Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, July 29, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

Salam buat bloggers di luar sana..terima kasih kerana sudi melayari blog saya..ini respon saya kepada komen-komen anda..
1) niezearm said :
Hebat tak kereta Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Aku ada comment di blog Dato' Noh Omar tapi tak dipaparkan. Soalan aku simple je. Kononnya kerajaan sekarang sedang berjimat (tak ada duit), dari mana dapat peruntukan untuk beli kereta ni? Setahu aku kereta rasmi kerajaan disewa dari Spenco. Itu pun kereta Proton Perdana...

Kepada saudara niezearm : Hasil siasatan pegawai saya, kereta ini bukanlah milik Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi...Ia adalah kereta yg ditaja oleh individu sebagai usaha membantu pihak kementerian untuk mempromosi Program Gerak Usahawan yg sedang giat dijalankan di seluruh negara. Terima kasih atas keprihatinan saudara.

2) Toh Puan D Heryati Tun Ghafar Baba said :
.........SAYA TERPAKSA MEMBAYAR SEWA BULANAN SEHINGGA BULAN OGOS 2008 (3 BULAN) DARI WANG BUKAN DARI SUMBER PERNIAGAAN. UNTUK MENGELAK DARIPADA SAYA TERTIPU TERUS, MAKA SAYA PERLU TAMBAHAN MODAL RM1,500,000.00 DAN MEMBAYAR SEMUA HUTANG SYARIKAT YANG TERTUNGGAK KEPADA PEMBEKAL DAN KONTRAKTOR.MINTA TOLONG DATO, KERTAS CDGN AKAN SAYA KEMUKAKAN KEPADA YB DATO. (untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Kepada Puan D Heryati : Saya ambil maklum masalah yg dihadapi puan dan telah mengarahkan 'flying squad' mengambil tindakan terhadap perkara ini. Mohon kerjasama puan agar dapat meninggalkan no untuk dihubungi di email saya : nohomar@mecd.gov.my dgn kadar segera.

3) sharif said :
Saya harap Dato' boleh turun ke kawasan Bukit Sentosa Seksyen BS 8, untuk tengok betapa susahnya warga emas & pencen, kaum ibu yang tidak mempunyai kenderaan nak keluar ke bandar Bkt Sentosa, Rawang, Kuala Kubu Baru......(Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Kepada saudara sharif : Saya telah pun mengarahkan pihak LPKP untuk memberi kelulusan kpd permohonan perkhidmatan penduduk di taman-taman perumahan dan di kawasan luar bandar. Sekiranya ada syarikat atau individu di kawasan saudara yang berminat untuk mengadakan perkhidmatan bas mini atau feeder bus ini,bolehlah memohon permit dari pihak LPKP.

15 comments:

iq2020 said...

Salam bahagia,

Bagaimana dengan komen mengenai UDA. Rintihan dan keluhan peniaga bumiputera di bangunan milik UDA di Utusan Malaysia. Adakah dato` sudah menyiasat dan melakukan pemeriksaan terhadap mereka ini.

Bagaimana tindakan LPKP, JPJ, DBKL,Imgresen,PDRM terhadap ulat2 di hentian2 bas di seluruh negara. Masih tiada apa2 tindakan, malah ulat semakin berani dan buat seperti tiada apa2 yang berlaku.

Bagaimana peniaga yang membuat pinjaman di BANK SME yang terpaksa memberi komisen kepada kakitangan bank yang meminta upah sebab tolong buatkan pinjaman. Ini bukan perkara baru tetapi dah jadi barah dalam Bank SME.

Bagaimana kursus2 dan seminar yang disertai bakal usahawan dapat membantu mereka menjayakan perniagaan mereka. Tatkala kebanyakan kursus ini seperti melepaskan batuk ditangga dan buat syarat sahaja. Lepas kursus takde apa. Cuba dato` tanya kepada perserta2 kursus yang hadir apa mereka dapat selepas kursus atau seminar dan perlaksanaannya untuk membantu mereka. Penyelesaian? Buntu? Membantu? Fedup? 2x5?.

Harap dato` memberi komen sedikit mengenai apa yang dinyatakan disini. Rata2 ramai kawan bloggers kita ingin dato` memberi komen tentang isu2 yang diutarakan ini. Dan harap dijalankan siatan.

P/S: Disebalik kes Exco Trengganu nak pakai merc. Timbul pula isu kenapa penyelenggaraan perdana terlampau tinggi. Apa yang berlaku sebenarnya??? penyelewangan, Makan duit komisen atau sapu habis??. Apakah disebalik rasional isu itu berbangkit. Harap dato boleh adaptasikan apa yang berlaku di Trengganu dato buat di MECD & agensinya. Mungkin banyak pendedahah dato` akan tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Anonymous said...

A'kum Dato..

Sy anak jati Kuala Selangor yg telah membuka perniagaan aksesori wanita yg selama ini dipelopori oleh bukan bumiputera.Untuk pengetahuan Dato sy ingin membuat pusingan modal untuk membesarkan lagi perniagaan sy.Masalah yg timbul ialah sy tidak boleh lagi membuat pinjaman kewangan daripada syarikat kewangan kerana ada masalah blacklist kerana pinjaman kenderaan.Bolehkah sy tau apa pinjaman yg boleh sy buat dibawah kementerian Dato untuk sy membesarkan lagi perniagaan sy.Sy berharap Dato dapat membantu sy bagi menyelesaikan masalah sy ini agar cita2 sy untuk menjadi pelopor perniagaan yg selama ini dimonopoli oleh bkn bumiputera tercapai. Terima kasih..afzan_27@yahoo.com.my

tehoais1 said...

Dato',

Saya salah seorang dari peserta program PHASER. FYI, program ni dah lama berkubur dan tidak berjaya (gagal). Pihak MECD sendiri mengakui bahawa byk kelemahan di pihak MECD dan PRIMA (pengelola) sendiri. Jadi, mengapa peserta-peserta PHASER pula yg perlu dipertanggungjawabkan diatas kelemahan-kelemahan ini dgn tanggungan hutang MARA? Mengapa pihak MECD hanya lepas tangan? begitu mudah bg pihak MECD menganjurkan sesuatu program tanpa membuat perancangan yang teliti dan menilai keberkesanan perlaksanaannya dan akhirnya peserta-peserta ANAK MELAYU yang menjadi mangsa sebagai kambing hitam dan bahan kajian? Tolong lah Dato'.. selesaikan masalah pinjaman MARA ini. cuba Dato' berada ditempat kami.. terpaksa membayar hutang2 yg bukan disebabkan oleh kesilapan & kelemahan org lain. Dato' pun sendiri akan MARAH!!!

Aita Tahir said...

Assalamualaikum Dato',

I am impressed with your effort and commitment towards the development in entrepreneurship in this country.

I'd like to suggest that all new adn existing entrepreneurs should be provided with the knowledge or awareness in safety and health at workplace in what ever business they are dealing with.

For you info, relevant information about ensuring safety, health adn welfare of workers and olther person at work can be obtain from Dept. of Occupational safety and Health(DOSH), Ministry of Human Resources.

This is a good start towards the betterment of Malaysia entrepreneurs that can contribute to less workplace accidents in future.

Thank you.

mamabohsan@yahoo.com said...

Assalamualaikum Yg. Berhormat Dato', Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Syabas atas pentadbiran yg diterajui Dato' iaitu sbg MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI.
Saya begitu bersemangat utk meneruskan kerjaya Usahawan atas nasihat yg Dato' berikan dlm rancangan 'Bersama Menteri' di TV1 yg lalu. Saya adalah lepasan Giatmara dan bekas peserta PUTEK dalam Bidang Teknologi Maklumat (IT). Untuk pengetahuan pihak Dato', saya telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan ICT hampir 8 tahun dan merupakan peminjam MARA.Saya telah mengalami kegagalan beberapa tahun yang lepas berpunca daripada persaingan, kerosakan barang komputer akibat bencana alam (ribut) dan premis yg tidak begitu strategik. Kini, saya kembali membangunkan kembali perniagaan saya demi masa depan saya dan keluarga. Kegagalan dalam membuat pembayaran pinjaman MARA sedikit sebanyak memberi tekanan kerana dalam perhatian Mahkamah. Bukan saya tidak ingin membayar baki bayaran dlm lingkungan RM10,000..tetapi saya cuba sedaya upaya membayar sedikit-demi sedikit dari hasil perniagaan agar tindakan terhadap saya digugurkan...Disini saya ingin bertanyakan pendapat Dato' dalam kemusykilan yang berlaku...Saya rasa Dato' dapat membantu saya dalam soal usahawan yang bermasalah seperti saya ini...

Sebelum ini, saya memohon Geran projek Pembasmian Kemiskinan Untuk Program Usahawan Teknikal Lepasan Giatmara. Tetapi, jawapannya mendukacitakan dgn memberikan alasan bahawa saya adalah peminjam MARA yg gagal menjelaskan baki sedia ada dan kini dalam tindakan.Kemudian saya cuba membuat rayuan, tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan.Disini saya ingin bertanya Adakah saya ini bukan tergolong dalam golongan yang layak menerima . Jika boleh saya bukanlah ingin meminta, tetapi saya rasa dengan adanya bantuan ini, dapatlah sekurang²nya membantu saya dalam memulihkan perniagaan. Saya ingin berjaya dan memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan seperti MOTTO MARA. Aktiviti perniagaan saya bukan sekadar berasaskan keuntungan, tetapi dlm usaha membantu masyarakat setempat yg majoritinya berbangsa Melayu dlm pelbagai program yang melibatkan penggunaan komputer. Saya berharap sangat agar Dato' dpt memberi sebarang pandangan / pendapat yg sekurangnya dapat membantu dlm menghadapi kerumitan ini. Terima kasih atas kerjasama dan Keprihatinan yg pihak Dato' berikan. Wasalam

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih kepada mamabohsan...

Saya amat memahami masalah yg dihadapi oleh mamabohsan dan rakan-rakan usahawan lain yg gagal bukan kerana masalah silap pengurusan tetapi atas sebab lain di luar jangkaan. Maka kerana itu sebelum ini saya telah meminta supaya agensi-agensi MECD memberi peluang kedua kpd usahawan yg mengalami kesulitan sepertimana yg berlaku kpd mamabohsan.

Saya nasihatkan kpd mamabohsan agar tidak berputus asa dan berusaha untuk dptkan pinjaman peluang kedua drpd agensi di bawah MECD.

Anonymous said...

Salam buat dato

saya hafiz dari batu pahat, johor. saya merupakan kakitangan kerajaan dan sedang mengusahakan satu projek secara komersial iaitu projek cili padi. Untuk makluman dato, projek ini telah saya usahakan melewati 6 bulan dan saya telah mengeluarkan banyak modal. Saya ingin memohon bantuan modal dari MECd yang diterajui dato menerusi pinjaman perniagaan kakitangan kerajaan. saya rasa ini sahaja usaha yang dapat saya teruskan bagi memajukan lagi bidang pertanian bagi menambah pendapatan keluarga. HArapan saya dato dapat memberi sedikit pendangan demi memajukan industri pertanian ini.

sekian, terima kasih

hafiz zakaria
0137783381

Anonymous said...

salam dato'
sy student uitm kelantan dan juga ahli mecd di sini..
byk program yg dianjurkan oleh kementerian dato di sini..
para pelajar seakan berminat untuk menceburi bidang perniagaan..
bila dato ingin kesini untuk menberi semangat kepada semua pelajar disini..kami semua menanti kehadiran dato..
saya boleh beri jaminan kepada dato..
pihak uitm kelantan akan menyambut kehadiran dato dgn hati terbuka..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' Sri.
Saya ada perkara yang ingin diketengahkan disini. Saya adalah salah seorang ibu tunggal yang amat berminat dalam bidang keusahawanan. Ibu bapa saya adalah peniaga kuih-muih di pasar malam semenjak 20thn yang dulu namun langsung tidak diberi peluang untuk membesarkan peniagaan. Oleh kerana dibesarkan dalam keluarga yang berniaga, saya bercita-cita mengambil alih perniagaan tersebut tetapi terlalu banyak masalah dan halangan. Sebagai org Islam saya terpanggil utk membantu menghasilkan bahan serta makanan bersih, suci lagi halal berlandaskan hukum syarak. Syarikat telah didaftarkan sejak tahun lps namun saya menghadapi masalah kewangan utk membuka akaun malah saya langsung tidak menjalankan perniagaan akibat tiada sumber kewangan. Saya pernah ke TEKUN mendapatkan khidmat nasihat tp amat menghampakan. Macam2 karenah...Pegawai tu ckp 'Nak seribu pun 2bln nak 50ribu pun 2bln. Saya cuma nak pinjam RM3k-RM5k je bkn byk pun. Selain dari Tekun, saya pernah ke CGC dan SME bank tp mmg menghampakan.
Nak sewa kedai Majlis Perbandaran pun sama juga...bayangkan 10 buah kedai yang ada hanya 5 kedai saja yang buka tp bila saya tanya pegawai perbandaran tu dia jawab tinggal 1 je yg kosong tu pun kena tggu interview, belum tentu dapat.
Saya bercita-cita besar untuk buka IKS dalam perusahan makanan seperti Pembuatan Nugget Ayam, Bebola Daging serta Paste Roti John Ayam dan Daging. Saya nak buat konsep macam Hotdog 1901 dan menggunakan Jenama MEM's Roti John. Buat masa sekarang saya menggunakan duit yang ada untuk membuat dan menjual Paste Roti John kepada Peniaga2 Burger sekitar. Soalan saya :-
1)Mengapa terlalu banyak karenah birokrasi perlu dilalui jika sumber kewangan tersebut bertujuan utk membantu usahawan?
2)Apakah cara lain untuk saya dapatkan bantuan bg mengembangkan perniagaan sekarang?
Saya amat berharap agar ada yg sudi membantu merealisasikan impian saya.
Sekian, terima kasih.

Dari,
Sha007

Noh bin Haji Omar said...

Salam buat saudara iq2020,

1)saya telahpun mengarahkan UDA untuk memantau kemelut yg berlaku dikompleks-kompleks perniagaan milik UDA dan melaksanakan visi dan misi penubuhan UDA iaitu membela dan membantu masyarakat bumiputera dibandar.

2)Mengenai ulat bas,kita sentiasa memantau dan mengadakan operasi di semua hentian bas diseluruh negara dari masa ke semasa.Sila baca detail artikel saya diblog ini mengenai langkah menangani isu 'ulat bas'.

3)Mengenai SME bank,saya sudahpun mengarahkan pegawai saya menyiasat dan mohon kerjasama iq2020 sekiranya dpt memberi maklumat lebih detail berkenaan dgn isu ini.

4)Mengenai kursus2 dan seminar keusahawan pula,saya telah mengarahkan pihak INSKEN untuk melihat balik modul kursus yg digunakan dan baru-baru ini mereka telahpun mengadakan satu bengkel modul baru bagi menambahbaik modul yg sedia ada.Harap dgn terlaksananya modul baru pada bulan ogos ini, akan memberi lebih byk manfaat kpd peserta.

Noh bin Haji Omar said...

Salam dan terima kasih saya ucapkan kepada tehoais1 yg telah melayari blog saya.

saya faham dgn situasi yg saudara hadapi sekarang.Mengenai dengan program PHASER ini,saya telahpn mengarahkan pegawai saya mengadakan pertemuan dgn peserta program yg terlibat.Saya tidak pasti samada saudara mengambil maklum atau tidak mengenai pertemuan ini.

Hasil dari pertemuan itu,kita telah berbincang dipihak kementerian utk mencari penyelesaian yg bijak berdasarkan situasi dan masalah yg telah dikemukakan oleh peserta sewaktu pertemuan tersebut.InsyaAllah, kemelut ini akn dpt diselesaikn dlm sedikit masa lagi.Harap Tehoais1 dapat bersabar...

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih kepada aita tahir, hafiz dan anonymous uitm yg krn sudi melayari blog saya dan meninggalkan komen di sini..

saudari aita tahir,
terima kasih atas sokongan dan cadangan anda.Idea yg menarik untuk saya bincangkn dalam mesyuarat kementerian nanti..harap saudari tidak jemu memberi lbh byk idea2 pd masa akan dtg di blog ini utk dikongsi bersama..tq.

saudara hafiz,
syabas di atas usaha anda mengusahakan tanaman cili padi itu.Bagi membantu perniagaan ni, saudara boleh membuat pinjaman dari agensi-agensi di bawah kementerian saya iaitu TEKUN, MARA atau Bank Rakyat.Selamat maju jaya.

Kepada anonymous dari UITM..
saya gembira apabila mendapati semakin ramai graduan-graduan kita yg berminat menceburi bidang keusahawanan dan menjadikn ia sebagai kerjaya.InsyaAllah saya akan memenuhi undangan sekiranya terdapat jemputan ke program keusahawanan di uitm itu nanti..

ayah said...

Dato, memandangkan penduduk yang semakin bertambah di Bukit Beruntung dan ramai diantara kami yang bekerja di Kuala Lumpur, boleh tak Dato cadangkan pada pihak pengusaha bas untuk menambah jumlah bas atau diadakan bas yang bergerak terus dari bukit beruntung ke kl dan sebaliknya menggunakan lebuhraya. Dengan harga minyak yang tinggi, hampir 80 peratus gaji bulanan habis utk tol dan minyak kereta. Dgn adanya perkhidmatan bas express ini, dpt mengurangkan beban kami.

PS: blh guna model yang diguna bas yg berulang alik dari kl-seremban-kl

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'
Tahniah kepada Dato' kerana ada blog yang amat bagus bagi kami semua mengutarakan cadangan dan masalah.

kami telah membina laman web berorentasikan jualan. Kami menjemput semua peniaga-peniaga bumiputera supaya memperluaskan perniagaan melalui web. Perniagaan melalui web ini amat berkesan dan pasaran amat besar dimana skop perniagaan kita meliputi satu malaysia. Berikut adalah alamat bagi laman web www.teratakniaga.com/forum.
Sambutan bagi laman web ini amat menggalakkan, cuma sekarang saya ingin menjemput lebih ramai lagi ikut serta menjalankan pelbagai jenis perniagaan terutama industri kecil supaya produk mereka boleh dipasarkan keseluruh negara. Oleh itu saya mohon jasa baik dato' supaya menyokong usaha saya bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga mempromosikan produk beliau. Bagi pihak kami pula ingin khidmat nasihat cara nak mempromosikan supaya lebih ramai pengunjung mengunjungi laman web kami dengan secara tidak langsung akan memberi impak kepada peniaga-peniaga. Sebagai contoh boleh mempromosi laman web ini melalui radio ataupun stesen TV tempatan.

Sekian terima kasih
0193634776 - admin teratakniaga.com

Anonymous said...

salam YB dato' sri,

saya mokhtar salah seorang peserta penternak ikan keli anjuran kerjasama dengan syarikat yang dilantik oleh TEKUN nasional sebagai rakan niaga.

untuk pengetahuan dato' seramai 23 peserta terlibat dalam projek ini, projek ini dijalankan secara berkelompok di satu kawasan yang telah disewakan oleh peserta. setiap peserta dibekalkan dengan 6 biji kanvas, 20,000 ekor benih ikan, 35 bag makanan bagi semusim ternakan, oleh yang demikian pusat ternakan ini mempunyai 138 biji kanvas dengan kiraan kasarnya boleh mengeluarkan 15-20tan sebulan ikan keli.

kalau dibayangkan projek sebegini besar boleh membanggakan warga peserta dan penduduk tempatan tetapi langit bukan selalu cerah, syarikat yang dilantik sebagai rakan niaga kepada TEKUN nasional ini tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pembantu kepada peserta dan pengusaha.

YB dato sri,
sekarang pusat ternakan ini telah mengalami kegagalan dan kemungkinan akan menyebabkan semua peserta tidak dapat membayar pinjaman TEKUN nasional sekiranya tidak ada pihak yang boleh membantu memulihkan pusat ini.

oleh yang demikian satu kertas cadangan bagi mendapatkan dana sebanyak 350,000 telah saya sediakan untuk memulihkan pusat ini daripada terus mengalami kegagalan dan boleh membantu semua peserta membanyar kembali pinjaman mereka.

harap dato' sri dapat memberikan sebarang komen atau nasihat cara bagaimana saya dan peserta yang lain dapat memulihkan pusat ini

daripada: simpang tiga sri muda