Saya mengajak para blogger semua untuk berhujung minggu dan sama-sama memeriahkan Program Gerak Usahawan Nasional 2009 yang bermula pada esok, 06 (Jumaat) 10.00 pagi hingga 08 Februari (Ahad) 5.30 petang,2009 bertempat di Dewan Tun Razak, PWTC.
Terdapat pelbagai program yang disusun bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat berkaitan dengan bidang keusahawanan dan juga memberi ruang dan peluang kepada para usahawan kita untuk memasar dan mengembangkan perniagaan mereka. Para pengunjung boleh berinteraksi terus dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi untuk khidmat nasihat am keusahawanan dan teknikal, peluang perniagaan, pembiayaan, francais, promosi, pemasaran dalam dan luar negara dan sebagainya.
Selain dari pameran, sesi klinik dan konsultansi, beberapa seminar diatur bersama tokoh-tokoh koporat seperti :
1) Y.Bhg. Datuk Maznah Hamid -Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce (6/2/09 -3.45 ptg : 'Idea Perniagaan dan Kecemerlangan Keusahawanan 2009')
2) Y.Bhg. Dr. Ali Sher Mohamad - Pengerusi Malay Entreprenuer Club UK (7/2/09 - 4.00ptg : 'Your Gateway to Europe Businesses')
3) Y.Brs. Tn. Haji Mohamed Fauzy bin Abdul Hamid - Presiden MOFAZ ( 8/2/09 - 2.30ptg : 'Bicara Tokoh : Penjenamaan Semula dan Globalisasi Perniagaan'
Keusahawanan Kerjaya Pilihan ! Jumpa anda Di sana...
Terdapat pelbagai program yang disusun bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat berkaitan dengan bidang keusahawanan dan juga memberi ruang dan peluang kepada para usahawan kita untuk memasar dan mengembangkan perniagaan mereka. Para pengunjung boleh berinteraksi terus dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi untuk khidmat nasihat am keusahawanan dan teknikal, peluang perniagaan, pembiayaan, francais, promosi, pemasaran dalam dan luar negara dan sebagainya.
Selain dari pameran, sesi klinik dan konsultansi, beberapa seminar diatur bersama tokoh-tokoh koporat seperti :
1) Y.Bhg. Datuk Maznah Hamid -Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce (6/2/09 -3.45 ptg : 'Idea Perniagaan dan Kecemerlangan Keusahawanan 2009')
2) Y.Bhg. Dr. Ali Sher Mohamad - Pengerusi Malay Entreprenuer Club UK (7/2/09 - 4.00ptg : 'Your Gateway to Europe Businesses')
3) Y.Brs. Tn. Haji Mohamed Fauzy bin Abdul Hamid - Presiden MOFAZ ( 8/2/09 - 2.30ptg : 'Bicara Tokoh : Penjenamaan Semula dan Globalisasi Perniagaan'
Keusahawanan Kerjaya Pilihan ! Jumpa anda Di sana...
21 comments:
Jumpa di sana, jemput ke http://ge32.blogspot.com
Yoroshiku
Salam Dato Seri... Kesungguhan membina jaringan di alam siber moga mencipta transformasi hubungan antara pemimpin dengan rakyat.
Jika kita tertinggal di alam serba canggih tentu kita akan nampak janggal dan pasti kita tidak akan berjaya menarik pengundi.
Jika Dato rajin mengunjugi blog blogger pembela negara dengan meninggalkan komen di sana tentu ia sangat sangat mengharukan rakyat.
saya selaku YDP BPN menyeru Dato dan semua pemimpin dapat meluangkan masa barang seminit dua sehari meninggalkan komen di blog blog yang berjuang siang malam membela negara kita.
Pendekatan ini tidak ada lagi dibuat dan ia satu tindakan sangat proaktif untuk menambat semua hati rakyat dan terlebih utama blogger dari kalangan rakyat biasa seperti kami ini.
Semoga kita akan dapat bekerjasama sesama kita walau tak kenal nama dan siapa agar kita dapat menjadi warga yang berbakti kepada agama bangsa dan negara.
Salam perjuangan.
Ekonomi semakin tenat. Bangsa Melayu semakin lemah. Politik 'munafik' semakin menjadi amalan. Orang Melayu masih bergaduh sesama sendiri. Lebih banyak masa dan suka berdemonstrasi atas nama keadilan, hak, kedudukan dan agama masing-masing dari memajukan diri dengan ilmu dan perniagaan yang berguna.
Bangsa lain senyum saja melihat 'kerendahan hati' tuan Melayu menjadi kuda tunggangan mereka - menjadi batu api dan memecah belah bangsa sendiri. Akhirnya Sultan, bangsa Melayu dan agama Islam menjadi bahan mainan dan dipandang rendah oleh bangsa lain. Satu hari nanti - Sultan, bangsa Melayu dan agama Islam akan menjadi hina kerana sikap orang-orang Melayu sendiri.
Biarlah mereka menjulang sepanduk, menjerit-jerit, memukul hamun saudara seagama, menjerit kalimah Allah (jual agama) untuk politik, menghina, memaki hamun Sultan, saudara seagama dan pemimpin serta menghasut bangsa bergaduh sesama sendiri.
Biarlah mereka membuang masa berdemonstrasi membabi buta tanpa berfikir, bersorak memecah belahkan bangsa dan menganggap agama Islam (dan syurga) hak eksklusif diri sendiri serta parti semata-mata - mungkin itulah kefahaman mereka tentang Islam yang sebenarnya.
Moga YB melalui MECD dapat menjadi wadah untuk menyatukan orang-orang Melayu Islam di negara ini tanpa mengira ideologi politik. Harap kementerian Dato' dapat memulakan kerja-kerja membuat bancian rakyat miskin dan usahawan yang memerlukan bantuan di Perak.
Seterusnya menyalurkan segera bantuan kepada mereka ini. Kerana apa yang penting disisi Allah hanyalah sumbangan ikhlas kita membantu serta memantapkan bangsa dan agama Islam disamping memandaikan diri dengan ilmu yang berguna untuk hidup kita di dunia dan akhirat.
"Tidak akan hina orang-orang yang dimuliakan oleh Allah dan tidak akan mulia orang-orang yang dihina oleh Allah"
bintang3malaya@gmail.com
Assalamualaikum..
Saya Maria dari KL. Saya baru mendaftar kat MeCD pagi tadi, so saya baru terpandang blog Dato'.
Saya baru saja memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal saya sendiri. Saya telah mengeluarkan 2 produk di bawah jenama syarikat saya sendiri (Enterprise), tetapi mempunyai masalah kewangan di dalam mengiklankan produk tersebut.
Saya berhasrat untuk momohon pembiayaan dari MeCD mahupun mana-mana pihak tetapi saya sedang dihantui oleh satu masalah yang cukup membebankan saya.
Suami saya pernah membeli sebuah kereta dengan menggunakan nama saya, tetapi rekod bayarannya sangat tidak dapat memuaskan hati sehingga nama saya disenarai-hitamkan di Bank Negara.
Jalan terakhir yang dapat dilakukan, kami telah pun menjual kereta tersebut tetapi memandangkan teramat sukar untuk mendapatkan pembeli dalam waktu yang singkat, kami telah menjualnya kepada seorang 'car dealer' 2 bulan yang lalu.
Mungkin kerana kereta tersebut adalah BMW 2 pintu, jadi 'car dealer' tersebut belum lagi mendapat pembeli sehingga sekarang. Oleh itu, nama saya masih belum dibersihkan dari pinjaman kereta tersebut.
Masalah ini kelihatan ringan, tetapi ianya amat memberikan tekanan kepada saya kerana tidak dapat memohon pinjaman/pembiayaan kewangan dari mana-mana pihak.
Apabila dalam keadaan yang tertekan, terlintas juga di fikiran saya untuk mendapatkan pinjaman dari ahlong tetapi saya amat sayangkan anak-anak saya dan takut mereka diapa-apakan oleh ahlong.
Di sini ingin saya bertanya, adakah MeCD juga mengambil kira latar belakang pemohonnya yang telah disenaraihitamkan?
Jika ya, maka nasib saya dan pemohon-pemohon lain yang mengalami masalah yang sama seperti saya adalah sangat malang sekali dan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidak akan tercapai sama sekali.
Diharap, Dato' dapat memberikan tempat bagi pemohon-pemohon yang bermasalah seperti saya sama dengan pemohon-pemohon yang lain.
Segala budi bicara serta sikap prihatin Dato' terhadap rakyat Malaysia sangat dihargai.
Wassalam.
Maria
KL
YB Dato,
Terharu saya mendengar pempamer level 4 Gerak Usahawan Nasional 2009 di PWTC baru-baru ini merungut bahawa mereka seolah-olah dipinggirkan kerana kedudukan booth adalah terceruk di belakang dan bilangan pelawat yang berkunjung adalah boleh dibilang dengan jari. Persolannya:
1. Adakah penempatan peserta dipilih berdasarkan kecemerlangan sebagai usahawan dan perniagaan diiktiraf oleh MECD?
2. Adakah bayaran yang dikenakan berbeza di antara pempamer di ceruk-ceruk lebih murah berbanding dengan mereka yang berada di level 3 yang kelihatan berprestij?
3. Adakah elemen pilih kasih dalam menetapkan lokasi pempamer dilakukan oleh JK GUN 2009?
Mohon penjelasan YB Dato dengan harapan semua pempamer berpuas hati dan tidak ada prasangka negatif terhadap MECD dan agensi di bawah YB Dato.
Setinggi-tinggi tahniah di atas usaha YB Dato yang bersemangat dalam melahirkan usahawan bumiputera yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kak Dah
Sungei Petani
Kedah.
Assalamualaikum,
Salam usahawan,
Selepas balik dari GUN 09 saya terbuak semula minda dan semangat untuk serius dalam bisnes, semoga suatu hari nanti saya pula akan apat satu booth pameran untuk program seumpama ini. TQ
http://www.dfet.biz
http://df-art.blogspot.com
legallAssalamualaikum YB,
I would like to Congratulate you and your Team in MECD for organising Gerak Usahawan Nasional 2009.... Tahniah!
I went there last sunday and very happy to see so many 'usahawan' promoting their products and services...
I was more happy to notice that there are one section where you can ask questions and also lodge a complaint ... i saw so many ppl queing and waiting.... i really hope MECD team will take full alert of all inputs received through out the event...
I came across a few of my friends whom also exhibit during the event and share with them my thoughts on the "program pengiklanan usahawan"... where we should be creative in promoting our products and services not only through the normal usual medium of advertising such as newspapers but through unique and creative ways such as promoting during international standard events locally and internationally....
But i do have one comment on the exhibition booth layout.... i cant remember which hall but there are some booth too close to each other and the walk way is too small where i was thinking twice to visit those booth alongst the small pathways or not... but ofcourse i did but i believe there are ppl who woulndt...
Next year i hope MECD would give more walk ways even though the booth given to them at the cheapest price...
There should be also a task force that monitors the success grid of the companies exhibit at the event and also visitors whom went for the 'clinics'...
wasalam,
sheikh faleigh
http://sharat-s.blogspot.com
dapat join tuk gerak usahawan nasional 09.best..macam mana nak ikuti gerak usahawan seterusnya?
Salam.
semenjak Dato' Seri pegang MECD, MECD sungguh aktif dlm keusahawanan tanpa mengira latarblkg kaum & politik.
saya tak berkesempatan utk pergi GUN 09. saya melalui syrkt saya telah mendapat bantuan dari MARA & SME. Utk MARA, wpun lambat, tapi akhirnya dpt juga rm485k dan baru2 ni, kami dapat anugerah dari Mara selangor.
Cuma, sy saya terpanggil komen servis SME yang kami terima. aper sy saya boleh katakan, sgt tidak memuaskan, dan kami ketika serius utk menutup kemudahan yg diberikan. nilai yg kami dpt hanya 500k. pada ketika ini, kami belum menerima reimbursement dari SME hampir 50k semenjak bulan Sep dan sebyk hmpir 40k semenjak 15/1/09. Dan juga hampir rm144k semenjak hujung awal january. aper yg membuat kami bertambah tidak puas hati, kami sgt sukar berhubung dgn pegawai yang berkenaan.
Secara ringkas, kami sgt tidak berpuas hati, seharusnya, walaupun SME adalah agensi kerajaan, minda mereka perlu selari dengan pemikiran bisnes.
wassalam
Salam Dato
Saya telah memohon menjadi peserta GUN 2009 sejak bulan Disember 2008 lagi. Hampir setiap minggu menelepon MECD bertanya jawapan tetapi kata " belum tahu " sehingg 10 hari menjelang GUN MECD kata saya GAGAL.Alasannya ada peserta lain yang memamer produk saya.
Saya merayu juga kalau2 ada booth kosong. Boleh saya " fill in the blank " tapi MECD kata semua gerai Sold Out.
Saya merayu letak nama saya dalam waiting list. MECD kata ada ratusan lagi under waiting list dan stand by list atau dengan kata lain " jangan ganggu kamilagilaa. "
Tak puas hati, saya ke GUN 09 di PWTC, rupa2nya leih 20 gerai kosong. Saya Argue macam2 kat pegawai YB, maam-macam pula alasan mereka untuk cover apa yang berlaku.
Akhirnya saya MENGEMIS dan MERAYU untu menjadik pemamer walaupun dah 1 setengah hari GUN berlangsung.
Alhamdulillah, jualan bagus dan bisnes contact bertambah.
yang menjadi musykil :
1. Tak adapun produk yang saya pamer di pamer juga oleh orang lain.
2. kata booth penuh macam hot cake tapi banyak pulak yag kosong. Bila pegawai MECD jadi penipu ?
3. Mana stand by list yang ratus2 tu ?
Apapun, say masih TQ pada MECD... harap nama saya tersenarai akan datang tanpa mengemis.
Hanya YB Dato je tempat mengadu sekarang ni
Azairul SERUNDING hOUSE
Salam Dato....mohon maaf keluar dari topik...minta perhatian Dato untuk memantau sikap dan kakitangan MARA terutama Pengurusan Sumber Manusia dan level Pengarah dalam menjalankan tugas...Segala aduan dan masalah yang wargakerja MARA adukan dibakulsampahkan oleh pihak pengurusan MARA...mohon juga menaikkan taraf bidang kemahiran dan semakan semula kakitangan kemahiran(Gred J) yang banyak menipu dalam kenaikkan pangkat terutama dalam kenaikkan J36 dan J38 keatas yang mana mereka ini membeli sijil SKM tahap 3 untuk kenaikkan pangkat...mohon aduan ini dipertimbangkan
Assalamualaikum,
YBhg. Dato' Seri,
Ekspo Gerak Usahawan 2009 anjuran kementerian YBhg. Dato' Seri telah membuka mata saya dan membakar semangat saya untuk menjadi usahawan SME. Tahniah diucapkan kepada YBhg Dayo' Seri, pegawai-pegawai dan agensi-agensi MECD yang terlibat. Semoga program sebegini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Semoga Malaysia dapat menghasilkan usahawan Bumiputera yang berilmu, professional dan berakhlak.
Salam,
AALAZHAR
(Usahawan Muda)
http://aalazhar.blog.friendster.com/
YB Dato' Sri,
Gerak Usahawan adalah satu program yang sangat baik untuk memberikan peluang usahawan mempromosikan produk/perkhidmatan masing-masing.
Gerak Usahawan yang berlangsung pada hari ini 14-15 Februari 2009 di Batu Pahat Johor tidak dimaklumkan kepada usahawan dan kurangnya promosi di media.
Diwaktu yang sama berlangsung juga promosi jualan di Plaza Angsana Tampoi JB. Ramai usahawan yang pergi ke Gerak Usahawan di Batu Pahat dan pegawai MARA cuba mencari usahawan bidan terjun untuk memenuhi booth di Plaza Angsana. Saya dapati pegawai MARA tidak mahu bersusah payah memaklumkan kepada semua usahawan tentang adanya peogram ini.
Cadangan saya:
1. MARA Johor hendaklah menyenaraikan usahawan yang berminat untuk menyertai karnival dan update senarai ini dari tahun ke tahun.
2. Memaklumkan melalui email atau fax tentang program promosi.
3. Menerima usahawan yang respon atas dasar siapa cepat.
Pendekatan ini lebih adil lebih cekap berbanding dengan apa yang diamalkan sekarang dengan hanya menghubungi usahawan tertentu yang mempunyai hubungan baik dengan pegawai-pegawai MARA sahaja.
Walaupun usahawan mesti proaktif untuk mencari sendiri maklumat program seperti ini, pegawai-pegawai MARA mesti dua kali lebih proaktif dengan turun ke padang mencari membantu membimbing usahawan yang ingin berjaya.
Usahawan MARA Terpinggir
JB
Assalamualaikum, Dato'
Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Mohd Salleh Majid dalam Berita Harian 29 November 1995.
"Bukan semua orang boleh menjadi usahawan dan bukan semua usahawan perlu diberi bantuan dan pertolongan"
Nada beliau agak keras dan menyeramkan bulu roma!!!
"Orang yang ingin menjadi usahawan perlu dipupuk dengan ciri-ciri keusahawanan. Sama ada berjaya atau tidak selepas itu, terpulang kepada diri mereka sendiri"
Nada ini agak rasional sikit. Seterusnya........
".......tetapi sekiranya semangat seorang usahawan tidak ditanamkan ke dalam diri seseorang yang ingin menjadi usahawan atau ahli perniagaan, kemudian terus diberikan bantuan atau sokongan maka samalah keadaan yang berlaku dalam tahun 70an duhulu. Bantuan dan sokongan dalam bentuk kewangan dan lain-lain kemudahan itu dicurahkan kepada usaha yang tidak berguna"
Kalau tak betul, jangan marahkan saya, Dato'.
Akm Dato Seri,
I came all the way from Sabah for that the Gerak Usahawan Event 2009. I met some of your officers during the clinic session, in regards to my loan that I made in 2004,application which was not even been informed of the status for 6 month. But since I made a formal complaint through the Jabatan Perdana Menteri under Biro Pengaduan (I regret myself for doing that)the state Mara Office granted my loan slightly 60% lower. I did not accept it since it will not be feasible for my business. Anyway I told them during the recent clinic session and they say that they hope it will never happen again. I believe in them and I truly believe in MARA.
Maybe people just misunderstood what I am trying to do. I am in the IT business in the area of outsourcing and I need lots of capital to start. I am going to submit a second attempt loan application very soon. It's just that if you could let the public know what is the contact person, emails or phone number for the 'Jawatankuasa Rayuan' that would be really helpful. I think you and your officers did a tremendous job on this.And please to this more often especially in Sabah.
Tq. Wslm.
YB DATO'
Pertama sekali, sekalung budi dan segunung tahniah buat Dato' serta warga kerja Kementerian kerana mewujudkan satu program yang sangat berfaedah bagi para usahawan dan juga bakal-bakal usahawan iaitu lah Gerak Usahawan Nasional yang mana baru-baru ini diadakan di tempat saya (Tawau, Sabah).
Saya rasa bernasib baik kerana dapat mengunjungi sendiri laman blog yg disediakan oleh YB Dato' untuk bertanyakan beberapa persoalan saya berkaitan dengan bidang perniagaan kedil dan sederhana ini.
Ringkasnya, saya berminat mengadakan satu perniagaan iaitu perkhidmatan fotostat&mencetak(printing)disebuah kawasan yg agak strategik dimana tumpuan pasaran saya adalah pelajar² dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Tawau, kerana sudah semestinya mereka sangat memerlukan perkhidmatan sebegini lebih² lagi belum ada perkhidmatan sebegini terdapat d kawasan tersebut. Menurut testimoni yang telah saya lakukan terhadap para pelajar d sana, mereka nampak bersetuju dan rasa gembira bila adanya perkhidmatan sebegitu rupa di kawasan berdekatan kolej mereka.
YB DATO'
Idea canggih dan juga kemungkinan pasaran yang agak memberagsangkan telah pun tercetus. Namun begitu, saya sedar segala-galanya bergantung pada modal. Terus terang saya katakan, saya tidak mempunyai sebarang MODAL untuk memulakan perniagaan tersebut dan ini membuatkan hati saya tergerak untuk meminta pertolongan daripada pihak YB Dato' untuk memberi tunjuk ajar kepada saya, bagaimana untuk memulakan perniagaan ini dengan menggunakan perkhidmatan² pinjaman yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Keusahawanan dan Koperasi.
YB Dato'
Untuk pengetahuan tambahan Dato', saya kini baru berusia 22tahun dan hanya mempumpunyai Sijil Penyimpanan Kira dari Politeknik Kota Kinabalu dan kini melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang Bachelor of Business Administration. Seperti yg Dato' ketahui, kos untuk menyara kehidupan d IPTS adalah sangat jauh bezanya berbanding di IPTA, inilah antara punca utama hati saya tergerak untuk membuka satu perniagaan, di samping merintis jalan untuk saya terus maju ke hadapan selaras dengan matlamat dan cita-cita negara untuk melahirkan belia yag cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu juga, matlamat saya ingin membuka perniagaan ini adalah untuk membantu pelajar² yg memerlukan perkhidmatan yg saya maksudkan tadi.
YB DATO'
Tahniah sekali lagi kerana menjadi seorang menteri yg memahami hati dan suara rakyat. Saya sangat mengharapkan tunjuk ajar dan pertolongan daripada pihak Dato' supaya sudilah kiranya membantu dan menjawab pertanyaan saya ini.
-WASSALAM-
-MR.RIDUK-
Assalamualaikum Yb Dato'
Syabas dan Tahniah kerana memartabat dan memperkasakan usahawan Bumiputera. Kerajaan khususnya MeCD dibawah pimpingan Dato' begitu komited dalam pembangunan kemajuan keusahawanan dan membantu para usahawan Bumiputera ke arah merealisasikan bidang keusahawanan. Gerak Usahawan Nasional 2009 menampakkan kemajuan usahawan Bumipetera yang boleh kita banggakan, penghasilan sesuatu produk setaraf produk jenama terkenal dari bukan usahawan Bumiputera.
Berhubung dengan sasaran MeCD untuk melahirkan usahawan baru seramai 150 ribu, saya ingin mencadangkan sebuah bahan rujukan keusahawanan setempat 'DIREKTORI INFO USAHAWAN' yang dihasilkan daripada penyelidikan selama 2 tahun.
Direktori ini setebal 2000 muka surat seperti 'Manual Web' direka berkonsepkan pendidikan dan pembentukkan Modal Insan, pendedahan maklumat, hala tuju dan potensi dalam bidang keusahawanan supaya bakal usahawan dan usahawan baru dapat dididik dan dibentuk menjadi usahawan berilmu, berinfomasi, kemantapan diri, berdaya saing, berdisiplin, berkualiti, tulen, cemerlang dan gemilang.Erti kata lain berkualiti dan jatidiri.
Semua maklumat telah di ambil dari kertas pembentangan seminar / bengkel, laman web, buku risalah dari agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan usahawan, keratan akhbar kemudian disunting dan disusun atur mengikut tajuk-tajuk yang releven dengan bidang keusahawanan.
Direktori ini wajar diterbit dan diguna pakai sebagai bahan rujukan dan panduan kepada para usahawan khususnya usahawan muda yang mengikut Program Usahawan Muda diperingkat sekolah Menengah dan Pusat Pengajian Tinggi.
Mereka ini perlu dididik dan dibentuk supaya menjadi usahawan berkualiti dan jatidiri dan tidak mewarisi ciri-ciri usahawan ini. 'Usahawan Segera', 'Usahawan Ikut-ikutan'.
Saya selaku penyelidik dan editor direktori tersebut sedia berkerjasama dengan MeCD khususnya YB Dato' bagi menjayakan penerbitan nya.
Pihak YB Dato'boleh menghubungi saya di talian 03-2681 0037 / 018 - 222 70 44 atau email datozali@gmail.com
Tahniah dan jutaan terima kasih atas usaha pihak MECD yang berterusan dalam membantu usahawan Bumiputera. Pelbagai program telah saya mendapat faedah dari dulu hingga sekarang. Kami usahawan Bumiputera amat terharu atas bantuan2 ini.
Untuk program pengiklanan pada tahun ini, saya dapati lebih menarik dari tahun lepas, malahan nilai juga telah menaik berbanding sebelum ini. Terima kasih sekali lagi. Cuma mungkin pihak MECD terlepas pandang salah satu program yang ditawarkan oleh media electronic iaitu Media Prima ( TV ). Walaupun tawaran yang dibuat oleh media yang lain dibawah Media Prima iaitu radio agak menarik tetapi bahagian TV nampaknya tidak bersungguh dalam membantu usahawan Bumiputera sebagaimana bersungguhnya pihak kerajaan iaitu MECD khasnya. Ini adalah kerana Pakej yang ditawarkan sememangnya tidak mengambil kira langsung kepentingan pengiklan iaitu usahawan Bumiputera.
Berikut senarai komen saya;
1. Pakej yang ditawarkan hanyalah 2, satu melalui TV9 dan satu lagi gabungan (combo) TV9 dan TV3. Melalui Combo Package tersebut, 20x akan keluar di TV9 manakala hanya 5x keluar di TV3. Sebagaimana yang kita semua tahu, TV3 adalah stesyen no.1 di Malaysia, berusia 25 tahun ( dah matang) mempunyai melebihi 14 juta penonton setiap minggu. Penonton pula terdiri dari Professionals, Managers, Entreprenuers, Businessmen (PMEB’s), juga Household shoppers dan mass market. Sedangkan TV9 baru berusia 3 tahun (masih baru), hanya seramai 8.8 juta penonton setiap minggu, target market mereka hanya Melayu di pedalaman ( rural area) dan semi-urban atau pinggir bandar. Rancangan pula lebih kepada rancangan untuk remaja dan kartun yang dialih bahasa?...Sudah tentu pilihan yang lebih baik adalah TV3. TV9 sememangnya tidak mendapat sambutan dikalangan pengiklan, jadi pihak Media Prima mengambil kesempatan ini ( kemudahan Geran Iklan MECD untuk Bumiputera) untuk me`laku’kan ruang iklan TV9 atau lebih tepat menjual stesyen yang tak laku. Sila lihat attachment 1.
2. Pakej2 tersebut pula hanya boleh diambil setakat bulan July sahaja. Sedangkan kita sedia maklum, keadaan ekonomi belum benar2 pulih dibulan July, kami lebih memerlukan iklan yang berpanjangan sehingga bulan Ramadhan iaitu bulan dimana semua orang sanggup berbelanja. Consistency adalah sangat penting didalam iklan, tanpa consistency iklan kurang berkesan.
3. Harga yang ditawarkan adalah lebih mahal dari pakej biasa mereka. Contohnya sound slide untuk TV3 pada harga biasa ialah RM833 per spot, sedangkan Combo package TV9 + TV3 untuk MECD bernilai RM1280 per spot ( kenaikan 53% ). Untuk TV9 pula, pakej biasa bernilai RM250 per spot, sedangkan pakej MECD bernilai RM400 per spot ( kenaikan 37% ). Sila lihat attachment 2.
4. Untuk pakej biasa, pengiklan diberi produksi percuma sebanyak satu produksi, tetapi untuk MECD, pengiklan mesti bayar RM2000 per produksi. Sila lihat attachment 2.
Sebetulnya, kebanyakan media sememangnya menaikkan harga lebih dari harga pakej biasa mereka. Tetapi yang paling ketara adalah Media Prima.
Saya dapati pihak Berita Publishing juga menaikkan harga mereka. Pakej biasa bernilai RM3150, tetapi untuk MECD pakej naik kepada RM4000 dan kami dikenakan bayaran RM2500 dan pihak MECD akan bayar selebihnya iaitu RM1500.
Sebenarnya untuk harga sebegini, kami masih untung berbanding harga biasa, tetapi kami rugi dari segi lain seperti pemilihan waktu siaran, period iklan, channel, pemilihan target pasaran dan sebagainya yang amat penting dalam iklan dan promosi. Dan yang lebih penting usaha MECD untuk membantu usahawan tidak dihargai pihak media yang lebih cenderung mengambil kesempatan. Pihak yang untung berlipat kali ganda adalah media yang sememangnya sudah teguh dan berjaya, yang tak untung dan tak rugi adalah usahawan yang hidup segan mati tak mahu dan yang paling rugi adalah pihak MECD yang berusaha bersungguh2 untuk membantu usahawan Bumiputera apalagi dengan YB Dato’ Noh Omar yang sangat agresif dalam menangani pelbagai isu usahawan.
Saya sangat berharap pihak MECD melakukan sesuatu dalam hal ini, dan saya yakin dengan usaha MECD ini dapat membantu ramai usahawan Bumiputera dalam menghadapi situasi ekonomi yang agak kelam sekarang. Sekian, wassalam.
Usahawan Bumiputera
Salam YB Dato'
Saya pernah mencoretkan komentar tak berapa hari yg lepas. Cuma kali ini saya ingin memberi pandangan dan cadangan dalam melaksanakan program2 usahawan dgn berkesan dari peringkat anak2 muda.
Pada pandangan saya apa yg Kerajaan, YB Dato dan agensi2 yg telibat rancang dan laksanakan adalah amat bagus dan memberi impak baru kepada environment perniagaan khususnya usawahan muda.
Dalam keadaan gawat sekrg ramai yg sanggup menipu dan membelit demi periuk nasi masing2. Contohnya agent2 yg menjadi perantaraan Agensi2 seperti Tekun, MARA dll dgn peminjam mungkin boleh memanipulasi pinjaman peminjam dalam mendapatkan keuntungan. Saya tidak menuduh tetapi memberi situasi yg mungkin berlaku yg kita tidak tahu.
Adalah lebih efisen jika pinjaman atau dana modal perniagaan itu diberikan kepada peniaga secara terus melalui program real time basis. Maksudnya, sambil peminjam mendapat bantuan atau dana dari agensi2 terlibat, mereka terus diberikan training dalam bidang perniagaan yg mereka ingin ceburi dalam masa yang sama telah dapat membuka perniagaan yg mereka impikan. Ini akan terus memeberikn peminjam ruang dengan cepat utk terus menjana pendapatan sambil belajar selok belok perniagaan. Berbanding sekarang dimana usahawan muda terpaksa mencari atau meminjam wang dari sumber2 lain bagi memenuhi syarat2 Agensi yg telah ditetapkan sebelum boleh menghantar permohonan bantuan perniagaan. Itupun belum menjamin bantuan perniagaan akan diluluskan malah belum pasti bila kan di terima.
Mungkin pihak Dato bole menilai cadangan saya di bawah supaya perkara2 seperti menanti dan berhutang dgn pihak2 yg tak bertanggungjawab boleh dielakkan.
1) Agensi yg terbabit sudah pun di jaga oleh pihak YB Dato'dan Kerajaan.
2) Lantik wakil2 peniaga yg berpengalaman utk menjadi penasihat kepada usahawan muda. Wakil agensi juga perlu ada untuk memantau pergerakkan kewangan mereka. Contohnya DOBI. Berikan peniaga berpengalaman ini ruang utk membuat satu kumpulan bagi melatih usahawan dobi baru.
3) Usahawan dobi baru ini terus diberikan dana utk menyediakan kedai, membeli mesin, dapatkan lesen dan sebagainya sambil di pantau oleh pegawai agensi. Ini boleh dibuat setelah urusan melihat tapak kedai, potensi pulangan dan kertas kerja peminjam di teliti dalam masa 2 minggu.
4) Usahawan berpengalaman kemudiannya melatih usahawan baru dari tempat kedai yg baru disediakan tadi secara tertutup utk beberapa hari kemudiannya secara real time iaini dgn keadaan sebenar. Jadi, pada masa yang sama, usahawan baru tadi dapat menjana pendapatan sambil memperlajari selok belok perniagaan. Berikan masa seminggu kepada usahawan berpengalaman tadi utk memberi tunjuk ajar kepada mereka ini.
5) Seterusnya usahawan baru ini bole berhubung secara talipon utk bertanyakan perkara2 yg kurang difahami.
6) Kursus berterusan boleh diberikan kepada mereka.
7) Bagi usahawan berpengalaman tadi, mereka boleh diberikan insentif setelah usahawan muda itu berjaya menjalankan perniagaan mereka. Antara insentif mereka iaitu elaun training, contract pengagihan pendapatan selama 1 tahun bersama usahawan baru, pengurangan cukai, insentif pengiklanan dan bantuan2 lain yg boleh menjana pendapatan bersama.
8) Jika usahawan baru tadi gagal memenuhi potensi peniagaan tersebut, peserta baru yg berminat boleh di serapkan ke kedai tadi dalam proses pengambilalihan perniagaan. Jadi, utk peserta baru tadi dana pinjaman akan diberikan hanya utk modal pusingan. Maka pengeluaran dana baru boleh dikurangkan tanpa merugikan pihak Agensi Kerajaan. Akan tetapi tetap membayar balance hutang tertunggak.
9) Walaubagaimana pun, usahawan yg gagal tadi tetap perlu melangsaikan hutang tertunggak dgn kadar yg rendah. Ini bagi mengelakkan usahawan muda yg tidak bersungguh sungguh dalam menjalankan perniagaan.
Ini bukan sahaja memberi ruang kepada peniaga baru malah peniaga berpengalaman untuk menjana pendapatan dari hasil latihan, mungkin pembaikkan mesin, supply bahan mentah dan sebagainya. Akhirnya ianya boleh menjadi seperti perniagaan franchise Agensi secara visual. Bukan sahaja menjana pendapatan utk Agensi Kerajaan malah utk semua peniaga baru. Win win situation.
Mungkin cadangan ini pernah YB Dato' terima sebelum ini tetapi jika di olah dengan betul, perlaksanaan nya juga boleh di jayakan dgn sempurna.
Sekian, terima kasih.
Usahawan Muda
clorets_candy74@yahoo.com
Salam YB,
Pada 25hb ~ 26hb Ogos 2007 saya telah berkunjung ke Gerak Usahawan di PWTC dan saya tertarik dengan program yang dianjurkan oleh syarikat Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd. Ia merupakan salah satu syarikat yang diberi peluang oleh MECD untuk memberi penerangan kepada orang ramai di Dewan Tun Razak 2 yang sebelumnya dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Abdullah Hj Badawi sendiri. Saya telah memasukkan wang komitmen sebanyak rm15,000 untuk menyertai program usahawan lembu fidlot pada 2hb Nov 2007 tetapi tiada sebarang perubahan sehinggalah saya memutuskan untuk menarik diri pada 28hb Ogos 2008. Saya meminta dengan kuasa yang ada pada Dato' Noh untuk campur tangan sehingga mendapatkan semula wang tersebut kerana pada mulanya mereka menjanjikan pulangan balik hanya selepas 2 bulan dari tarikh surat tarik diri diterima. Harap Dato' memberikan perhatian serius kerana pada mulanya syarikat Hadhari Cattle ini diberi sokongan penuh oleh MECD tetapi sekarang seolah-olah lepas tangan pula.Harap Dato' atau agensi yang berkaitan dapat menolong saya kerana saya bukanlah golongan senang.Lagipun rm15,000 itu besar nilainya bagi saya.
TOLONG!!
Assalamualaikum wrt...
Apa khabar Dato Noh? Saya Pn. Zainun yang telah mengemukakan soalan dan cadangan berkenaan program membudayakan bidang keusahawanan di kalangan pelajar IPTA & IPTS pada Gerak Usahawan di Nibong tebal pada 7 & 8 Mac 2009. Saya juga telah memberi proposal dan pendrive yang mengandungi program yang telah berjalan kepada pengawai MECD. Setakat ni, saya belum lagi menerima sebarang 'update' dari pihak Dato. Saya dan suami amat berharap juka di beri peluang untuk bekerjasama dalam membudayakan bidang keusahawaan di IPTA. Program yang saya cadangkan berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dan suami yang melalui 3 fasa iaitu berniaga semasa belajar, berniaga semasa bekerja dan berniaga secara total. Kami amat berbesar hati jika diberi peluang untuk membentangkan kertas cadangan kami kepada Dato Noh...Sekian. terima kasih
Post a Comment