Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, December 26, 2008

UNIVERSITI MALAYSIA JEPUN (MAJU)

Suka saya kongsi berita gembira dengan bloggers di sini bahawa baru-baru ini, Kabinet telah bersetuju menubuhkan sebuah lagi universiti swasta di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dikenali sebagai Universiti Malaysia Jepun (Maju) dan akan memulakan sesi pengajian pada Julai 2009. Buat permulaan universiti ini akan menggunakan kampus Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Branang, Selangor sebagai pusat pengajiannya dengan pengambilan pertama seramai 70 pelajar lepasan STPM.

Sebenarnya,penubuhan universiti ini dirancang sejak tahun 2001 lagi dan melibatkan kerjasama kerajaan Jepun sehubungan itu, kerajaan Jepun melalui syarikat swastanya di negara ini akan menyediakan peralatan pembelajaran, selain membekalkan 15 orang profesor sebagai tenaga pengajar di universiti itu nanti. Dari segi sistem pendidikannya pula adalah 100 peratus mengikut sistem teknologi Jepun.

Besarlah harapan saya agar dengan tertubuhnya universiti yang kedua di bawah MARA ini iaitu selepas UNIKL, akan lebih ramai lagi anak-anak kita terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar mendapat peluang pendidikan yang lebih baik seterusnya menjadi masyarakat penyumbang ke arah kebaikkan kepada agama, bangsa dan negara. Kita juga sedang berusaha untuk menaik taraf GMI agar menjadi sebuah lagi intitusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti di Malaysia. InsyaAllah...

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato'...

ini adalah email saya kepada mereka yang berkenaan pada 8/1/2009

email kepada : 'mailbox@tekun.gov.my'; 'suhairul@tekun.gov.my'; 'rukemi@tekun.gov.my'; 'rahimhassan@tekun.gov.my'; 'omar@tekun.gov.my'

Assalamualaikum

Tuan / puan,

Merujuk kepada permohonan pinjaman saya, No. Rujukan : 02111120084266. Telah dimaklumkan kepada saya bahawa pinjaman saya tersebut telah diluluskan pada tarikh 19 Disember 2008 yang lalu. Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kelulusan tersebut. Namun begitu, hingga tarikh 08 Januari 2009 saya masih lagi belum menerima pembayaran tersebut sedangkan mengikut PIAGAM PELANGGAN TEKUN sendiri iaitu memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.

Malah jika hendak dikirakan bahawa untuk memperolehi kelulusan pun telah mengambil masa hampir 3 bulan iaitu bermula daripada tarikh saya menghantar borang ke pejabat kawasan lagi iaitu pada pertengahan September 2008 (pertengahan Ramadhan). Saya memahami bahawa banyak proses yang terlibat yang memerlukan penelitian, tetapi setelah kelulusan dikeluarkan pun masih berlaku kelewatan yang saya boleh menyebabkan saya kerugian puluhan ribu ringgit kerana tanaman saya memerlukan perbelanjaan pada kadar segera.

Oleh yang demikian, saya memohon supaya pembayaran tersebut disegerakan. Jika tidak, apa yang sering yang diperkatakan oleh Y.B. Dato' Haji Noh bin Omar dalam agenda beliau dalam pembangunan usahawan adalah menjadi sia-sia.

http://nohomar.blogspot.com/



...............................................
Zulkifli bin Hamzah

harap tindakan daripada Dato'

terima kasih.

ibnu marzuki al firdaus said...

TAHNIAH! TAPI NAPE 70 ORG JE? PENGAMBILAN DARI STPM JE? X PERNAH PUN DGR ADA IKLAN PSL PENGAMBILAN INI!

Anonymous said...

Memang Bagus bila banyak Universiti. Tetapi KUALITI perlu TETAP dijaga.

Harapan saya, Universiti ini dikawal mutunya dan dibawah pentadbiran yang baik oleh RAKYAT MALAYSIA.

Saya tak mau Universiti ini nanti jadi seperti KILANG-KILANG Jepun di sini. Al-Maklum orang Jepun ni beranggapan mereka adalah TERBAIK di ASIA ini dan memperlekehkan kemampuan kita.

Mat Sempoi,
p.s. pernah jadik Balaci Jepun.

puteri said...

Askm YB,

Merujuk kepada serbuan Kotaqwa pada 16hb Dis, 2008 yang lepas, saya dan juga ahli Kotaqwa yang lain memohon jasa baik YB untuk campur tangan dan berusaha keras untuk memulangkan semula modal pelaburan ahli Kotaqwa.

Mungkin ada antara ahli Kotaqwa diberhentikan kerja dalam kegawatan ekonomi sekarang. Jadi, amat menaruh harapan agar modal pelaburan mereka dipulangkan.

Sekali lagi, jasa YB dan pihak SKM amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Puteri Johor.