Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, November 20, 2008

USAHAWAN TEKNO

Selamat berangkat kepada delegasi 20 orang mahasiswa UNIKL MIAT ke Jakarta, Indonesia yang terlibat dengan Program Grooming Big UniKL. Misi lawatan ini adalah untuk mencapai matlamat yang kita harapkan yakni membentuk usahawan tekno dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa.

Kementerian saya, di bawah Skim Pembangunan Usahawan-Tekno di bawah Program Grooming Big Teknoputra (PGBT) Siswa UniKL telah menyediakan geran khas sebanyak RM 1 juta setahun untuk membangunkan 1000 orang usahawan-tekno menjelang 2010. Matlamat PGBT ialah melahirkan usahawan-tekno yang benar-benar tulen dan berdaya maju serta berupaya meneruskan cabaran menjadi usahawan-tekno cemerlang.

Untuk makluman pembaca semua, Usahawan Tekno adalah usahawan yang teras perniagaan mereka adalah berintensifkan teknologi dalam industri-industri strategik seperti elektronik, automotif, penerbangan, telekomunikasi, bio-engineering, teknologi maklumat, marin, minyak dan gas&kimia. Ushawan-tekno merealisasikan aktiviti perniagaan melalui eksploitasi dan aplikasi berasaskan teknologi dan inovasi. Mereka mempunyai kesanggupan mengambil risiko menghasilkan produk atau perkhidmatan inovatif melalui proses pengkomersilan teknologi yang kompleks.

Ini merupakan salah satu usaha kita dalam memenuhi agenda utama misi nasional yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Pembangunan Usahawan. Asas kepada misi nasional pula ialah membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Saya menyeru kepada semua pihak agar turut serta dalam menjayakan misi nasional ini.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya sarankan pegawai di MECD mana rasa nak makan gaji buta baik balik kampung berniaga biar dia tau sikit betapa susahnya 'self-employed' ni. Ada kementerian yang konon ditugaskan jaga kebajikan kami tak nak buat keje. BIla kita marah baru nak terhegeh-hegeh buat keje. Membazirkan duit pembayar cukai je.

Anonymous said...

Assalaamualaikom YB Datuk,

Saya tabik atas segala usaha Datuk untuk meningkatkan kejayaan para usahawan. Namun ada satu perkara yang harus saya bawa ke pengetahuan Datuk.

Ini tentang penglibatan GLCs dan anak syarikat Kementerian dalam tender kementerian. Saya khususkan kepada Kementerian Penerangan.

Kami pengusaha kecil dan sederhana mengeloh resah kerana banyak tender-tender Kementerian Penerngan dianugerah kepada anak syarikat BERNAMA, yang mana BERNAMA itu sendiri adalah satu organisasi di bawah Kementerian Penerangan. Selain itu, Telekom Malaysia (TM) juga menyertai dalam urusan tender Kementerian Penerangan, yang mana ianya bukan tandingan kami. Kalau dulunya atas alasan untuk menyertai tender-tender besar sahaja, tetapi sekarang, kecil-besar semua masuk. Terbaru, tender dalam lingkungan RM2 juta pun masuk. Jadi, macam mana pengusaha kecil dan sederhana hendak menyainginya ?

Datuk pernah mengutarakan agar GLCs mengibaratkan mereka sebagai payung kepada pengusaha kecil dan sederhana. Tetapi jelas GLCs dalam hal ini tidak sedikit pun menghiraukan kami.

Datuk boleh tanya sendiri dengan Menteri Penerangan sudah berapa banyak anak syarikat BERNAMA dianugerahkan kontrak RTM, dan berapa pula yang masih belum siap ?

Penglibatan anak syarikat BERNAMA dalam tender Kementerian Penerangan sepatutnya tidak sah, kerana ianya melanggar beberapa ketetapan persyarikatan. Ini tidak ubah seperti apa yang dikatakan 'corporate incest' !

Saya bagi pihak yang lain-lain yang sering menyertai tender RTM/Kementerian Penerangan amatlah mengharapkan kepada Datuk untuk membawa perkara ini ketengah dan menyelesaikan demi untuk kebaikan para pengusaha kecil dan sederhana.

Wassalam dan ribuan terimakasih.

Yana@UniKL MIAT said...

Y.B. Datuk,

Saya adalah salah seorang mengiring bagi Delegasi Bakal Usahawan Tekno Bidang Penerbangan dan Aeroangkasa UniKL baru-baru ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan Y.B. Datuk dalam menjayakan misi ini. Alhamdulillah, Delegasi ini telah bertolak ke Jakarta pada 7 pg, 23 November dan selamat sampai ke tanah air pada 10.00 mlm, 27 November.

Pendedahan di IndoAerospace Expo & Forum memberikan pendedahan yang cukup banyak kepada peserta delegasi untuk melibatkan diri secara langsung dalam bidang Usahawan Tekno.

Lawatan ke Indonesian Aerospace memperlihatkan pembuatan dan pemasangan pesawat dan jentera untuk ketenteraan dan keselamatan, begitu mengujakan peserta delegasi.

ITB atau Institut Teknologi Bangung merupakan satu lagi target utama lawatan. Dengan fasiliti yang sangat terhad berbanging dengan apa yang ada di UniKL MIAT, mahasiswanya boleh pergi jauh kerana penyelidikan yang dijalankan memerlukan akreditasi daripada Industri secara langsung. Ini bermakna, kebanyakan penyelidikan yang dijalankan memberi impak secara langsung kepada perkembangan dan penambahbaikan dalam industri.

Harapan saya agar misi ini mampu mencapai objektif dan matlamat yang digariskan. Untuk adik-adik peserta delegasi bakal usahawan tekno, jangan lupa siapkan tugasan anda. Semestinya pembentangan tugasan anda nanti cukup bermakna buat mereka yang ingin bergelar usahawan tekno setelah tamat belajar nanti.

"Enriching the Aviation Career Perspective"

Nasir (BalikPulau.org) said...

Syabas Yang Berhormat Dato' kerana sendiri turut membuat liputan program-program keusahawanan anjuran & sokongan Kementerian pimpinan Dato'.

Kami harap dapat menerima kunjungan Dato' esok pagi di Balik Pulau dan Dato' bakal boleh membuat liputan program Gerak Usahawan di sini pula.

Jemputlah melawat ke Booth #10 - Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau.

Wassalam w.w.!

--
Nasir (juga anak MARA dan bekas pelatih Keusahawan Tekno anjuran MeCD/MARA)
http://kusbp.pp.my
d/a Pusat Internet Desa Balik Pulau
11000 BALIK PULAU, pp

p/s: Berbalik kepada topik "Usahawan Tekno", harap pihak Kementerian/Kerajaan lebih memantau perlaksanaan dan menganalisa program-program yang lampau, agar lebih terserlah kebersanan setiap program yang membelanjakan wang rakyat. Harap kurang program-program "hangat-hangat tahi ayam" (maaf kerana menggunakan pepatah Melayu yang kurang sedap didengar ini) tapi itulah realiti banyak program-program pembangunan keusahawanan khususnya keusahawanan tekno (technopreneur). Sebagai bekas pelatih atau peserta beberapa program anjuran MARA/MeCD, saya dapat perhatikan banyak yang perlu diperbaiki di segi pelan dan perlaksanaan agar para pelatih/peserta tidak menjadi "guinea pigs" (bahan eksperimen) saja.

Teruskan usaha cemerlang Dato'...

Faizal Zakaria's Blog said...

perniagaan bermula dari rumah :-)

















Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

IM Management & Services said...

Salam Dato'
Ucapan terima kasih diatas pemberian permit individu teksi yang akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi.

Sebagai menyahut seruan Dato' kami ingin menjadikan perkhidmatan teksi di M'sia amnya dan di Johor Bahru khususnya (Iskandar M'sia)menjadi lebih profesional dan dengan itu kami menyediakan blog komen khas dari pemandu teksi bandaraya JB untuk menerima tempahan dalam talian.

Dibawah ini adalah blog teksi kami

http://iskandarmalaysia.blogspot.com

OgheKelate said...

YB Dato',

saya ingin memaklumkan kepada YB Dato' bahawa telah wujud satu program kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dinamakan Sarjana Keusahawanan IT (SKIT) di mana kini telah masuk batch yang ketujuh.

Ia satu-satunya program peringkat Sarjana yang memfokus kepada Keusahawanan dan IT dan patut dibanggakan kerana berada di bawah kementerian YB Dato'.

Akan tetapi, hampir 90% daripada keluaran SKIT ini kembali kerja 'makan gaji' disebabkan beberapa faktor yang pada hemat saya memang boleh diatasi. Di antaranya, yang pertama ialah pemberian pinjaman secara mudah tanpa saluran biasa kerana bekasan SKIT ini telah melalui peringkat temuduga yang ketat serta pengajian yang boleh dikatakan hampir sempurna ke arah menjadi seorang usahawan. Keduanya, pemantauan berterusan sebaik sahaja tamat pengajian 2 tahun dan bukannya dengan menghantar surat meminta bayaran balik apabila mereka tamat pengajian.

Untuk makluman YB Dato' juga bahawa bekasan SKIT itu semuanya mempunyai hati dan semangat usahawan. Akan tetapi, tanpa modal permulaan yang cukup dan pemantauan berterusan, program yang begitu cantik itu tidak akan ke mana perginya.

Oleh yang demikian, harapan saya ialah YB Dato' dapat meminta agensi di bawah kementerian YB Dato' untuk membuat 'follow up' terhadap apa yang saya tuliskan ini.

Semoga YB Dato' dirahmatiNya sentiasa.

Wassalam.

Bapa Usahawan

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Assalam alaikum wbt

Dato yang dihormati dan dirahmati Allah.

Saya ucapkan tahniah atas usaha Dato' dalam memenuhi tanggungjawab yang bukan begitu kecil dalam kementerian ini, iaitu penghasilan usahawan yang dapat survival dalam membina bisnes mereka.

Dato,

Saya mencadangkan agar kementerian juga meningkatkan daya bagi memberi pengetahuan yang secukupnya mengenai dunia internet kepada peniaga-peniaga kecil.

Lebih

Namun begitu kesukaran untuk mengetahui kewujudan mereka dalam internet adalah satu kerugiaan kepada potensi bisnes mereka.

Sehingga 31 Disember 2007, sejumlah 3,506,539 didaftarkan melalui SSM. Tetapi daripada jumlah besar itu, sukar untuk mendapatkan maklumat mereka di Internet.

Ini berikutan ketiadaan laman web atau sekurang-kurangnya laman web mini untuk promosi bisnes secara online dan offline.

Dato yang dihormati,

Izinkan saya berkongsi maklumat ini, pemilik bisnes kecil di Malaysia hilang 84% pelanggan setiap hari"

Ya, ia sedang berlaku. Berbeza dahulu, hari ini dan setiap hari pelanggan mula menjadikan internet sebagai tempat pertama mencari produk dan perkhidmatan.

Pelanggan berumur 20-39 tahun dikategorikan sebagai pengguna internet aktif.

Mereka adalah golongan teramai membeli daripada peniaga dalam internet. Mereka kehilangan mereka setiap hari kepada peniaga lain.

Pelanggan hari ini memberitahu dua perkara PENTING ini

Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum pelanggan membeli di kedai berhampiran.

Pelanggan tidak akan ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu.

Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku.

Berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 46 peratus sehingga 236 peratus.

Kaji selidik kami ke atas Lelong.com.my mengesahkan penemuan ini.

Laman web Lelong dilawati 100,000 pengunjung sehari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun.

Saya ingin mencadangkan kementerian menggunapakai kaedah ini bagi memberi kesedaran tentang pemasaran internet.

Pertama, wujudkan ruangkan dalam akhbar artikel mingguan bagaimana peniaga kecil dapat memasarkan perniagaan melalui internet. Langkah demi langkah.

Kedua, sebahagian modul pembinaan usahawan juga dimasukkan juga modul membina laman web dan pemasaran web untuk usahawan kecil.

Ketiga, promosi dalam bentuk direktori bercetak dan online kepada usahawan yang mempunyai laman web dan web mini dalam mempromosi perniagaan mereka.

Dari peringkat saya selaku orang muda yang mahu melihat ramai peniaga kecil mempunyai paling kurang laman web mini, saya dan beberapa rakan lain bekerjasama menganjurkan program berikut.

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009
Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur
7 Febuari 2009 (Sabtu)
9.30 pagi – 5.00 petang

Laman web: http://www.kursusperniagaan.com

Kami mensasarkan 800 usahawan kecil mempunyai laman web mini untuk mereka survival dalam kegawatan ini.

Saya adalah salah seorang peniaga kecil yang bereksperimen dengan dunai internet dan mendapat cara bagaimana ia dapat membantu usahawan kita.

Apa yang dapat kami tawarkan kepada peniaga kecil adalah merendahkan kos seminar serendah boleh agar sasaran ini tercapai.

Dato yang dihormati,

Kami sudah menghantar e-mel kepada Pengarah dan bahagian latihan usahawan di setiap agensi MECD untuk membantu kami menguar-uarkan maklumat ini kepada para usahawan yang bernaung di bawah MECD.

Setakat ini masih belum mendapat respon sehingga ke hari ini. Insya Allah saya yakin keputusan yang positif daripada pihak kementerian.

Kami juga sedang berusaha menyiapkan sebuah buku pemasaran internet untuk bisnes kecil. Moga-moga ia dapat membantu seluruh peniaga kecil.

Tahun 2009 dilihat sebagai tahun pemasaran dalam internet dalam ramalan majalah-majalah antarabangsa seperti Entrepreneur dan Marketing. Maka, kami mengambil keputusan berkongsi kepada peniaga-peniaga kecil Malaysia mengenai apa yang kami tahu untuk membantu mereka.

Cumanya, hebahan kami tidak mampu mencakupi media massa jika tanpa dukungan MECD dan Dato'

Selain daripada usahawan tekno, usahawan internet juga satu dunia baru yang perlu diterokai dan difahami oleh pihak MECD.

Sebenarnya ada kelompok usahawan muda yang bergerak bersendirian dan sokongan pihak MECD dapat menaikkan mereka dan industri pemasaran dan perniagaan melalui internet.

Sebagai contoh, usaha kumpulan anak muda di Majalah IM, majalah siber pertama usahawan internet Malaysia diusahakan sesama mereka. Mereka adalah penaja kami bagi membantu menguar-uarkan program pertama di Malaysia inspirasi kumpulan anak muda.

Keusahawan internet adalah satu bidang yang mesti difahami dan dibukakan jalannya.

Terima kasih atas bantuan Dato; untuk sokongan dan hebahan massa baik dalam akhbar, radio dan laman web untuk www.kursusperniagaan.com bagi Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil 2009

Terima kasih


ZAMRI MOHAMAD
Pengasas bersama Kursus Perniagaan.comhttp://www.kursusperniagaan.com