Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, December 5, 2008

PERASMIAN KAMPUS BARU GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE(GMI)


German-Malaysian Institute (GMI) merupakan projek kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jerman semenjak 1992. Apa yang saya lihat hari ini, jalinan kerjasama ini semakin mantap dan terus-terusan melahirkan tenaga kerja mahir yang mendukung aspirasi Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. GMI yang sebelum ini berkampus di Cheras sudah pun meluaskan empayar ilmunya dengan pembukaan kampus baru di Taman Universiti, Kajang yang saya rasmikan semalam.

Rasa kagum terbit dalam diri saya tatkala dibawa melawat makmal-makmal praktikal pelajar yang mempamerkan pelbagai hasil ciptaan canggih yang berasaskan bidang pelajaran mereka.Tidak hairanlah apabila GMI telah dilantik oleh beberapa Kementerian sebagai Konsultan untuk menggerakkan beberapa inisiatif Nasional seperti 'National Dual Training System' dan 'Pro 3 Based Learning'. GMI juga diberi kepercayaan untuk melatih pelatih antarabangsa dari Indonesia,Sudan dan Vietnam.

Pada mulanya saya bercadang hendak meletakkan GMI di bawah UNIKL tetapi apabila dipikir-pikir...saya membuat keputusan...eloklah GMI berdiri sendiri kerana dengan prestasi yang ditonjolkan ini, saya yakin,usaha menaik taraf institut ini kepada 'Kolej Universiti' akan berjaya dan saya berjanji yang Pihak Kementerian akan memberikan bantuan yang diperlukan agar usaha tersebut dapat terlaksana.

Selain dari teks ucapan perasmian saya, di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Jerman,Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry(MGCC), sektor swasta,pihak terlibat dan paling tidak boleh dilupakan Majlis Amanah Rakyat (MARA)yang menjadi tulang belakang menyokong peranan GMI ini. Bercakap mengenai MARA, saya telah mengarahkan pihak institut agar menjadikan sejarah penubuhan MARA sebagai satu silibus dalam matapelajaran kesemua pelajar disitu. Relevannya pengajaran silibus ini adalah untuk mengajak pelajar-pelajar yang rata-ratanya mendapat pembiayaan pendidikan MARA, sama-sama mengenang dan tahu berterima kasih akan jasa besar MARA dalam bidang pendidikan selama ini. Setakat ini, MARA sudah ada sebuah universiti yang dinamakan UNIKL, ada Kolej Kemahiran Tinggi,Kolej Professional dan Kolej Politek MARA yang dalam cadangan untuk dinaik taraf kepada Kolej Universiti dan sekarang kita ada lagi GMI yang juga berusaha gigih ke arah itu...Jadi, tidak ada sebab mengapa kita tidak mahu berterima kasih kepada MARA.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya kepada semua...!!!

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Dato',
Merujuk kepada perkara diatas, Saya bersetuju dan menyokong dengan saranan YB Dato mengenai GMI untuk ianya berdiri dengan sendiri.GMI pada pandangan saya mempunyai kekuatan tersendiri apabila banyak pihak meletakkan kepercayaan terhadap keupayaan GMI sendiri. Pengalaman saya dimana saya telah pergi ke negara jerman dan ada diantara pihak disana mengenali dengan GMI dan mereka mengganggap GMI merupakan sebuah pusat latihan teknikal yang unggul dinegara malaysia. Setelah GMI mendapat sebuah kampus yang baru, insyallah GMI akan terus maju untuk menrealisasikan impian setiap rakyat malaysia dan khasnya tenaga pengajar, pihak pengurusan serta pelajar2nya. Untuk pengetahuan pihak YB Dato, Jika kita membuat perbandingan dari segi tahap keupayaan dan kemahiran pihak tenaga pengajar itu sendiri juga memainkan peranan besar keupayaan GMI pada hari ini. Saya berpendapat bahawa pihak GMI mempunyai tenaga pengajar yang boleh dikatakan yang terbaik ada dimalaysia. Semoga GMI akan terus maju.

Anonymous said...

Memang idea yang baik untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar-pelajar akan matlamat dan 'akar-umbi' perjuangan MARA.
Cadangan menaik taraf GMI kepada Kolej Universiti juga agak baik, tetapi hendaklah difikirkan dengan lebih mendalam dan ideal kerana...
MARA sudah pun memiliki beberapa institusi pengajian tinggi lain seperti UniKL, KPTM, KPM dll. Sekiranya institusi-institusi ini masing-masing memiliki identiti yang sama (iaitu tawaran kursus dan program yang sama), ianya akan menimbulkan pelbagai kesan negatif dan kurang sihat terhadap institusi-institusi MARA itu sendiri...
Pembaziran dan 'konflik minat yang sama' akan berlaku. Kecelaruan akan timbul. Contohnya: GMI menawarkan kursus pembuatan (mold & die) serta 'industrial electronics'. Kursus yang sama juga ditawarkan oleh UniKL (iaitu BMI dan IPROM). Buat masa ini, GMI cuma menawarkan program Diploma sahaja. Tetapi, sekiranya GMI turut menawarkan kursus Bachelor untuk program tersebut. Persaingan diantara institusi MARA sendiri wujud. Saya khuatiri akan timbul persaingan yang tidak sihat. Buat masa ini agak baik, kerana pelajar-pelajar diploma dari GMI dapat meneruskan pengajian Bachelor mereka di UniKL, jadi tidak timbul permasalahan besar disini. Tetapi, sekiranya kursus yang sama ditawarkan, serta program yang sama. Fikir-fikirkan lah. Sekarang ini juga GMI mempunyai saingan yang sama dengan KPTM di Balik Pulau (yang turut menawarkan kursus diploma yang sama dengan GMI). Tetapi memandangkan lokasi mereka berjauhan, permasalahan ini tidak berapa timbul. Tetapi, lokasi GMI dengan UniKL (IPROM dan BMI) adalah tidak berjauhan. Ura-ura turut mengatakan Universiti Malaysia-Jepun yang bakal ditubuhkan di Beranang turut akan menjadi persaingan kepada UniKL-BMI serta GMI sendiri, kerana menawarkan kursus yang sama (atau agak sama).
Pembaziran oleh MARA juga turut akan timbul dimana MARA perlu memperuntukkan wang yang LEBIH banyak untuk membeli peralatan, mesin, jentera, bangunan dan lokasi untuk institusi-institusi tersebut (peralatan yang SAMA).
Bukan saya katakan persaingan itu tidak baik, atau tidak sihat. Tetapi konmpromi adalah lebih baik. Tambahan pula permintaan dari pelajar buat masa kini masih sedikit. Sekiranya PERMINTAAN sudah meningkat, tidak salah sekiranya pertindihan tawaran kursus dibuat (Kaji 'market demand').
Adalah lebih baik sekiranya GMI diserapkan atau bergabung dengan UniKL untuk memperkukuhkan lagi pengajian tinggi MARA, iaitu UniKL. Dengan pergabungan ini pembaziran dan konflik dapat dielakkan disamping memendekkan masa perlaksanaan, kerana kepakaran dan tenaga pengajar sedia ada dalam UniKL bersama GMI pasti akan dapat memantapkan lagi institusi tersebut (kita sudah sedia maklum untuk menaik taraf ke KU, tenaga pengajar juga perlu di naik taraf dan akan memakan masa dan perbelanjaan yang banyak). Tidak salah sekiranya wujud komponen baru UniKL yang diberi nama UniKL-GMI. Tidak salah juga sekiranya institusi MARA, masing-masing mempunyai identiti tersendiri (kepelbagaian kursus). Mari lah kita sama-sama fikirkan.
Dahulu, saya turut sering bertanya-tanya, "Mengapa GMI tidak mahu serta sebagai komponen UniKL?", "Alangkah baiknya sekiranya ianya berlaku!!!". Pertanyaan yang sama turut saya dengari dari mulut-mulut tenaga pengajar disitu.

Yang mengambil berat,
X-GMI.

Anonymous said...

Salam YB Dato', saya nak sarankan agar MECD menubuhkan satu tribunal untuk para usahawan francais untuk meleraikan sebarang bentuk masaalah antara francaisor dan francaisi. Sekian terima kasih.

sembangbengang said...

PER: KOLEJ KPTM JANGAN DERA PELAJAR/IBU-BAPA

Pada 15/12/2008, pelajar-pelajar Semester 2 diarah melapor diri ke KPTM Bangi.

Isu yang kami ingiin bangkitkan disini ialah:


1.YURAN SEMESTER 2

Pelajar dikehendaki membayar wang yuran dengan wang sendiri kerana pinjaman MARA belum diluluskan. Bayangkanlah kebanyakan ibu –bapa bepeendapatan rendah di manalah nak cari wang di waktu ini dimana anak-anak yang lain perlu disiapkan untuk persekolahan awal Januari ini.

2. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1

Kepurusan peperiksaan Semester 1 masih belum dikeluarkan secara rasmi pada hari pendaftaran semester 2. Mana-mana pelajar yang gagal di arah pulang begitu saja. Semua KPTM ada lama web sendiri, kenapa tidak dimaklumkan lebih awal agar ibu bapa tidak membazirkan wang dan masa menyiapkan anak untuk semester baru.

3 PEMBIAYAAN MARA

Semasa taklimat awal kepada ibu-bapa di beritahu bahawa pembiayaan MARA akan diterima pada selewatnya-lewatnya 4 bulan @ bulan Oktober lepas, tetapi masih belum diketahui statusnya sehingga sekarang. Sepatutnya MARA mengambil contoh pemprosesan PTPTN yang hanya mengambil masa 14 hari sahaja.

Pegawai-pegawai kana MARA yang menjaga pembiayaan pelajar amat sukar dihubungi dengan berbagai alasan antaranya hadir mesyuarat, pergi bilik air, tidak ada dibiliknya. Pergi sembahyang? (kenapa tidak gunakan waktu rehat untuk sembahyang!). Bayangkan ibu-bapa yang dari jauh menelefon. Pernah selepas 2 hari 5 kali dihubungi baru dapat bercakap dengan pegawai berkaitan!. Kena belajar juga dengan PTPTN yang serta-merta menjawab dan membantu serta mempunyai talian hotlinenya sendiri.

4. KOMPAUN KEBERSIHAN BILIK ASRAMA

Anak-anak mengadu dan terkejut dikenakan kompaun RM25 seorang kerana dikatakan meninggalkan bilik asrama dalam keadaan kotor. Pelajar mendakwa bahawa bilik dalam keadaan bersih semasa ditinggalkan kerana warden sendiri melihatnya.

Yang menjadi peliknya hamper kesemua pelajar dikenakan kompaun!. Banyangkan pendapatan yang diperolehi kerana ada lebih 1000 orang pelajar disini

RM 25 x 1,000 PELAJAR = RM 25,000

Tidak diketahui juga wang tersebut masuk kantung siapa. Kalau masuk ke poket tukang cuci ini memang tidak wajar kerana mereka dibayar gaji. Kalau masuk ke tabung kolej pun juga tidak wajar kerana pelajar membayar yuran asrama dan tidak tinggal percuma. Carilah pendapatan dari sumber yang wajar!


YB Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi pernah membuah kenyataan bahawa MARA memang susah nak berubah. Itu mungkin benar.

Diharap pihak Kolej MARA dapat memberikan penjelasan agar perkara diatas tidak dipanjangkan ke akhbar atau blog atau dimalukan oleh YB Senator Dato’ T. Murugayah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Biro Pengaduan Awam. Nanti dikatakan orang Melayu tak pandai buat kerja, malu nanti “KITA” orang “MELAYU”

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato,
Disini saya ingin menyatakan sedikit pendapat mengenai perjuangan peniaga melayu islam berstatus bumiputera yang menjalankan perniagaan di agensi dibawah MECD iaitu MARA. Selama ini saya dan mungkin orang luar disana difahamkan agensi MARA ini ditubuhkan untuk membantu umat melayu islam dimalaysia untuk berniaga, belajar dan sebagainya berkaitan, namum yang menjadikan saya sebagai tanda tanya ialah adakah perkara ini berlaku sepenuhnya diMARA. Cuba pihak dato kaji dan melihat mengapakah setiap kali projek pembangunan seperti membekal peralatan untuk kolej kemahiran teknikal kaum bukan bumiputera yang lebih mendapat menafaatnya. Saya bersetuju jika kaum bukan bumiputera lebih ramai menjadi pembekal utama bagi peralatan tersebut tetapi jika ada dikalangan umat melayu islam yang menjadi pembekal utama mereka tidak diberikan peluang langsung oleh sebahagian pegawai yang bertanggungjawab. Umat melayu islam yang menjadi pembekal telah ditekan dan diprovok dengan segala permasalahan yang akan berlaku walaupun ianya belum berlaku. Pembekal umat melayu islam ini diperkotak-katikkan dengan segala tekanan dan bukannya dibantu. Sebagai contoh jika umat melayu islam itu menjadi pembekal utama peralatan ataupun mesin, mereka tidak diberikan peluang dengan sewajarnya. Pegawai yang bertanggungjawab akan menyatakan bahawa mereka tidak memahami dan tidak pernah mengunakan alatan tersebut yang dibawa dan diperkenalkan oleh pembekal utama dikalangan umat melayu islam tadi. Jika peralatan tersebut dibawa atau diperkenalkan oleh pembekal bukan melayu dengan mudah mereka diberikan peluang untuk membuktikkan kebolehan peralatan mereka. Umat melayu islam sering ditolak ketepi dengan pelbagai alasan yang konkrit secara teknikal bagi menutupkan peluang mereka. Pengalaman saya dimana syarikat saya merupakan pembekal utama untuk peralatan yang mempunyai mutu dan teknologi yang baik namum tetap mereka menolak dengan alasan mahal. Jika dibandingkan dengan keluaran dari negara jepun yang dibuat negara lain sebagainya pengilangnya dan peralatan yang 100% dibuat dinegara eropah memanglah tidak dapat dibandingkan dari segi harga, tetapi dinilai untuk jangka masa panjang pihak kerajaan dapat menjimatkan banyak perbelanjaan mengurus dan menyelenggaraan. Pihak pembekal utama dari kalangan umat melayu islam sering berputih mata dan menjadi bahan teladan sebagai usahawan yang tidak berjaya. Pihak kami terpaksa berkerjasama dengan pembekal utama bukan melayu dimana profit margin kami amatlah terhad dan dikawal sepenuhnya. Diharap pihak dato dapat membantu untuk meletakkan beberapa kritiria didalam projek sebigini sebagai contoh mengutamakan pembekal utama umat melayu islam lebih dari 60% bagi setiap projek pembangunan yang berkaitan peralatan dan mesin. Jika penetapan awal yang dilakukan oleh pihak pegawai teknikal dari segi spesifikasi dan teknikal kita dapat melihat bahawa sebenarnya jenama, model dan pembekal telah dipilih secara tidak sedar dan tersirat. Bukan mempunyai perasaan dengki tetapi matlamat kerajaan untuk membantu kaum melayu dan bumiputera hanya menjadi cerita rakyat dan dongeng untuk diperdagangkan sebagai satu cerita penyedap halwa telinga rakyat melayu islam dimalaysia. Dan saya yakin bahawa dengan pandangan ini pihak dato akan melakukan sesuatu untuk membantu umat melayu islam malaysia. Keyakinan ini terbit setelah menilai segala tindakan yang dato lakukan selama ini.

Anonymous said...

Salam YB Dato,
Maafkan saya kerana menghantar permintaan ini melalui cara begini.

Sebenarnya, adik saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Uni of New South Wales, AUstralia dalam bidang Architecture(bahagian II, professional). Denagan erti kata lain, sebelah kaki telah berada di uni tersebut. Malangnya, disebabkan kami dari keluarga yang sederhana, kami tidak dapat membantu beliau melanjut pelajaran. Dengan itu hanya MARA saja yang dapat membantu. Akan tetatp seperti kata Puan Junaidah, MARA hanya akan membiayai pada Tahun Kedua & pelajar terpaksa menanggung kos pengakian pada Tahun Pertama, seperti polisi MARA.

Persoalannya, jikalau sebegini rupa, saya percaya tiada langsung pelajar MELAYU MISKIN yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, biar pun dalam negara mahupun luar negara..

Saya ingin sangat dapat menolong adik saya.

Dengan ini saya tinggalkan no. h/p & alamat email untuk perbincngan yang lebih lanjt.. Untuk makluman tuan, pihak uni Australia inginkan jawapan sebelum 20hb Jan 2009 & wang pendahuluan.

No h/p: 012-268 6473
email: azlanmajid58@gmail.com

Wassalam wa kuntum bil khair

Anonymous said...

saya tertarik dengan comment tentang MARA yang tidak membiayai kos pengajian pelajar pada tahun pertama di universiti NSW. saya merupakan pelajar tajaan MARA di university of adelaide Australia. bagi saya tidak timbul soal 'tiada langsung' pelajar miskin dpt melanjutkan pelajaran dgn bantuan MARA jika menggunakan saluran yang betul. saya merupakan pelajar dari golongan keluarga yang sederhana juga namun kerana saya menggunakan saluran yang betul [interview, persediaan MARA, basic requirement etc], maka MARA telah memberi peluang yang sewajarnya kepada pelajar seperti kami. masalah berkenaan timbul jika pelajar/keluarga tersebut menggunakan saluran sendiri utk melanjutkan pelajaran ke luar negara, kemudian barulah meminta belas ihsan pihak MARA. dan akhirnya, jika permintaan tersebut tidak dipenuhi, pelbagai andaian dibuat dan ini sgtlah tidak adil bg pihak MARA [atau badan lain]. akhir kata, jgnlah kuman di seberang kita lebihkan dari gajah yang berada di depan mata kerana kekurangan diri kita sendiri. terlalu byk budi MARA yg telah ditaburkan kepada masyarakat utk kita menyalahkan mereka demi kepentingan peribadi. kami pelajar2 MARA amat terhutang budi dgn bantuan pihak MARA selama ini. terima kasih dan syabas diucapkan..

Anonymous said...

Salam YB Dato’

Pertama sekali ingin saya ungkapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ di atas kesudian menyediakan blog ini bagi kami, rakyat di peringkat ‘akar umbi’ menyuarakan pendapat, keluhan dan rayuan. Berdasarkan kenalan-kenalan saya di MeCD, YB Dato’ merupakan seorang Menteri yang amat prihatin dan banyak perkara yang diluahkan di dalam blog ini telah diselesaikan dengan kadar segera.

Berdasarkan luahan rasa “Sembangbengang”, “Azlanmajid58” dan “Hafiz”, maka terpanggil untuk saya menyuarakan pandangan dari pengalaman saya sendiri.

Sebenarnya masalah “Azlanmajid58” hendaklah kita lihat dari perspektif berbeza daripada pengalaman “Hafiz”. Seperti “Hafiz”, saya juga merupakan pelajar tajaan MARA bagi ijazah pertama saya. Masalah tidak timbul kerana permohonan dibuat melalui UPU.

Namun, selepas menamatkan pengajian pada tahun 2002, saya cuba memohon pembiayaan selanjutnya bagi pengajian lanjutan di peringkat Sarjana. Namun, masalah yang sama seperti “Azlanmajid58” telah saya lalui. Saya diberitahu untuk memulakan pengajian terlebih dahulu (dengan kos sendiri) dan tunggu sehingga iklan pembiayaan disiarkan. Adakah saluran yang kami guna ini tidak betul? Adalah mustahil pada masa itu untuk saya mengeluarkan kos pembiayaan sendiri sementara menunggu tawaran penajaan dibuat. Masalah-masalah seperti kelewatan penerimaan tajaan seperti yang dialami “Sembangbengang” atau lebih teruk lagi perubahan dasar tajaan MARA sentiasa menghantui fikiran saya.

Masalah ini adalah seperti masalah “ayam dan telur, yang mana keluar dulu”. Untuk memasuki University, para pelajar memerlukan bantuan kewangan. Tetapi, untuk mendapatkan bantuan kewangan MARA, para pelajar perlu memulakan pengajian terlebih dahulu sementara menanti tawaran penajaan.

Jadi, berdasarkan scenario sebegini, saya sependapat dengan “Azlanmajid58”. Tanpa kewangan sendiri yang secukupnya, mana mungkin seorang pelajar boleh memulakan pengajian. Tambahan pula risiko yang perlu diambil adalah terlalu tinggi. Jika “Azlanmajid58” mengambil keputusan untuk menghantar adiknya ke Australia dengan pinjaman persendirian dari Bank (yang mana ianya terhad) sementara menunggu tajaan MARA, apa akan jadi kepada pengajian adiknya jika MARA berkeputusan untuk mengubah dasar tajaan?

Saya amat amat setuju bahawa MARA telah banyak membantu Bumiputera dalam bidang pendidikan. Saya sendiri mendapat nikmat tajaan MARA sejak di MRSM ke peringkat pengajian Professional sehingga menjadi pelajar cemerlang ACCA. Memang tidak dinafikan lagi bahawa dasar-dasar pendidikan MARA banyak membantu Bumiputera. Walaubagaimanapun, aspirasi murni ini sukar untuk dicapai bagi sesetengah golongan Bumiputera, terutamanya golongan miskin dan menengah memandangkan proses untuk mendapatkannya membebankan mereka.

Justeru, saya memohon keprihatinan YB Dato' untuk menyeru pihak MARA untuk mengkaji dasar serta prosedur permohonan penganjuran pendidikan agar ia lebih cepat dan mudah selaras dengan saranan YB Dato' bagi kemudahan-kemudahan pinjaman perniagaan.

Marilah kita sama-sama membantu anak bangsa kita untuk berjaya.

Sekian, Wassalam…

Anonymous said...

Salam Kepada Datuk Noh, Penghantar Ex-KYPMKL, HAfiz, SELURUH KOMENTAR & ANAK-ANAK MELAYU,

Surat ini ditulis bagi pihak adik saya yang bernama Mohd Azim bin Abdul Majid yang baru sahaja mendapat perkhabaran gembira dari pihak University of New South Wales (UNSW) Australia, dimana beliau telah ditawarkan tempat untuk menyambung pelajaran beliau ke peringkat ijazah Bachelor Degree Architectural Studies. Dalam erti kata yang lain, sebelah kaki sudah pun berada di universiti tersebut.

Kegembiraan ini bertukar menjadi kecewa apabila saya difahamkan oleh pihak MARA bahawa pembiayaan peringkat awal mestilah didahulukan sendiri. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Penolong Pengarah MARA, Puan Junaidah bt Mohamed (talian 03-26903629) melalui perbualan telefon diantara beliau dan adik saya. Walaubagaimanapun adik saya telah pun menghantar borang permohonan pinjaman pelajaran kepada Puan Fadzillah bt. Mohammad (03-2691 511 ext 1109) pada hari Isnin, 5hb Januari 2009. Malah saya sendiri telah juga menghubungi beliau dan maklumbalas yang serupa diterima.

Jelas Puan Junaidah, pihak MARA hanya akan membiayai yuran pengajian bermula pada tahun kedua memandangkan polisi penganjuran MARA berkehendakkan keputusan peperiksaan tahun pertama diambil kira. Bagi saya, tujuan baik Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu anak Melayu Bumiputera telah disekat dengan polisi seperti ini. Mana mungkin keluarga kami dapat membiayai pengajian adik saya di tahun pertama termasuk kos sara hidup yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM80,000. Bagaimana pula nasib anak-anak Melayu dari keluarga miskin dan sederhana lain yang ingin and berkelayakan seperti adik saya melanjutkan pelajaran? Polisi seperti ini seolah-olah pro golongan elit kerana mereka sahaja yang mampu mendahulukan wang bagi membiaya pengajian anak-anak.

Pada pandangan saya, anak-anak muda Bumiputera seperti adik saya ini haruslah dibantu dan didampingi oleh Kerajaan kerana mereka inilah generasi peneraju yang akan datang. Tentunya kita mahu bakal pemimpin Bumiutera terdiri daripada golongan professional seperti YB Dato’ sendiri. Ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam membangunkan modal insan. Tindak tanduk kita hari ini akan menjadi contoh atau teladan kepada mereka. Jika pihak Kerajaan prihatin dengan masalah mereka, saya pasti bahawa mereka dibentuk dengan acuan Kerajaan.

Akhir kata, dengan penuh rasa hormat dan takzim, saya sekali lagi memohon agar dapat YB Dato’ membantu kami dalam mendapatkan bantuan pendidikan penuh agar cita-cita adik saya tercapai. Masa dan usaha YB Dato’ saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Wassalam wa kuntum bilk hair.
Mohd Azlan Abdul Majid
No Tel: 012-268 6473

P/S: DIHARAP Datuk Noh menghubungi saya atau sesiapa di pihak MARA dapat menolong adik saya. Pertolongan Datuk Noh & sahabat2 hanya Allah saja yang dapat membalas.

Anonymous said...

YB,

Hangat nampaknya topic ini. Apa pun, isu pendidikan Bumiputera amatlah penting kerana pendidikan bakal menjamin masa depan generasi kita. Isu seperti ini haruslah dititik beratkan dan penjelasan serta ‘solution’ dari pihak atasan MARA amatlah diharapkan.

Isu2 seperti ini amatlah sensitive kepada kaum Bumiputera terutamanya yang berminat untuk menimba ilmu. Bagi pelajar seperti saya, semasa di bangku Sekolah lagi, kami amat2 mengharapkan pertolongan Kerajaan bagi melanjutkan pelajaran kerana keluarga tidak mungkin dapat membiayai sepenuhnya pendidikan. Tidak seperti kaum lain, komuniti kita kekurangan yayasan2 atau persatuan2 atau korporat2 yang bersepah2 menunggu pelajar untuk dibiayai. Jadi, hanya kepada Kerajaan dan beberapa kerat Korporat Bumiputera sahaja dapat kami bergantung harap.

Sebagai contoh, diantara kawan2 saya yang berbangsa Melayu, hanya yang ‘crème de la crème’ sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perubatan. Ini berbeza dengan kawan2 saya yang bukan Bumiputera. Selain yang cemerlang dan dibiayai Kerajaan, ada juga yang sederhana hinggalah yang mendapat Gred 2 dalam SPM berpeluang belajar ‘Medic’ kerana mendapat tajaan pelbagai badan, swasta, individu, dan lain-lain untuk belajar di luar Negara.

Ini jelas menunjukkan bahawa bantuan Kerajaan kepada kaum Bumiputera walaupun nampaknya banyak tetapi masih tidak cukup bagi mengimbangi peluang2 kaum lain.

Oleh itu saya menyarankan YB Dato’ agar memohon tambahan peruntukan daripada Kerajaan agar lebih ramai anak Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran. Penaja seperti MARA juga haruslah mencari satu formula agar lebih ramai Bumiputera dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi dengan mempermudahkan syarat2 penajaan.

Semoga segala usaha baik YB diberkati Allah… Insya Allah.

Anonymous said...

terima kasih kepada YB Dato` kerana telah berusaha untuk menaik tarafkan GMi tempat saya belajar dulu mejadi Kolej universiti..dan terima kasih juga kerana tidak meletakkan GMi di bawah payung Unikl..mintak maaf disini sekiranya ada beberapa pihak yg akan tersinggung...kerana mmg sejak dari dulu lgi..kebanyakan student2..GMi..sememangnya kurang senang dengan gosip2 yg mengatakan GMi akan berada dibwah Unikl..saya tak tau kenapa tetapi itulah hakikatnya..mungkin disebab sifat kesetiaan student pada GMi menyebabkan keadaan itu berlaku..dan sememangnya x-student GMi akan lebih berbesar hati sekiranya nama GMi terus dikekalkan walaupun sudah dinaik tarafkan sebagai uni or kolej Uni..setanding dengan MIT....insyallah..