Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, May 23, 2008

Mesyuarat Agong Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara

Tarikh : 24 hb Mei 2008
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC)


Selaku pengerusi Alumni Kelab UMNO, saya akan merasmikan Mesyuarat Agong pertubuhan ini pada esok pagi. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan bagi sesi 2008 - 2010. Untuk makluman semua, Alumni Kelab UMNO telah ditubuhkan sejak tahun 2000 sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar di Kuala Lumpur.

Antara misi penubuhan Alumni Kelab UMNO ini adalah untuk mengumpul bekas-bekas pelajar Malaysia yang belajar di luar Negara dan terdiri daripada cendikiawan serta profesional Melayu yang telah bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Disamping itu ia juga berperanan sebagai ‘think thank’ yang menyampaikan idea dan pandangan kepada kerajaan dalam menangani isu-isu semasa. Pelbagai program kemasyarakatan telah dianjurkan oleh Alumni Kelab UMNO seperti Seminar Agenda Melayu, Persidangan Meja Bulat Menagani Isu Semasa, Forum Bicara Ad-deen, Forum Perdana dan banyak lagi.

Saya mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di luar Negara terutamanya bekas-bekas ahli kelab UMNO luar Negara untuk menghadiri mesyuarat ini seterusnya mendaftar sebagai ahli Alumni Kelab UMNO.

Untuk makluman lanjut para pembaca bolehla melayari
http://www.alumniaumno.org.my

Jumpa di sana !

2 comments:

Anonymous said...

akum dato..saya bakal pemohon tekun nasional...permohonan saya telah di htr pada 20.3.08 ke tekun baling..permohonan telah diselesaikan dan dihantar ke tekun nasional kuala lumpur...tapi tekun nasional k.l tidak lagi memproses permohonan saya..apabila ditanya di tekun baling,masih ramai yang sebelum saya belum menerima pinjaman nya.sekian terima kasih

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih ats kesudian anonymous melayari blog saya dan respon yang diberikan. Memang tidak dinafikan, di mana-mana sahaja,setiap kali saya mengadakan sesi dialog, inilah adalah diantara isu yang sering diperkatakan.Saya menyedari keadaan ini dan telahpun meminta pihak terlibat mengkaji balik cara memberi kelulusan kepada pinjaman Tekun ini. Mungkin salah satu yang kita nampak boleh membantu adalah dengan cara 'delegate' kuasa meluluskan pinjaman Tekun ini terus diperingkat negeri.Apapun kita akan kaji dan membuat keputusan penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak.