Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Sunday, May 25, 2008

PEMBANGKANG LUPA JANJI...!!!

Belum terlambat untuk saya berkongsi cerita mengenai gelagat Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat minggu lepas. Mereka masih mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat menukar agensi pelaksana projek pembangunan di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Pada saya, kerajaan pembangkang seolah-olah mahu lepas tangan dan hanya mengharapkan Kerajaan Pusat untuk terus membantu membangunkan negeri tanpa menyedari janji manis yang mereka tabur kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum, 8 Mac lalu.

Sewaktu saya menggulung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil PKR-Batu, PKR-Padang Serai dan DAP-Batu Gajah telah bangun untuk mempertikaikan Kerajaan Pusat seolah-olah tidak menunaikan janji kepada rakyat. Saya tengok, ahli pembangkang asyik bangkitkan perasaan tidak puas hati apabila agensi sedia ada yang membangun program di negeri mereka selama ini bertukar pentadbiran, seolah-olah agensi baru itu tidak salurkan peruntukan.

DAP – Batu Gajah telah bangun dan bercakap mengenai keputusan drastik kementerian saya menukar agensi pelaksana Perbadanan Kemajuan Negeri Perak kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyalurkan peruntukan dan pembangunan berkaitan keusahawanan di Perak disifatkan sebagai tidak membela nasib rakyat dan mahu kementerian lebih bersikap terbuka dan berbincang dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat apabila mahu membuat perubahan di negeri terbabit.

Saya jawab, Kementerian sudah putuskan apa jua peruntukan dan pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum ini tidak pernah dibatal, cuma agensi pelaksana yang berbeza. Penukaran agensi pelaksana itu kerana pentadbiran negeri berkenaan sudah berbeza berbanding sebelum ini yang ditadbir Barisan Nasional (BN). Dulu kita boleh duduk semeja, kini selepas pembangkang menang pilihan raya di negeri berkenaan, tanggungjawab mereka untuk laksana janji manifesto Barisan Alternatif yang ditukar kepada Pakatan Rakyat ( itupun dah tipu rakyat, mula-mula Barisan Alternatif lepas tu tukar Pakatan Rakyat ) antaranya, menyediakan premis perniagaan yang mencukupi, beri bimbingan kepada belia, galakan belia dan wanita muda berniaga dan tidak perlu bayar bil air dan elektrik untuk dua tahun pertama.

Jadi sekarang sudah tiba masanya untuk pembangkang menunaikan semua janji itu, kita tidak mahu subahat dengan pembangkang (kalau tidak tunai janji).PKR-Batu dan PKR-Bagan Serai dan beberapa wakil pembangkang lain nampaknya tidak puas hati dengan jawapan saya lalu bangun membantah dan menuduh Umno sudah tenat.

Saya terangkan kepada mereka dan ingin juga saya terangkan kepada pembaca di luar sana, kenapa kita tidak boleh duduk semeja, ini adalah kerana, manifesto berbeza dan BN tidak mahu bersekongkol bersama pembangkang dengan janji yang tidak boleh ditunaikan sebab ini membabitkan duit rakyat. Walaubagaimanapun, duit ini akan disalurkan kepada rakyat mengikut agensi yang kita kendalikan dan kita telah putuskan, Mara selaku agensi pelaksana yang akan tunaikan janji kepada rakyat.

Begitulah kalau pembangkang mula melatah dan buat-buat lupa janji mereka...Tepuk dada..tanya selera...

19 comments:

paneh said...

Laporan polis serta laporan kepada suhakam berkenaan janji manifesto pakatan rakyat (berpakat ke?) tidak dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa. maka perlukah kita menggubal undang2 untuk menjamin agar rakyat tidak ditipu lagi oleh parti2 politik? minta komen dato.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat singkatannya PR boleh juga ditukar kepada Penipu Rakyat. Depa ingat senang nak memerintah negara. Elok juga pengundi yang undi calon-calon pakatan rakyat jumpa lah wakil rakyat yang mereka pilih, jangan jumpa wakil rakyat bn mintak projek, sumber kewangan anak nak sekolah, masuk universiti, beli peralatan surau, beli jersi bola, kenduri kahwin dan lain-lain. Pasal tak bersyukur dengan nikmat pemerintahan bn yang adil lagi saksama kan dah kena tipu dek janji manis dap, pas dan pkr yang kini cuba lari daripada menunaikan janji mereka.

Pengundi BN.

Anonymous said...

Apolah paneh ni, tak perlu le nak sampai nak repot polis, kang repot polis diorang kono tangkap lagi bagi cheap publisiti pada pembangkang. Nak gubal undang-undang pun tak payah, perkaro kocik yo tu, yang lobih ponting kito sebagai rakyat perlu tahu menilai kerajaan bn elok ko kerajaan pakatan rakyat elok. Lagipun PR baru memerintah, bagi canlah dio memerintah sampai habih duit dio kobeh, baru padan muko kito pengundi-pengundi dio yang konon eh nak lakukan perubahan.
Den dak soghek dah dan bertaubat takkan undi Penipu Rakyat lagi kalau diadokan semulo pilihanrayo. Ado ko den mintak sejadah surau pun wakil rakyat PR tak dapek bori. Kalau wakil rakyat BN haghi ni den mintak semalam dio bori.

Ekau pikirlah.

md zakhir said...

YB Dato!! sungguh memalukan,ini bukan pakatan rakyat namanya tapi syok-syok pakat..catatan ini memberi ruang yg jelas kepada mereka yg selama ini kabur dari kebenaran.tahniah dato harap catatan sebegini bukan untuk terakhir kali..

saya menyabut baik keputusan kerajaan memberi mandat kepada kementerian dato.cuma perlaksanaan perlu diperkemaskan.harapan saya tidak hujud amalan kronism yg melampau kerana ini akan membantutkan serta memBUNUH perkembangan usahawan..

YB Dato saya menjemput YB Dato serta rakan-rakan blogges utk menziarahi blog saya...mohdzakhir.blogspot.com

kumpulan generasi baru said...

kami rasa paneh tu cerita pasal kes budak universiti yg buat laporan tu la. tindakan tak dapat diambil pihak berkuasa kerana ia sekadar janji dan bukannya perjanjian.

p/s: sapa suruh undi pembangkang, kan dah kena tipu.

Anonymous said...

alamak dato' PR baru tiga bulan memerintah camana nak tunai semua janji dalam sekelip mata. BN dah perintah berpuluh tahun sejak merdeka.Bagi lah PR peluang setidak-tidaknya sampai pilihanraya akan datang. Baru adil namanya. bukan awal-awal lagi dah hentam.

Atas Pagar.

Anonymous said...

Sebenarnya tok, janji Pakatan Rakyat tu macam janji lelaki nak kahwin dua lah tu. Janji bini pertama macam ni, pada bakal isteri macam ni, tapi bila dah kahwin tak baru tahun langit tinggi rendah. Baru tau pendapatan tak cukup nak sara keluarga. Jadi janji tinggal janji le.

Anonymous said...

BN kalah kerana faktor wakil rakyatnya tipu rakyat juga, susah nak jumpa, berlagak keliling kampung bawa mercedez baru dan bini baru.

Boleh bagi tip macam mana nak buat blog tak tok.

Lebai Malang

Anonymous said...

dlm analisis aku, PR hanya menangguk di air yg keroh je.. tapi kemerosotan dan kekalahan BN sebenarnya adalah kelemahan dan kesalahan yg BN sendiri lakukan...

Antara Sebab-sebabnya :
1. pemimpin terlalu ego dan kebanyakannya tidak iklas menjalankan tanggungjawab.

2. orang2 kepercayaan & pegawai khas yang ditugaskan terlalu berlagak, sombong dan ego..

- peruntukan yang turun hanya untuk kroni.
- suka menyekat dan menyebok apabila masyarakat (pengundi) yang ingin berjumpa dengan pemimpin.

- memberikan maklumat yang tidak betul kepada pemimpin. Contohnya apabila ada dikalangan individu yang berbicara tentang kesalahan pemimpin mereka, akabitannya akan dicop sebagai pembangkang...

- tugas2 yang sepatutnya dilaksanakan tidak dibuat kecuali jika ianya ada kepentingan dan keuntungan kepada mereka sahaja.

Oleh itu bagi aku jika ada pemimpin-pemimpin BN yg nak menyalahkan pengundi, itu adalah salah...

Jika pemimpin masih ego dengan suara rakyat, asik mempertahankan kroni2 yang memang melakukan kesalahan dan asik menyalahkan rakyat... PRU KE-13 pasti akan menjadi stunami yang kedua....

"Orang lain yang susah-susah, tapi orang lain yang kenyang"

FIKIRKANLAH.!!!

usahawan melayu mundur said...

tergelak saya apabila Dato mengatakan 'PEMBANGKANG LUPA JANJI' kerana Dato yang tersilap kerana menjemput kawan mereka untuk bagi talk waktu program Dato di Tanjung Karang. Adakah Dato' yang terlupa bahawa Dato tersalah jemput orang? hish Dato, macam mane dengan org Dato bekerja, bagaimana dengan pegawai-pegawai khas Dato buat kerja, bagaimana dengan Setiausaha Politik Dato yang menjaga politik Dato hingga tidak tahu musuh Dato sendiri. Saya rasa Dato perlu membuat pembaharuan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak ingin berlaku dalam karier politik Dato'.
Sekian

mohd faizal said...

Kita tidak mahu menjadi seperti negeri selangor apabila pakatan rakyat memerintah segala janji2 mereka tidak dikotakan malah mereka telah mengharamkan Islam hadhari serta meluluskan usul Memansuhkan ISA... dulu mereka kata semua anak selangor yg layak masuk IPT layak dapat RM1,500..tapi kini mereka kata plak hanya yang berpendapatan bawah RM 1,500 sahaja yang layak, jelas mereka hanya pandai mengukir janji tapi tidak mahu ditepati... Saya berdoa agar Negeri Selangor akan kembali kepangkuan Barisan nasional (BN) untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang telah hidup dalam keselesaan selama 50 Tahun Merdeka...

minah warong said...

minah setuju dengan Anonymous. Sepatutnya pemimpin UMNO sekarang duduk semeja,pikir nasib anak bangsa pada masa akan datang.Bukannya kepentingan diri sendiri. Apa yang minah nampak,orang masuk politik sekarang untuk menjadi kaya.Bukan orang kaya masuk politik..Perjuangan letak nombor entah yg ke berapa.Walaupun tak semua orang politik mcmtu, tapi situasi ini ketara.Tentu sedih dan kecewa datuk nenek kita yang bertungkus lumus berjuang suatu tika dulu untuk kesenangan anak cucunya sekarang apabila melihat senario tanahair politik hari ini.Melayu bergaduh sesama sendiri,orang lain gelak bertepuk tangan.

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih atas kesudian paneh melayari blog saya.Pada pandangan saya,dalam hal ini, tidak perlu digubal undang2 lagi kerana rakyat merupakan hakim yang paling bijak untuk membuat keputusan.Biarlah rakyat sendiri yang menghakimi kebenaran dan kesungguhan pembangkang menangani keadaan ini.Biar rakyat sendiri yang menjatuhkan hukuman dalam pilihanraya akan datang.Kalau rakyat sudah berasa ditipu,pilihanraya nanti,jangan undi pembangkang.

Noh bin Haji Omar said...

" p/s: sapa suruh undi pembangkang, kan dah kena tipu."

Saya bersetuju dengan kumpulan generasi baru..

pemerhati said...

Kenapa hanya persoalkan janji pembangkang sahaja? Bagaimana dengan janji dan manifesto BN? Adakah ia telah dilaksanakan?

Media massa hanya menumpu kepada kekurangan kerajaan pembangkang semata-mata, tetapi tutup mata kepada kerajaan BN. Ini tidak adil. Sepatutnya mengambil iktibar dari PRU12 lepas akibat ketempangan di dalam menyampaikan maklumat.

Saya harap kita jangan hanya mempersoalkan pihak pembangkang, sebaliknya kita juga perlu persoalkan sejauh mana kita sudah tunaikan janji-janji kita.

Kenapa perlu asyik mengungkit kesilapan orang lain? Buatlah kerja kita sebaik mungkin dan dari situ rakyat akan buka mata. Bukannya mengungkit kekurangan pembangkang. Ini cara lama dan dah ketinggalan zaman. Ia permainan budak-budak hingusan di dalam politik. Kalau para Menteri main cara ni, tak tahu lah nak cakap apa. Rakyat sekarang bukan bodoh untuk menilai siapa yg terbaik.

Kerja kita adalah laksanakan tanggungjawab sebaik yang mungkin dan rakyat sudah tentu akan sukakan kita. InsyaAllah, kemenangan di dalam tangan.

Saya harap para Menteri atau ahli politik be profesional dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab. Kerana ia adalah titik tolak untuk meraih kejayaan.

Wassalam.

p.s. Saya orang UMNO. Mahu lihat perubahan di dalam politik. Tak suka lihat politik kebudak-budakan.

sontoloyo said...

Yb dato', Tahniah atas jawapan bernas dato' di Parlimen. Kita sekaranag kena ubah pendekatan dengan pembangkang. Kena mula buat serangan jangan asyik dok nak bertahan jeee sampai bila? Orang bawah dah tak tahan Tok. Kita keluarkan kuku kita pulak biar dia orang tak boleh nak bernafas..... Amacam????

Skullsplitter said...

Apa yang dilihat disini sebenarnya, seseorang pemimpin itu haru mencontohi rakyat dari pelbagai sudut.

Didalam UMNO sendiri pergolakan berlaku, tiada pembaharuan, mengapa saya berkata begini? Lihat, sblm ini.. anak muda tidak diberi peluang untuk suarakan pendapat mereka didlm kepimpinan negara, anak muda dipinggirkan. Berapa lama Rafidah Aziz & Samy Vellu menjadi menteri? Peluang tertutup kepada anak muda yang mampu untuk meneruskan generasi baru mengikut kehendak semasa. Mereka lebih faham kerana mereka dari alam dan generasi ini. Bukan mereka meminta nama dan pangkat. Sekadar diberi peluang untuk berkhidmat.

Ini yang dilakukan PKR. Pendekatan kepada anak muda. Bukan hanya membawa kekutub utara. Mengapa takut untuk mendekati anak-anak muda yang terpelajar dan berpendidikan? Pada saya kerana takut tergugat kedudukan. Itu yang saya nampak disini.

Saya harap Dato', UMNO yang orang melayu sanjungi ini, saya sanjungi ini untuk Agama,Bangsa dan Tanahair, Alif Ba & Ta ini, dapat diteruskan generasi akan datang. Dekatilah mereka.

*Maaf sekiranya ianya amat sensitif buat Dato'. Sy tidak mengharapkan comment ini diapprove untuk tatapan pembaca-pembaca Dato', Cukup bagi saya Dato' membaca pandangan saya. Terima Kasih.

Assalamualaikum.

iq2020 said...

Salam Dato`

Pada pandangan peribadi saya apa yang dato` utarakan ini adalah pandangan peribadi politik bukan pandangan rakyat. Saya rasa dato tentu faham mengapa BN kalah sebegini. Adalah kerana dari punca BN sendiri. BR tak kuat dato cuma mengambil kesempatan atas kelemahan BN sendiri. Saya tidak suka menyalahkan orang2 tertentu kerana pandangan ini agak sempit dan akan hanya memburukkan lagi BN. Bagi saya orang2 yang dalam BN itulah yang kene bertanggungjawab atas kekalahan BN di negeri2 ini.

Dalam suasan blog sudah menjadi media medium yang sangat berkuasa ini. Ramai penulis sudah mula membuat perkiraan sendiri bagaimana kekalahan BN dan kemengangan BR. Masing2 punya pendapat dan masing punya pemikiran. Bagi saya selagi wakil2 UMNO sendiri sebagai tunjang BN masih lagi tidak tentu arah dan masing dok baling batu sembunyi tangan, musuh dalam selimut, tikam belakang, gunting dalam di dalam lipatan masih lagi menjadi hobi didalam UMNO ini selagi itulah UMNO akan didalam dilema.

Tidak payah la kita nak kecoh pasal BR punya manifesto ka cerita keburukan BR ka apa ka yang menyebabkan lagi keadaan huru hara politik malaysia lebih baik sekiranya UMNO itu sendiri bermusabah apa yang telah berlaku... Setelah PRU12 ini masih saya tidak nampak apa2 mengenai kemajuan UMNO masih ditakuk lama... banyak sangat masalah dalaman yang berlaku didalam UMNO, Kakitangan kerajaan hatta sekalipun dalam parti gabungan UMNO semuanya tidak tentu arah masih lagi mencari jalan keluar. Agaknya tak jumpa lagi nur yang akan membimbing mereka ini.

Banyak sangat didalam UMNO itu sendiri berlagak macam HERO dialah yang pandai boleh membantu memperkuatkan UMNO kembali, menaikkan nama UMNO kembali dan macam claim yang mereka beritakan. Saya orang jauh sahaja dato memerhatikan gelagat orang UMNO dan soksek kakitangan kerajaan banyak kedengaran kebanyakan semuanya negatif. Perkara ini berlaku juga semasa dizaman kejatuhan TDM dimana soksek ini juga dari kakitangan kerajaan yang berkerja dengan kerajaan. Adakah semua maklumat negatif ini disebarkan sendiri oleh kakitangan kerajaan dan juga ahli UMNO yang marah dan dendam. Kalau tak siapa lagi yang sebarkan kepda BR.

Saya kenal dato dari jauh ja.. saya tahu dato bagaimana dato berkerja dan xtvt dato`. Apa yang berlaku sebelum ini sudah2 lah apa yang penting sekarang dato kene fikirkan bagaimana nak menaikkan balik UMNO ini dikalangan rakyat.. Bagaimana nak jaga hati rakyat ini kerana rata2nya protes keatas BN ini datangnya dari golongan MUDA seperti saya ini yang rasakan orang melayu sekarang ini sudah hilang arah dah masih lagi ditarah dan teruk dihaprak. Lihatlah sikap dan perangai muda mudi melayu kita ini. apa perasaan dato` sedih teramat sangat. Mereka ini ialah pewaris negara.. kalau sebegitu mereka ini bagaimana mereka hendak membawa diri ke masa depan.. adakah dato` yakin mereka ini bersedia dizaman globalisasi ini.... aduh terasa payah nak diluahkan.

MECD ada kerja yang perlu dilaksanakan untuk membantu melayu untuk terus hidup dan memperkasakan melayu itu sendiri.Buat pecahan dan peratusan mengikut sumber dato sendiri. Cuba dato` buat perangkaan dato sendiri mengenai Agensi dibawah dato dan kakitangannya sekali seperti mana pada zaman TDM dulu membuat analisis sebelum bertindak sesuatu. Saya bukan memuji TDM tapi menggunakan cara pemikiran beliau yang kehadapan.. Apa yang TDM dah lakukan sebelum ini biarlah Allah yang menentukan .. kita ambil yang baik.. ketepikan yang buruk itu.

MECD
1) Berapa ramaikah usahawan melayu yang berjaya
2) Berapa ramai pula usahawan melayu yang tidak berjaya
3) Berapa ramai usahawan melayu yang nyawa2 ikan
4) Berapa ramai pula usahawan melayu yang tak bergerak
5) Berapa ramai pula usahawan melayu yang kandas ditepi jalan

Agensi(MARA,UDA,BR,TEKUN,SME, DLL)
1) Berapa ramaikah usahawan melayu setakat ini dibantu oleh agensi
2) Berapa ramaikah usahawan melayu yang mendapat pinjaman dari agensi
3) Berapa ramaikah usahawan yang berjaya dibimbing oleh agensi
4) Berapa ramaikah bantuan agensi sampai ke usahawan melayu ini
5) Berapa banyak geran dan pinjaman yang diberikan kepada usahawan melayu (Cukup ke tidak)
6) Berapa ramaikah graduan yang berjaya dibimbing oleh agensi
7) Berapa ramaikan graduan yang berjaya membina perniagan sendiri (Pinjaman/Bantuan)

Dari soalan diatas dato mungkin boleh memanjangkan soalan tersebut sebab apa yangs aya beri ini sebagai contoh untuk dato berfikir dan membuat analisis apa yang telah dicapai oleh MECD sebagai pemangkin pembentukan usahawan melayu. Pada tahun 2006 apa status dia, 2007 apa status dia.. 2008 apa status dia... Kalau dato dapat membuat semua ini dah hebahkan kepada rakyat apa progres dan kemajuan yang telah dicapai MECD maka generasi muda dapat mengerti bahawa BN komited untuk membantu bumiputra dalam melahirkan usahawan melayu ini. Tunjukkan sekali bukti usahawan melayu ini yang telah berjaya dalam perniagaan masing2
dan war war di media .. konvensyen, seminar dan lain2 supaya dapat merapatkan jurang generasi muda betapa pentingnya perniagaan ini untuk bumiputera. Seperti yang telah saya poskan di tajuk dato` kembali dari mesir. Itu adalah keluhan usahawan melayu masa kini.. apa lagi keluhan rakyat yang tiada apa2. Wujubkan peluang perniagaan ditahap maksima untuk kebaikan rakyat khususnya bumiputera ini. Cuba dato mengembalikan kepercayaan rakyat keatas apa yang telah dicapai oleh MECD supaya mematikan sengketa politik ni yang dato faham tidak akan kemana2 kalau tidak dihentikan. Dato sebagai peneraju MECD kene bergerak dahulu untuk membuktikan kerajaan mengambil berat tentang nasib2 rakyat menerusi xtvt yang dijalankan dibawah MECD. Kalau dato1 bergerak dahulu saya sara kementerian yang lain akan turut serta dalam menangkis isu2 politik yang kian tenat sekarang ini.

Apa yang saya minta pada UMNO,BN, Kerajaan hentikan permainan politik ini sebab rakyat dah mual dan nak naik muntah dah tengok isu politik yang tak kesudahan ini macam bebudak sekolah rendah jek merengek2. Cuba buat sesuatu yang membolehkan rakyat bernafas semula dan tenang untuk meneruskan hidup dan mencari peluang2 yang ada yang ditawarkan kerajaan dari segi perniagaan, pelaburan, pengurusan dan lain2 lagi. Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan pada dato` tapi maklumlah otak saya ni tak ligat macam dato`... rakyat biasa.. kalau otak ligat cam Dato lama dah saya ganti tempat dato` huhuhu...

AKhir Kalam.. Wakil rakyat adalah hamba rakyat bukan tuan kepada rakyat :)

Salam bahagia

Ruslan Mamat said...

Pertama-tama saya ingin merakamkan ucapan tahniah (semuga belum terlewat) kepada Dato' kerana terpilih sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Amanah hendaklah dipikul dengan jujur kerana kelak akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Wakil rakyat hendaklah berjiwa 'merakyat'....
Sekali lagi tahniah.