Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, July 15, 2008

600 KOPERASI DIGERAK JAYAKAN BUMI HIJAU

KUALA SELANGOR 13 Julai - Lebih 600 koperasi berasaskan pertanian berpotensi membantu kerajaan menjayakan program Bumi Hijau dengan mengeluarkan hasil tanaman dalam jumlah besar menerusi usahasama dengan syarikat-syarikat gergasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, koperasi berkenaan akan diberi bimbingan oleh syarikat-syarikat berpengalaman dalam bidang pertanian bagi mengusahakan ladang termasuk membeli semua hasil pengeluaran untuk dipasarkan.
Beliau menambah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pula akan menyediakan bantuan kewangan.

"Koperasi berasaskan pertanian khususnya di luar bandar diseru melaksanakan program Bumi Hijau dengan mewujudkan syarikat induk yang akan memberi jaminan melatih serta membimbing dan membeli semula hasil pertanian.

"SKM akan memberi bantuan kewangan kepada koperasi yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kospadi Berhad di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan program Bumi Hijau dengan peruntukan sebanyak RM15 juta pada tahun ini bagi menggalakkan penduduk di bandar dan desa menanam sendiri sayur-sayuran dalam membantu meningkatkan bekalan makanan seperti terkandung dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara.

Dijangkakan sejumlah 7,000 kawasan di kampung dan bandar di seluruh negara terlibat menjayakan program tersebut dengan sasaran kira-kira setengah juta keluarga terbabit.
Menurut Noh, semua jenis hasil pertanian tidak kira tumbuhan, ternakan atau perikanan pada masa ini mendapat permintaan tinggi di pasaran.

"Bukan hasil saja boleh mendatangkan keuntungan, sisanya juga boleh dibuat duit.
"Contohnya, najis binatang boleh dibuat baja dan permintaannya dilihat cukup menggalakkan sehingga tidak mampu memenuhi pasaran," katanya.

Mengenai Program Latihan Menjana Pendapatan anjuran Giat Mara, Noh memberitahu, seramai 3,224 peserta dari kumpulan miskin tegar termasuk ibu tunggal dan orang kurang upaya telah mendapat faedah melaluinya.

Jelasnya, sebanyak 124 program melibatkan 24 jenis kursus berjaya dianjurkan di seluruh negara sejak April lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

21 comments:

iq2020 said...

Alhamdulillah,

Nampaknya blog ini sudahpun kembali berseri dengan xtvt dato` dan MECD ini. Diharap pada masa akan datang dato` serius dan bekerja dengan penuh amanah dan memikirkan nasib2 usahawan bumiputra yang kian tenat ini.

Kurangkan komen2 politik dato` dalam situasi politik yang bercelaru ini. Sebaiknya meneruskan kerja dato` yang banyak lagi tertangguh iaitu memperkasakan ekonomi bumiputera dan merapatkan jurang pendapatan antara rakyat berbilang kaum ini.

Bagi saya komen2 politik ini amat bahaya dimainkan oleh dato` tatkala senario politik dirasuki fitnah dan dusta ini. Kelak saya takut akan memerangkap dato` kembali. Sebaiknya teruskan xtvt dato` dalam MECD ini dan gerakkan seluruh agensi dato untuk sama2 memajukan usahawan bumiputera ini.

P/S: saya mendengar dari kawan saya di UDA ada perbincangan antara pihak LPKP, Imigresen dan DBKL serta pengusaha bas di puduraya. Banyak permasalah yang ditimbulkan di mesyuarat tersebut. Tapi yang tak sedapnya ada perselisihan faham sedikit diantara LPKP,DBKL & Imigresen mengenai tindakan enforcement dalam mengurangkan gejala ulat di hentian bas. Siapa sebenarnya yang akan membuat tugasan ini, LPKP, JPJ, Imigresen, DBKL atau PDRM??

NieZearm said...

http://niezearm.blogspot.com/2008/07/kereta-sape-ni.html

Anonymous said...

YB Dato' syarikat saya Perkasavest (M) Sdn Bhd adalah pengendali frachais Secret Recipe di Lot C35-36 Concourse KLCC sejak tahun 2004.Pada mulanya perniagaan saya berkembang maju semasa di Level 2, tetapi saya dipindahkan ke lokasi sekarang, yang mana saya terpaksa berbelanja lebih RM 750,000.00 untuk tujuan renovasi, pembelian alat-alat baru, deposit yang 3 kali ganda serta deposit untiliti yang tinggi. Jualan bulanan syarikat ini tidak kurang RM 200 ribu sebulan, malangnya saya kekurangan MODAL PUSINGAN SEHINGGA SAYA TERPAKSA MENGIKAT PERJANJIAN DENGAN PNS DAN SECRET RECIPE PRINCIPAL UNTUK MENGENDALIKAN OPERASI DI KLCC SELAMA SETAHUN BERMULA 1/12/2007 HINGGA 31/12/2008. TUJUAN ASAL ADALAH UNTUK MELUNASKAN HUTANG-HUTANG SYARIKAT, MALANGNYA PENGENDALIAN MEREKA TIDAK EFISIEN, OVERHEAD BERTAMBAH, SEWA BULANANPUN MEREKA TIDAK BAYAR SEHINGGA OPERASI KEDAI SAYA HAMPIR TUTUP. SAYA TERPAKSA MEMBAYAR SEWA BULANAN SEHINGGA BULAN OGOS 2008 (3 BULAN) DARI WANG BUKAN DARI SUMBER PERNIAGAAN. UNTUK MENGELAK DARIPADA SAYA TERTIPU TERUS, MAKA SAYA PERLU TAMBAHAN MODAL RM1,500,000.00 DAN MEMBAYAR SEMUA HUTANG SYARIKAT YANG TERTUNGGAK KEPADA PEMBEKAL DAN KONTRAKTOR.

MINTA TOLONG DATO, KERTAS CADANGAN AKAN SAYA KEMUKAKAN KEPADA YB DATO.

YANG IKLHAS

D HERYATI ABDUL RAHIM (TOH PUAN D HERYATI TUN GHAFAR BABA)

Anonymous said...

Saya harap Dato' boleh turun ke kawasan Bukit Sentosa Seksyen BS 8, untuk tengok betapa susahnya warga emas & pencen, kaum ibu yang tidak mempunyai kenderaan nak keluar ke bandar Bkt Sentosa, Rawang, Kuala Kubu Baru atau stesen keretapi Rasa untuk berurusan dengan bank, jabatan2 kerajaan, ke pasar atau ke kadai utk mendapatkan bekalan dapur dan macam2 lagi.
Disyorkan adakan bas mini/feeder bus untuk pusing dalam taman2 bagi mengangkut penumpang ke terminal bas di bukit sentosa, stesen keretapi Rasa atau ke Kuala Kubu Baru.
Saya pernah jalan kaki 12 km jam 9.00 malam dari pekan bkt sentosa balik kerumah kerana tidak ada bas yg masuk ke kawasan BS8, Bukit Sentosa. Dato' cuba lah jalan kaki waktu malam sejauh itu. Apa perasaan Dato' kalau ini berlaku dikampung Dato'? Kami dah cukup merana sejak dari tahun 2000. Tolong turun padang jenguk jenguk lah tempat kami ni. Laporan pegawai2 Dato kadang2 tak tepat... Bukan nak banyak, bagi dia orang permit bas untuk beroperasi demi kesejahteraan penduduk. Senanglah kalau Dato' nak datang melawat; naik keretapi turun di Stesen Rasa naik feeder bus sampai ke Bukit Sentosa. Kalau tidak Dato' kena jalan kaki.Terserah kepada Dato' untuk menjalankan tugas.

md zakhir said...

salam dari khartoum,

Sempat juga saya ikuti perkembangan di tanah air...satu perkembangan yg baik..semua jentera koperasi telah digerakan utk usaha yg dikira amat baik dan bertahan lama..

Lawatan saya di sekitar khartoum amat menginsafkan bagaimana hasil bumi amat perlu dikerjakan...tanah bertuah malaysia kita kalau hendak dibandingkan dgn gurun amat berbada...rakyat sudan hidup dgn apa yg ada,mereka bersyukur tidak pula merungut..mereka bersungguh kerjakan tanah gersang hingga boleh dpt hasil perlu di puji dan disegani...

Kalau hentak dibandingkan dgn kita?...apa yg takda.?...bantuan kerajaan,..bimbingan...tunjuk ajar...tanah..modal...???yg sebenarnya yg takda hanyalah kesungguhan....kita senang salahkan orang jarang sekali kita nak salahkan diri..yg lebih sedih lg bilamana dgn angkuh kita kata yg paling baik,yg paling betul...

Bila agaknya orang2 kita boleh benar2 bersatu..bersatu utk demi kemajuan bangsa,negara dan agama?

Anonymous said...

YB,

Saya tak tahu kat mana lagi nak beritahu tentang masalah yang dihadapi ini.

YB,

Saya dah membuat aduan tentang perkara diatas dibanyak media seperti suratkhabar dan sebagainya namun sehingga ini nampaknya tiada tindakan telah diambil untuk mewujudkan perkhidmatan bas rawang ke shah alam dan sebaliknya.

Untuk perhatian YB, shah alam adalah ibu negeri selangor dan rawang adalah merupakan bandar yang sedang pesat membangun. Walaupun jaraknya hanya 30 km lebih kurang melalui Lebuh Raya Guthrie namun tiada bas yang menghubungkan keduanya. Kawasan bersebelahan rawang iaitu kawasan hulu selangor semakin hari semakin padat dengan penduduk dengan membangunnya kawasan perumahan seperti serendah, antara gapi, batang kali , rasa dan kuala kubu. Sudah tentu ada yang bertugas dimerata tempat selain daripada kuala lumpur seperti shah alam, petaling jaya dan kelang.

Untuk pengetahuan YB, satu-satunya sistem pengangkutan awam yang ada sekarang menghubungkan keduanya adalah KTMB Komuter. Bagaimanapun tuan tentu sudah arif bahawa sistem ini pada ketika ini tidak boleh dipercayai langsung kerana sering dibebani dengan pelbagai masalah seperti kelewatan, penuh sesak dan juga kerosakan yang tidak pernah selesai.

Selain daripada itu KTMB bergerak mengikut laluan yang tidak mesra pelanggan. Bayangkan jikalau pengguna dari shah alam ke rawang, tren tersebut terpaksa ke KL sentral terlebih dahulu sebelum ke rawang. Perjalanan itu sahaja jika tren dalam keadaan baik akan memakan masa 45 minit dan 45 minit lagi diperlukan dari KL sentral ke Rawang pula. Masa telah banyak dihabiskan di dalam komuter sahaja. Itu belum diambil kira untuk menunggu bas Rapidkl dari stesyen bas shah alam ke stesyen komuter di seksyen 19. BAS Rapidkl bertolak setiap 30 minit dan memerlukan 30 minit hingga 45 minit lagi untuk tempoh perjalanan. Sedangkan jarak 30 km tersebut hanya mengambil masa 30 - 45 minit sahaja jika bas dari shah alam melalui lebuhraya GUTHRIE KE RAWANG . CUBA YB LIHAT BERAPA BANYAK MASA BOLEH DIJIMATKAN.

Saya amat hairan kenapa tiada langsung perkhidmatan bas awam diantara shah alam dan rawang sedangkan keduanya bukanlah bandar baru.Saya mencadangkan agar perkhidmatan bas ini dipercepatkan bagi memudahkan pengguna dikedua-dua bandar khususnya yang bekerja. Sepatutnya setiap bandar tersebut harus mempunyai sekurang-kurangnya 2 rangkaian pengangkutan awam kerana jika berlaku masalah kepada satu jenis pengangkutan awam, maka pengangkutan yang lain boleh digunakan. Merujuk kepada kes ini perlu ada perkhidmatan bas terus dari rawang ke shah alam dan sebaliknya melalui lebuh raya guthrie. Kalau pihak YB sangsi dengan bilangan pengguna ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat iaitu sebagai permulaan untuk waktu pagi dan petang sahaja dan berkembang mengikut keperluan.

Saya tak pasti samada tindakan segera akan diambil untuk merialisasikan permohonan ini atau ianya akan dibuang ke dalam tong sampah sahaja namun adalah diharapkan cadangan ini tidak seperti mencurah kedaun keladi sahaja. Saya dan pengguna yang lain mengharapkan tindakan proaktif akan diambil dengan segera. Saya harap dapat menerima maklumbalas dari pihak YB dari semasa ke semasa.

sekian terima kasih

Unknown said...

nampaknya Dato Noh aktif menulis di blog beliau . saya salute . dan tak kurang ramai jugak yg menulis comment menyatakan hasrat dan permasalahan yg timbul . jikalau Dato Noh dpt tubuhkan satu team yg merespon dan menindak balas segala yg ditimbulkan di comment . itu amat bagus sekali .

dan jika Dato Noh sendiri turun menangani isu isu yg ditimbulkan rakyat kecil . ini sgt kami banggakan . ia seakan akan mencontohi karakter dan karisma Umar ibnu Abdul Aziz .

saya senang membaca blog ini . harapan saya blog ini dan pelawat pelawat di blog ini akan terus aktif . kalau kita boleh buat forum lagi bagus . maksud saya forum online .

untuk pengetahuan kawan kawan , saya pun sedang mencari peluang peluang perniagaan . sekarnag saya berada di bumi egypt atau lebih dikenali dengan bumi mesir . kalau ada ape ape yg boleh saya bantu sepanjang saya di mesir , bolehlah menghubungi saya .

syed_adzlan@yahoo.com

yuyu said...

Assalamualaikum Dato. Saya adalah penumpang bas ekspress mingguan yang terpaksa berulang alik dari Shah Alam ke Butterworth memandangkan isteri dan anak2 saya berada di sana. Selepas Dato mengambil alih MECD nie saya nampak banyak perubahan. Kemalangan kurang dan bas bergerak agak perlahan. Yang penting bas bergerak dengan 90kmj di highway. Jika melebihi kelajuan tersebut maka kemalangan akan bertambah. Action Dato menghentikan operasi Konsortium bas ekspress adalah dipuji. Sebenarnya untuk mengelakkan kemalangan beberapa perkara asas perlu diambil kira seperti maintenance, patuhi had kelajuan, jarak dan masa yang berpatutan. Saya rasa pihak JPJ dan Polis gagal mengawal. Saya hanya mengharap pihak Dato untuk menyelesaikan masalah yang membelengu saya. Kami seperti berada di ambang maut ketika menaiki bas ekspress kerana bas dibawa terlalu laju.

hj sahri kg kedah said...

Assala mualaikum Dato'. Saya ada e mel kpd Dato dan menghubungi Setiusaha Sulit namun belum ada maklum balas. Saya seorang pesara swasta, usia 56, ahli UMNO,dilantik sebagai panel INSKEN sejak 2 tahun yg lalu.Namun kecewa yg amat sangat kerana telah 4 kali saya ke Putrajaya dari parit Buntar menemui pegawai pegawai INSKEN memohon belas agar diberi peluang kontrek mengajar usahawan).Pegawai INSKEN ingin bantu tetapi mereka minta saya jumpa Dato sendiri . tentulah ada masalah tentang hal anugerah kontrek mengajar ini. Mohon perhatian dari Dato' , terima kasih

hj sahri kg kedah said...

Assala mualaikum Dato. Saya telah 4-5 kali naik turun ke Putra jaya menemui pegawai INSKEN nak minta kontrek megajar, semuanya meghampakan.Saya dilantik jadi panel sejak 2 tahun yg lalu, namun tak pernah diberi peluang. Saya ni bersara dgn swasta, umur 56, ahli UMNO. Pegawai Pegawai insken ada yg simpati dgn saya tetapi mereka tak ada kuasa katanya untuk bagi kerja kpd saya. soalannya Dato,apa yg harus saya katakan lagi. Saya dah beritahu Setiusaha Sulit Dato, telah pergi jumpa ke INSKEN 4 5 kali dari Parit buntar, kecewa, kecewa. Pegawai INSKEN ada yg simpati dgn saya tapi mereka kata tiada daya dan upaya, melainkan dgn pertolongan Menteri juga, maka saya dgn malu dan hina diri merayu kpd Dato agar dapat berbincang dgn mana mana pegawai dato, kot kalu anak cucu boleh tumpang cari makan. Kelulusan ada ,pengalaman hingga bersara pun ada, team pun ada, belum cuba belum tau, ya tak. Tkasih

iq2020 said...

Salam,

Sejak sejak akhir ini dato` saya terkejut apabila sanya menatapi surat khabar dari Utusan Malaysia yang mengeluh dan merungut mengenai salah satu agensi Dato` iaitu UDA. Dari kiriman surat yang dihantar oleh mereka ini nampaknya ketidakpuashatian mereka terhadap UDA.

Nampaknya wakil dari UDA ada menjawab rintihan peniaga bumiputera yang berniaga di bangunan UDA secara amnya. Tapi nampaknya ada peniaga yang membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UDA. Apa peranan UDA dalam menyelesaikan kemelut peniaga di premis UDA,semakin hari semakin banyak keluhan dan rintihan mereka yang berniaga disana.

Apakah tindakan dato` dan UDA dalam menyelesaikan permasalahan ini. Saya harap pihak dato dapat menyelesaikan secara baik untuk mengatasi keluhan dan rintihan peniaga bumiputera ini.

Salam bahagia

Pemuda Pelapis said...

Salam sejahtera,

PEMBERITAHUAN

Untuk mendapatkan sebarang berita-berita rujukan Buletin Utama TV3 bagi anda yang sering ketinggalan waktu siarannya, sila layari Rujukan Berita TV3. Blog ini sedang dikemaskini dengan berita-berita semasa yang terkini dan segala berita-berita lampau.

Semoga bahan rujukan ini dapat dimanfaatkan bersama sebelum sebarang spekulasi atau lontaran pandangan dikemukakan. Juga diharapkan agar kita semua tidak perlulah "bias" meskipun ianya merupakan berita arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan pemerintah. Usaha ini diwujudkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Sekian dimaklumkan.

PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih iq2020..mmg niat saya menjadikan blog ini sbg pengantara yg paling mudah utk saya berinteraksi terus dgn org ramai di luar sana seterusnya membantu saya melaksanakan tanggungjawab di kementerian ini..

Saya kurang pasti dgn keadaan yg.diceritakn oleh saudara..bagaimanapn saya menghargai aduan tersebut dan akn minta peg untuk menyiasat perkara ini.

Untuk makluman saudara, pihak LPKP,JPJ,PDRM dan Kementerian Pengangkutan sentiasa berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ulat bas yg tak habis2 menimbulkan masalah kpd org ramai..

Anonymous said...

assalamualikum dato..
sy nk bertanye tentang dana yg disediakan oleh pihak TEKUN..sy mendapat maklumat tentang sebuah koperasi di bwh TEKUN menyediakan pinjaman persendirian untuk bumiputra..adakah benar maklumat yg sy dapat ini???

Anonymous said...

Dato' saya seorang kakitangan kerajan yang berminat dengan skim baru yang di tawarkan...RM50 ribu. persoalan disini bilakah ia nya akan dilaksanakan.Kerana saya telah merujuk pada pihak Bank rakyat, namun reaksi negetif di berikan..pihak bank berkata ia nya agak sukar diluluskan kepada kakitangan kerajaan.Sehubungan dengan itu saya berharaap pihak dato dapat merpercepatkan proses untuk menjayakan progrem tersebut. ini kerana saya akan memulakan perniagaan saya pada bulan ramadan in. harap pihak dato dapat menberikan penjelasan tentang projet tersebut

Noh bin Haji Omar said...

Kepada saudara Fuad..
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Sebenarnya saya memang sudah tubuhkan reponse team "flying squad" untuk memantau dan menangani permasalahan usahawan lebih-labih lagi yg berkaitan dengan pembiayaan.

Buat saudara Hayusri..
Tindakan saya menggantung permit bas ekspress bukan sekadar menghukum tapi untuk memberi kesedaran kepada pengusaha bahawa bas ekspress bukan mesin maut. Pendekatan ini akan saya teruskan untuk memastikan pengusaha bas ekspress lebih bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan Tn Hj.Sahri..
saya telah umumkan sebelum ini bahawa semua Program Kursus Keusahawanan INSKEN akan di 'outsource'kn kpd swasta. Keutamaan kpd syarikat2 di bwh naungan Dewan Perniagaan. Dua subjek wajib iaitu Jati Diri Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Pada ketika ini INSKEN sdg meneliti semula sylibus kursus dan mulai tahun depan konsep baru kursus keusahawanan INSKEN/MECD akan dilaksanakan.

Noh bin Haji Omar said...

kepada anonymous yang bertanya mengenai dana TEKUN...

Mohon berikan maklumat yang tepat untuk siasatan. Untuk makluman semua, Pinjaman TEKUN tidak ada melalui orang tengah termasuk koperasi.

Noh bin Haji Omar said...

Kepada iq2020..
terima kasih atas kekerapan saudara meninggalkan komen diblog ini..kali ini mengenai ruang niaga UDA..

utk makluman semua..saya telahpn mengarahkan UDA utk memantau kemelut yg berlaku di kompleks2 perniagaan milik UDA dan melaksanakan visi dan misi penubuhan UDA iaitu membela dan membangunkan masyarakat Bumiputera dibandar.

Saya harap, UDA faham hasrat ini dan melakukn yg terbaik demi kepentingan usahawan2 bumiputera.

Tp kita tak boleh salahkan org lain kalau UDA sebagai agensi pelaksana pembangunan bumiputera tidak peka dgn apa yg telah berlaku di dalam premis mereka...

Raudhah Design said...

Askm dato saya ramlag dari Raudhah design pakaian muslimah 2 hari lepas saya ada mengutarakan masaalh saya dengan pinjaman dari bank rakyat yang pemprosesan pinjaman yang saya memakan masa yang agak lama 5 bulan.tapi saya tak dapat apa apa komen dari dato ada kah dato terima atau baca comment saya

aduean said...

Assallammulaikom... Yang Berbahagia Dato'dari Penjalajah Malang:-

saya sungguh rasa terharu dgn cara Dato' cuba membangunkan semula ' SEMANGAT PEMBANGUNAN BANGSA'yang susah saya percayai,dapati dan berani memberi laluan kpd pejuang bangsa dlm segi pengusha dan peneroka untuk berkembang maju dlm segi mengembeling dan menjana semangat bangsa untuk memperkukuhkan dan membuka ruang untuk mengenal sebenar erti kata MENJANA EKONOMI HIDUP BANGSA.

Persoalan yg ingin saya ajukan kpd Dato' dlm erti kata sebenar ialah bagaimana cara untuk membangunkan semula bagi pengusaha, peneroka yang tulus tetapi telah menempuh kegagalan dan jatuh didalam pelbagai aspek semasa sedang menjelajah supaya dapat bangun semula ( Jatuh terduduk ) yang tinggal hanya semangat yang tidak luntur dan putus untuk meneruskan perjuangan supaya bangun semula.Contohnya bagi diri saya sendiri:- 1. Perniagaan di dalam Lapangan Penerbangan. 2. Pertanian ( Pengusaha Cendawan secara commercial. 3. Meneroka Pertanian dlm bidang menanam Cili secara Commercial. Pada masa masa ini saya sedang menyiapkan kertas kerja Pertanian secara commercial yang berpotensi besar dan berkeyakinan setelah saya membuat kajian secara menyeluruh. Pada masa ini yg ada pada saya hanyalah semangat dan Ilmu Pengalaman kegagalan sahaja yg tinggal.( cuma tidak termasuk dlm gulungan MUFLIS SAHAJA). Sebenarnya saya berasa malu pada mulanya untuk menyuarakan rasa hati yang menjelajah kegagalan ini kedalam BLOG : HATI MALAYA. SEKIAN.- T.Kasih

Anonymous said...

ass'kum y.a.b. dato'. nama saya, mohammad, pegawai executive dari company capillary agrotech (malaysia) sdn. bhd. anak syarikat iris corporation (malaysia) Bhd bertempat di technology park bukit jalil, kuala lumpur. kami menghasilkan serta memasarkan sistem autopot dimana kami ilhamkan dari sistem penanaman secara hidroponik. sistem kami juga dikenali dengan nama sistem fertigasi tetapi kami telah memodenkan sistem ini. kami ingin membantu para usahawan dan kerajaan malaysia dibawah rancangan malaysia ke-9 (rmk9). sistem autopot kami telah menerima banyak tempahan dan telah banyak digunakan oleh para petani di luar negara seperti australia, dubai, united kingdom, maldives. saya ada menghantar satu surat kepada y.a.b. dato' berkenaan dengan sistem kami ini. diharapkan y.a.b. dato' sudi membacanya. kalau y.a.b. dato' sudi melapangkan masa dan waktu, kami ingin menjemput y.a.b. dato' datang ke iris corporation bukit jalil untuk melihat sendiri bagaimana sistem kami dapat membantu para usahawan tani. harap saya dapat respon yang bagus daripada y.a.b. dato' sendiri. sekian wassalam