Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, July 7, 2008

PERSIDANGAN PEGAWAI MARA DAERAH SE-MALAYSIA 2008



Tahniah kepada semua Pegawai Mara Daerah (PMD) yang telah selesai menghadiri Persidangan Pegawai MARA Daerah Se-Malaysia 2008. Semoga PMD di seluruh negara dapat menghayati isu pembangunan Bumiputera dan Hala Tuju Strategik MARA selari dengan perancangan MECD dan menjalankan tugas sebaik-baiknya dalam memastikan peruntukkan yang diberi kerajaan sampai kepada golongan yang memerlukan khususnya rakyat di peringkat akar umbi.

Saya menggesa PMD yang hadir agar memperkukuhkan peranan sebagai ‘front liner’, pelaksana program dan projek MARA dan MECD bagi merealisasikan matlamat kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Ini akan hanya dapat dicapai melalui keberkesanan projek dan kesinambungan usaha pembangunan di peringkat akar umbi. PMD perlu bijak menggunakan sumber yang ada, dalam masa yang sama memantau secara dekat dari semasa ke semasa bagi memantapkan sistem penyampaian di peringkat daerah seterusnya memastikan kumpulan sasar mendapat manfaat dari pelbagai program yang di atur oleh kementerian.

Saya menyambut baik pendekatan MARA yang melantik pegawai-pegawai yang cemerlang sebagai Pegawai MARA Daerah. Dengan adanya PMD yang cemerlang ini, saya yakin,kita akan dapat dapat melonjakkan momentum MARA ke hadapan.

PMD yang berintegriti tinggi dan mentadbir urus korporat dengan cemerlang masih belum memadai jika tidak mempunyai jiwa ingin membantu orang lain. Semuanya harus lahir seiring barulah benar-benar dapat memenuhi cita-cita dan hasrat untuk membina kelangsungan usahawan bumiputera yang berjaya.

3 comments:

razlan said...

Assa'kum Yang Berhormat Dato,

Saya, Razlan bin Bachik, tergerak hati untuk menulis kepada Yang Berhormat berkenaan permasalahan saya dengan MARA.

Adik saya, Raizan bin Bachik, merupakan seorang pelajar tajaan MARA semasa beliau belajar di United Kingdom pada 1995 dan saya adalah penjamin kepada pinjaman tersebut. Semasa di tahun terakhir jurusan kejuruteraan kimia di University of Bradford, beliau telah menjalani satu pembedahan otak (kecemasan) di sana. Laporan perubatan beliau telah saya sertakan kepada Pejabat MARA di London pada 1995. Sekembali saya ke Malaysia, sekali lagi saya memberi satu laporan kepada Ibu Pejabat Mara di Kuala Lumpur.

Selepas adik saya kembali ke Malaysia, beliau gagal mendapat apa-apa pekerjaan kerana keadaan fizikal beliau kesan dari pembedahan tersebut. Dari tahun 1996 sehingga 2007, kami telah menulis berpucuk-pucuk surat kepada MARA akan permohonan untuk MARA melihat kembali status pinjaman beliau itu. Dari satu pegawai ke satu pegawai dan dari satu tahun ke satu tahun, pihak MARA tidak memberi jawapan kepada kami.

Sehingga penghujung tahun lepas, pihak MARA telah menyenaraikan kami sebagai "defaulters" di dalam suratkhabar. Satu surat telah dihantar kepada Penolong Pengarah MARA dan MARA telah menghantar satu pegawai ke rumah kami di kampong untuk melihat keadaan adik saya pada bulan Mac 2008. Sehingga sekarang, kami tidak mendapat apa-apa surat dari surat yang kami hantar dahulu.

Oleh itu, saya amat berharap sekiranya Y B Dato dapat melihat kes ini kerana ianya berlanjutan sudah terlalu lama. Adik saya sendiri amat tertekan dengan keadaan beliau ditambah lagi dengan pinjaman dari MARA ini.

Saya dapat dihubungi di talian 012 379 8673 atau razlan_bachik@punb.com.my

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Dato.

Saya ada terjumpa blog ni, harap dapat diambil tindakan sewajarnya.

http://mara-terus-mundur.blogspot.com

Rakyat sudah mula bercakap tentang MARA.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'.

Saya mengikuti blog mara-terus-mundur dari awal sehingga semalam ia diceroboh oleh hackers.

Terdetik di hati saya betapa benarnya isu yang diketengahkan oleh penulis kerana saya juga pernah bertugas di PMN Sarawak.
Isu-isu tersebut jugalah yang sering dibicarakan oleh rakan-rakan yang bertugas di sana apabila kami berborak jika ada peluang bertemu.

Saya meminta jasa baik Dato' untuk turun padang sekiranya mahu isu-isu ini diselesaikan secara berhikmah.

Kita tidak mahu dengar bahawa staf di Sarawak terlalu kebal untuk diambil tindakan. Staf MARA adalah kakitangan kerajaan dan tertakluk kepada Perintah Am.

Sekian. Semoga mendapat perhatian Dato'.