Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Sunday, May 25, 2008

PELUANG PERNIAGAAN MENERUSI KERJASAMA STRATEGIK

Semalam selepas menyempurnakan Mesyuarat Agong Alumni Kelab UMNO, saya telah dijemput untuk merasmikan Program Peluang Perniagaan & Usahasama Pelaburan yang juga bertempat di PWTC. Program yang dianjurkan oleh kementerian saya dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ini merupakan inisiatif kedua belah pihak dalam mempergiatkan lagi usahasama strategik antara syarikat Bumiputera dengan Bukan Bumiputera.

Peluang terbuka luas kepada usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera untuk melabur serta mengadakan kerjasama dengan syarikat asing dan tempatan dalam pelbagai bidang. Saya sempat melawat ke tapak pameran di mana saya lihat bermacam-macam produk yang dihasilkan oleh R&D institusi penyelidikan tempatan. Apa yang saya nampak, inilah peluang para usahawan ataupun bakal usahawan di luar sana mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program utama di bawah kementerian saya seperti Program Vendor, Francise, Groom Big, Conversion, Contract Farming, Contract Mnufacturing, Rantaian Nilai dan Peruncitan.

Masih terdapat lebih kurang 260 syarikat bukan Bumiputera dan asing yang beroperasi di negara ini yang belum menjual ekuiti bumiputera mereka. Dari rekod kementerian, daripada jumlah itu sebahagian besarnya terdiri daripada syarikat asing dan antara sebab mengapa perkara itu berlaku adalah kerana ramai usahawan bumiputera tidak mengetahui terdapat kekosongan ekuiti di syarikat terbabit dan mungkin juga kerana faktor ketidakmampuan kewangan syarikat bumiputera.

Program ini adalah sebagai langkah pertama dan mungkin dijadikan sebagai acara tahunan bagi membolehkan pertemuan antara syarikat bumiputera, bukan bumiputera dan syarikat asing untuk menjalankan urusan pembelian pegangan ekuiti dan menggalakkan kerjasama perniagaan antara mereka. Walaupun pegangan ekuiti 30 peratus kepada bumiputera telah termaktub dalam peraturan seperti Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), kementerian buat masa sekarang sedang mendekati syarikat terbabit untuk memahami masalah itu dengan lebih mendalam sebelum membuat apa-apa tindakan.

Seperti biasa, selepas tamat acara perasmian, saya akan memberi peluang kepada audiens untuk sesi soal jawab. Antara soalan :

1)Apakah cara kementerian saya menyampaikan maklumat kepada bakal usahawan bumiputera mengenai industri oil & gas.
Jawapan : Di peringkat kementerian, saya sudah meminta mereka mengadakan seminar keusahawanan berkenaan peluang industri oil & gas dalam masa yang terdekat.

2)Apakah langkah kementerian bagi menyelesaikan masalah usahawan yang memerlukan premis perniagaan untuk beroperasi sedangkan apabila mereka memohon untuk menyewa premis-premis kosong kepunyaan agensi di bawah kementerian ini, permohonan mereka telah ditolak.

Jawapan : Memang saya akui, terdapat premis perniagaan kepunyaan agensi kementerian ini yang menjadi gajah putih. Lantaran itu, saya telah menubuhkan pasukan ‘flying squad’ yang akan turun padang dan merespon kepada aduan orang ramai bagi masalah premis perniagaan sebegini. Saya juga telah mengarahkan, bermula 01 Jun ini, setiap agensi di bawah kementerian saya perlu mengeluarkan surat kepada pemohon yang menyatakan sebab kenapa sesuatu permohonan itu ditolak. Jika pemohon tidak berpuas hati dengan sebab-sebab itu, mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan di Kementerian untuk memperolehi peluang kedua.

5 comments:

Al-Farisi said...

Assalamualaikum,

Dimana boleh didapati list-list nama 260 syarikat yang belum menjual ekuiti bumiputera mereka itu? Terima kasih

Noh bin Haji Omar said...

Waa'laikumussalam...
Terima kasih di atas soalan al-farisi.Saya akan cuba publish kan nama-nama syarikat tersebut di blog ini sedikit masa lagi..Harap anda bersabar..

Anonymous said...

salam

dato', sy ada mslh ttg FIC, bo dato' jelaskan pemilikan equiti 30% adalah pd bumiputera.

soalannya, mana-mana sykt asing yang ingin buat JV di Msia mesti disyaratkan equity 30% bumi. bagi pegangan non bumi bagaimana pula?

utk permohonan pinjaman bank, terutamanya SME bank, bank pembangunan, mesti disyaratkan 70% equity malaysian. so, syarat ini, klu 70% equity itu non bumi and 30% foreign still bo pinjam utk bank tsbt ke?

bagaimana pula 30% equity bumi and 70% foreign, still bo buat pinjaman utk sme bank?

tq

Anonymous said...

Dato'

Saya akan tunggu list 260 syarikat yang dato maksudkan.Tapi, setakat soalan...adakah kementerian dato memberi pinjaman atau kemudahan lain bagi pembelian ekuiti dari syarikat asing. 1 lagi, siapakan yang menentukan nilaian harga per saham. Adakan dikira pada kadar asas RM1 per saham ataupun syarikat tersebut yang menentukan nilai ekuiti yang mahu mereka jual. Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bilakah Rakyat bolih mendafatar kontrakter kelas F yang diumumkan
tempuh hari.