Alhamdulillah...setelah berehat dalam satu tempoh yang agak lama atas nasihat doktor..akhirnya dapat juga saya kembali berinteraksi dengan anda semua. Saya mohon maaf kerana tidak aktif berblog semenjak balik dari lawatan kerja di luar negara baru-baru ini...walaupun tidak pernah ketinggalan dari membaca komen-komen di blog ini, tapi baru kali ini saya berpeluang untuk merespon kepada komen-komen anda semua.
Saya tertarik dengan komen daripada iq2020 mengenai keraguan beliau terhadap kendalian blog ini. Untuk makluman semua, sewaktu merancang mewujudkan blog ini dulu, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah berkenaan dengan kekangan masa yang saya hadapi..Memang tidak dinafikan, masalah itu memang timbul..tetapi dari seawal mula saya katakan kepada diri saya, bahawa ini adalah keputusan yang saya ambil, menjadikan blog ini sebagai medium untuk saya berinteraksi terus dengan rakyat di luar sana. Jadi, saya kena korbankan sedikit masa lapang saya, cuba yang terbaik, mencuri dan membahagikan masa untuk mengendalikan blog ini. Masalah saya atau siapa yang mengendalikan blog ini tidak timbul kerana saya sangat menghargai setiap pengunjung yang singgah dan sama-sama merespon kepada isu-isu yang saya bangkitkan di blog ini.
Semakin hari, saya semakin seronok dan teruja untuk berkongsi idea, maklumat dan membaca komen-komen oleh bloggers di bog ini. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan blog ini mengikut cara saya kerana merasakan dengan adanya blog ini, saya berasa lebih dekat dengan anda di luar sana. Saya juga tidak mahu dikatakan berblog sekadar bermusim ataupun hangat-hangat tahi ayam..Apapun, terima kasih atas sokongan anda semua. Besar harapan saya agar kewujudan blog ini memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak.
18 comments:
salam...
Teruja bila mana saya membaca respon YB Dato' melalui blog saya..semoga dato sentiasa menjaga kesihatan..semoga penjelasan yang telah diberikan dpt difahami dgn baik oleh setiap bloggers yg berkunjung...
Terima kasih YB DATO NOH diatas komitmen yg telah diberikan....
confuse... siapa yang tak sihat? datuk ke penulis blog ni? nampak datuk noh sihat saja pergi dewan dan majlis sepanjang tempoh tuh?
Salam Datuk,
Saya tertarik dengan komen datuk berkenaan kes liwat terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam akhbar semalam.
Datuk mengatakan, tiada siapa yang tahu kisah sebenarnya melainkan Allah, malaikat, Saiful dan Anwar Ibrahim sendiri.
Jesteru, biarlah kes ini disiasat oleh pihak polis. Tak perlulah ada pihak yang nak jadi hero mempertahankan atau sebaliknya membuat berbagai-bagai andaian.
Benar, kita tidak sepatutnya banyak membuang masa. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam usaha membela nasib orang Melayu termasuk usahawan2 yang memerlukan bimbingan dan peluang2 perniagaan.
Jangan nanti, gajah sama gajah bergaduh, kancil ditengah mati tersepit.
...Kalam Budiman
Terima kasih Md Zakhir atas doa dan sokongan yg diberikan..
Kepada lelaki meleyu terakhir pula,terima kasih di atas keprihatinan saudara terhadap perkembangan aktiviti saya..sebetulnya memang saya dinasihatkan doktor untuk berehat namun saya perlu gagahkn diri untuk terus bekerja kerana terlalu banyak taggungjawab yg perlu saya selesaikan.
kepada kalam budiman..samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kes itu.Serahkan kepada yang Maha Esa menentukan kebenaran.
Salam YB Datuk,
Saya amat menyokong mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat kerana daripada rakyatlah mulanya pemimpin itu bertapak dari bawah sehingga kepada jawatan Menteri. Jangan pula bila sudah tinggi jawatannya maka tanggungjawab semakin terabai. Ia bagaikan sepohon pokok. Bilamana akar tidak teguh lagi mencengkam bumi bagaimana batang dan ranting mampu bertahan. Sudah tentulah ianya akan tumbang menyembah bumi, meskipun sekuat mana pun pohon tualang.
Saya sedia menyokong kebertanggungjawaban YB Datuk terhadap rakyat khususnya para usahawan bumiputera kerana itu adalah komitmen kementerian YB Datuk yang mana YB Datuk menerajuinya.
Untuk pengetahuan YB Datuk, saya ingin bertanya apakah usaha-usaha YB Datuk yang terkini terhadap segala laporan balas daripada usahawan-usahawan yang pernah dinafikan peruntukan pembiayaan buat mereka sejak tahun 2007 yang lalu? Saya percaya di antara ribuan surat yang YB Datuk terima itu termasuklah salah satunya adalah daripada saya sendiri yang dihantar melalui pos A.R. Register.
Bilakah agaknya saya akan mendapat maklumbalas jawapan daripada YB Datuk terhadap apa yang saya adukan itu? Masa sudah lebih setahun berjalan dan saya menanggung kerugian besar di dalam kehidupan yang lebih sempurna yang selayaknya saya perolehi.
Saya harap YB Datuk mengotakan janji-janji sebelum ini yang mengatakan bersedia membantu semua permohonan lampau yang sengaja dinafikan oleh pegawai-pegawai agensi kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi bagi golongan pemohon yang telah disokong oleh Menteri MeCD yang lalu.
Kata-kata HIKMAH YB Datuk, "TIADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TIDAK BOLEH DIGUBAL" tidak akan saya lupakan di dalam soal-soal membantu permohonan para usahawan. Samada mahu membantu ataupun tidak. Itu sahaja persoalannya yang sebenar.
Sekian, saya mohon jawapan ikhlas daripada YB Datuk di blog ini dan juga masih tetap menunggu jawapan maklumbalas surat rasmi daripada YB Datuk terhadap apa yang saya ajukan. Terima kasih.
Wassalam.
"USAHAWAN TERANIAYA"
SALAM......
SAYA AMAT TERUJA DGN TINDAKAN & RESPON DATO' DLM USAHA MENCARI JALAN MENBANTU KECEMERLANGAN USAHAWAN MELAYU SEHINGGA KESIHATAN DATO' TERJEJAS.
SAYA TELAH BERTEMU BERSAMA DATO' PD BULAN APRIL YANG LALU DI PORT DICKSON PD PROG. MECD UTK MENCARI KESILAPAN & RESOLUSI SKIM USAHAWAN SISWAZAH & PROG. FRANCAIS SISWAZAH.
PROGRAM YG SEPATUTNYA TIGA HARI, TETAPI HANYA 1 HARI 1/2 SAHAJA, DIMANA KEPUTUSAN MESYUARAT BUKANNYA HADIR DR PESERTA TETAPI IANYA DI BUAT DI KALANGAN PEGAWAI MECD BUKANNYA DARI PESERTA. INI MENUNJUKKAN MEREKA HANYA INGIN MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB YANG JAWAPANNYA BUKAN DR PIHAK PESERTA PROG.
DATO'......APA YANG DIBANGKITKAN OLEH SAYA ADALAH BERKENAAN DGN PROG. PHASER (PROG. USAHAWAN TEKNOPRENEUR) YANG MEMBABITKAN KIRA-KIRA 40 ORG PESERTA YANG TERPAKSA MEMBAYAR RM 30 RIBU. KINI IANYA MENJADI BEBAN KPD KAMI.....
MECD MENGAMBIL LANGKAH SAMBIT LEWA SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN KEPADA PIHAK KAMI SEBELUM INI.SAYA MEMOHON AGAR DATO' DAPAT MEMBANTU PIHAK KAMI DALAM MEMPERKASAKAN EKONOMI MELAYU HARI INI...............
JIM LUQMAN 017-7316977
Patutlah kebelakangan ini bk post tidak dijawab. Sy doakan kesihatan Datuk bertambah baik.
Apapun, persoalan yg pernah ditimbulkan perlukan jawapan
01) isu pembelian tanah di kawasan strategik di laluan highway yg berpotensi, pihak mana boleh tolong?
02) nak majukan tanah tsbt sbg stesyen minyak, premis perniagaan yg berkaitan automotif
03) knp pelbagai pihak tidak layan golongan pemohon yg baru, semua dgn alasan kena buat dulu baru mohon utk kembangkan perniagaan
04) pegawai berkaitan bersedia layan utk beli kilang yg harganya juta2 tp jk baru nak set up premis tiada dlm skop permohonan
05) minta pantau penipuan berleluasa MONSUNBIZ diterajui Pn Nora, ramai yg teraniaya serta byk rungutan tetapi iklan besar2an masih berjaya mengaburi mata orgramai, apa komen/pendirian Datuk?
as'kum dato..saya nk tanya apa reaksi dato tentang kenaikan harga produk khususnya barangan seperti barangan keperluan harian diatas kenaikan harga minyak sekarang dan apa langkah kerajaan yang sepatutnya bagi dato untuk menolong rakyat yang kekurangan kewangan atas pekerjaan mereka yang bukan bekerja dengan agensi kerajaan..yela gaji mereka bukan besar mane kalau dibandingkan dengan mereka yang bekerja dengan agensi kerajaan,sedangkn mereka2 yang bekerja dengan kerajaan pun meminta kenaikkan gaji diatas sebab kenaikkan harga minyak..yang teruknya mereka2 yang bergaji kecil,kerja dengan kilang mane dapat nk naik gaji..tp barang2 keperluan tetap naik..sape nk dengar luahan nasib kami???yg bernasib baik kerja dgn kerajaan asik minta naik gaji..yg sakit org yg bekerja dengan individu..apa yang akan dato buat untuk menolong mereka yang xbernasib baik??
Terima kasih atas sokongan Usahawan Teraniaya kpd saya.Oleh kerana saya menerima puluhan surat setiap hari,saya sangat menghargai sekiranya saudara dapat memberikan maklumat penuh terhadap permohonan saudara itu.
Buat Mohammad Fauzi pula,
1)Untuk perkara 1&2,saudara hendaklah berurusan dgn kerajaan negeri krn urusan yg melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
2)Untuk perkara 3&4,ada pelbagai syarat utk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan.Di bawah agensi saya, Skim Mikro kredit TEKUN ada memberi pinjaman tanpa cagaran&penjamin shingga RM50k.
Jika saudara berminat,sila berhubung dgn wakil2 TEKUN di daerah saudara.
3)Perkara 5,terima kasih di atas maklumat yg saudara berikan,saya akan meminta pegawai kementerian untuk memantau dan menyiasat aduan tersebut.
Kpd anonymous,kerajaan sgt prihatin terhdp bebanan yg ditanggung rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan harga barang. Saya percaya kerajaan BN di bawah kepimpinan Pak Lah sdg melakukan sesuatu bg meringankan beban rakyat.Jika saudara ingin menambah pendapatan keluarga dgn berniaga secara kecil-kecilan,saudara bolehla mendptkan pinjaman mikro kredit dr Yayasan TEKUN Nasional yg merupakan salah sebuah agensi di bwh kementerian saya.
Salam,
Pada awal 2004 saya mengorak langkah utk menyemai dan menyuburkan kasih sayang rakyat terhadap pemimpin melalui 'TEMA HADHARI' - sebuah album mengandungi 10 gubahan melodi menceritakan 10 konsep ISLAM HADHARI.
Saya hantar CD/Kesett 'TEMA HADHARI' kepada 'mereka' namun tak diambil perduli. Akibatnya pemimpin jadi 'unpopular' akibat isu isu semasa dan terjadilah PRU 12 yg lalu.
Saya harap YB Datok sudi mengetuai program utk menyatukan kembali RUMPUN MELAYU melalui usaha memperkenalkan 'TEMA HADHARI' ini.
SAMAD OSMAN, KL.
013 608 2929
"GAGASAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA"
Alhamdulillah,
Akhirnya Dato` kembali aktif dalam blog ini. Kalau ini penjelasan dato` saya amat memahaminya dan menjelaskan kepada rakan2 blogger yang lain. Saya sebenarnya agak hairan sebab lama dah dato` tak update blog ini. Jadi saya pun terbang ke blog2 yang lain ingatkan blog ni dah tak aktif. Bagus usaha dato kerana tidak menjadikan blog ini sebagai hangat2tahi ayam. Jadikan blog ini sebagai wadah rakyat untuk memberi cadangan, ulasan dan komen serta kritikan kepada dato`. Jangan lupa makan ubat dan bersenam2 selalu dato` jangan asyik dok atas kerusi ja... nanti banyak penyakit datang.
Selamat berblogger kembali dan teruskan berblogger.Majukan MECD ini mengkiut acuan rakyat dan negara.
Akhir kalam: Wakil rakyat adalah hamba kepada rakyat bukan tuan kepada rakyat.
Salam
Salam.Terima kasih kepada jim luqman hakem hj.mohamad atas atas respon yg diberikan.
Untuk makluman saudara,saya telah membincangkan masalah saudara dan rakan-rakan lain yg terlibat dgn program phaser tersebut dalam mesyuarat pasca kabinet minggu ini.
Saya telah pun mengarahkan pihak kementerian memanggil kesemua pihak yg terlibat untuk bermesyuarat dalam masa yg terdekat dan mencari jalan penyelesaian dengan segera bagi mengelakkan usahawan kita terus terbeban dgn masalah ini.
Saya sgt berbesar hati sekiranya saudara merespon kpd saya mengenai perkembangan kes ini pada masa akan datang.
Salam sekali lagi YB Datuk,
Merujuk kepada persoalan yang saya bangkitkan sebelum ini dan berdasarkan maklumbalas YB Datuk di ruangan ini, saya harap YB Datuk dapat menghubungi saya melalui e-mel ini - bazhealth@gmail.com untuk saya mengemukakan bukti rujukan kepada YB Datuk.
Demi kebaikan kedua-dua pihak antara YB Datuk dan saya, memandangkan urusan ini adalah urusan rasmi "Sulit & Persendirian" maka eloklah saya kemukakan kepada YB Datuk melalui e-mel YB Datuk. Saya sertakan e-mel saya untuk YB Datuk hubungi kerana saya tidak mengetahui e-mel YB Datuk. Harap YB Datuk dapat menghubungi saya dengan segera melalui e-mel yang diberikan itu supaya saya dapat memaklumbalas kepada YB Datuk dengan segala butiran.
Sekian dimaklumkan. Wassalam!
Salam Datuk,
Mesej terakhir saya yang menyertakan e-mel itu menunjukkan komitmen saya utk berkomunikasi terus dengan Datuk bagi melancarkan segala urusan. Saya rasa tempoh setahun dipermainkan oleh agensi MECD yg memberi pinjaman itu sudah melangkaui had kesabaran saya kerana telah banyak membazirkan masa saya. Harap Datuk sila ambil perhatian yang serius. Sehingga hari ini saya tiada menerima sebarang jawapan maklumbalas rasmi daripada pihak Datuk melalui surat.
Sedikit makluman saya kepada Datuk, surat rasmi saya kepada Datuk itu diposkan melalui A.R. Register pada 12 Jun 2008. Mengikut rekod Pos Malaysia Bhd ianya telah diserahkan dengan selamat di pejabat Datuk pada 16 Jun 2008.
Untuk sementara ini jika memerlukan sebarang butiran rujukan tambahan mengenai surat rasmi saya kepada Datuk itu, harap dapat berhubung segera. Komitmen Datuk terhadap kes ini amatlah dihargai. Saya tidak mahu ianya terus berlanjutan hingga ke penghujung tahun atau mungkin dibawa lagi ke tahun hadapan (2009). Jika masih juga berlaku lagi, ia amat tidak adil kepada saya dan juga usahawan-usahawan lain. Penantian itu satu penyeksaan. Jangan bebani rakyat usahawan dengan masalah2 dalaman di antara MECD dengan agensi pemberi pinjaman atau juga politik. Rakyat seperti saya cuma mahu menuntut hak yang sepatutnya diberikan layanan yang adil yang selayaknya diperolehi. Kerjasama dan komitmen Datuk sebagai peneraju kementerian MECD sangat diharapkan agar masalah ini mampu diselesaikan dengan segera.
Terima kasih. Harap maklum.
untuk usahawan teraniaya..
sila email kpd saya :
nohomar@mecd.gov.my
terima kasih.
Terima kasih Datuk,
Insya'Allah akan saya rujukkan butiran seberapa segera terus ke e-mel Datuk untuk diambil tindakan segera oleh pihak Datuk. Segala komitmen dan kerjasama Datuk, saya dahului ucapan ribuan terima kasih serta amat dihargai.
Wassalam.
saya adalah pengusaha kopitiam dan ianya adalah sebuah kopitiam melayu yang saya rasa kopitiam melayu pertama.saya ingin memperluaskan perniagaan kopitiam ini tetapi tidak tahu untuk memulakan nya dimana.saya ingin memohon untu YB DATO' melayari laman web malaysian food"Pak Tam Kopitiam dan beri komen
Salam sejahtera YB Dato'.
Saya antara jutaan rakyat malaysia yang mengagumi kepimpinan Dato' dalam menerajui MECD.
Saya adalah siswazah 80an yang telah 3 tahun meninggalkan alam makan gaji dan mengusahakan kedai makan bersama isteri.
Isteri saya adalah penyokong setia skim TEKUN. Beliau telah membuat dua kali pinjaman TEKUN dan telah melangsaikannya. Kini pinjaman ketiga dalam proses. Nampaknya macam sedikit malang dalam urusan pinjaman kali yang ketiga ini kerana ia mengambil masa yang luarbiasa lamanya (melebihi 3 bulan).
Rujukan TEKUN: Hamidah Saad
i/c no: 700602025860
Saya difahamkan pinjaman itu telah diluluskan (tetapi kurang dari jumlah yang dipohon)dengan bersyarat pula.
Persoalannya: Wajarkah peminjam yang masuk kali ketiga dengan track record bayaran balik yang baik dikenakan syarat yang bukan2 sedang jumlah yang dipohon tak diluluskan sepenuhnya.
Saya agak kecewalah Dato' dengan tindakan pihak TEKUN yang boleh melemahkan semangat usahawan yang baru macam saya. Potong stim kata orang.....
YB Dato',
Bolehkah hal ini dipermudahkan kerana saya telah mencagarkan titik peluh dan airmata demi memastikan saya akan bayar balek sebagai mengenang jasa TEKUN yang memberi pinjaman seperti telah saya dan isteri buktikan dalam 2 pinjaman terdahulu.
Dah letih menunggu....
Salam buat YB Dato'.
Teruskan kecemerlangan kepimpinan anda.
Post a Comment