Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, May 14, 2008

Respon kepada Komen anda...

Saya tertarik kepada beberapa pandangan yang diberikan oleh pembaca blog ini di ruangan komen dan saya rasa respon kepada pandangan-pandangan itu perlu dikongsi dengan semua pembaca...

Yang Pertama...

Ringkasan pandangan Zulfadzli :
Saya merasakan Jawatankuasa Rayuan (JR) tidak perlu kerana agensi-agensi di bawah MECD telah mempunyai Jawatankuasa Kelulusan Pinjaman (JKP) yang tersendiri. Penubuhan JR akan hanya menyebabkan keputusan JKP agensi-agensi yang berkenaan dipandang remeh oleh usahawan.
(Untuk komen lengkap, sila rujuk kolum DEB Untuk Siapa....?)

Respon kepada pandangan Zulfadzli :
Terima kasih atas pandangan Zulfadzli. Sebagai seorang pegawai yang pernah bekerja di bawah sebuah agensi kewangan MECD sudah tentu saudara Zulfadzli banyak pengalaman dalam hal ini. Apa yang dimaksudkan dengan Jawatankuasa Rayuan ini adalah memberi peluang kedua kepada para pemohon pinjaman. Ini adalah kerana, sebelum ini banyak aduan yang saya terima dari orang ramai mengatakan penolakan permohonan pinjaman mereka kurang berasas. Mungkin kerana mereka ditemuduga oleh pegawai yang berkenaan dan pegawai itulah yang akan membentangkan hasil temuduga tersebut kepada board. Disinilah timbulnya masalah yang mana kemungkinan penerangan yang dipersembahkan oleh pegawai tadi kepada board kurang jelas atau tidak mencapai maksud sebagaimana kehendak si pemohon pinjaman. Cuba kita bayangkan keadaan si pemohon pinjaman yang mana perlu menunggu dalam tempoh mungkin 2 bulan, 3 bulan atau 5 bulan untuk di temuduga oleh panel penemuduga kemudian perlu menunggu lagi untuk keputusan temuduga itu dipersembahkan kepada board yang mungkin akan mengambil masa 2 atau 3 bulan lagi...sekiranya pemohonan itu berjaya tidak mengapa, tetapi jika berlaku sebaliknya....permohonan itu ditolak...alangkah kecewanya si pemohon berkenaan. Bertitik tolak dari keadaan ini, saya telah mengarahkan semua agensi yang terlibat supaya mengemukakan alasan kenapa sesuatu permohonan itu ditolak. Jadi di sinilah peranan Jawatankuasa Rayuan mempertimbangkan semula kes-kes sebegini. Ia adalah satu pendekatan ke arah proses penambahbaikan sistem penyampaian kementerian berasas pandangan dari akar umbi..
Ia juga merupakan salah satu bentuk dorongan dari pihak kementerian kepada bakal usahawan diluar sana yang benar-benar berminat dan tidak kenal erti putus asa untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya mereka...

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dato'....

blog http://tugubangsa.blogspot.com tu geng dato' punya juga.? sebab saya selalu berkunjung blog tugubangsa ni... lebih-lebih lagi bila berpeluang untuk melihat siaran secara langsung di blog tugubangsa.

Misron
Kajang, Selangor

kushairims said...

Assalamuaialaikum Dato',
Banyak perkara berlaku yang mendapat perhatian umum didalam kementerian dibawah tanggung jawab Dato'sekarang ini diantaranya adalah jabatan yg bertanggung jawab keatas pengeluaran dan penguatkuasaan lesen kenderaan perdagangan iaitu LPKP.Kebelakangan ini banyak isu yang di sentuh tentang penguatkuasaan olih pihak LPKP apabila banyak penipuan yang dibuat olih pemandu teksi dan kemalangan yang melibatkan bas ekspress.Saya ingin menyentuh lebih lanjut tentang penolong pegawai dan pembantu penguatkuasa LPKP yang mana difahamkan sekarang ini adalah anggota yang dilantik secara kontrak.Mereka ini adalah kakitangan yang amat diperlukan olih jabatan ini .Apa yang saya ketahui sebelum ini pegawai penguatkuasa LPKP dipinjamkan dari JPJ .Pengambilan kakitangan baru yang telah dibuat atas dasar kontrak telah menyebabkan ada diantara mereka yang telah berhenti apabila mendapat tawaran kerja tetap yang lain.Akibatnya jumlah kakitangan yang masih berkhidmat berkurangan dan ini memberikan beban tugas kepada yang tinggal. Disini saya mencadangkan agar mereka ini diserapkan kejawatan tetap.Ini dapat mengurangkan masaalah ini kerana sudah menjadi fitrah manusia memilih sesuatu kerja yang dapat menjamin masa depan mereka.Ada perbezaan faedah yang didapati olih kakitangan tetap berbanding dengan kontrak.
Tindakan ini sekurang kurang nya dapat menjamin masa depan kerjaya mereka dan pihak LPKP tidak berterusan kehilangan kakitangan yang terlatih yang amat diperlukan olih jabatan ini.Saya berharap komen ini mendapat perhatian pihak Dato' demi untuk memastikan kakitangan salah satu jabatan yang dianggap "panas" ini mendapat pembelaan yang wajar demi menjamin mutu kerja yang lebih baik dan masa depan mereka.

Terima kasih.

kushairims said...

Assalaimualaikum Dato',

Izinkan saya memberikan sedikit pandangan kepada salah satu jabatan "panas" dibawah kementerian yang diterajui olih Dato' pada masa ini yang mendapat perhatian umum apabila banyak penyelewengan tambang olih pemandu teksi dan kemalangan maut melibatkan bas ekspress.Jabatan ini ialah LPKP.
Saya difahamkan sebelum ini kebanyakan pegawai,penolong dan pembantu penguat kuasa adalah anggota yang dipinjamkan dari JPJ.Pengambilan anggota baru bagi jawatan-jawatan ini telah dibuat tetapi dilantik secara kontrak .Ini tidak dapat menjamin masa depan mereka. Ada diantara mereka telah meninggalkan jabatan ini apabila mendapat tawaran pekerjaan tetap .ini telah memberikan bebanan dan tekanan kerja bagi anggota yang tinggal dan mereka ini juga menunggu peluang untuk meninggalkan jabatan ini.Selain dari tekanan kerja mereka juga menghadapi pelbagai kerenah ,herdikan , cacian dan ancaman .Tugas mereka adalah salah satu tugas yang berisiko tinggi. Adalah menjadi fitrah semulajadi manusia bagi mendapatkan sesuatu yang bolih menjadi jaminan masa depan mereka.ada banyak perbezaan faedah yang didapati olih kakitangan tetap berbanding dengan kontrak.olih itu saya disini ingin mencadangkan agar pertimbangan segera diberikan agar kakitangan kontrak ini dapat diserapkan kejawatan tetap .yang mana ia lebih menjamin masa depan mereka.Inijuga dapat mengelakan jabatan ini daripada kehilangan kakitangan yang berpengalaman yang bolih menimbulkan masaalah dan menjejaskan prestasi jabatan.

Sekian. Wassalam.

Wal said...

Dato', saya salah seorang yang telah dikecewakan oleh MARA; kerana menolak permohonan pembiayaan untuk meningkatkan perkembangan perniagaan kami. Saya berpendapat setiap usahawan perlu diberikan peluang kedua mahupun ketiga dan seterusnya untuk berjaya dalam bidang keusahawanan ini, kerana bukanlah mudah untuk terus berjaya pada kali pertama menjejakkan kaki dalam bidang ini. Janganlah terus meghukum usahawan yang gagal pertama kalinya; dengan terus menolak permohonan dengan alasan kedudukan kewangan yang tak stabil; logiknya memanglah tak stabil oleh itu kami perlukan modal tambahan untuk memulihkan perniagaan dari terus membiarkanya terkubur.

Terima kasih.

Noh bin Haji Omar said...

En.Wal, saya mengucapkan terima kasih atas komen saudara mengenai kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan.Sebelum ini saya telah mengumumkan bahawa kita akan memberi peluang kedua kepada para usahawan yang gagal pada kali pertama.Peluang kedua ini diberi kepada pemohon yang gagal bukan kerana faktor pengurusan tetapi faktor-faktor di luar jangkaan seperti bencana alam.Saya berharap En.Wal dapat menulis terus kepada saya berkenaan dengan sebab sebenar kegagalan saudara sewaktu menjalani proses mendapatkan pinjaman tersebut.

Anonymous said...

Dato'

Terlalu banyak karenah birokrasi dan protokol menyebabkan "give up " untuk membuat rayuan pinjaman kali ke 2 lagi.

Saya bg contoh, saya perlu menunggu selama 6 bulan untuk mengetahui keputusan pinjaman saya sama ada lulus atau tidak. Namun ternyata GAGAL! kerana apa? jawapan yang diberi sangat senang. Syarikat belum kukuh dari segi kewangan dan pembayaran balik pinjaman.

Mana mungkin syarikat yang baru berusia hampir 2 tahun akan terus maju dan dapat projek 2 3 juta melainkan ada "KABEL" . Jgn nafikan...itu adalah kenyataan dan dilema usahawan melayu.

Saya lebih tertarik mengikut dan belajar dari kawan2 saya yang berbangsa cina menjalankan perniagaan. Mereka sangat pandai melakukan bisnes. Di mana Melayu?! Bekerja untuk mereka...itu adalah jawapan yang agak tepat. Atau dalam erti kata lain..jadi kuli sampai pencen. Jarang sangat dapat melihat Melayu berjaya dalam bisnes.

Terlalu banyak protokol dan birokrasi ketika membuat pinjaman. Itupun pinjaman yang saya buat bukan melibatkan amount yang besar... hanyalah sekitar 50k untuk membesarkan perniagaan.Pinjaman yang saya buat adalah pinjaman SPED. Submit di Shah Alam, lepas tu tendang ke KL HQ di bawah SME bank. Turun naik ke KL rasanya dah dekat 20 kali. Saya fikir elok kita bagi panel yang membuat keputusan pembiyaan pinjaman ini untuk buat bisnes. Dan jangan bagi mereka apa pinjaman dan pembiyaan. Biar mereka tahu, bagaimana susah senang menjalankan perniagaan dari dapat duit gaji setiap bulan.

Dato',

Secara logik, mana ada syarikat atau usahawan yang saja-saja nak buat atau tambah hutang melainkan buat pinjaman untuk membesarkan syarikat dan menambah pusingan modal. Tapi ape yang berlaku adalah diluar kawalan Dato' kerana ketika itu Dato' masih lagi memegang portfolio TMP.

Harapan saya, agar Dato' dapat membela usahawan bumiputera seperti kami ini untuk terus maju ketika penggal pemerintahan Dato'.

Andaikata saya tahu Dato' akan menjadi Menteri PUDK, mungkin saya dah merayu pada Dato' dulu lagi semasa berada di rumah Allayarham Dato Zakaria Mat Derus. Kalau Dato' masih ingat saya berdiri di sebelah Dato' ketika bersalaman dengan Dato' Seri Najib ketika itu. Apapun, tentu ada hikmah di sebalik itu.

Semoga Dato' dapat memberi peluang kepada saya dan usahawan-usahawan bumiputera yang lain untuk terus berjaya. Dato' The Best!!!

TQ,
Jamian
Ablelink Dot Com
0172403214

Anonymous said...

kelayakkan yang diambilkira dalam memohon pinjaman perniagaan...

kaedah kredit 5 “Cs” : iaitu kapasiti “capacity”, modal “capital”, syarat-syarat “conditions”, keperibadian (“character”) dan cagaran (“collateral”).

atau dptkan info penuh dlm bolg sy.
www.mybiz-talk.blogspot.com

tq

Anonymous said...

Askum En. Amen,

Baiklah...saya setuju u cakap mesti ada 5 Cs untuk dipertimbangkan memohon pinjaman.

Dato'

Adakah sumber yang En.Amen ini beritahu dan tuliskan dalam blog ini adalah benar?

Kalau benar, maka saya merasakan elok kementerian memansuhkan terus skim siswazah atau yang berkaitan.

Sebab :
1- Modal- Tunjukan kepada saya, berapa org siswazah yang lepas grade terus ada modal menjalankan biz? yang ketika ini berapa ramai yang menganggur akibat kekurangan peluang kerja. Mereka bukan memilih kerja. Tapi cuba bayangkan, belajar 5 tahun di Universiti untuk dptkan segulung ijazah, dan amik kos engineering, tapi lepas grade keje di fast food sebagai pelayan. Kalau sebulan 2 ok. Boleh terima. Tapi kalau dah sampai 4 5 tahun, saya rasa ape yg dia belajar di U pun dah hilang. Kosong!

Persolaanya...

a) Apakah motif sebenar kerajaan inginkan siswazah melakukan biz?

b) Tanpa pinjaman permulaan ( Modal ), Bolehkan mereka ini menjalankan perniagaan? sedangkan mereka ada perut untuk diisi dan hutang untuk dibayar dan mungkin mereka adalah harapan tunggal keluarga mereka untuk mencari nafkah.

c)Adakah mereka yang dah membuktikan kejayaan mereka dlm biz baru boleh dapat pinjaman? bagaimana yang belum sempat buktikan sedangkan mereka mempunyai idea dan hala tuju yang sgt bagus dlm biz? Dimana mau kita campakan idea bernas mereka?

Inilah kegagalan negara kita, mempunyai ramai manusia yang hebat tapi tak dpt tonjolkan akibat dari birokrasi dan protokol yang mengarut.

2- Cagaran-Masyaallah...rumah sewa, tanah apatah lg, kereta...jauh sekali... kawan2 sedara mara jauh sekali boleh tolong sebab mereka pun susah. Nak cagar ape? Cagar diri sendiri boleh la...Sekarang kita hidup bukan zaman 80 an,sekarang era 2k. siapa lambat dia ketinggalan. Sekali lagi saya tegaskan disini, sbb itu saya tak hairan atau pelik dgn kaum cina yang berjaya dlm biz, kerana network dan pertolongan sesama mereka sgt kuat. Budaya yang telah turun temurun yang mereka bawa dari tanah besar.Bagus untuk diparaktikan. Melayu ni takpa lah... keje je la dengan orang lain. Makan gaji pun ok ape? lagi 20 tahun...lagi 30 tahun... kalau ada sikap seperti ini...bukan melayu tak kan hilang di dunia...that time nak mengaku melayu pun segan. sebab, turun temurun jadi kuli orang. Merempat di tanah air sendiri.

Bukan melayu tak boleh berjaya...tapi org melayu sendiri yang tak nak bantu kaum sendiri.Jgn lah harapkan balasan pula bila memberi bantuan, tapi ingatlah bahawa ganjaran Allah yang menanti kita di Akhirat kelak. Bantu org lain meningkatkan taraf hidup dan jika mereka melakukan amal jariah diatas kejayaan perniagaan mereka itu ( Cth..bayar zakat ) maka amalam yang tidak putus-putus akan kita perolehi ketika di alam kubur nanti. Sesungguhnya kematian dan alam kubur itu adalah benar. renung2 kan...

Saya amat berharap...Dato' boleh melakukan sesuatu untuk org seperti saya ini. Saya rasa ramai lagi yang di luar sana yang inginkan bantuan. Berikan mereka peluang pertama dan kedua. Barulah mereka ini akan matang dalam biz. Kebanyakan melayu kita bukanlah dari keluarga usahawan dan kaya raya. Buktikan Dato' di penggal pemerintahan Dato' ini. Jangan hanya tinggal kenangan. Kita tidak akan kecewa dengan apa yang telah kita lakukan, tetapi kita akan lebih kecewa dengan apa yang belum sempat kita lakukan.

Cukup 2 sahaja... nanti takut saya tak dapat kawal perasaan pulak. Bukan menghentam tapi keluhan.

Tq
Muhd Jamian Bin Abdul Hamid

Wal said...

Salam Dato',
Saya telah pun memanjangkan emel kepada Pengarah Bahagian Pembiayaan MARA, pada 2 Januari 2008,untuk meminta penjelasan tetapi hingga kini tiada maklumbalas.

Harap maklum. Terima kasih.

Wal said...

Assalamualaikum Dato'; walaupun telah dikecewakan oleh MARA awal tahun ini; saya masih belum berputus asa untuk meneruskan perjuagan menjadi usahawan.

Pada masakini, saya dan rakan2 telah menubuhkan sebuah pusat latihan, jadi saya ingin bantuan dato' bagi memberi kami peluang untuk menjadi penyedia latihan kepada kementerian dato'.

Sekiranya dato' masih berniat untuk membantu kami usahawan yg pernah jatuh dan berusaha untuk bangun semula, diharap dpt kiranya dato' memberi ruang kepada saya dan rakan2.

Terima kasih,
Wal