Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, February 13, 2009

PERLU TAHU SEJARAH..

Semalam sewaktu Program Perasmian Bangunan Asrama Oren Satu Kolej Poly-Tech MARA di Kota Bharu saya ada bercakap mengenai peri-pentingnya bagi golongan muda masa kini khususnya anak-anak pelajar kita untuk tahu dan faham sejarah penubuhan Negara dan kepentingan menghormati perlembagaan sekaligus menjaga keharmonian pelbagai kaum di Negara ini.

Bertitik tolak dari itu, saya telah mengarahkan pihak MARA bagi mengambil inisiatif mewajibkan lebih 90,000 pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengikuti subjek Sejarah sebagai subjek tambahan dan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan mereka benar-benar faham kandungan kontrak sosial dan perlembagaan negara.

Selain dari sejarah tanah air, sejarah penubuhan MARA itu sendiri mereka kena tahu. Namun yang paling penting mereka perlu memahami sejarah, tahu mengenai kontrak sosial supaya tidak timbul soal perkauman dan tidak timbul perbuatan seperti menderhaka kepada Sultan.

Kurangnya penekanan dan pemahaman terhadap sejarah akan menyebabkan generasi muda lupa asal usul sehingga sanggup mengetepikan perpaduan kerana tidak sensitif terhadap hak kaum lain serta mudah dipengaruhi pihak berkepentingan.

Saya bimbang..Jika tidak diberi penekanan dari sekarang.. generasi muda tidak sensitif terhadap hak kaum lain... bukan Melayu perlu tahu kepentingan orang Melayu dan begitulah juga sebaliknya. Agak malang, sekarang ini orang Melayu sendiri lupa asal usul sehingga sanggup menderhaka dan melawan sultan yang menjadi tonggak kedaulatan negara serta payung kepada orang Melayu dan agama Islam.

Semua golongan perlu mengambil tahu perkara sensitif ini kerana dengan cara ini kita dapat mengekalkan keharmonian dan memantapkan lagi perpaduan rakyat seluruh Negara.

12 comments:

ASIA FUTSAL said...

salam dato'. saya merupakan salah seorang usahawan bumiputera PKS di malaysia. sudah beroperasi lebih 10thn. purata jualan diantara 3 hingga 5 juta setahun. jenis perniagaan adalah perkilangan yang mana kami merupakan pembekal tingkap dan pintu yang berasaskan aluminium dan kaca. syarikat saya tidak terkecuali terkena tempias daripada krisis kegawatan ekonomi global sekarang. baru-baru ini, lebih kurang bulan 8 tahun lepas, saya telah menghantar permohonan pinjaman ke SME bank untuk menambah modal kerja tetap bernilai rm 1 juta. dokumen saya semua lengkap dan kukuh berdasarkan projek-projek yang sedang dijalankan, track record syarikat saya juga baik. setelah diproses selama 6 BULAN, permohonan pinjaman saya tidak diluluskan. sepanjang tempoh proses tersebut, permohonan saya telah beberapa kali ditukar jabatan dan pegawai yang menyemak. saya amat kecewa sekali. bagaimana permohonan saya tidak diluluskan sedangkan dokumen semua lengkap dan perniagaan saya telus dan sememangnya saya memerlukan pembiayaan untuk meneruskan serta mengembangkan perniagaan saya. saya begitu terkilan dengan layanan pihak SME bank terhadap usahawan bumiputera seperti saya. bukankah SME bank ditubuhkan untuk membantu usahawan seperti saya. kenapa ini terjadi? harap datuk siasat perkara ini.

Anonymous said...

assalamualaikum

Datuk, saya adalah lepasan Diploma kejuruteraan elektrik dr UiTM.

saya ingin memohon pinjaman pengajian untuk mengikuti kursus juruterbang (pilot CPL/IR with ATPL).

saya ada terbaca keratan akhbar yang menyatakan kesediaan MARA untuk membiayai kursus berkenaan di Asia Pacific Flying training.. (APFT kota bharu)

saya harap mendapat perhatian Datuk.

MOHD ARDINI ASBULLAH
BEAUFORT, SABAH
013-8787734

Anonymous said...

Betul dato,

Matapelajaran sejarah adalah penting untuk mengenal asal usul.
Saya cadangkan kepada dato' matapelajaran microcontroller programming juga diajar di mrsm-mrsm sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum.Saya mempunyai kerjasama erat dengan syarikat pembekal perisian mudah guna untuk microcontroller programming.Dan program seperti itu juga di jalankan di sekolah-sekolah di australia ini.

Anonymous said...

Salam Dato'...saya merupakan kakitangan MARA yang berkhidmat diBahagian Pendidikan dan Latihan Kemahiran ingin membuat aduan tentang kakitangan MARA(terutama orang lama)yang membeli sijil SKM Tahap 3 bagi tujuan kenaikan pangkat..Mohon Dato siasat perkara ini kerana kebanyakkan mereka yang memiliki SKM Tahap 3 tidak kompetan dan tidak boleh mengajar kemahiran kerana mereka sememangnya tidak belajar..dan perkara ini juga menghantui para pemegang Diploma yang sah kerana syarat kenaikkan pangkat mengutamakan mereka yang ada SKM Tahap 3(yang dibeli) dan panel yang dilantik tidak telus dan mengutamakan kawan-kawan dari mereka yang sememangnya layak...perkara membeli SKM Tahap 3 ini telah lama berlaku dan kebanyakkan mereka menjawat jawatan J36 dan J38 sekarang dan tidak kompetan dalam menjalankan tugas.

Ezo said...

Saya sokong penuh cadangan YB Dato',namun saya ingin cadangkan juga agar YB Dato' dapat panjangkan kepada KPT agar calon mahasiswa AL AZHAR harus mengikuti subjek SEJARAH dan kursus intensif bahasa arab sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum ke Mesir.

Ini adalah kerana,mahasiswa Malaysia di Mesir,terutamanya dari Universiti Al Azhar,BUTA SEJARAH,selain kemahiran berbahsa arab yang LEMAH.

Harap YB Dato'dapat pertimbangkan cadangan saya dan memanjangkannya kepada KPT.

Akhir sekali,sebelum ke Mesir,saya pernah ikuti BTN di Ulu Sepri,salah satu modul yang disediakan ialah tayangan filem "HATI MALAYA".Saya dan teman-teman kursus kenegaraan luar negara MA Phd,menangis kesedihan mengenangkan perjuangan nenek moyang kita yang tidak akan mampu dibalas oleh kita sebagai cucu cicit mereka penerus pejuangan mereka.

INSAN YANG SAYANGKAN UMNO

Anonymous said...

Assalamualaikum Wbt.

Saya amat bersetuju dan menyokong penuh perancangan YB Dato. Diharap perlaksanaannya nanti akan menjadi lebih berkesan dikalangan golongan muda sekarang.

Saya turut berasa bangga dengan adanya usaha ini. Terdahulu saya telah berkesempatan mengikuti program 'Jati Diri & Bina Insan' yang dikelolakan oleh MARA bagi pelajar-pelajar tajaan di luar negara bertempat di Birmingham,United Kingdom baru-baru ini.

Saya tahu ramai diantara rakan pelajar rata-rata menunding jari kepada kerajaan lantaran tidak memahami akan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Apatah lagi 'Sejarah Bangsa Melayu'itu sendiri.

Saya amat berharap agar program 'Jati Diri & Bina Insan' dapat dijalankan secara menyeluruh tidak hanya kepada pelajar tajaan MARA sahaja tetapi kepada semua pihak khususnya golongan muda sekarang yang rata-ratanya bertindak tanpa mengerti bahawanya bangsa Melayu adalah bangsa yang berdaulat dan bertamadun.

Syabas saya ucapkan kepada YB Dato dalam memartabatkan semula bangsa Melayu dan saya amat berharap dan berdoa agar semua Melayu akan bersatu-padu dalam memastikan 'Hak-Hak Bangsa Melayu Terpelihara'

Dr al-Hilmi said...

Assalamualaikum.

Datuk Noh.

Saya harap Datuk dalam keadaan sihat.

Saya ada sedikit pertanyaan berkaitan pembiayaan pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Sebenarnya, saya mewakili seorang kawan saya dari Sarawak. Dia minta tanya kat Datuk, dia ada memohon pinjaman dari bank-bank spt agrobank, SME bank. Tapi mcm susah untuk mendapatkan pinjaman. Saya ada mengikuti berita utama, yang Datuk ada memperkenalkan Skim KOBERA. Kawan saya ini, dia nak memulakan perniagaan penternakan lembu di Sarawak.

Saya mohon jasa baik Datuk untuk menjawab pertanyaan saya ini. Kami golongan mahasiswa2 dan golongan belia amat berharap bantuan seperti KOBERA, kerana kami memang berminat untuk menjadi usahawan.

Semoga pertanyaan saya ini dapat menolong kawan saya yang memerlukan bantuan2 spt yang diceritakan di makalah2 utama kita.

Terima kasih.

Mahasiswa UK 2008-2011

Dr al-Hilmi said...

Ada sesetengah bank terlalu pentingkan birokrasi.

Ada sesetengah bank yang kurang memberi layanan baik.

Saya sokong comment Zabdi Akbar.

Minta Datuk Noh Omar, yang sentiasa ingin menaikkan kepentingan bumiputera kita, saya harap Datuk dapat lebih mendalami kesusahan bumiputera kita di Sabah dan Sarawak.

Jasa baik Datuk moga dirahmati Allah.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir YB Dato'. Semoga sukses selalu...

amier69 said...

Selamat Hari lahir dato'.

Semoga sepanjang perjuangan dato' dirahmati Allah selayakknya..

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya pengurus syarikat yang berdaftar dgn pkk kelas E sejak thn 2008. Saya antara kontraktor muda (23 thn) pada tahun ini dari kalangan kontraktor yang ada di negara ini yang tidak sempat untuk berdaftar sebagai kontraktor kelas F kerana kontrator lama yang diwarisi turun-temurun masih begitu ramai. Dan sebenarnya ini adalah tidak adil bagi generasi muda seperti saya untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang ini. saya agak terkilan kerana banyak kerja-kerja lebih cenderung diberikan kepada kelas f berbanding kelas e walaupun taraf perkhidmatan dan kedudukan kewangan lebih kurang sama.
Dan ianya lebih terasa apabila pakej rangsangan dari kerajaan langsung tidak mempeduli kontraktor kelas e seperti saya pada kegawatan ekonomi yang melanda dunia ketika ini. adakala kerja-kerja kelas e langsung tiada bagi bulan tersebut, dan buktinya sehingga kini saya masih belum mendapat kerja dengan menggunakan lesen kelas e bumiputra ini. apakah pihak kementerian tidak nampak perkara ini demi masa depan negara? atau adakah lesen kelas f akan kekal dibekukan dalam jangkamasa panjang? apakah nasib kontraktor kelas e bumiputra ini akhirnya gulung tikar kerana terus dan terus mengharapkan ihsan projek kelas e?

Jabatan orang asal? Syarikat Perumahan Negara Berhad? ICU Negeri? dan lain-lain tidak lagi memerlukan kontraktor kelas e seperti kami? jika ada, buktikan?
ya ada.. tapi berapa banyaknya berbanding kelas f? adilkah itu?

Anonymous said...

Salam YB Dato'.
Mohon beri kelulusan kepada kami untuk menyewa pejabat di bangunan MARA Sandakan. Permohonan telah lama dibuat, tetapi tidak mendapat apa-apa jawapan walaupun pertanyaan telah dibuat beberapa kali.
Pinjaman TEKUN kepada para usahawan terlalu banyak birokrasi khususnya di Sipitang, Sandakan dan Libaran. Banyak alasan diberikan dengan menyalahkan pihak pusat tidak akan meluluskan pinjaman yang dipohon. Pegawai TEKUN Beluran menyatakan bahawa pinjaman TEKUN tidak layak diberikan kepada mereka yang terlibat dengan politik walau dalam parti UMNO sekalipun.
Mohon tindakan segera.