan.

Persoalanya sekarang, adakah pihak MARA hanya boleh meluluskan pembiayaan tetapi tidak dapat memberikan pembiayaan???? Adakah usahawan melayu tidak layak untuk mendapat pembiayaan dan pembelaan seperti usahawan bangsa lain yang mudah mendapat pinjaman daripada pihak bank walaupun membuka perniagaan kedai runcit? Ataupun ushawan melayu yang ada 'ORANG DALAM @ KABEL BESAR' yg berpengaruh mudah mendapat pembiayaan dengan mudah tanpa mengikut prosedur yang betul? Sekiranya perkara yang saya sebutkan berlaku, saya amat kesal....

Sekian, terima kasih

03-4295 3772
ZH PHOTO Ent.

D'Rimba said...

TERUSKAN KEIKHLASAN TUAN MEMBELA NASIB BANGSA BERTERASKAN ISLAM SEJATI BUKAN ACUAN BARAT SANA SINI SEPERTI SEKARANG INI. KAMI ANAK BANGSA AMAT DAHAGAKAN ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEEJATI. JANGAN LUPA WUJUDKAN SEGERA PUSAT PENDIDIKAN MARA BERMULA DARI TADIKA HINGGA UNIVERSITI SECARA SEIMBANG SISTEMNYA, AGAMANYA, TEORI DAN PRAKTIKALNYA BUKAN SEKADAR PENILAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI ATAS KERTAS BERTEORI SEMATA. SISTEM INI TIDAK BANYAK MEMBANTU KAMI ANAK BANGSA BERINOVATIF LAGI KREATIF BERCAMBAH PEMIKIRAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PENCIPTAAN. PENCIPTAAN, PERNIAGAAN DAN KEBAJIKAN MESTI DITEKANKAN SECARA BERKESAN BERMULA DI PERINGKAT RENDAH LAGI BAGI MELAHIRKAN USAHAWAN BERJAYA DAN SUKA MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN UNTUK MANFAAT BERSAMA BUKAN SEKADAR MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN BERBENTUK WANG SEMATA.....SEMENJAK TADIKA HINGGA UNIVERSITI MESTI ADA PENERAPAN PELAJARAN AGAMA ISLAM UNTUK DIPELAJARI DAN DIAMATI SECARA BERKESAN KERANA AL QURAN ITU SENDIRI MENGGALAKKAN PENCIPTAAN..SEKARANG INI BANYAK ILMU TERPISAH DARIPADA ISLAM ITU SENDIRI. SUDAH TIBA MASANYA MARA JUGA PELOPOR KEPADA SELURUH ILMU YANG ADA DIGABUNGKAN DENGAN NILAI-NILAI ISLAM ITU SENDIRI.

sardi said...

Salam Dato'.
Tahniah dari saya diatas kemenangan Dato' dan saya yakin Dato' berjaya atas dasar keikhlasan dan kemampuan bekerja Dato' sendiri.
Dato',
Saya ingin memohon pertimbangan dari Dato' untuk menyemak status permohonan pinjaman kedua saya dengan MARA(Overlap). Saya seorang graduan yang masih lagi menetap dikampung dan menyara keluarga dengan membuka kedai komputer secara kecil-kecilan. Alhamdulillah pada tahun 2007 saya telah diberi pinjaman sebanyak RM 20000 untuk pembelian stok di kedai. Pada tahun ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa menentu, maka saya sekali lagi memohon pinjaman kedua(Overlap) sebagai usaha untuk menampung pembelian stok serta kos-kos berkaitan yang meningkat naik secara mendadak kebelakangan ini. Pada 5/3/2009 yang lepas, saya telah dimaklumkan bahawa permohonan pinjaman kedua saya telah berjaya,dan saya telahpun menandatangani perjanjian pinjaman yang baru. Rentetan dari itu, saya telahpun membuat pembelian awalan daripada beberapa pembekal, kerana jangkaan saya wang pinjaman kebiasaannya akan dikeluarkan 2 minggu setelah perjanjian ditandatangani. Malangnya, sehingga ke hari ini, 5/4/2009, saya masih belum menerimanya.Pembekal pula telah mula meminta pembayaran.Sungguhpun, nilai pinjaman saya tidak sebesar mana, namun begitu saya bimbang andai perniagaan saya terjejas, ia bukan sahaja menjejaskan saya dan keluarga, malahan para pekerja saya serta penduduk kampung yang banyak menggunakan khidmat daripada kedai saya juga akan terjejas sama.Maka, besarlah harapan saya sekiranya Dato' dapat memberikan sedikit perhatian terhadap masalah yang saya alami ini, terima kasih.

Sardi
CMH COMPUTER CENTRE
Bachok,Kelantan

md zakhir said...

tahniah dato'
masa utk reform..byk yg perlu dato' n the geng perlu buat...rakyat sudah byk menyampah dgn UMNO..ini sudah tidak boleh biarkan...sy takut melayu yg sudah berpecah 3 ni..kalau kita tdk kuat barisan takut kita menumpang di bumi sendiri nnt...

mohdzakhir.blogspot.com

D'Rimba said...

Salam Datuk, saya amat kecewa tidak terhingga pembaharuan yang dibawa sebuah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terus digugurkan kewujudan dan digabungkan. Inikah dinamakan pembaharuan sedangkan sebuah kementerian sepenting itu bagi melahirkan ramai usahawan bumiputera berjaya hilang begitu saja yang masih belum berjaya sepenuhnya melahirkan ramai usahawan Melayu berjaya. Cukup memalukan tidak terhingga. Saya terus terang amat kecewa sedangkan ini adalah agenda penting negara agenda penting manusia 9/10 punca pendapatan datang daripada perniagaan/usahawan Rasulullah sendiri bersabda. Saya cadangkan Datuk tolong segera memberi penjelasan akan hal itu kepada kami semua. Kami mahukan Kementerian itu diwujudkan kembali seperti dulu atau baru dengan pendekatan lebih berkesan lagi perlaksanaannya melahirkan ramai usahawan Muslim berjaya.............CUKUP MEMALUKAN PEMBAHARUAN....

Anonymous said...

asalaamulaikum dato'
disini saye sebagai wakil kepada lebih 100 buniputera ingin bertabya kepada dato tentang skim pinjaman mara utk pilot...
di pahamkan skim ini kekurangan dana..dan pemohon telah terpaksa diletakn dlm KIV list..
saya ingin memberitahu bahawa 50% daripada mereka sudah pon membayar deposit masing2,sekurang2nya rm10000 setiap seorang...
saya ingin memohaon jasa baik pihak dato' supaya memohon dana tambahan utk skim ini sekdar utk meluluskan permohonan yg telah dihantar shj...jika benar2 telah kehabisan dana..
dan jika boleh..insyallah boleh laa diteruskan utk anak2 bumiputera meneruskan impian mereka...
walaupon dato' akn meninggalkn kementerian ini,saya harap perkara ini akn dipanjnagkan kepada pengaganti....

terima kasih...
pergh_84@yahoo.com

arome_9@yahoo.com said...

Tahniah kepada YB Dato' kerana sekali lagi diberi kepercayaan dan amanah oleh YAB Perdana Menteri bagi menganggotai kabinet rakyat beliau. Perpindahan YB Dato' dari MeCD ke MOA diharap akan dapat menjana sektor tani negara ke tahap yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, kami sebagai rakyat biasa di peringkat akar umbi agak terkilan kerana MeCD itu sendiri telah dibubarkan. Kami merasakan tidak wajar MeCD ini dibubarkan kerana inilah satu2nya kementerian yang secara langsung membantu usahawan bumiputra dari sekecil2 usahawan hinggalah ke peringkat kluster. Kami merasakan inisiatif dan perubahan yang dibawa oleh YB Dato' akan hilang begitu sahaja akibat daripada perpecahan agensi2 di bawahnya. Sebagai contoh kami mendapat tahu MARA & TEKUN akan diletak dibawah Kementerian Luar bandar tetapi agensi lain seperti SKM, PUNB, Bank Rakyat, SME tidak tahu kemana arah tujunya. Segala inisiatif dan usaha murni YB Dato' semasa di MeCD dengan mewujudkan jawatankuasa tertentu seperti MPUD & JPUD akan lenyap hilang ditelan bumi begitu sahaja kerana setiap agensi telah berpecah kementeriannya. Untuk pengetahuan Dato, MPUD & JPUD adalah 2 jawatankuasa yang paling berkesan kerana semasa mesyuarat semua agensi akan duduk semeja membincangkan masalah usahawan Melayu. Persatuan Kontraktor dan Penjaja Kecil juga dijemput sebagai ahli dan kami dapat meluahkan segala permasalahan kami.
Kami tidak setuju sama sekali MeCD dibubarkan tetapi ia perlu diperkemaskan sahaja. Kami merasakan wajar MeCD dan MOA disatukan kerana kedua-dua kementerian ini adalah sama objektifnya iaitu untuk mewujudkan usahawan malah taglinenya pun hampir sama iaitu Pertanian Adalah Perniagaan bagi MOA dan Keusahawanan Kerjaya Pilihan bagi MeCD. Kami berharap YB Dato' dapat memikirkannya semula dengan mengadakan perbincangan dengan YAB Perdana Menteri semasa Mesyuarat Kabinet agar kedua2 kementerian ini disatukan dan MECD tidak berkubur begitu sahaja.
Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Salam YAB Dato,

Tahniah diatas kemenangan pemilihan MT UMNO dan jawatan Menteri Kabinet yg baru.

Akan tetapi bolehkah Dato jelaskan dimanakah hilangnya Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yg menjaga hal ehwal Usahawan Melayu?

Kami sangkakan kementerian ini akan lebih diperkasa tetapi ia dilihat seolah-olah fungsinya dikecilkan.

Dimanakan Kementerian "keramat" ini diserapkan?

Anonymous said...

http://www.adsmartworks.com

md zakhir said...

dato'
anak melayu bagaikan sudah jatuh di tempa tangga,,patah riuk buatnya..apa nama pembaharuan ini jika hak melayu di pinggirkan

sedih bertambah resah dengan memikirkan nasib yg menimpa umat melayu..sudahlah kuasa hampir terhakis ini pula hak dirampas pula;

Milik Bumiputera Islam sepenuhnya said...

Assalamualaikum Dato`.....
Saya merupakan salah seorang peniaga melayu bumiputera islam yang menjalankan perniagaan di dalam bidang ICT dan Cyber cafe.. Jika Dato` sudi sila lawati blog saya di www.brotherzmultimedia.blogspot.com
lokasi perniagan saya merupakan suatu tempat amat2 strategik kerana dikelilingi dgn pusat pengajian tinggi, sekolah bestari, sek sains mara, politeknik, ilp, kolej komuniti, IKM, kolej matrikulasi dan lain2 lagi
jika siap sepenuhnya pembangunan di kawasan ini adalah dianggarkan sekitar 20-26 ribu pelajar akan menetap di kawasan ini..

Diharapkan dato` yang yg diamanahkan menerajui MARA sudi membantu pihak kami merebut peluang serta dapat membesarkan peniagaan dengan memberi pinjaman dan segala bentuk khidmat nasihat yg berguna bagi pihak kami..

Seperkara lagi dato` pihak kami telah membuat tinjauan di serata tempat di selangor, perak, negeri sembilan, melaka dan johor, saya dapati rata2 peniaga melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa asing terutamanya bangsa cina kerana modal yang kecil..

Dato` bayangkan org melayu yang berniagaan cyber cafe jumlah komputer di dalam permisnya sekitar 20-30 buah sahaja beroperasi sekitar jam 9 pagi - 12 malam dengan pendapat sekitar 5-6 ribu sebulan. setelah ditolak overhead cost mereka cuma mendapat keuntungan dalam RM 1000 sahaja..
Sedangkan bangsa cina yg berniaga dgn modal yg besar mampu menyediakan sekitar 100-150 buah komputer dan ramai dari mereka yg beroperasi 24 jam tanpa henti.. Jumlah pendapan mereka paling minima adalah sekitar RM 30,000 - RM 50,000 sebulan..

Rata2 pengusaha cyber cafe melayu yg saya jumpa mengatakan modal awal peniagaan mereka sekitar RM 70.000-RM 100.000. tetapi ramai pengusaha cina yg rapat dgn saya memberitahu bahawa mereka memulakan perniagaan cyber cafe dgn modal sekitar RM 400.000- RM 600.000 kerana modal untuk perabot dan hiasan dalaman premis sahaja sudah mencecah sekitar RM 60.000-RM 70.000..( tidak termasuk penghawa dingin 6 atau 8 buah )
Untuk software original sahaja boleh habis sekitar RM 100.000
Justeru itu cuba dato` bayangkan serta perhalusi sedalam mungkin bagaimanakah nasib kami2 semua bangsa melayu yg mendapat pengiktirafan sebagai bumiputera ini untuk bersaingan dgn bangsa cina jika modal kami hanya sebesar butiran padi.. kerana ianya tidak mendatangkan kudis pun kepada bangsa cina apatah lagi untuk bersaing dgn mereka.

Jika tiada bantuan serta rangsangan yg cergas dari pihak2 yg diamanahkan oleh menjaga dana bumiputera maka peniaga2 bumiputera akan jadi seperti kata pepatah nenek moyang kita dahulu " hidup segan mati tak mahu "

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato`.....
Saya merupakan salah seorang peniaga melayu bumiputera islam yang menjalankan perniagaan di dalam bidang ICT dan Cyber cafe.. Jika Dato` sudi sila lawati blog saya di www.brotherzmultimedia.blogspot.com
lokasi perniagan saya merupakan suatu tempat amat2 strategik kerana dikelilingi dgn pusat pengajian tinggi, sekolah bestari, sek sains mara, politeknik, ilp, kolej komuniti, IKM, kolej matrikulasi dan lain2 lagi
jika siap sepenuhnya pembangunan di kawasan ini adalah dianggarkan sekitar 20-26 ribu pelajar akan menetap di kawasan ini..

Diharapkan dato` yang yg diamanahkan menerajui MARA sudi membantu pihak kami merebut peluang serta dapat membesarkan peniagaan dengan memberi pinjaman dan segala bentuk khidmat nasihat yg berguna bagi pihak kami..

Seperkara lagi dato` pihak kami telah membuat tinjauan di serata tempat di selangor, perak, negeri sembilan, melaka dan johor, saya dapati rata2 peniaga melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa asing terutamanya bangsa cina kerana modal yang kecil..

Dato` bayangkan org melayu yang berniagaan cyber cafe jumlah komputer di dalam permisnya sekitar 20-30 buah sahaja beroperasi sekitar jam 9 pagi - 12 malam dengan pendapat sekitar 5-6 ribu sebulan. setelah ditolak overhead cost mereka cuma mendapat keuntungan dalam RM 1000 sahaja..
Sedangkan bangsa cina yg berniaga dgn modal yg besar mampu menyediakan sekitar 100-150 buah komputer dan ramai dari mereka yg beroperasi 24 jam tanpa henti.. Jumlah pendapan mereka paling minima adalah sekitar RM 30,000 - RM 50,000 sebulan..

Rata2 pengusaha cyber cafe melayu yg saya jumpa mengatakan modal awal peniagaan mereka sekitar RM 70.000-RM 100.000. tetapi ramai pengusaha cina yg rapat dgn saya memberitahu bahawa mereka memulakan perniagaan cyber cafe dgn modal sekitar RM 400.000- RM 600.000 kerana modal untuk perabot dan hiasan dalaman premis sahaja sudah mencecah sekitar RM 60.000-RM 70.000..( tidak termasuk penghawa dingin 6 atau 8 buah )
Untuk software original sahaja boleh habis sekitar RM 100.000
Justeru itu cuba dato` bayangkan serta perhalusi sedalam mungkin bagaimanakah nasib kami2 semua bangsa melayu yg mendapat pengiktirafan sebagai bumiputera ini untuk bersaingan dgn bangsa cina jika modal kami hanya sebesar butiran padi.. kerana ianya tidak mendatangkan kudis pun kepada bangsa cina apatah lagi untuk bersaing dgn mereka.

Jika tiada bantuan serta rangsangan yg cergas dari pihak2 yg diamanahkan oleh menjaga dana bumiputera maka peniaga2 bumiputera akan jadi seperti kata pepatah nenek moyang kita dahulu " hidup segan mati tak mahu "

Anonymous said...

assalamualaikum Dato, Tahniah dan Takziah atas pembubaran MECD. What is going to happen to all the usahwan yang bergantung harap dgn Dato'???? Where do we mengadu? Sme contribute 54% to the economy's income suddently kementrian nya dipandang tidak penting???? what happen and what is going to happen. Please dont leave us in the dark. Ask Najib what is he doing? please. tq

Anonymous said...

salam semua...
saya begitu sedih apabila MECD dimansuhkan..apa terjadi kepada bangsa melayu...Ya Allah...apa agenda kerajaan..

Zakaria Yahaya said...

Salam Dato',
Kesedihan apabila MECD dibubarkan! Yang mungkin apabila kementerian yang banyak membantu kaum melayu dan bumiputera dbubarkan. MECD diketahui peranannya sewaktu dato memimpin kementerian MECD. Segala jentera dibawahnya telah diperjelaskan dan para usahawan melayu dan bumiputera telah mula mengenali peranan yang dimainkan. Tidak salah jika diperkatakan bahawa sebenarnya peranan penting yang dimainkan oleh dato adalah punca MECD diperkasakan dan kaum melayu dan bumiputera baru mula ingin menjadikan MECD sebagai jambatan mereka. Segala usaha dato lah MECD dan agensi dibawahnya mula bekerja keras demi memperkukuhkan peranan mereka. Tetapi sayang seribu kali sayang MECD telah dibubarkan. Tetapi dengan memimpin kementerian yang baru diharapkan dato dan pasukan sentiasa berusaha keras untuk memperkasakan kaum petani, peternak serta yang terlibat dengan pertanian secara menyeluruh. Pemimpin seperti datolah sebenarnya rapat dengan rakyat apabila kesedihan yang tercermin diwajah para pemandu teksi dibandar. Baru ingin merasakan angin perubahan yang dibawa oleh dato telah terhenti seketika. Teruskanlah usaha dato demi memartabatkan kaum melayu dan bumiputera. Insyallah apabila "kawan-kawan" dari parti berlainan memberikan komen positif terhadap dato. Nilaikanlah dato ini dari sudut yang berbeza. Bila anak pemandu teksi sewa menjadi pemimpin dimana segala kesusahan rakyat difahami secara jelas. Jangan dilupai kaum bumiputera disabah, sarawak dan semananjung. Buat program yang boleh mereka terus menjadi rakyat malaysia yang baik. Sekian terima kasih

IM Management and Services said...

Salam,
Dato'

Saya berharap langkah yang diambil baru2 ini oleh PM yang menyerapkan Kementerian Pembangunan Usahawan dibawah kementerian lain dikaji semula.
Bagi saya sebagai usahawan melayu yang memerlukan bimbingan dan bantuan khusus dari kementerian pembangunan usahawan tindakan ini boleh menyebabkan usahawan menjadi hilang fokus dan kami juga khuatir jika kementerian yang baru menaunginya tidak begitu bersungguh-sungguh menggapai matlamat satu keluarga satu usahawan.

Akhirnya saya berharap agar permohonan permit teksi individu bagi selatan (Johor Bahru) diserahkan sebelum Dato' berpindah tugas secara rasmi.
Begitu juga dengan permohonan untuk menaikkan kadar tambang meter teksi dapat diwartakan dengan kadar segera kerana kami juga sudah tidak tertahan lagi untuk menampung kos baikpulih dan alatganti yang semakin menggila kenaikan harganya.

Semuga Dato' memberikan satu impak besar kepada kami sebelum Dato' ke kementerian lain agar ianya dapat memberikan kenangan bermakna kepada kami warga usahawan teksi.

Wasalam.

Anonymous said...

MECD kalau bubar mesti digantikan dengan yang lain. Saya rasa perananya lebih kurang sama dengan kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah. Apa yang pasti MECD telah banyak menyumbang kemajuan kepada usahawan-usahawan kecil macam saya. Saya mendapat kursus sahaja dari MARA (bawah MECD) dengan bayaran RM 50 lepasan universiti dan sekarang saya boleh mendapat pendapatan dalam lingkungan RM150,000 setahun selepas tolak kos semua. Bayangkan saya adalah bekas pelajar universiti mendapat Third class universiti tempatan boleh berjaya macam kawan2 saya yang kerja kerajaan dan berkerja dengan sektor swasta. MARA di bawah MECD mengajar saya supaya tidak mengharapkan projek dari kerajaan atau subsidi. Saya telah berjaya. Modal awal saya mulanya RM 500.00 sahaja. Berkat dorongan MARA, usaha-usaha road show dan sebagainya saya telah mempunyai 3 cawangan kedai dalam tempoh 3 tahun.

Hidupkan semula agensi yang menjaga usahawan bumiputer. Supaya Lebih ramaikan lagi bumiputera mencipta kerjaya sendiri.

Zakaria Yahaya said...

http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/

Anonymous said...

Pembubaran MeCD dan agensi2nya diserapkan ke beberapa kementerian. Mari kita bincang secara berhemah.

http://www.dpmmjhr.org.my/v2

Putera said...

Dato
Kini dah berubah tugas .Kalu dulu jaga murid dan guru,kemudian jaga usahawan,kini jaga petani,peternak dan nelayan.Walau apa pun keadaannya Dato memang mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.Syabas dan tahniah untuk Dato dan harap jangan melupakan kami di SK Jalan Raja Musa.Daripada Guru Besar SK Jalan Raja Musa,Kuala Selangor