Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, May 16, 2008

Temui Saya...

PROGRAM GERAK USAHAWAN 2008
(Peringkat MPUD Parlimen Tanjung Karang)
Pada : 17 - 18 Mei 2008 (9.00pg - 10.00mlm)
Bertempat di : Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang

Saya akan merasmikan program ini pada 17 Mei 2008, Jam 8.00 Malam. Kepada anda semua di luar saya, saya amat mengalu-alukan kehadiran anda. Bawalah bersama keluarga dan war-war kanlah program ini kepada sahabat handai semua kerana terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung. Di antara aktiviti-aktiviti menarik ialah Pameran peluang-peluang perniagaan dan jaringan usahawan serta seminar dan bengkel kepada para usahawan dan bakal usahawan. Semoga hujung minggu ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin bersama keluarga tercinta...Kita jumpa di sana nanti..Selamat Berhujung minggu.

12 comments:

Anonymous said...

YB DATO,
KAMI SANGAT BERMINAT UNTUK MENJADI USAHAWAN TERUTAMA DALAM PENTERNAKAN CACING TETAPI KAMI TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG MENCUKUPI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN TERSEBUT.
BOLEHKAH PROGRAM GERAK USAHAWAN INI DIADAKAN BERDEKATAN DENGAN TEMPAT KAMI CONTOHNYA DI KUALA LUMPUR SUPAYA KAMI BOLEH BERINTERAKSI SECARA TERPERINCI MASALAH DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH PROGRAM INI.

YB DATO,
KAMI MERASAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG ADA BUAT MASA INI KEBANYAKANNYA MEMBERIKAN SYARAT-SYARAT YANG MEMBEBANKAN KAMI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.CONTOH, MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR DAN HALANGAN DARI SUDUT MENDAPATKAN PINJAMAN DAN KEBANYAKANNYA PINJAMAN DILULUSKAN KEPADA MEREKA YANG TELAH BERKEMAMPUAN DAN MEMPUNYAI PENGARUH DI DALAM SESUATU ORGANISASI.INI TENTUNYA MEMBEBANKAN KAMI YANG SANGAT BERMINAT UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN TETAPI MENJADI AGAK SUKAR UNTUK MEMULAKANNYA.

YB DATO',
KAMI BERHARAP SANGAT AGAR PROGRAM GERAK USAHAWAN INI SATU-SATUNYA PROGRAM YANG TIDAK MEMBEBANKAN KEPADA KAMI YANG BERMINAT TETAPI MEMPUNYAI HALANGAN DARI SEGI MODAL. DI HARAPKAN PROGRAM INI TELUS, ADIL KEPADA SEMUA , MEMUDAHKAN GOLONGAN SEPERTI KAMI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DI SAMPING MEMAJUKAN PERNIAGAAN BUMIPUTRA.

SEMOGA MENDAPAT PERHATIAN DAN KERJASAMA DARI PIHAK YB DATO'.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya terbaca petikan akhbar Utusan hari ni,katanya tak banyak usahawan memohon pinjaman,saya ada memohon tapi banyak sangat requirements dan kertas kerja macam tak dihalusi dengan baik. Sekarang saya mendapat pelabur bukan bumiputra untuk melabur kerana potensi yg baik,tapi saya masih mencari mana-mana "agensi bumiputra" untuk bekerjasama.saya kalau boleh tak mahu hilang status bumiputra,potensi syarikat saya baik. Saya hendak memulakan cafe makanan konsep moden yg boleh dijadikan francais.Mungkin Dato' boleh bantu.saya usahawan tulen dan bersungguh-sungguh.Mungkin saya boleh bentangkan kertas kerja dan boleh lihat sendiri.saya ikhlas. terima kasih, email:donkhairul@gmail.com,
012 695 3164

Anonymous said...

Noh simpan bom jangka

Noh Omar, Menteri Kerajaan Dolah Badawi yang menjaga MARA, Koperasi dan Teksi diberitakan menyimpan sebutir bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja menjelang perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Sumber saheh Tg. Karang memberitahu, ini berikutan kedegilan Noh Omar terus menyimpan seorang pegawai khasnya Mohamad Jeli Misran walaupun mendapat bantahan secara bertulis oleh sebahagian besar AJK UMNO Bahagian itu. Menurut sumber itu hanya 3 orang AJK bahagian yang tidak menandatangani surat bantahan yang membawa berpuluh-puluh tandatangan itu.

Mohamad Jeli dianggap sebagai liability kepada UMNO Tg. Karang yang semakin parah dengan krisis lewat pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Pelbagai tuduhan yang sukar dijawab berkaitan beberapa orang kuat Noh sepanjang pilihanraya yang lalu. Antara tuduhan yang dilemparkan ialah membolot projek bekalan makanan dikantin-kantin sekolah oleh beberapa orang termasuk Mohamad Jeli yang ketika itu adalah Pegawai Khas Noh di Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, sikap otokratik dan cara Noh yang tidak segan silu memarahi kalangan guru-guru (kroni Nasir Joyo, adik mantan MB Selangor atau geng JOWO) dalam beberapa program di Tanjong Karang juga mengakibatkan Noh gagal mendapat undi dari kalangan guru.

Disamping itu juga, sudah kedengaran sosek-sosek yang menimbulkan status tanah milik UMNO seluas 1 ekar 8 pol berhampiran Dewan Hormat. Laporan menyatakan bahawa tanah tesebut bukan lagi milik UMNO Tg. Karang kerana sudah di ‘caveat’ oleh dua buah syarikat perniagaan.

Dari
http://selangortoday.wordpress.com

Ebook4rich said...

Taniah dato' namun program ini janganlah menjadi program sahaja tetapi pihak mecd harus melibatkan orang melayu semua peringkat samada berkelulusan ataupun tidak.

jeffberjaya said...

YB DATO
PIHAK KAMI DARI 'MAJALAH POTENSI' MENGUCAPKAN SEKALUNG TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN DAN KELANCARAN KARNIVAL GERAK USAHAWAN PERINGKAT MPUD TG.KARANG YG LEPAS DI BAWAH PARLIMEN DATO' MENTERI. MENGIKUTI PERKEMBANGAN PROGRAM KARNIVAL TERSEBUT DARI AWAL HINGGA AKHIR PIHAK KAMI BERASAKAN INI ADALAH SATU LANGKAH YG TERBAIK BAGI PIHAK MECD UTK TERUS BERDAMPINGAN SECARA TERUS DENGAN MASYARAKAT USAHAWAN DAN BAKAL-BAKAL USAHAWAN HINGGA KE PERINGKAT AKAR UMBI DISAMPING MENYALURKAN INFO-INFO TERKINI MENGENAI AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWANAN SERTA SKIM-SKIM GALAKAN DARI INSTITUSI-INSTITUSI DI BAWAH MECD DARI SEGI BANTUAN KHIDMAT NASIHAT, R&D , PEMBIAYAAN DAN SEBAGAINYA.

YB DATO'
MELIHAT SAMBUTAN YANG HANGAT DARI PENGUNJUNG DAN PESERTA GERAK USAHAWAN YANG BEGITU MERIAH PIHAK KAMI MERASAKAN KEWAJARAN BAGI PIHAK KEMNTERIAN DATO' MENYARANKAN KEPADA PIHAK KEMENTERIAN PENERANGAN KHUSUSNYA RTM UNTUK MENYIARKAN LINTAS LANSUNG ACARA-ACARA TERTENTU PADA PROGRAM GERAK USAHAWAN YANG AKAN DATANG DI TV DAN RADIO. DENGAN INI ORANG RAMAI DI LUAR SANA DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT DAN KEMERIAHAN PROGRAM GERAK USAHAWAN TERSEBUT. MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI TENTANG PELUANG-PELUANG YANG TERBARU DAPAT DILIHAT DAN DIDENGAR SECARA TERUS MELALUI LINTAS LANGSUNG DI TV ATAUPUN RADIO.

YB DATO'
PIHAK KAMI DI 'MAJALAH POTENSI' INSYAALLAH AKAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM KARNIVAL GERAK USAHAWAN INI DARI VENEU KE VENEU SECARA BERTERUSAN DAN DIMUATKAN SEGALA INFO DAN CERITA MENGENAI PROGRAM GERAK USAHAWAN DI SETIAP KELUARAN EDISI KAMI PADA SETIAP BULAN.

YB DATO'
JIKA TIDAK KEBERATAN BAGI PIHAK KEMENTERIAN DATO' , KAMI DI MAJALAH 'POTENSI'MENGALU-ALUKAN JIKA PIHAK KEMENTERIAN DATO' MENJADIKAN 'MAJALAH POTENSI'SEBAGAI MAJALAH RASMI UNTUK PROGRAM KARNIVAL 'GERAK USAHAWAN'UNTUK 149 VENEU SETERUSNYA DAN SETIAP EDISI KELUARAN MAJALAH POTENSI DISALURKAN KE AGENSI-AGENSI DI BAWAH MECD UNTUK DIEDARKAN KEPADA PARA PEMBACA PELBAGAI PERINGKAT DAN BIDANG USAHAWAN YANG DICEBURI.
PIHAK KAMI AKAN MEMAPARKAN PROGRAM GERAK USAHAWAN MPUD TG.KARANG IAITU PARLIMEN DATO' MENTERI SEBAGAI 'COVER STORY' UNTUK EDISI KAMI YANG KE 4 YANG BAKAL DITERBITKAN PADA HUJUNG BULAN MEI INI DAN BAKAL MENYUSUL PULA DENGAN PROGRAM GERAK USAHAWAN PERINGKAT MPUD NEGERI PAHANG DI TEMERLOH.

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA DATO'MENTERI ATAS KESUNGGUHAN DATO'MENTERI UNTUK MENGANJURKAN PRORGRAM GERAK USAHAWAN DI SELURUH NEGARA YANG MAMPU MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT INGIN MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA DIKALANGAN PARA USAHAWAN KITA.

DAN PIHAK KAMI BERHARAP AGAR PERMOHONAN KAMI UTK MENJADI 'MAJALAH RASMI' PROGRAM GERAK USAHAWAN DI BERI PERTIMBANGAN OLEH PIHAK DATO'.


'PERNIAGAAN SEBAGAI PEKERJAAN'

SEKIAN TERIMAKASIH.

JEFFRI ABD MANAN.
(PEG.BAHAGIAN PEMASARAN)
MAJALAH POTENSI

shah said...

YAB Dato,
Saya adalah bakal usahawan yang sedang menunggu kelulusan pinjaman daripada pihak MARA,Saya telah membuat permohonan di bawah skim Pembangunan Usahawan Teknikal(PUTEK)saya ingin mencadangkan supaya proses kelulusan pinjaman dipendekkan kerana ia dapat mengelakkan sebarang masalah dan kerumitan kepada bakal-bakal usahawan yang baru hendak menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.Biasanya pihak MARA mengambil masa selama 3-4 bulan untuk meluluskan pemohonan,oleh itu saya amat berharap YAB Dato dapat bagi pendapat dan cadangan kepada pihak MARA supaya masalah kami iaitu bakal usahawan bumiputra dapat diselesaikan,kerana saya tahu YAB Dato adalah seorang yang amat memahami kehendak rakyat dan amat tegas didalam sesuatu hal,saya harap dapat maklumbalas daripada YAB Dato.

padah dedah said...

Mengapa Jemput Pembangkang?
Mengapa Dato' menjemput pembangkang dalam program Keusahawanan Dato?
Saudara Ann Wan Seng adalah pembangkang
Adakah Dato'Bersengkokol dengan pembangkang apabila UMNO ada masalah sekarang?

Noh bin Haji Omar said...

Trima kasih atas komen dan cadangan En.Shah. Ssaya mengambil maklum terhadap masalah yang dihadapi oleh saudara untuk mendapatkan pinjaman dari Skim Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK).Saya telah mengarahkan semua agensi termasuk MARA supaya mengikut piagam masing-masing.Sekiranya piagam pelanggan meletakkan tempoh sebulan bagi memproses kelulusan pinjaman, mereka perlu akur dengan piagam berkenaan. Saya juga telah mengarahkan semua agensi supaya dapat mempercepatkan proses permohonan dan pembayaran pinjaman kepada pemohon.

Noh bin Haji Omar said...
This comment has been removed by the author.
Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih atas keprihatinan dan maklumat yang diberikan oleh 'padah dedah'.Untuk makluman,program ini diatur oleh pihak kementerian dan saya sedang menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.Saya sangat menghargai sekiranya'padah dedah'dapat membantu dengan memberikan maklumat yang berkenaan dengan lebih lanjut.

rafi said...

asalammualaikum YB datok.saya berminat sangat utk membuka perniagaan Cyber Cafe di kampung saya.tapi masalahnya saya memerlukan modal untuk berniaga.saya memohon jasa baik YB dato' agar dapat menolong saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini.buat masa sekarang saya bekerja di UTM skudai dan andai kata perniagaan ini mendapat pertolongan dari YB saya mencadangkan agar isteri saya yg menguruskan perniagaan tersebut.saya amat2 berharap agar YB dapat menolong saya untuk memberikan pinjaman dari pihak kementerian YB dato'.akhir sekali mohon YB perkenan permintaan saya ini bagi memberi saya peluang untuk memperbaiki taraf kehidupan kami.

sekian terima kasih

mohammad rafiza othman
0137545479

amenuddin ec a.k.a amendvinfo said...

salam

dato', saya mengharapkan agar ramai lagi YB yang mengikut jejak langkah dato' dlm membantu usahawan bumiputera ini.

saya dtg utk bertemu usahawan tg karang, ttp fasiliti seperti hotel @ tmpt penginapan yang kurang, sy balik hari saja. ingat plan nak dtg sekeluarga, ttp tiada tmpt menginap...dato' bo bantu perkara ini dlm memperbykkan lg tmpt penginapan utk para pelancong yg dtg ke kaw dato'?

tq