Minggu lepas, saya telah diminta untuk merasmikan Persidangan Pengurus-Pengurus Bank Rakyat seluruh negara di Kota Bharu, Kelantan. Seramai lebih kurang 300 orang pengurus Bank Rakyat menghadiri persidangan itu.
Kita sedia maklum bahawa Bank Rakyat adalah bank koperasi yang berjaya bukan sahaja di negara ini bahkan juga di rantau asia tenggara dan dijangka akan memperolehi keuntungan melebihi RM 1 billion pada tahun ini. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sektor koperasi negara. Lebih-lebih lagi bank ini 100% diurus tadbirkan oleh Bumiputera. Ini sekaligus membuktikan kaum Bumiputera sebenarnya mempunyai keupayaan untuk menjayakan apa jua jenis perniagaan.
Pada majlis tersebut, saya telah mencadangkan Bank Rakyat agar dapat mewujudkan satu Skim Gadaian Tani. Skim ini membolehkan para petani menggadaikan hasil taninya kepada pihak Bank Rakyat untuk mendapatkan modal bagi membeli keperluan tanaman seperti baja dan lain-lain. Pada ketika ini Bank Rakyat telah berjaya melaksanakan Skim Ar-Rahnu (Skim Pajak-Gadai Islam), saya percaya cadangan skim Gadaian Tani ini boleh juga dilaksanakan oleh Bank Rakyat bagi membantu para petani kita seterusnya merancakkan lagi pembangunan sektor pertanian negara.
4 comments:
assalamualaikum
Dato Noh,
saya ingin bertanya , jika kita ingin buat MOU dengan syarikat luar negera berkenaan dengan bisnes lintah atau ape saje .
bagaimana kita boleh dpt contact dengan mereka .
saya berminat ingin pasarkan bisnes lintah ke timur tengah .
Jujun
To' Noh, cadangan adakan skim gadaian hasil tani amat menarik dan saya percaya mampu dilaksanakan oleh institusi perbankan dan kewangan negara lebih-lebih lagi Agro Bank dan bank-bank di bawah MECD. Bagaimanapun mekanisma pelaksanaannya perlu betul agar idea yang baik dapat dilaksanakan dengan betul.
T.k
Saudara fuad..
Salam..terima kasih kepada saudara fuad krn sudi melayari blog saya. Berkenaan dengan hasrat saudara, bolehlah berbincang dgn para pegawai di MATRADE ataupun berjumpa dengan mana-mana kedutaan asing di negara di mana mereka mempunyai pegawai dagangan masing2 yang boleh membantu.
Selamat menjadi usahawan glokal.Syabas!
Saudara Jujun,
Terima kasih di atas sokongan saudara..Sama-samalah kita merealisasikannya..
Dato'noh,
Saya harap mekanisma pelaksanaan Skim Gadaian Tani dapat di laksanakan.Agak susah bagi petani dengan kenaikan harga input pertanian yang melambung,namun harga jualan produk pertanian masih di tahap yang lama.
sekian.
www.zoomstreamyx.com
Post a Comment