Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, December 8, 2008

SALAM AIDIL ADHA...

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada bloggers dan juga semua yang telah sudi melayari dan sama-sama mengambil bahagian di blog ini. Harapan saya agar anda semua akan terus memberi sokongan kepada blog ini.

Semoga keikhlasan Nabi Ismail A.S dan ketaqwaan Nabi Ibrahim A.S menjadi iktibar untuk kita semua meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta.

Salam Aidil Adha...

11 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Korban Datuk..

KJ Premier Excell said...

Per : PENGUSAHA IKS TERANIAYA
– HUTANG TERTUNGGAK RM12,000 OLEH MTB ONE EXPRESS

Assalamualaikum YB Datuk,

Merujuk kepada perkara di atas, ingin saya menarik perhatian pihak YB Datuk mengenai perkara tesebut.

Saya adalah merupakan seorang pengusaha IKS yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Syarikat saya telah memulakan operasi pada awal Januari 2008. Perniagaan yang dijalankan adalah dari hasil modal sendiri serta mendapat pinjaman dari pihak Tekun.

Pada sekitar bulan Mei 2008, saya telah menyertai program Peluang Perniagaan & Usahasama Pelaburan yang telah dianjurkan oleh pihak MECD. Allhamdullilah melalui program itu, syarikat saya telah mendapat tawaran untuk membekalkan produk kami kepada syarikat ZAMCORP NIAGA SDN BHD. Melalui perbincangan yang telah dijalankan, kami dikehendaki menbekalkan produk kami kepada rangkaian kedai MTB One Express (dahulu dikenali sebagai KIOSK). Ianya mempunyai sebanyak 31 buah cawangan di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Kajang. Pihak kami juga bersetuju untuk memberi kredit kepada MTB One Express ini selama 30hari – 45 hari seperti yang dinyatakan di dalam borang pendaftaran pembekal. Pihak ZAMCORP NIAGA SDN BHD juga ada menyatakan hasrat mereka untuk membantu pengusaha-pengusaha IKS di dalam memasarkan produk mereka. Penghantaran produk kami telah bermula pada akhir June 2008.

YB Datuk, tidak dapat dinafikan, melalui peluang yang ada, syarikat saya telah dapat meningkatkan hasil jualan kami sehingga ke 50% jika dibandingkan dengan jualan sebelum ini. Memandangkan produktiviti yang meningkat, ini secara tidak langsung telah menyebabkan saya terpaksa menambahkan modal bagi memenuhi permintaan pasaran.

Seperti yang dijanjikan dan dipersetujui, pihak kami telah membuat tuntutan bayaran melalui invois-invois yang telah dihantarkan kepada pihak ZAMCORP NIAGA SDN BHD. Namun demikian setelah 6 bulan berlalu, pihak kami masih lagi tidak mendapat apa-apa bayran dari pihak ZAMCORP NIAGA SDN BHD. Walau pun pelbagai usaha – panggilan telefon telah berkali-kali, datang ke pejabat urusan telah saya buat untuk mendapatkan bayaran namun masih hampa. Kos untuk membuat panggilan telefon serta kos pengangkutan juga hampir mencecah ratusan ringgit tapi jawapannya masih buntu.

Setiap kali saya menelefon ke pejabat ZAMCORP NIAGA SDN BHD, saya akan diberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Saya juga diberitahu syarikat mereka sedang di dalam proses penstrukturan semula. Saya tidak faham kenapa masalah mereka terpaksa di tanggung oleh syarikat IKS seperti saya. Di manakah letaknya tahap professional mereka di dalam menangani masalah ini. Lebih pelik lagi di dalam keadaan mereka yang berhutang bukan saja dengan saya,malahan beberapa lagi IKS seperti Ani Cookies, MM Murni, Munira (sekadar menyebut beberapa nama) maklumat yang saya terima menyatakan pihak pengurusan tertinggi keluar negara untuk bercuti. Mereka juga telah mengatakan pengubahsuaian di pejabat korporat mereka dengan begitu mewah sekali.

YB Datuk, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak ZAMCORP NIAGA SDN BHD ini, syarikat saya telah mengalami kerugian kerana kekangan modal pusingan. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan kami terpaksa memberhentikan pengeluaran dan tidak dapat membekalkan produk kepada pelanggan kami yang lain. Ini secara tidak langsung telah menjatuhkan imej syarikat saya. Saya merasakan ini tidak adil kerana masalah ini bukan berpunca dari pihak saya.

Untuk pengetahuan YB Datuk, pihak saya tidak mampu untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan kosnya yang tinggi. Maka dengan itu, saya memohon jasa baik YB Datuk untuk campur tangan di dalam permasalahan saya serta rakan-rakan perjuangan saya yang lain. Saya percaya dengan kapasiti YB Datuk sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap usahawan IKS ini akan dapat memberi jalan penyelesaian kepada syarikat-syarikat IKS seperti saya. Hanya inilah sumber pendapatan kami, bayangkanlah bagaimana kami hendak maju sekiranya masalah seperti terus berlarutan dan menghantui kami.



Yang Benar

KHALIDAH KHALID – 0122684259 /JAAFAR MASTAN - 0123341145 jkhairidid@yahoo.com
KJ Premier Excell – 001717467-X

khaire said...

askm dato. saya sgt mengagumi dato sejak dato di kem dalam negeri.
sekiranya tak keberatan, saya ingin memohon pertolongan dato utk surat sokongan mendapat pinjaman pelajaran mara utk kursus penerbangan saya.
saya harap dato sedia membantu.
bagaimana saya boleh menghubungi dato? emel saya kerie@alum.rpi.edu

terima kasih

khaire

jana said...

tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya korban kepada dato' sekeluarga...

Anonymous said...

Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang awam di Bukit Bintang
http://jamilkucingpondan.blogspot.com .. dulu reformis, sekarang pengemis, pengiat sex songsang, penyokong tegar al juburi !!!

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Datuk,

Saya memohon jasa baik YB supaya memberi alamat e-mail YB kepada saya, kerana ada perkara yg saya ingin saya sampaikan.

email saya : ramadhan_baharin@yahoo.com

Sekian Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Sejahtera,

Mlm ini (17/12/08) saya menonton YB dlm rancangan 60 minit bersama menteri di RTM.

Jawapan YB pada persoalan-persoalan yang dibangkitkan memberi harapan.

Tapi ingin saya menarik perhatian YB tentang persoalan francais yang dibangkitkan oleh penonton.

Susulan dari sektor francais negara ini yang agak lembap pekembangannya, saya ingin berkongsi masalah usahawan yang pernah berurusan dengan PNS, agensi MECD yang bertanggungjawab membangunkan sektor francais di negara ini.

1. Sejak dibawah pengurusan Pengarah Urusan baru, Syed Kamarulzaman, PNS semakin lembab dlm usaha-usaha pembangunan usahawan francais. Masih terdapat usahawan yang belum menjadi francaisor walaupun telah mendapat kelulusan oleh jawatankuasa PNS sejak setahun yang lalu.

2. Syed Kamarulzaman kini dilihat sedang berusaha memasukkan kenalan dan kroni-kroni beliau ke dalam pengurusan PNS walaupun tidak mempunyai pengalaman (sepertimana beliau) dalam bidang francais termasuk sebagai ahli Lembaga Pengarah.

3. Lembaga Pengarah PNS diketahui sedang dalam proses membeli bangunan di Kelana Jaya sehingga puluhan juta ringgit sedangkan PNS susah sedia mempunyai tanah di Bangi. Pembelian ini juga dinilai lebih dari nilai sebenar. Cadangan untuk pembelian sebelum ini tidak diluluskan.

Harap YB dan BPR dapat melihat ke dalam perkara ini. Bukahkah lebih baik wang ini digunakan untuk membangunkan lebih ramai usahawan francais bumiputera?

4. Pegawai-pegawai di PNS kini menerima tekanan untuk mengikuti doktrin pengurusan Syed Kamarulzaman. Ini menjejaskan pattern dan cara bekerja mantap yang pernah diamalkan oleh pengurusan lalu. Ini memberi kesan kepada usahawan-usahawan bakal francaisor yang berurusan dengan PNS.

Semoga teguran dan isu mendapat perhatian YB kerana hanya tinggal 3bulan lebih sebelum rombakan kabinet dilakukan dibawah Perdana Menteri baru. Mungkin dengan perhatian yang diberikan dapat memberi political mileage kepada YB. Insyaallah.

Ralph Why IQ said...

Assalamualaikum YB Datuk,

Pada 28hb November 2008, Saya telah membeli tiket di Puduraya di Kaunter 93, Delima Express. Tiket yang dibeli adalah untuk perjalanan ke Ayer Hitam, Johor pada 12 Disember 2008 jam 8malam. Tiket yang diterima mengandungi maklumat seperti berikut Delima Express Kaunter 93, 12 Disember 2008, Platform 15, Jam 8malam.

Semasa menunggu di Platfrom saya mendapati penggunaan walkie-talkie masih digunakan, dimana walkie-talkie disimpan dikaunter, dan kadang kala ulat tiket ini akan menggunakannya. Pada 7.55 malam saya diarahkan menaiki bas no pendaftaran AEU 8998. Semasa didalam bas tersebut semua pelanggan diberi tiket Pertiwi Megah Sdn Bhd dan tiket asal diambil..

Masa telah menunjukkan pukul 8.10 malam tetapi bas masih belum bergerak kerana ulat-ulat tiket ini masih mencari pelanggan bagi tujuan memenuhkan bas dengan berhubung rakan diatas dengan menggunakan walkie talkie.

Lebih kurang 8.20 malam saya diminta turun dan dimaklumkan bas yang dinaiki tidak turun ke Ayer Hitam, dan bas dibelakang akan ke Ayer Hitam. Ini disebabkan didalam bas tersebut saya seorang sahaja yang akan turun di Ayer Hitam. Tiket asal saya dikembalikan dan tiket tadi diambil.

Saya ada cuba membantah, namun mereka tetap mengatakan bas ini tidak berhenti di Ayer Hitam, dan bas dibelakang akan turun ke Ayer Hitam. Saya diminta untuk mengikuti ulat tiket itu. Saya pun turun dan digantikan oleh seorang pelanggan yang akan turun ke Larkin. Rupanya bukan saya seorang sahaja yang terkandas ada 4 orang yang senasib dengan saya. Tiket mereka ada yang sama seperti saya iaitu dari Delima Express dan juga dari syarikat lain. Destinasi adalah berbeza tapi masih lagi kearah Selatan (Seremban, Ayer Hitam, Kulai, Larkin). Ada juga seorang warga emas yang masih belum dapat menaiki bas walaupun di tiketnya menunjukkan waktu naik bas pukul 7.00 malam.

Kami dibawa berjalan dari platform 15 ke platform 2. Kemudian patah balik ke platform 13. Kami semua merungut bertanyakan dimana bas yang akan kami naik, sedangkan tadi beliau menyatakan kami akan menaiki bas di belakang bas AEU 8998 tadi. Ulat tersebut memberitahu bas ada sedang sesak di belakang, sekejap lafi sampai.

Ingin saya maklumkan ulat tiket ini mempunyai pakaian seragam. Design pakaian mereka adalah baju kemeja lengan pendek, pada bahagian belakang tertulis Prestij Dinasti (M) Sdn Bhd. Sebelah hadapan tertulis SUPERNICE di dada kanan dan nama panggilan mereka di dada kiri. Dan ulat yang menguruskan kami adalah BOY dan ADEQ tertulis di sebelah dada kiri.

Lebih kurang 8.40malam di Platform 13, kami diarahkan untuk menaiki bas WMU 6778 tertera Memory Express dibadan bas tersebut. Tiket kami diambil dan tiket dari syarikat Memory Transport & Tours Sdn Bhd. Diberikan. Tiket ini masih saya pegang sehingga sekarang sebagai bukti. Walaupun panas dihati namun lega jugalah kerana sebentar lagi kami akan ke destinasi. Namun ulat bernama ADEQ masih berhubung dengan rakan diatas agar mencari lagi pelanggan. Hampir sejam diduduk didalam bas. Tetapi bas tetap tidak bergerak lagi.

Lebih kurang 10.10 malam. Akhirnya bas tersebut telah berjaya dipenuhkan. Barulah bas WMU 6778 Memory Express ini bergerak. Semasa didalam perjalanan bas tersebut masuk ke susur seremban dan berhenti di Terminal 1 Centre pada pukul 11 malam. 2 penumpang turun.

Bas tidak bergerak, pemandu bas memberitahu ada 4orang pelanggan yang akan naik, kemudian beliau mencari siapa pelanggan yang akan turun di Kulai. Penumpang tersebut dimaklumkan bahawa dia akan diturunkan di Plaza Tol Kulai, bukannya di Hentian Bas Kulai. 2 pelanggan telah naik bas, dan menanti lagi 2 pelanggan. Hampir 20min menunggu barulah 2 pelanggan itu datang. Rupanya mereka bukanya pelanggan. Mereka ada Pemandu bas dan Penolong Pemandu yang akan menggantikan pemandu asal.

Bas kembali berjalan, akhirnya saya berjaya turun di Plaza Tol Ayer Hitam pada pukul 2.10 pagi. sepatutnya jikalau saya bertolak pada pukul 8mlm saya akan sampai pada pukul 11.30 malam,

YB Datuk, dari pengalaman ini saya simpulkan, ulat atau petugas dari Prestij Dinasti (M) Sdn Bhd hanya ditugaskan untuk menjual tiket-tiket dari syarikat lain seperti Delima Express. Manakala bas-bas seperti AEU 8998 Pertiwi Megah Sdn Bhd. Dan WMU 6778 Memory Transport & Tour Sdn Bhd adalah pelanggan mereka. Ulat Prestij Dinasiti (M) Sdn Bhd akan cuba memenuhkan bas. Manakala tiket yang dijual pula adalah harga dari Pudu ke Larkin, walaupun pelanggan turun didestinasi berlainan. Harga tiket adalah dalam lingkungan RM31 – RM35. kerana pelanggan yang naik di Seremban memaklukan bahawa beliau perlu membayar RM35 untuk ke Larkin. Mereka juga masih lagi menggunakan walkie talkie sembunyi diatas dan terangan di bawah Platform, walaupun Y.B Datuk telah mengharamkan penggunaannya di Puduraya.

Waktu perjalanan yang tertera ditiket juga tidak diendahkan kerana ingin memenuhkan bas. Mereka juga berlagak samseng dan meninggikan suara sekiranya ada pelanggan yang bertanya kenapa bas masih tidak bergerak. Saya dari maklumat yang saya perolehi ini dapat membantu lagi siasatan. Ini kerana ramai lagi pelanggan yang telah menerima khidmat sebegini, namun mereka tidak dapat memaklumkan dengan lebih terperinci lagi.

-pelanggan teraniaya
mrbr_2001@yahoo.com

Koperasi Temasa Berhad said...

Selamat Hari raya Kurban YB Dato' dan saya berdoa moga pengorbanan YB Dato' selama menjadi menteri MECD diberkati Allah.

Kopersi kami adalah memohon permit Teksi Limousine Lapangan Terbang Kota KInabalu, sabah (5 unit) tapi hingga kini belum ada keputusannya. Mohon YB Dato' dapat mempertimbangkan agar menyokong dan seterusnya meluluskan permohonan tersebut bagi membantu anggota kami keluar dari kepompong kemiskininan.

Koperasi Temasa Berhad said...

YB Dato',
Moga perngorbanan YB Dato' mendapat berkat dari Allah swt.
Kami mohon pertolongan YB Dato' agar Permohonan Permit Teksi Limo Lapangan Terbang oleh koperasi kami dapat dipertimbangkan dan diproses pada kadar sepatutnya sebab memandangkan ianya sudah agak sekian lama iaitu sebelum bulan Ramdhan lagi. Sekian dan terima kasih.

Koperasi Temasa Berhad said...

Assalamualaikum YB Dato',

Kami berbangga kerana sejak YB Dato' menerajui MECD banyak perubahan drastik kearah membantu usahawan dan kami mohon juga agar gerakan koperasi mendapat perhatian YB Dato' kerana gerakan koperasi di sabah khasnya cukup lembab. Misalnya untuk proses permohonan bantuan dan pembiayaan TMP memakan masa bertahun-tahun lamanya (boleh disemak nanti atau diadakan sesi dialog dengan koperasi yang sudah membuat permohonan). Sesungguhnya saya amat bersetuju dengan kenyataan YB Dato' bahawa koperasi mampu menjadi wahana pemangkin kearah membasmi kemiskinan di Malaysia asalkan pihakm SMKM mempermudahkan segala urusan bukannya mempersulitkan urusan. Pegawai SKM wajar berprangsa positif dalam menilai setiap permohonan bukannya menyiasat koperasi hingga ke akar umbi dan terpaksa memakan masa bertahun-tahun yang natijahnya kerajaan BN juga mendapat tempias kerana dituduh tidak prihatin dengan gerakan koperasi sedangkan kerajaan sudah menyediakan pelbagai insentif cuma proses terlalu lambat dan lemah.