Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, May 29, 2008

Respon Kepada Komen Anda...

minah warong said...
Dato, betul ke rapid KL rugi juta-juta? Buat perabis duit rakyat jer.Eloklah kalau diswastakan saja Perkhidmatan Rapid ni supaya depa bersaing dengan bas-bas lain. Kalau dok dalam kerajaan, mesti rugi punyalah...sebab depa selesa. Tiap-tiap bulan dapat gaji. Tak perlu peduli untung rugi...Fikir-fikirkan lah sebelum rakyat menyalahkan dato sebagi menteri yang bertanggungjawab..
May 23, 2008 4:43 AM

Jawapan saya :

Terima kasih kerana sudi memasuki blog Hati Malaya dan memberi komen terhadap pertemuan saya dengan pihak pengurusan bas Rapid. Sebenarnya banyak perkara telah diperbincangkan dalam pertemuan lebih tiga jam tu. Kalau ditanya kpd saya apakah saya sendiri berpuashati dengan tahap perkhidmatan Rapid setelah lebih 3 tahun beroperasi, jawapannya sudah tentu tidak.

Walaupun saya tak pernah menggunakan perkhidmatan Rapid namun saya banyak mendengar dan menerima aduan daripada pengguna Rapid selain membaca laporan-laporan yang disiarkan dalam media massa.Setelah mendengar taklimat daripada pengurusan Rapid dan berbincang, saya dapati ada beberapa isu yang tak kena dan perlu diberi perhatian ke arah memperbaiki perkhidmatan mereka.

Antaranya, yang jelas ialah struktur tambang dan cara kutipan tambang nya boleh mengundang kepada penyalahgunaan daripada pihak pengguna mahupun pihak pemandu bas Rapid sendiri.
Saya ada mendapat aduan bahawa pengguna boleh menyalahgunakan tiket bas Rapid walaupun murah tetapi tiket berkenaan yang boleh digunakan dalam tempoh 24 jam dan berkali-kali boleh diberikan kpd pengguna lain. Ini kerana tidak ada sistem yang digunakan yang boleh mengenalpasti pengguna yang sah terhadap sesuatu tiket yang dikeluarkan. Ini sudah tentu akan membawa kerugian kepada pihak pengurusan.

Selain itu, saya turut menerima aduan bahawa jadual perkhidmatan Rapid adalah tak menentu. Mereka memberi alasan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang menyebabkan jadual perkhidmatan mereka tergendala.

Rapid juga sepatutnya memberi khidmat kepada laluan sosial seperti di taman-taman perumahan yang jauh daripada laluan utama. Namun alasan yang diberikan keadaan jalan dan fizikal bas Rapid tidak membolehkan bas Rapid memasuki kawasan berkenaan. Bagi saya alasan ini tak munasabah. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Rapid sepatutnya menggunakan bas mengikut kesesuaian, kalau tak boleh bas besar pun..guna bas kecil atau mini untuk memasuki taman perumahan yang mungkin jalannya agak sempit sedikit.

Sebenarnya sebagai syarikat pengangkutan awam yang mendapat sokongan kewangan sepenuhnya daripada pihak kerajaan, Rapid sepatutnya menjadi contoh kepada pesaing-pesaingnya dalam memberi perkhidmatan yang bermutu, cekap dan cemerlang. Dengan khidmat yang cekap, selesa dan mengikut jadual. Sudah tentu orang ramai khususnya warga lembah klang akan menggunakan khidmat pengangkutan bas awam dan sekaligus mengurangkan kesesakkan lalulintas dengan itu, objektif penubuhan Rapid adalah untuk meningkatkan imej pengangkutan awam Negara akan segera tercapai.

Sehingga ke saat ini...saya masih berpikir-pikir untuk menimbangkan apakah perlu Rapid ini diswastakan sebagaimana yang dicadangkan oleh saudari minah warong kerana saya juga sependapat dengan beliau berkenaan dengan isu ini.

5 comments:

md zakhir said...

banyak faktor harus diperhalusi dari segi menlaksakan penswastaan ini.

teringat saya pada bulan lalu saya berkunjung ke negara italy dimana system sub train dan bas mereka di kendalikan oleh satu syarikat,saya hanya perlu beli satu tiket untuk sekitar milan tidak kira tiket itu digunakan utk train atau bas selagi dlm tempoh 24 jam...betul kata dato' ketulusan system ini boleh dipersoalkan...

NieZearm said...

a'kum.. saya ingin membangkitkan isu bas mini wilayah (bmw) yang pada satu masa dahulu menjadi simbol transport di KL. saiz bas yang mini dan kekerapan perjalanan mmg memberikan banyak manfaat dan altenatif kepada kenderaan sendiri. ape komen dato'?

silent writer said...

Assalamualaikum wbt.

Dato'
Penswastaan rapidkl perlulah diperhalusi dan dikaji secara mendalam. ini adalah untuk mengelakkan terbebannya bukan sahaja pengguna malah rapid kl juga. sekadar ingin berkongsi pendapat. penswastaan mempunyai banyak kebaikan dari segi peningkatan tahap kecekapan serta kualiti perkhidmatan. Berdasarkan aspek ini yang saya rasakan amat penting bagi sesutu perkhidmatan awam terutamanya dalam sistem pengangkutan bandar. kita perlu mengakui bahawa sistem pengangkutan bandar memainkan peranan yang sgt penting kepada economy perfomance and will ultimately improve the overall output bagi sesebuah bandar itu. namun yang demikian penswastaan rapidkl bukanlah satu-satunya solution yang ada. terdapat beberapa lagi cara bagi saya dapat membantu melancarkan lagi sistem pengankutan bandar ini sekaligus insyaAllah membantu rapidkl dalam meningkatan daya saing.

pertamanya adalah dengan menstruktur semual sistem pengangkutan itu sendiri dalam erti kata lain "keistimewaan" kepada pengguna- pengguna bas. keistimewaan yang saya maksudkan adalah apa yang pengguna perolehi daripada menggunakan bas sebagai pengakutan ke dalam bandar. jika keistimewaan ini diberikan..saya pasti rapidkl dapat menarik lebih ramai pennguna menggunakan perkhidmatannya.

keistimewaan yang saya maksudkan adalah seperti penngunaa laluan khas bas di mana laluan ini hanya bholeh digunakan oleh bas sahaja. mungkin dulu kita adakan laluan bas ini tetapi digunapakai oleh kenderaan- kenderaan lain sperti motosikal, kereta dan teksi namun yang demikian, struktur fizikal perlu diimplimentasikan disertai dengan penguatkuaasaan. disini saya beriakn contoh yang telah dilaksanakan oleh eropah khasnya (bus priority system) http://citytransport.info/OBahn.htm . keadaan juga dijangkakan akan menarik pennguna2 kenderaan persendirian menggunakan perkhidmatan bas yang selesa sekaligus mengurangkan kadar kenderaan masuk ke dalam bandar. namum yang demikian konsep sebegini perlu disusuli dengan kadar kekerapan high frequency and reliable services.

pandangan saya adalah, penswastaan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. penstrukturan semula sistem pengangkutan bandar adalah salah satu option di dalam meningkatan kualiti dan kadar perkhidmatan serta meningkatan keuntungan rapidkl sekiranya benar2 menangung kerugian. sememangnya ada harga yang perlu dibayr dalam menikmati keselesaan tetapi mungkin dengan penngunaan kenderaan awam ini dapat mengurangkan beban kepada pengguna kenderaan persendirian. renungkanlah...saya akan kongsi lagi pendapat dan ilmu saya di dalam komen2 yang akan datang insyaAllah. mungkin Dato' boleh cadangkan kepada menteri pengangkutan yang mana sudah sampai masanya kita meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam bagi mengatasi masalah harga minyak serta simpanan minyak kita yang semakin berkurangan.

Anonymous said...

Masalah utama bagi saya adalah ketepatan masa. Cukup lembab dan membosankan untuk mendapatkan bas yang sepatutnya. Saya adalah pengguna harian bas Rapid dari taman ehsan (U13) ke titiwangsa.

Jika dilihat dari kadar kekerpan yang dinyatakan dalam jadual adalah diantara 10 ke 15 minit bagi setiap perjalanan. Namun begitu, selama saya menggunakan perkhidmatan ini tidak pernah sekali pun di patuhi.

Saya pernah menunggu 2 jam untuk mendapatkan khidmat bas ke taman ehsan (U13). Sungguh amat teruk perkhidmatan yang diberikan. Lambat dan lembab. Bayang selama tempoh menunggu itu sudah banyak kali saya melihat bas, Selayang (U3), Dmansara Damai (U8), (U7), (14), (U12) melepasi saya.

Kalau tidak mahu meberi perkhidmatan terbaik lebih baik tutup saja dari menyussahkan dan membuang masa.

Anonymous said...

ya !!!
i want to make a COMPLAIN about rapid KL ..U13 !!


those lazy bus drivers are eating,drinking at the mamak stalls near smk taman ehsan everyday !!
there are a few U13 buses..but only ONE bus is on the road fetching passenger !!

Its really wasting my time !




U13 !! U13 !! lazy drivers ! bad driving attitude !!


Please take some action with this !!!