Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, July 25, 2008

" Teach A Man To Fish..."


Masih belum terlambat untuk saya berkongsi pengalaman di beberapa program yang saya hadiri minggu lepas...

Program Gerak Usahawan di Pendang, Kedah. Saya berpuas hati dengan perlaksanaan program di semua tempat yang telah dihadiri termasuklah di Pendang. Sambutan menggalakkan dari orang ramai. Seperti di tempat lain, saya telah meminta pihak kementerian supaya menggerakkan semua jentera yang kita ada, turun padang bersama rakyat Kedah untuk membantu mereka yang berminat menjadi usahawan ataupun para usahawan yang mempunyai kemusykilan menerusi pelbagai klinik usahawan yang dianjurkan sepanjang program.

Pelancaran Program Bengkel Bergerak RSQ. Dibuka kepada semua pelajar pelatih Giat MARA dalam bidang automotif khususnya bidang penyelengaraan dan membaiki motosikal. Berminat, bolehla mendapatkan pinjaman dari TEKUN atau MARA sekiranya mengalami masalah modal. Setiap peserta diberi sebuah motosikal MODENAS yang diubah suai sebagai bengkel bergerak. Akan beroperasi di semua tempat khususnya Lembah KLang dan sepanjang lebuhraya untuk membantu pengguna kenderaan khasnya motosikal yang menghadapi masalah.

Petang, saya bersama penduduk Sanglang, di Program Membasmi Kemiskinan anjuran Giat MARA, agensi yg bertanggungjawab melaksanakan program menjana pendapatan. Sebanyak RM 24 juta diperuntukkan bagi program ini dan telah pun dimulakan di Selangor, W. Persekutuan dan Sabah. Lebih 3300 orang golongan miskin sudah pun mendapat manfaat dari program ini bermula April lalu. Program ini melibatkan kursus singkat selama seminggu. Para peserta diberi latihan kemahiran seperti urutan, jahitan, solekan dan gunting rambut. Kemahiran ini boleh dipraktiskan sejurus selesai kursus kerana mereka terus dibekalkan dengan peralatan dalam bidang kursus masing-masing untuk dibawa pulang dan memulakan usaha menjana pendapatan mereka dengan berniaga kecil-kecilan.

…” Give a man a fish and he will eat for a day. Teach a man to fish and he will eat for a lifetime. Teach a man to create an artificial shortage of fish and he will eat steak”…
pepatah inilah yang memberi ilham kepada pendekatan yang kita buat dalam Program Membasmi Kemiskinan ini.

Giat MARA akan ‘follow-up’ semua peserta kursus ini selepas 3 bulan dari tarikh selesai kursus untuk melihat sejauh mana perkembangan perniagaan mereka dan mengkaji keberkesanan program. Saya harap, lebih ramai lagi di luar sana akan mendapat manfaat dari program ini...

7 comments:

Anonymous said...

Salam YB Dato',

Syabas atas segala gerakerja dan pembaharuan yang diperkenalkan. Benar... dengan memberi sebatang joran adalah lebih baik daripada memberi ikan yang hanya boleh dimakan sekali dua sahaja. Dengan joran seseorang itu mampu memancing seberapa banyak ikan yang diingininya dan boleh dilakukan berulangkali pada hari-hari seterusnya bergantung kepada kemahuan diri sendiri.

Harapan saya semoga kehadiran YB Dato' memimpin dan menerajui MECD akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di samping membanteras segala salahlaku pegawai dan kakitangan agensi-agensi IKS (pemberi pinjaman) yang tiada integriti menjalankan tugas mereka dengan baik. Pada dasarnya birokrasi itu terbit akibat rasa cemburu hati dan berhasad dengki terhadap usahawan-usahawan. Saya yakin dengan ketegasan YB Dato' yang dilihat lebih berwawasan, bakal memulihkan sepenuhnya institusi IKS yang telah parah tercemar selama ini.

p/s: mohon YB Dato' dpt maklumkan penerimaan salinan surat melalui email. terima kasih!

md zakhir said...

salam YB Dayo'

pendekatan -pendekatan yang di buat oleh dato' dianggap baik dan bersungguh-sungguh,ini menampakan kesenangbungan dasar berterusan.apa yg membimbangkan adalah ketidak sungguhan diperingkat perlaksanaan.bagi saya peringkat pelaksana ini harus juga diberi perhatian.kerana yg tukang "teach" tu ada perbagai peringkat...ada yg berjiwa usahawan,ada yg hanya buat kerja bila "boss" datang tak kurang juga mehitung hai pencen...

saya dapat lihat kesunguhan YB Dato' tapi sayang saya tak dapat lihat kesungguhan ini di peringkat agensi...ini berlaku sejak dulu lagi..banyak kepentingan diri diutamakan..saya berani katakan yg sebahagian pegawai agensi termasuk pemegang amanah mengamalkanya..

saya harap YBhg YB Dato dapat beri perhatian pada perkara ini..

p/s ada pegawai sme bank yg ambik % kalau loan lulus?!!!

hannyzallie said...

salam. YB dato'.
saya nur halwani dr UniKL malaysia france inst. bangi...
semalam, 26 july 08, saya bersama kawan2 saya telah memberikan 1 proposal Festival Warna-warni kemerdekaan peringkat UniKL mfi 2008, kepada Pakcik BOA... itu adalah program kami, jawatankuasa perwakilan mahasiswa uniKL mfi. ;)

x tahu bagaimana nk hubungi dato, pakcik BOA minta kami lawat blog dato untuk bgtaw tentang program Festival kami..
kami berharap dato dapat membantu kami meringankan beban kami untuk menjalankan program tersebut..kami juga sgt berbesar hati sekiranya dato' dapat hadir ke festival merdeka itu nanti untuk majlis perasmian... terima kasih dato'.
jasamu dikenang ;)

sebarang pertanyaan, dato' boleh hubungi saya, halwani
019-9959199 / 017-3075376

Unknown said...

memang saya amat setuju dengan tindakan dato .

klu bolehlah , saya ingin cadangkan , ape kata mecd buat program yg memberikan faedah dan membangun semangat usahawan di kalangan student student di mesir ( egypt ) .

kami memang berminat cuma tidak ada tempat rujukan dan bahan latihan .

harap dato dpt mempertimbangkan hal ini .

Anonymous said...

Salam Dato',

Maaf, saya terlewat membaca blog dato' minggu ini.

Saya menjunjung tinggi keputusan membuka semula permit kepada individu dan keutamaan kepada pemandu sedia ada yang terpaksa menyewa permit pemegang permit yang tidak berminat membawa sendiri.

Dalam kes ini, saya ingin mengutarakan masalah yang dihadapi oleh orang tua saya. Beliau telah membawa teksi/kereta sewa sejak 15 tahun yang lalu dengan menyewa permit. Usaha beliau untuk mendapat permit sejak 20 hingga 30 tahun lalu sering gagal. Kini dengan usia 66 tahun, beliau telah melepasi pula syarat umur.

Saya ingin memohon Yb Dato', agar mempertimbangankan pemilikan sendiri permit teksi (kini Teksi Lapangan Terbang) oleh bapa saya walaupun dengan jangkamasa pendek seperti 3 tahun.

Mohon pertimbangakan YB Dato'. Saya akan hubungi penjabat dato' bagi menyerahkan salinan permohonan-permohonan lalu dan pelbagai dokumen lain sekiranya perkara ini dapat dipertimbangkan.

Terima Kasih Yb Dato'.

Anonymous said...

Salam YB Dato' ,

Saya salah seorang kakitangan awam jabatan kerajaan ini mengutarakan pertanyaan mengenai pinjaman permulaan perniagaan bagi kakitangan awam yang telah diumumkan baru-baru ini.

Saya merasa tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan oleh agensi dibawah MECD mengenai pinjaman tersebut selepas saya bertanya. Jawapan yang diterima adalah mengatakan mereka tidak menerima apa-apa arahan @ pekeliling yang mengatakan terdapat pinjaman permulaan perniagaan kepada kakitangan kumpulan sokongan jabatan kerajaan.

Selepas diwarwarkan di akhbar tetapi tidak menerima apa-apa arahan menyebabkan sebilangan kakitangan awam kumpulan sokongan yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal merasa tertipu dengan kenyataan akhbar tersebut. Demi menyahut seruan kerajaan untuk menceburi bidang usahawan, saya berharap pihak YB Dato' dapat membantu kakitangan awam kerajaan kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah untuk menangani masalah kenaikan harga minyak & barang keperluan dengan memberi pinjaman untuk permulaan perniagaan.

Diharap YB Dato' dapat memberi perhatian diatas pertanyaan saya ini.

Anonymous said...

Salam YB Dato ,
Syabas & tahniah atas kecendurungan YB Dato dalam melahirkan usahawan2 Bumiputera . Semoga usaha murni YB Dato ini akan diberi balasan dan rahmat oleh ALLAH SWT .

Mohd Fakarudin Md Farok