Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Sunday, June 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Bapa...

p/s : Hanya pada mata berbaur sejuta rasa...hanya pada hati melakar warna kasih...hanya pada rasa dan kasih tersimpul harapan...duhai anak...siapkanlah dirimu dengan ilmu di dada kerana kaulah pewaris, pemimpin anak bangsa..!

11 comments:

mohammad faudzi said...

Bapa,
disanjung utk kesinambungan kehidupan,
perjalanan yg betul, eloklah didikan,
tugas diamanahkan penuh tanggongjawab,
Aduhai sekian bapa yg punyai permata warisan,
cukupkah ilmu yg telah dicurahkan?
Hanya harapan anak bangsa memenuhi kehendak bangsa supaya terlaksana segala perancangan dgn jayanya, tp tidak lupa kesungguhan berusaha...
Saya juga ucapkan Datuk "Selamat Hari Bapa" krn punyai peranan yg jauh lebih besar sbg bapa kpd pengusahawan.

Noh bin Haji Omar said...

Saya setuju dengan ungkapan saudara..Terima kasih mohammad faudzi atas sokongan yang diberikan..

md zakhir said...

YB DATO'
Tidak di sangka dalam ke sibukan mengatur dasar dan melaksana,kau juga seorang pujangga yg mulia.
(SAJAK-zakhir jun2008)

berbicara tentang bapa..

bapa itu..bimbang..bimbang anak bangsa tidak bisa berperang

bapa itu...sakit..sakit bila mereka terus tersepet..

bapa itu...marah..marah bila mertabad kita perlikehkan..

bapa itu...malu..malu bila bangsa jadi pengemis,meminta melulu..

bapa itu...aku...aku untuk bangsa ku..

selamat berjuang Dato'...dan selamat hari bapa..

(mohdzakhit.blogspot.com)

kakisakat said...

Salam Dato' tahniah di atas blog ini, tapi malangnya bila masukkan nama 'Hati Malaya' yang keluar blog milik org lain. Selamat menjalani Lawatan Kerja ke luar negara, moga ilmu dan peng'alam'an dapat dimanfaatkan di bumi kita. InsyaAllah.

NieZearm said...

YB Dato'

Minggu ini saya akan menghadiri mesyuarat Koperasi Permodalan Dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan. Setelah 7-8 tahun menjadi ahli, saya masih lagi belum berpuashati dengan pencapaian koperasi yang bagi saya banyak membuat pelaburan yang membazir.

kebanyakan ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan warga emas yang tidak lagi mampu memberikan sumbangan walaupun mesyuarat dilakukan setiap bulan.

Cadangan idea-idea baru sering mendapat bangkangan dari pihak senior yang sudah selesa dengan keadaan sedia ada.

Dapatkah kiranya dato' membuat pemantauan dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian koperasi ini. Buku laporan tahunan juga boleh saya sampaikan pada dato' sekiranya dato' rasakan perlu.

sekian, terima kasih.

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih kepada saudara niezarm di atas respon anda.Pemilihan anggota lembaga dipilih setiap tahun dalam mesy agung tahunan.Yang mana,1/3 daripada bilangan anggota lembaga yang ada hendaklah digugurkan mengikut peraturan koperasi 1995. Terpulanglah kepada anggota-anggota koperasi membuat penilaian dan pemilihan. Sekiranya tidak berpuas hati dengan anggota lembaga berkenaan, anggota-anggota koperasi bolehlah memilih bakal anggota lembaga yang baru dari kalangan anggota-anggota biasa di dalam mesyuarat agung berkenaan.Dari segi pemantauan pula,sekiranya perjalanan mesyuarat agung tidak mematuhi akta,peraturan dan undang-undang kecil,maka barulah pihak SKM boleh mengambil tindakan untuk menyiasat perkara berkenaan.Saya akan mengarahkan pegawai SKM hadir dalam mesyuarat berkenaan nanti sebagai satu usaha pemantauan.Selamat bersidang.

NieZearm said...

Terima kasih YB Dato'

Mesyuarat Agong Kali Ke 48 Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Berhad akan diadakan pada 8 Mei 2008 bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban.
Waktu pendaftaran ialah 8.00 pg.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

wahida mohd said...

Dato,
Pertama kali saya memberanikan diri mempertikai cara pemilihan colon bagi pegawai di Agensi Kerajaan.

Baru2 ini saya telah menghantar borang permohonan sebagai Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di SKM. Saya telah menghantar email pada pihak SKM mengenai status permohonan saya dan sayangnya saya tidak berada dalam senarai pendek untuk ditemuduga. Saya sekali lagi menghantar email pada SKM untuk mengetahui kriteria yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Sehingga kini tiada balasan dari pihak mereka.

Yang menjadi kemusykilan pada saya ialah kenapa saya tidak berada dalam senarai pendek tersebut sedangkan saya pemegang ijazah sarjana muda ekonomi dan juga mempunyai pengalaman selama 3 tahun dalam bidang ekonomi.

Adakah disebabkan saya tidak mempunyai saudara mara di SKM ataupon disebabkan saya tidak mempunyai surat sokongan dari mana2 menteri.

Saya tidak pasti kriteria apa yang sebenarnya diperlukan untuk disenarai pendek bagi jawatan ini. Saya hanya mahu melihat apakah kriteria sebenar yang diperlukan bagi jawatan ini..

Saya harap dato dapat membantu saya dalam memberi penjelasan tersebut supaya saya dapat memperbaiki diri kearah kriteria tersebut. Saya doakan semoga Dato dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. terima kasih

Anonymous said...

Camna dato', minyak naik lagi. Kali ni meme nak sembelih punya. Terbeban hidup kami camni. X kan kerajaan nak tabur janji kosong lagi pasni.

md zakhir said...

salam,
Semlm PM telah umumkan kenaikan harga petrol dan sy yakin ini akan melarat kpd barangan hari hgga ke beberapa faktor lain.
Persoalan sekarang bagai mana kita ign menjana pendptan perniagaan jika faktor luaran ini sering menikam kita..
Dato,sy ign benar melihat pandangan dan pendirian dato' bersabit faktor minyak ini,sy kira ramai ushwan luar sana dlm kebinggungan...
Supplier akn pasti menggunakan faktor kenaikan ini utk mengaut keuntungan segera,akhirnya yg tersepit kami,..
Ramailah nnti penerima pinjaman dr MARA,SME BANK,BANK PEMBANGGUNAN serta TEKUN akan merana..serta perit menahan sakit yg amat sgt utk membayar balik pinjaman..

amenuddin ec a.k.a amendvinfo said...

salam

cik wahida, jgn terkejut klu mereka tidak memberi respon yg cepat pada anda. Ini adalah kebiasaan pada mereka....tiada follow up.

tapi ini tidak berlaku pada semua agensi kerajaan dan skrg saya percaya mereka sedang tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka sejajar dgn PENINGKATAN GAJI mereka.

Saya tidak mahu menceritakan pengalaman saya semasa memohon jawatan dalam kerajaan dan juga semasa interbiu SPA utk jawatan kerajaan. apa yg boleh dikatakan, sama mcm pengalaman cik. TIADA FOLLOW UP DR MEREKA.

Banyak juga jawatan yang dipohon tetapi selari dgn pengalaman saya dlm bidang keusahawanan dan pengurusan.

maka di sini, jgn sedih atau gusar, selagi anda tahu tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja, commit dgn pekerjaan skarang niat utk cari rezeki dan ingin BELAJAR, insyaallah anda akan menemui jalan yan betul. Jgn jadikan mslh kecil itu sebagai mslh besar, dan jgn menceburi PERNIAGAAN tanpa pengalaman. Angin PERNIAGAAN sentiasa berubah dan masa kini, anda mesti tahu bisnes yang boleh dilaksanakan dan yg tidak boleh.

Oleh itu, mencari ilmu itu wajib dan jgn sesekali anda lari dari tanggungjawab anda. utk maklumat lanjut layari www.mybiz-talk.blogspot.com