Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, July 7, 2008

PINJAMAN TABUNG MODAL PUSINGAN KOPERASI RM10 JUTA

(Gambar : Menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menjayakan Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengkhususan Dalam Bidang Koperasi).

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menaikkan kadar pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) daripada RM5 juta kepada RM10 juta untuk pembiayaan koperasi di seluruh negara. Dana tersebut adalah bagi membantu koperasi yang berdaftar membuat pinjaman untuk menjalankan perniagaan dalam negara.

Saya memahami situasi koperasi pada masa ini yang menghadapi kesukaran untuk menjalankan perniagaan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil. Dengan kenaikan kadar pinjaman ini, kementerian berharap ia sedikit sebanyak membantu ahli koperasi dalam memperkembangkan projek yang lebih berdaya maju.

Tumpuan juga perlu diberikan kepada perkembangan koperasi sekolah bagi memperkasakan lagi kemahiran selain menanam minat yang mendalam di kalangan pelajar untuk menceburi dunia perniagaan. Sehubungan itu, kementerian membuka permohonan kepada koperasi sekolah untuk membuat pinjaman sehingga RM50,000 tanpa cagaran atau penjamin asalkan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Saya juga bercadang menubuhkan Tabung Bencana Alam Koperasi bagi membantu koperasi yang dilanda musibah seperti kebakaran dan banjir.

Sehingga kini, kementerian di bawah TMP telah meluluskan pinjaman sebanyak RM300 juta bagi tujuan membiayai koperasi sejak ditubuhkan pada 1985.

12 comments:

paneh said...

A'kum Dato'.

Boleh terangkan jenis perniagaan apa yg melayakkan koperasi mendapat pinjaman sehingga RM 10juta serta kriteria dan prosuder permohonan. Terima kasih atas maklumat yang akan diberikan.

Anonymous said...

A'kum Dato'

Saya anak jati Tanjung Karang (Kg Sg Yu) yang telah membuka perniagaan bersama 2 rakan kongsi yang lain sejak tahun 2006 berkenaan sistem pemantauan kenderaan (GPS) yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Kami adalah syarikat 100% bumiputera yang berstatus MSC dan kami mendapat status MSC daripada produk tersebut. kami percaya bahawa sistem kami adalah antara yang terbaik di dalam pasaran dan kos efektif. Saya telah menghantar permohonan ke LPKP sejak bulan 1/2008 yang lalu. Apabila saya menghubungi lpkp semula, mereka memberitahu saya pihak lpkp telah memilih 4 syarikat daripada 9 syarikat yang memohon. Oleh itu saya ingin menghantar permohonan supaya dipertimbangkan semula kepada pihak dato. bagaimana dan dengan siapa saya perlu berhubung?

ps:kami usahawam muda yang tidak mempunyai sebarang cable. pertolongan dan pertimbangan pihak dato kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Noh bin Haji Omar said...

Salam.Menjawab persoalan saudara paneh :
10 juta itu adalah pinjaman bercagar dan boleh dipohon untuk apa saja jenis perniagaan asalkan ia berdaya maju. Sbg cth : projek perumahan atau pertanian.Bagi melayakkan permohonan itu, koperasi yang memohon mestilah memenuhi kriteria di bawah :
1)Telah berdaftar
2)Akaun diaudit
3)Mendapat kebenaran mesyuarat agung

Dari segi prosedur, sila rujuk kpd SKM berhampiran.

Noh bin Haji Omar said...

Salam.Kepada anak tanjung, terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Sila berhubung dengan pegawai saya, Puan Habibah di pejabat menteri untuk mengemukakan rayuan saudara.

Unknown said...

YB Dato’,
Penarikan Balik Tawaran Ke Program Bachelor Of Applied Language, International and Intercultural Communication Collaboration with
University Of South Australia (UniSA) dengan kerjasama Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (Anak Syarikat Milik Penuh MARA)

Merujuk kepada perkara diatas dengan hormatnya kami ingin memohon perhatian pihak YB Dato’ tentang penganiayaan dan penipuan secara terang-terangan yang dilakukan oleh pihak Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur Anak Syarikat Milik Penuh MARA (KPTM) terhadap kami bakal penuntut intitusi pengajian MARA dan juga anak-anak bumiputera yang mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai Diploma in English Communication dari Intitusi Pengajian milik penuh MARA (Kolej Profesional MARA, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang)
Untuk pengetahuan YB Dato’ kami telah ditawarkan program Bachelor Of Applied Language, International and Intercultural Communication Collaboration with University Of South Australia (Uni SA) dengan kerjasama Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (Anak Syarikat Milik Penuh MARA) pada 24 Jun 2008 dengan menjanjikan tempat pengajian, pinjaman (converted loan) dan pendaftaran pada 15 Julai 2008.
Setelah kami meninggalkan pekerjaan dan pengajian semasa kami di IPTA untuk meneruskan pengajian kami dalam bidang yang menjadi kepakaran dan idaman kami, pihak KPTM telah menarik balik tawaran dalam masa 2 hari sebelum hari pendaftaran. Ini amat mendukacitakan dan amat mengecewakan pihak kami yang telah berhempas-pulas mendapatkan tempat di alam pekerjaan dan pengajian terdahulu. Kini kami telah hilang segala-galanya.
Kami amat berminat dengan program yang ditawarkan oleh pihak Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (Anak Syarikat Milik Penuh MARA) (KPTM), tambahan pula; program ini tidak ditawarkan dimana-mana kolej atau universiti di Malaysia. Kami anak bumiputera yang mahir bertutur serta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris berasa amat terkilan dengan tindakan KPTM dan seterusnya MARA yang seakan-akan menindas bangsa sendiri. Setelah melakukan penyisatan secara mendalam, alasan yang diberikan oleh pihak Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (Anak Syarikat Milik Penuh MARA) tidak relevan kerana program transnational University Of South Australia (UniSA) masih wujud dan terus kukuh di institusi-institusi pengajian tempatan contohnya, Taylor’s College, Kolej Damansara Utama dan sebagainya. Ini merupakan satu pembohongan besar dan penindasan terhadap bangsa sendiri yang dilakukan oleh pihak yang sepatutnya membela nasib kaum bumiputera .
Kami amat berharap pihak YB Dato’ dapat menyelesaikan masalah yang ditimpakan oleh pihak MARA keatas kami dan menghubungi kami dengan kadar yang segera.Kami juga merayu kepada YB Dato’ supaya pengajian yang telah ditarik balik diteruskan kerana inilah satu-satunya bukti menunjukkan bahawa anak Melayu juga mampu menjadi pakar dalam bidang komunikasi bahasa Inggeris dan pengantaraan antarabangsa yang bertaraf dunia.
Saya merayu supaya YB Dato' dapat menghubungi saya secpat mungkin kerana, pada masa ini kami bagaikan kapal yang hilang arah. Sayang jika kapal-kapal ini karam begitu saja...

Terima Kasih,
Azren
email: oxrynnxo@gmail.com

Anonymous said...

A'kum Dato..

Sy anak jati Kuala Selangor yg telah membuka perniagaan aksesori wanita yg selama ini dipelopori oleh bukan bumiputera.Untuk pengetahuan Dato sy ingin membuat pusingan modal untuk membesarkan lagi perniagaan sy.Masalah yg timbul ialah sy tidak boleh lagi membuat pinjaman kewangan daripada syarikat kewangan kerana ada masalah blacklist kerana pinjaman kenderaan.Bolehkah sy tau apa pinjaman yg boleh sy buat dibawah kementerian Dato untuk sy membesarkan lagi perniagaan sy.Sy berharap Dato dapat membantu sy bagi menyelesaikan masalah sy ini agar cita2 sy untuk menjadi pelopor perniagaan yg selama ini dimonopoli oleh bkn bumiputera tercapai. Terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Beberapa hari lepas saya ada menerima tawaran berupa pinjaman kepada usahawan melalui satu skim yang dipanggil "PROJEK SKIM USAHAWAN MIKRO 2008" dibawah kelolaan Koperasi Pentadbiran DSMSB (saya kurang pasti nama penuh koperasi tsb). Ianya menawarkan pinjaman sebanyak RM75,000. Melalui program Al-Insan sebanyak RM23,200 dipotong untuk Umrah 2 orang dan sebuah komputer riba (laptop). RM2,500 sebagai Insuran melalui Iqhlas International Sdn Bhd. Baki penuh yang diterima pemohon sebanyak RM49,300. Syarat-syarat permohonan terlalu amat mudah iaitu, memperkenalkan 4 orang rakan yang juga berminat untuk mengikuti program tersebut. Dengan memperkenalkan 4 rakan tsb, pemohon dianggap layak dan permohonan akan diproses dan mengambil masa 30hari untuk kelulusan. Cara pembayaran pula melalui bonus yang diberikan melalui rakan yang diperkenalkan tadi. Dato', yang menjadi kemusykilan saya, benarkah ada koperasi sebegitu yang dibenarkan untuk menjalankan program tersebut. Ianya menggunakan nama koperasi serta cerita mengenai pelancaran dana kepada koperasi oleh Dato' bagi menarik perhatian peminjam. Jika ianya betul Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan kecil seperti kami. Tetapi jika ianya tidak betul, maka ianya haruslah dibendung dan diberhentikan agar bangsa kita amnya tidak terpedaya akan helah sesetengah pihak yang cuba mengaut untung, dan akhirnya bangsa kita juga yang bakal menanggung bebanan hutang. Untuk itu saya harapkan penjelasan serta komen Dato'. Saya sertakan satu blog berkaitan program tersebut.
Sekian terima kasih. Wassalam.
http://azura196.blogspot.com/2008/07/projek-skim-usahawan-mikro-2008.html

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Beberapa hari lepas saya ada menerima tawaran berupa pinjaman kepada usahawan melalui satu skim yang dipanggil "PROJEK SKIM USAHAWAN MIKRO 2008" dibawah kelolaan Koperasi Pentadbiran DSMSB (saya kurang pasti nama penuh koperasi tsb). Ianya menawarkan pinjaman sebanyak RM75,000. Melalui program Al-Insan sebanyak RM23,200 dipotong untuk Umrah 2 orang dan sebuah komputer riba (laptop). RM2,500 sebagai Insuran melalui Iqhlas International Sdn Bhd. Baki penuh yang diterima pemohon sebanyak RM49,300. Syarat-syarat permohonan terlalu amat mudah iaitu, memperkenalkan 4 orang rakan yang juga berminat untuk mengikuti program tersebut. Dengan memperkenalkan 4 rakan tsb, pemohon dianggap layak dan permohonan akan diproses dan mengambil masa 30hari untuk kelulusan. Cara pembayaran pula melalui bonus yang diberikan melalui rakan yang diperkenalkan tadi. Dato', yang menjadi kemusykilan saya, benarkah ada koperasi sebegitu yang dibenarkan untuk menjalankan program tersebut. Ianya menggunakan nama koperasi serta cerita mengenai pelancaran dana kepada koperasi oleh Dato' bagi menarik perhatian peminjam. Jika ianya betul Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan kecil seperti kami. Tetapi jika ianya tidak betul, maka ianya haruslah dibendung dan diberhentikan agar bangsa kita amnya tidak terpedaya akan helah sesetengah pihak yang cuba mengaut untung, dan akhirnya bangsa kita juga yang bakal menanggung bebanan hutang. Untuk itu saya harapkan penjelasan serta komen Dato'. Saya sertakan satu blog berkaitan program tersebut.
Sekian terima kasih. Wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikun dato,
bagaimana hendak memohon pinjaman tabung modal pusingan koperasi?
dan nak tanya berkenaan dengan pinjaman koperasi yang menggunakan nama iqhlas international yang memerlukan ahli untuk mencari 4 lagi orang bawahan untuk mendapat pinjaman rm75k.adakah pinjaman ini betul atau tak?

Anonymous said...

a'kum dato,
saya ingin bertanya bagaimana hendak memohon pinjaman tabung modal koperasi dan syarat2 nya..
dan lagi satu saya ingin bertanya berkenaan dengan pinjaman kopoerasi yang menggunakan nama iqhlas intenational iaitu peminjam perlu untuk mencari 4 lagi orang bawahan untuk mendapatkan pinjaman rm75k. adakah ini benar?

Anonymous said...

Hello A'kum Dato

Pada masa kini, saya menjalankan perniagaan plastic seperti menjual beg plastic, tissue paper, cawan... di negeri perak. Dan saya ingin memperluaskan jaringan perniagaan. Jadi saya ingin tahu bolehkah saya memohon "pijaman tabung modal" kerana saya bukan bumiputera.

BELIAusahawan4Life said...

assalamualaikum dato'..

Saya ingin menjalankan perniagaan. saya pernah bertanyakan TEKUN di pejabat TEKUN di Shah alam mengenai permohonan pinjaman. Tapi saya di beritahu pegawai TEKUN bahawa saya pelu mempunyai tapak dan tempat berniaga. Bagaimana saya hendak menyewa dan memulakan perniagaan sedangkan tujuan saya ingin membuat pinjaman TEKU adalah untuk memulakan perniagaan (deposit kedai, stok). Adakah cara atau jalan untuk saya mendapatkan pinjaman modal asas?
Kesudian Dato' untuk membantu saya dari kebuntuan ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.