Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, May 28, 2008

Sekalung Tahniah...

Selepas menyempurnakan majlis ini, saya
didatangi oleh beberapa orang warga kerja MARA yang melahirkan kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka.Mungkin ucapan saya pada pagi itu kedengaran seperti ceramah motivasi..Bukan niat untuk mengajar tapi adalah menjadi tanggungjawab saya dan seluruh warga kerja MARA untuk bersikap ikhlas, jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab bagi meningkatkan produktivi dan memberi perkhidmatan yang berkualiti seterusnya melaksanakan harapan pelanggan yang kian bijak menuntut kesempurnaan. Suka saya ingatkan sekali lagi di sini, bahawa, pengurusan yang mantap tidak akan sempurna tanpa perasaan ingin menolong orang lain yang mesti ada dalam diri semua warga kerja. Semoga segala kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai akan menyemarakkan lagi semangat dan usaha kita bagi memastikan MARA tetap relevan untuk meningkatkan martabat dan maruah kaum Bumiputera demi kegemilangan Bangsa,Agama dan Negara. Selamat Maju Jaya buat semua warga kerja MARA...

12 comments:

Anonymous said...

Datuk, saya amat berbangga dan bersyukur kerana datuk sangat agresif dan komited dalam usaha membantu usahawan-usahawan dan bakal usahawan. Melalui kementerian datuk, berbagai program dan kemudahan disediakan. Moga segala usaha dan keringat datuk mendapat balasan yang setimpalnya. Hidup Noh, hidup UMNO!
...Kalam Budiman

Anonymous said...

tahniah datuk..

Noh bin Haji Omar said...

Terima Kasih Kalam Budiman atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.Saya sangat berterima kasih kepada warga kerja MECD dan agensi2 yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Tanpa mereka semua,misi dan visi kementerian tidak akan dapat dicapai.

md zakhir said...

dato'
pendekatan yang amat menarik untuk di ulas,kerana pendekatan yg di buat dato' amat berbeza..hendaknya kalau dato'boleh berforum diantara pegawai-pegawai agensi MECD dengan usahawan atau bakal usahawan secara khusus.ini mungkin dapat memangkin peningkatan K.P.I.usahawan di setiap bidang.kerana saya tahu di peringkat MARA ada usaha mengujutkan mento mantee
vendor dan sebagainya dengan ini pegawai-pegawai serta usahawan dapat berinteraksi terus dengan diperhatikan oleh dato' sendiri..dan mungkin boleh buat semacam jaringan perniagaan antara usahawan dengan usahawan..

shahrim@k1 said...

tahniah kepada yg berjaya..teruskan perjuangan.sudilah kiranya sampaikan ilmu2 kejayaan agar dapat dikongsi bersama2...

Anonymous said...

salam

dato', terima kasih kerana keluarkan statement "agensi kena nyatakan alasan yang kukuh utk tolak permohonan pinjaman perniagaan" dalam utusan malaysia lepas.

dan saya berharap agar agensi yang memberi pinjaman perniagaan dalam mempercepatkan proses permohonan pinjaman perniagaan mereka. kaji SOP mereka semula.

TQ

Anonymous said...

Dato'

Saya terpanggil untuk menulis di blog berkenaan dengan Agensi yang dalam tanggungjawab Dato', Dulu waktu sekolah, saya selalu naik bas MARA dan bila masuk belajar pun asyik saya bangga dengan MARA dan DEB.....
Tapi soalan saya Dato'
Saya pernah pergi ke pejabat MARA Daerah untuk mendapatkan pinjaman MARA tetapi sedih juga Pejabat MARA nie,pejabat Cantik tetapi staf dan Pegawai cuma dua orang? saya tengok Dato' cukup bersemangat untuk membela nasib melayu namun Dato' , saya rasa MARA merupakan agensi Terbesar Dato di Daerah patut di Rebranding. Ini kerana ini merupakan frontliner utama Datuk dengan Masyarakat di daerah.Jangan orang kata semua ini Indah khabar Dari Rupa...

Soalan kedua saya....Tentang Pinjaman nie... MARA memang bagus tetapi memang mungkin Staf yang tidak ramai di daerah, itu sememangnya hakikat MARA kot...tetapi borang pinjaman MARA nie terlampau banyak benda nak diisi dan kadang2 macam saya orang kg.. susah juga nak mengisi....mungkin saya berharap Dato' akan membuat perubahan terhadap perkara ini.

Seterusnya bila pinjaman telah dibuat tetapi cek pembayarnya bukan dari daerah tetapi dari negeri , itu satu lagi masalah kami nie usahawan kg, Dato', kalau yang meminjam di Tekun , cek dari Hq. Dato, memang lambat Dato'.

Saya harap Dato' dapat membuat perubahan terhadap perkara- perkara ini.Jangan rakyat menganggap Dato ' ni bersemangat dan prihatin Dato tetapi frontliner Dato gagal menyengat kerana kekurangan staf dan pegawai.

Satu lagi tentang tidak dapat tunaikan janji Dato', Dato' kata penbangkang di Selangor tidak tunaikan janji,kalau tidak salah saya Dato, Jangan pula masyarakat mengungkit tentang Janji Elaun pelatih Giat MARA dari RM100 kepada RM300 seperti mana yang diumumkan dalam akhbar awal tahun ini.Orang kg. seperti saya pun peka terhadap harapan dan janji Agensi-agensi Dato' yang belum, ditunaikan.

Kiyosaki Melayu

Anonymous said...

Asalamualaikum Datuk,
Tahniah atas usaha untuk membantu usahawan bumiputera. Seperkara yang ingin saya utara kan ialah meminta Datuk mengkaji keberkesanan MARA di negeri SARAWAK. Semenjak saya bergelar usahawan, MARA Sarawak tidak begitu menjalankan fungsi mereka. Agak sukar didekati dan tidak ada program yang boleh di banggakan setakat ini. Saya tidak melihat mereka membantu, mungkin Pengarah yang dihantar bertugas di sini adalah mereka yang hendak pencen dan hanya menunggu di pejabat sahaja. Jika ingin bukti Datuk boleh mengkaji berapa ramai sudah Usahawan dari Sarawak yang boleh terbang tinggi seperti burung Kenyalang?
Kami kekurangan premis kedai atau kilang yang dapat disewa melalui MARA.
Satu lagi perkara yang juga berkaitan dengan MECD ialah saya dimaklumkan banyak dana disalurkan kepada SEDC Sarawak, tetapi mengapa kah mereka juga seolah olah lena diulit mimpi tanpa merancang program yang berfaedah untuk memajukan usahawan?
Sila datuk melihat perkara ini jika tidak ramai usahawan yang akan gagal dan ini amat merbahaya kepada orang melayu terutamanya.
Yang benar Ismail.

mfazy121 said...

Salam Datuk Noh,
nampak gaya mcm ada perubahan berlaku bila jab.diketuai Datuk. Persoalan skrng adakah semua k/tgn yg diamanahkan berubah? Maksud saya mudah, usahawan memang memerlukan bantuan yg disalurkan oleh pelbagai agensi kerajaan, masalah yg dihadapi ialah kesukaran melepasi pagar yg ada. Saya nampak, pihak k'jaan mengalu2kan membimbing sesiapa shj utk bergelar usahawan, dan sy pula memang berkobar2 utk bergelar usahawan, tp spt biasa....bila mohon ada shj halangan sblm ini. Utk dipendekkan cerita, sy jumpa sebidang tanah yg hendak dijual dan bercadang utk membuka PETRONAS, bagaimana impian ini boleh jadi kenyataan? Agensi mana yg tepat utk merealisasikan perniagaan yg bakal saya usahakan krn lokasinya amat strategik menjadi laluan ratusan kereta ulang-alik utara/selatan serta tiada kedai minyak sepanjang laluan. Dgn keluasan tanah tsbt, byk lg perniagaan yg dpt diwujudkan krn saya sentiasa berfikiran kreatif serta berinovasi dgn visi.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Datuk saya baru mula berkecimpung dalam dunia perniagaan,saya amat yakin dan percaya perniagaan pasti mampu mengangkat martabat dan maruah orang melayu, tapi saya sedih kadangkala masyarakat memandang serong orang yang terlibat dgn MLM macam kami, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Kegairahan syarikat yang bertopengkan MLM merosakkan reputasi industri MLM, kami juga terpinggir dari pihak kementerian, harap Datuk ambil perhatian, usahawan seperti kami berjiwa kental dan mampu untuk menjana ekonomi negara dan sudah terbukti lahirnya JUTAWAN-JUTAWAN MLM, kami berharap agar adanya lebih sokongan dari kementerian keprihatinan Datuk untuk melihat industri ini menjana ekonomi orang MELAYU, kami bermula dengan modal yang sedikit, tanpa menggunakan orang yang berkedudukan namun kami mampu untuk melahirkan insan-insan yang dulu hanya orang biasa tapi kini manjadi insan luarbiasa!!!Bantulah syarikat MLM_BMI untuk menempa nama ketahap global, lebihkan promisi dan sokongan kememterian untuk industri MLM dan peluang menjadi usahawan yang BERDIKARI, MANTAP, BERJIWA KENTAL,PRIHATIN DAN PEMBELA AGAMA DAN BANGSA....JAGA KESIHATAN, JANA PENDAPATAN, JALALKAN KEBAJIKAN..SEKIAN

Anonymous said...

salam

Peringatan bagi diri saya dan juga anda....

"jadikan pekerjaan anda sebagai tanggungjawab yang diamanahkan, keluarga anda amanah anda,amanah anda akan menunjukkan keperibadian anda"

layari
http://mybiz-talk.blogspot.com/

tq

mfazy121 said...

Saya difahamkan oleh SME Bank bhw niat sy beli tanah tiada dlm skop pinjaman.....maka nampak gaya memang hancur niat utk membuka station minyak w/pun lokasi sungguh strategik dan ada org nak jual tanah tepi jalantu.
Sy pun pelik, pembiayaan nak beli kilang yg bangunan besar2 dialu2kan pulak, dan Peg.SME tu ckp apapun kena berniaga dulu baru boleh mohon, ini yg sy nampak peraturan tidak selari amalan. Terang2 dlm mana2 gabungan kelolaan Datuk bersedia seandainya jk kita baru nak berniaga, tp apakan daya kuasa ada di tgn Peg.dipertanggunjawabkan. W/pun sy nyatakan niat utk membuka station minyak Petronas, dia suruh sy datang supaya nasihat struktur dpt dijelaskan, tp jk perkara pokok utk beli tanah tidak dilayan, apa guna berbincang? Sy benar2 perlukan penjelasan di pihak Datuk, adakah niat sy sememangnya tidak menepati garispanduan yg telah sedia ada?