Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, July 11, 2008

SYARAT PERMIT TEKSI INDIVIDU


KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN HAJI OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.

2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :

i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
iii. pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);
iv. menjalani kursus anjuran MECD;
v. bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;
vi. mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun; dan
vii. bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.


3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.

4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.

5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.

6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:-

(a) larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan

(b) menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.

7. Sehingga 31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.

Sekian.

6 comments:

Nita said...

Assalamualaikum Dato,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha Dato mendapatkan kelulusan kabinet bg pemohonan permit teksi individu. Permit teksi individu ini memang dinanti2kan oleh setiap pemandu teksi. Saya & suami amat2 menghargainya.

Salam hormat,
Shamsuddin

Raymond Ting Lai Yan said...

Dear Dato'
Congratulations, at last genuine individuals can apply for a taxi permit. I have been jobless and doing oddjobs to feed my family. Desperately need your help to apply for a taxi licence to feed my family. Used to be a manager in various organisations but now back in my hometown. Am already 45 years old and still have 3 school going children to feed.
Please help.
Thank you.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato,
Saya nak tanya b/p bapa saya : kenapa
pengusaha teksi individu diarahkan menggunakan kereta nasional sebagai teksi.Yang dimusykilkan bagaimana pula banyak bajet teksi di KL yg menggunakan kereta Suzuki & Nissan? Hairan juga dihati kami: kenapa arahan tak standard?

Noh bin Haji Omar said...

Salam dan terima kasih kepada Nita dan lion yang sudi melayari blog saya dan seterusnya meninggalkan komen di sini...

Kepada nita...
Keputusan itu adalah usaha yang saya kongsi dgn semua pihak terutamanya pegawai-pegawai saya di kementerian..syabas patut diberikan kpd mereka semua yg tidak mengenal penat dan lelah bg menjadikn hasrat ini satu kenyataan.

kepada lion..
ingin saya maklumkan bahawa untuk fasa pertama, permit teksi individu diberi keutamaan kepada pemohon yang telah dan sedang memandu teksi melebihi 10 tahun...walaubagaimanapun,saudara boleh memohon pd masa akn dtg..

Noh bin Haji Omar said...

Salam dan terima kasih kepada anonymous yg sudi meninggalkan komen mengenai teksi individu di sini..

Untuk mekluman semua..stakat ini, belum ada dasar yg menghadkan penggunaan kereta nasional sbg taksi di negara ini.Terpulang kepada pengusaha teksi untuk menggunakn apa jenis kenderaan asalkn memenuhi kriteria yg ditetapkan.

Unknown said...

Assalamualaikum Dato Noh....
Saya ingin bertanya adakah seorang kakitangan kerajaan dibolehkan memohon lesen memandu teksi?Ini adalah kerana untuk mencari pendapatan sampingan memandangkan kos sara hidup sekarang adalah tinggi.Terima kasih untuk perhatian Dato Noh.