Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, December 17, 2008

TIGA KOPERASI DISERBU !!!

Saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dengan mana-mana koperasi yang menawarkan skim pelaburan denga pulangan tetap yang tinggi dan tidak munasabah.

Kita sudah dapat mengenalpasti dan Suruhanajaya Koperasi Malaysia bersama Bank Negara Malaysia telah pun menjalankan serbuan pada 16 Disember lalu ke atas tiga buah koperasi yang terlibat. Koperasi tersebut adalah seperti berikut :

1) Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA)
2) Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB)
3) Koperasi Birr Berhad (Birr)

Saya difahamkan, pihak koperasi terbabit menjalankan skim pelaburan yang dikenali sebagai Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan lumayan antara 8%-12 % sebulan atas modal pelaburan. Pelbagai cara digunakan untuk memperdayakan para pelabur . Antaranya mendakwa melaksanakan projek-projek seperti pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam, pembekalan barangan pengguna dan sebagainya.

Tindakan koperasi-koperasi di atas mengutip pelaburan bercirikan skim cepat kaya adalah satu kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993.

23 comments:

Anonymous said...

YB,

Tahniah kerana mengenalpasti koperasi yang didapati menipu duit rakyat. Siapa dalang sebenar?

Sehubungan dengan itu, harap YB dapat melihat juga ke dalam pengurusan PNS dibawah Syed Kamarulzaman:

Setelah setahun berlalu dibawah kepimpinannya masih ada usahawan yang tergantung tidak manjadi menjadi francaisor walaupun telah mendapat kelulusan jawatankuasa PNS dan MECD. Apa sudah jadi?

Syed Kamarulzaman juga sedang dalam proses melantik kroni serta kenalan ke dalam PNS juga sebagai ahli Lembaga Pengarah PNS.Apa muslihat?

Lembaga Pengarah PNS diketahui akan membuat pembelian bangunan pejabat di Kelana Jaya dengan harga mencecah puluhan juta dan melebihi nilai semasa. PNS sudah sedia mempunyai tanah di Bangi untuk dibangunkan. Kenapa wang yang begitu banyak tidak digunakan untuk membangunkan lebih ramai usahawan francais bumiputera.

Apakah ada pihak-pihak dalaman yang membuat keuntungan sekiranya transaksi ini berjaya?

Komunikasi antara usahawan dan PNS semakin jauh kerana pegawai-pegawai PNS terpaksa mengikut doktrin pengurusan Syed yang bercelaru dan mempunyai self-intetest. Ini berbeza semasa PNS dibawah pengurusan lalu yang lancar dan jelas.

Sejak dari TEKUN, Syed Kamarulzaman sememangnya dikenali sebagai seorang yang kuat mengampu menteri (harap YB tidak terpedaya) melalui cara kerja beliau. Malangnya dalam proses tersebut (mengampu), kakitangan sendiri dan usahawan menjadi mangsa tekanan dan pengabaian.

Buktinya lihat kepada rekod-rekod pencapaian usahawan TEKUN yang ditinggalkannya-faedah tinggi mrnyebabkan usahawan tidak mampu bayar hutang dan kroni-kroni (mentor?) beliau menjadi kaya.

Walaupun YB mungkin mempunyai hubungan yang rapat dengan Syed Kamaruzaman, harap YB dapat memberi perhatian ke dalam perkara ini kerana sekiranya tiada tindakan diambil dikhuatiri pihak ACA / BPR akan campurtangan dan menjejaskan kredibiliti YB sebagai Menteri yang semakin disegani serta terpalit sama.

YB, cukuplah dengan mempercayai dan melayan kepura-puraan orang-orang seperti Syed ini. Depan usahawan 1001 janji tapi bila dibelakang masuk poket sendiri perkara diatas serta membuat perubahan positif. Tak perlulah YB menunggu hingga usahawan terpaksa menulis kepada media, YAB Dato' Sri Najib dan Badan Pencegah Rasuah.

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya merupakan usahawan anchor/ mentor dibawah Program Peruncitan (BPU) ara (Kluster Kecantikan) bersama-sama 7 syarikat spa lain.

Saya dah berniaga dalam bidang spa selama lebih 20 tahun. 3-4 bulan lalu pihak MARA BPU melalui pegawainya Puan Habibah Saadon telah meminta kami meningkatkan taraf pengurusan kami melalui penggunaan SOP dengan alasan supaya kami terus dapat membimbing mentee. Kami setuju dan mengharap sesuatu yang baik.

Pihak BPU telah melantik konsultan untuk buat penilaian persediaan SOP.Tapi sampai hari ini tidak ada berita perkembangan bantuan untuk SOP syarikat saya (dan syarikat-syarikat spa lain).

Kami dimaklumkan oleh pegawai BPU, arahan dari bos (En.Othman) untuk beritahu usahawan, MARA tak ada bajet walhal sebelum itu beria-beria benar MARA kata nak membantu usahawan. Mana pergi duit? Kenapa habis tapi tak ada result?

Adakah menjadi amalan MARA, berjanji kemudian memungkiri? Dimana nilai (diri) MARA kalau begini sikapnya.Saya harap Dato' dapat membantu kami demi meningkatkan kualiti pengurusan ini melalui perlaksanaan SOP ini.

Pegawai-pegawai MARA janganlah pandai beri janji dan harapan saja kemudian khianati kepercayaan kami. Inikah yang hendak diajar kepada anak bangsa akan datang tentang sejarah MARA?

Adakah hanya setelah Dato' menteri bersuara baru pegawai MARA baru nak buat kerja (sambil menngampu)?

Unknown said...

Assalamualaikum YB

bila saya baca mengenai perkara pelaburan menipu ini. Saya ada didatangi jurujual syarikat hartanah yang menawarkan pelaburan hartanah yang mana amat meragukan saya. Saya difahamkan, pelaburan mampu mencecah keuntungan sehingga 2400% dari nilai pelaburan.

Syarikat hartanah yang saya maksudkan adalah Karisma Strategic Sdn Bhd yang beribu pejabat di Subang, Selangor.

Dari apa yang saya faham pelaburan ini amat meragukan dan saya risau wujudnya unsur penipuan. Jika ini berlaku, adalah amat tidak patut. Justeru itu, saya memohon pihak YB dapat menyiasat apakah ada unsur penipuan di sebalik pelaburan ini.

Syarikat ini juga ada laman web iaitu www.plots.com.my. Disini saya amat memerlukan jasa baik pihak YB untuk meyiasat secara terperinci mengenai pelaburan ala-ala Multi Level Marketing ini.

Sekian terima kasih.
zul, Shah Alam.

saya boleh dihubungi melalui e-mail: MFITRAD@GMAIL.COM

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',
saya amat terkilan dengan sikap sesetengah orang kita yang menyewa di premis-premis dibawah PBT terutamanya di daerah Kuala Krai, Kelantan. Mereka ini telah menyewa dengan lama tetapi premis tersebut masih lagi belum dibuka sehingga bertahun lamanya. Sebolehnya pihak berkuasa dapat menetapkan tempoh sesuatu premis itu yang jika disewa haruslah beroperasi dalam 3 bulan contohnya. Sekiranya selepas tempoh tersebut masih lagi tidak beroperasi, ia haruslah dianggap tidak berminat lagi untuk meneruskannya dan haruslah diserahkan kepada usahawan-usahawan yang betul-betul berminat.
Tindakan oleh sesetengah individu yang seperti inilah yang banyak merencatkan lagi senario usahawan di negara kita.

Koperasi Temasa Berhad said...

Tahniah kpd YB Dato' kerana Menerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor dan kepantasan YB Dato' berserta warga kerja MECD menyerbu 3 koperasi dan kami berharap agar usaha murni YB Dato' dapatlah diteruskan dan pertingkatkan lagi pada masa yang akan datang khasnya dalam membantu koperasi di negeri Sabah. Koperasi juga mohon dapatlah kiranya YB Dato' menyokong permhonan 5 buah permit Teksi Lapangan Terbang A.bangsa K. Kinabalu pada bulan Ogos 2008

Koperasi Temasa Berhad said...

Tahniah YB Dato' kerana dikurniakan bintang kebesaran oleh Sultan Selangor dan berjaya menyerbu 3 buah koperasi. Moga usaha murni YB Dato'kan berterusan khasnya dalam membela nasib koperasi di Malaysia.

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,

Saya sebenarnyer baru sahaja membukak kedai runcit bersama isteri saya (6bln).. pertama berbekalkan modal rm47k dari MARA.. dan kemudian dari Tekun juga tambahan sedikit...

Masalahnya YB, penjualan di kedai runcit kami (Desa Pinggiran Putra, Putrajaya) umpama retak menunggu belah.... jualan harari dalam RM170 sahaja... keadaan ini sebenarnya sekiranya berterusan akan mengakibatkan kami gulung tikar...

Sekiranya keadaan begini terjadi... kami akan menghadapi kesukaran membayar pinjaman MARA dan TEKUN.... kemana seharusnya kami pergi untuk mendapatkan bantuan...?

Seperti MARA ataupun TEKUN... adakah agensi ini juga menawarkan khidmat bantuan seperti kaunseling untuk para usahawan bumiputra yang menghadapi masalah dalam perniagaan...

Saya sudah pun buntu dalam mencari penyelesaian... kami mula membukak kedai secara individu... tidak mengikuti mana skim mahupun program mentor...kerana kami tidak tahu tentang apa2 program sedemikian.....

Saya melihat ramai usahawan yang berjaya..dan saya berpendapat saya juga mampu melakukannya..melalui proces cara yang betul... kerana itu kami sebenarnya mencari cari siapakah yang dapat membantu kami mencari jawapan ini YB...?

Reza
019 604 5965
012 3836 209
Desa Pinggiran Putra,
Putrajaya..

Anonymous said...

assalamualaikum

rasanya dah lama saya tak membaca dan post comment . melihat artikel YB berkenaan hal koperasi yg memberikan pulangan pelaburan yg tinggi sehingga mencecah 13% sebulan itu . saya tertarik untuk bertanya pada YB .
YB, sekiranya koperasi tersebut memang mampu memberikan profit bulanan sebanyak 13% , adakah ia juga termasuk skim cepat kaya yg diharamkan oleh kerajaan . dan sekiranya profit yg dijana oleh koperasi tersebut memang besar , saya rasa tidak salah bagi koperasi tersebut untuk membayar profit bulanan yg besar kepada pelabur .

satu lagi soalan saya , kalau saya tak silap , koperasi memang dibolehkan untuk menerima pelaburan dari orang ramai ( ahli ) atau dari istilah lain , mengutip deposit dari orang ramai kan . jika saya salah harap YB dpt betulkan .

UMNO PARTI PENJARA said...

lebuh berniaga di rumah :-)







(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Yang Amat Berhormat dato',
Mungkin suara rakyat termiskin masih jauh untuk didengari kerana tak siapa yang sudi menampilkan diri membela nasib mereka.namun bila dah diketengahkan menjadi usahawan mereka sebenarnya tak mampu menjadi usahawan glokal,pengecut dan amat penakut dalam meniti sepak terajang dunia perniagaan akibatnya mereka kembali bungkus dalam selimut lusuh tidur diulit pagi hingga naik matahari...yang mereka laungkan adalah mereka orang susah..perlu pertolongan WALHAL...MASYALLAH rezki yang ALLAH limpahkan di bumi MALAYSIA ini begitu luas seluas langit yang tak berkaki...mereka MALAS sebenarnya...dan yang paling dikhuatiri anak dan cucu mereka dah pun ikut jejak mereka...jejak bertapak mereka telah dibudayakan!!!...sungguh menakutkan jika miskin tetapi malas...jika kaya tapi malas menolong orang lain.WAALLAH HU ALAM

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Dato,
Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan thaniah keatas penerimaan darjah dan bintang kebesaran Negeri Selangor.
Thaniah juga keatas YB Dato dan wargakerja MECD yang sangat prihatin kepada perkembangan pembangunan usahawan di Malaysia.
Seperti tahun-tahun yang lepas,2008
akan meninggalkan titik sejarah kepada apa-apa usaha yang kita lakukan dan tahun 2009 akan terbit dalam masa beberapa jam lagi dan ia memerlukan satu gerakerja yang padu daripada awal tahun supaya keputusan akan dihasilkan sebelum terbitnya tahun 2010.
YB Dato',pihak kami adalah usahawan dalam bidang pemasaran produk bio-teknologi tempatan berjenama "mygreenoil" yang pernah YB Dato tanya semasa Majlis Perhimpunan Warga Usahawan peringkat negeri Selangor pd 17/5/2008 di Shah Alam. Sepanjang tahun 2008 ini banyak pendedahan yang dapat kami dapat dan bersama dengan pihak MECD,walaupun syarikat kami kecil tapi pihak kami telah berjaya melahirkan dan memberi peluang bidang keusahawanan kepada hampir 2000 usahawan dibawah naungan kami walaupun tanpa apa-apa bantuan kewangan.Dengan kemelutan ekonomi dunia yang tidak menentu,sebagai seorang usahawan kita mesti bersedia dengan kekuatan jati diri disamping mental yang positif walaupun banyak rintangan yang dihadapi,pihak kami juga melihat tahun 2009 juga merupakan satu peluang perniagaan dapat diujudkan apabila ramai warga kerja di berhentikan maka kita tawarkan peluang keusahawanan yang mengikut acuan yg telah kita bentuk dan diduplakasikan dengan sokongan syarikat dan pihak MECD seterusnya.
Pihak kami bersetuju untuk membantu pihak Kementerian YB Dato,dalam menghadapi kemelut ekonomi dengan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa-siapa yang berminat untuk memulakan perniagaan yang tidak mempunyai banyak persaingan dipasaran.Kerjasama ini perlu gandingan diantara pihak usahawan dan kementerian untuk membantu bakal-bakal usahawan yang akan dilahirkan dengan bantuan kewangan,latihan sambil kerja sebelum mereka menjalankan secara bersendirian dengan pantauan pihak kami dan kementerian dimana pihak kami akan memberikan keputusan aras pencapaian mereka kerana mereka perlu dibimbing supaya tidak jatuh dalam mencari kejayaaan.Segala tunjukajar dan bimbingan perlu datangnya daripada berbagai pihak yg terlibat dalam membentuk keusahawanan terutamanya dari pihak yg pernah buat perniagaan dan bukan daripada orang yg hanya buat teori sahaja.
Pihak kami mensasarkan peluang keusahawanan seramai 25,000 orang akan dilatih dengan program perniagaan kami yang telah terbukti dan berunsurkan perniagaan tulin.
YB Dato,ini ada satu cadangan daripada kami untuk pihak YB Dato dan kementerian melihat dan memberikan peluang kedua kepada mana-mana usahawan yang pernah gagal dan dimufliskan oleh pihak Bank atau mana-mana badan supaya dapat membantu mereka supaya dapat bangun kembali semula bernafas dan diberikan hak untuk membetulkan diri dan membebaskan diri daripada segala hutang piutang sebelum mereka meninggal dunia. Alangkah murninya usaha ini jika YB Dato dapat lakukan,kerana mereka akan berterima kasih kepada usaha YB Dato membantu mereka dan kami pasti YB Dato akan mendapat ramai sokongan daripada akar umbi.contoh tubuh Kelab muflis untuk membantu mereka.
Untuk pengetahuan YB Dato, pihak kami akan juga menyertai program gerakan usahawan 2009 akan datang,dan pihak kami berbesar hati jika pihak YB Dato dapat melancarkan program usahawan kami disana nanti.
Semuga segala usaha yang murni akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah.
Pihak kami boleh dihubungi melalui email- hassim@dps2u.com .
Selamat maju jaya untuk YB Dato.

Anonymous said...

sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua!! Pepatah itu sesuai untuk KUMB yang dah banyak buat naya kat oghang!! Langit tak selalu cerah, lautan tak pulak selalu bergelora! The truth shall be spoken!! Itu lah kebesaran Allah, yang memihak kepada yang benar!!!

Beralih tentang Tuan Syed pulak, tak pernah pulak saya ada masaalah dengan beliau, infact Tuan Syed and his team best semuanya termasuk En Kamaruzaman, En Sabli, En Roslim semuanya best!!

Dari loan rm4ribu, ke rm10ribu, lepastu rm20ribu, sampai sekarang rm50ribu,saya tak pernah pun ada masaalah dengan TEKUN.

Memang la teruk sikit bayar balik loan rm50ribu @ 8%p.a. flat rate dan memang perlu dikaji semula dan dikira balik semula dari awal pinjaman. Dan 50rm seminggu wang simpanan yang di simpan dengan TEKUN dari peminjam macam saya dari tahun 2003 hingga sekarang kan dah banyak tu, mungkin Dato nak consider tukar polisi dan bagi balik untuk kami buat tambah modal dan bukan dibekukan didalam tabung TEKUN.
Dan bila membuat pinjaman bertindih bagi mara dan tekun, baki pinjaman di tolak terus dari jumlah pinjaman yang baru, ini bukan dinamakan menambah pinjaman, ia menyusahkan lagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan kerana tidak juga dapat tambah modal sebab ditolak awal awal oleh agensi saperti mara dan tekun.

Tentang kes franchisor yang tak difranchise franchisekan lagi tu pulak, saya fikir mesti ada sebab ia belum dilaksanakan. Saperti saya, walaupun telah 10tahun menjalankan perniagaan dan difikirkan oleh ramai pihak bahawa perniagaan saya ini viable dan walaupun telah dipelawa untuk mengambil program Franchise PNS, saya tidak terburu2 untuk menjadi Franchisor sebab masih belum siap kukuh foundation dan backup services dan macam2 lagi yang perlu diambil kira sebelum kita Franchise perniagaan kita sebab perlu buat feasibility study dikhuatiri apabila orang melabur dalam perniagaan kita, modal orang tak boleh kita leburkan begitu saja. Mungkin anda kriteria yang belum lagi full proof maka sesuatu perniagaan itu belum boleh di franchisekan lagi. Im sure Tuan Syed is not so bad as what was said about him in your blog comments.

Saya fikir Dato harus buat suatu dialog bersama bloggers yang selalu melawat laman dato ini eye to eye and together we can make Malaysia a better place to live in and also menjana ekonomi ummah dan membawa orang melayu ke pesada yang lebih hebat untuk mengharungi keadaan ekonomi masa kini yang tak menentu demi masa depan orang Melayu dan orang Islam dan anak2 kita semua.

Muafakat membawa berkat.

saya contribute to this blog moga2 apa2 yang dperkatakan disini boleh membantu generate fikiran yang lebih bernas demi kejayaan semua orang melayu dan Islam.

Salam dari

yang dah lama juga makan garam
dalam perniagaan,

dari modal idea, ke modal insan, ke modal wang ringgit hingga sekarang sudah 30tahun bergelar usahawan

saya akan memberi sumbangan apa saja selagi nyawa di kandung badan demi membangunkan ekonomi ummah dan taraf hidup dan taraf pemikiran orang melayu.

Anonymous said...

A'kum YB,
Saya yakin dan percaya bahawa YB Dato adalah seorang yang mempunyai penderian yang akan membawa perubahan kepada agensi2 dibawah kementerian Dato. Inshallah.
Disini, saya ingin mengambil perhatian YB Dato, mengenai peranan SME Bank Berhad, yang mana penubuhannya dengan matlamat untuk membantu industri SME khususnya kaum bumiputra.
Sebagai seorang peminjam, saya dapati SME Bank Bhd tidak langsung membantu, malahan bertindak lebih daripada Bank2 komersial, dengan mengenakan faedah yang tinggi, kelulusan pinjaman yang purata mengambil masa lebih dari 6 bulan, serta syarat2 yang dikenakan langsung tidak relevan.
Kakitangan yang bertanggongjawab, tidak selalu ada dipejabat untuk pemohon atau peminjam membuat rujukkan. Saya ingin mengesorkan kepada YB Dato, supaya mengadakan ODIT, baik dari aspek pengurusan juga dari aspek kelulusan pinjaman. Saya yakin terdapat DOUBLE STANDARD, yang mana sebahagian peminjam dikenakan syarat yang longgar dan sebahagian peminjam dikenakan syarat yang mustahil.
Akhir sekali, saya syorkan supaya YB Dato, dapat mengujudkan satu bahagian dibawah kementerian YB Dato, untuk menerima rungutan serta laporan, mengenai ketidak adilan serta salah laku kakitangan didalam agensi dibawah kementerian YB Dato.
Semoga YB Dato di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan pimpinan yang berlandaskan matlamat supaya dapat mengembalikan keyakinan rayat jelata kepada Kerajaan Malaysia.

Anonymous said...

Mamadon,

Ada masyuk ka? Defend habih nampak.

Mamadon nampak macam satu lagi spesis nak mengampu menteri jeee..... jangan ikut stail Tuan Syed tu.

Buat keje tak ikhlas ni rezeki tak berkat. Rasanya kalau 10 tahun berniaga masih tak nampak jalan nak kembang ikut sistem antarabangsa (francais) tak tahulah bila nak maju.

Orang Cina merancang ke depan melalui francais, orang melayu merancang ke belakang. Alasan je banyak...tak sedia, ada benda nak congak-congak dulu, nak kasi mantap dulu. Dah 10 tahun berniaga apa buat? Takkan langsung tak da perancangan.

Harap janganlah harap duit free dari kerajaan je untuk develop perniagaan. Bila peluang tiba kata tak bersedia lagi.

Cita-cita Mmadon ni tinggi.
Kalau sendiri berniaga pun minta tolong pinjaman Tekun (nak minta tambah lagi tu...) macam mana nak sumbang bantu usahawan lain.

Kami sarankan Mamadon bayar semua hutang kasi habis dulu, kurangkan pergantungan kepada kerajaan dan keluar bersaing di pasaran terbuka. Bila dah terbukti berjaya barulah pukul gendang diri dah 30 tahun berniaga.

Jangan maree... tak boleh gurau duduk kat surau.

Anonymous said...

Assalamualaikum YB..

Tahniah kepada YB yang berjaya memacu Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dengan jayanya.

Disini, saya ingin meminta jasa baik YB untuk meningkatkan lagi pengurusan dan perkhidmatan agensi-agensi di bawah kementerian YB..

Apa yang saya maksudkan adalah dari segi bilangan pekerja dalam agensi berkaitan. Sebagai contoh, saya terpaksa menunggu hampir 2 bulan untuk mendapat kelulusan pinjaman dari MARA sedangkan jumlah pinjaman tersebut hanya perlu mendapat kelulusan dari Pegawai Mara Daerah. Dan apa yang saya dapat tahu untuk jumlah seperti yang saya minta itu kelulusan biasanya hanya dalam tempoh seminggu.

Walaupun akhirnya saya mendapat kelulusan tersebut namun ia umpama sudah tidak ada makna lagi kerana saya telah mendapat kelulusan dari pihak bank yang tentunya faedah yang lebih tinggi dikenakan.

Alasan yang diberikan oleh pegawai berkaitan bahawa mereka tidak mempunyai kesempatan nasa untuk memproses pinjaman tersebut kerana kekurangan kakitangan di daerah tersebut, beliau memberitahu Penolong Pegawai Mara Daerah ditukarkan ke tempat lain dan tiada pengganti bagi tempoh yang agak lama..Maka bebanan kerja beliau semakin meningkat..

Cadangan kepada YB agar mengarahkan MARA meningkatkan perkhidmatan di setiap Daerah denagn menambahkan bilangan pekerja. Antara cadangan tersebut:

1) Bilangan Pegawai Daerah ditambah seorang lagi atau

2) Penolong Pegawai Daerah di tambah seorang lagi @

3) Mewujudkan pegawai gred 32 bagi membantu pegawai sedia ada

Di harapkan YB dapat mengambil tindakan segera untuk membantu golongan usahawan bumiputera macam saya

Sekain, terima kasih dan diharapkan Yb dapat memimpin dengan bijaksana kepada seluruh rakyat jelata terutama kaum bumiputera

Anonymous said...

YB memang bagus tapi orang-orang yang dok kiri kanan depan belakang YB bagus ke ? Bukan apa YB, ada orang "tu" mengaku pegawai khas YB tu kesana kemari utara selatan timur barat kutip cukai. Cukai apa harap YB paham la ya. Kesian kami, dah la meniaga tak jadi mana, dicukai pulak tu ditengah jalan. Dah dicukai maka makin TEKUN lah kami berusaha untuk membayarnya. Rasanya tak payah dah saya kenalkan siapa orang "tu" sebab kawan saya di selatan barat timur utara cakap dia dah buat personal report pada YB. Dengarnya org "tu" pun dah gelabah telefon utara selatan barat timur untuk "cover". Pada orang "tu" a.k.a Pegawai Khas Dato Noh taubat la ya, ingat duit haram tu la kau buat belanja anak bini mak bapak kau makan. Kau penah tanya tak mak kau makan duit haram sedap ke tak ? Sian mak bapak anak bini kau makan duit haram.

Anonymous said...

YB

Saya amat-amt menyokong cadangan yang diberikan oleh saudara/suadari untuk menambahkan bilangan pegawai kelas A di tiap2 daerah..Saya juga pernh mengalami situasi yang sama seprti saudara iaitu proses yang begitu lama untuk meluluskan pinjaman..

Pengalam yang saya alami ini amatlah membawa kesan mendalam dalam diri saya. Proses meluluskn pinjaman yang begitu lama mengakibatkan saya terpaksa menjual tanah pusaka akibat terdesak untuk menjadikn modal pusingan..

Setipa kali say bertanyakan pada pegawai mara daerah mengatakn beliau tidak dapat memproses loan saya akibat terdapat loan sebelimnya ynag tidak dapat disiapkan..Beliau juga mmberitahu begitu banyak tugas ysng terpaksa dipikul..Bukan sekadar memproses loan, tapi bnyk lagi tanggungjawab yang dipikul oleh PMD..Antaranya adalah mencari pelajar cemerlang dalam tiap2 daerah yang miskin untuk ditempatkan di MRSM..Selain itu, mereka juga terpaksa menghadiri meeting dengan pjbt2 kerajaan dalam daerah yang sama untuk membasmi kemiskinan.. mereka juga perlu ambil tahu kegiatan2 usahawan dan memikirkan cara2 untuk meningkatkan prestasi setiap usahwan di bawah seliaan MARA yang berada dalm daerah mereka..

Saya sendiri begitu terkejut bila dijelaskan perkara berkaitan oleh pegawai tersebut, ternyata begitu banyk tugas yang mereka pikul tapi apa yang menyedihkan hanya orang atasan yang mendapat nama..

Diharapkan YB dapat menggunakn kuasa YB untuk menambahkan bilangan pegawai di setiap daerah untuk menyempurnakn lagi perjalanan MarA di setiap daerah..Disamping mmbantu kakitangan sendiri, tentulah YB dapat menolong pelajar2 lepasan universiti yang banyak mengganggur di kala ini..

Diharapkan YB dapat menjankan kerja yang terbaik, yang telah diamanhkan oleh kerajaan seprti yang diharpkan oleh rakyat..

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,

saya ingin megutarakan dan menanyakan beberapa soalan..
sebelum itu saya ingin menceritakan sedikit tentang diri saya.
saya mohamad fadli dari UNIKL dan megambil kos bachelor of business technlogy in computer entreprenuer management.
saya berasal dari johor.. saya seorang yang sangat minat dalam bidang keusahawanan.
soalan saya,
saya berada di sem 4 di UNIKL.. saya telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecil bersama abang saya. jadi adakah peruntukan untuk pelajar seperti saya untuk membuat pinjaman untuk megembangkan perniagaan saya ini??
sekiranya ada, bagaimanakah cara untuk berurusan??
berapakah maximum dan minimum pinjaman ini??
adakah pinjaman ini di atas pihak mara, tekun atau mecd??

saya berharap yang berhormat dapat menjawab persoalan ini..
saya juga berharap yang berhormat dapat membantu usahawan melayu seperti saya unutk membangun kerana saya mempunyai matlamat yang tinggi dalam jangka 10 tahun akan datang.. bukan sekadar usahawan kecil-kecilan.

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,
www.d-xchange.net
saya masalah yang serupa. MPSB telah di serbu oleh BNM pada bulan April, 2008. Syarikat MPSB telah berjanji akan memulangkan wang pelabur sebaik saja system rekod yang dirampas BNM dikembalikan dan wang dibank dipulangkan kepada syarikat.

Saya minta kementerian tuan membantu kami rakyat yang teraniaya. Tolong ikhtiarkan dengan BNM supaya kami boleh mendapatkan duit kami dari BNM secara 'direct'. BNM sudah bekukan duit kami terlalu lama. Saya melabur sejak bulan February 2008. Kerana duit kami dalam bank, kami nak tuntut dengan bank interest.

Kami menunggu pembelaan dan jawapan segera dari kementerian melalui media TV, surat khabar dan ruangan blok ini.

Yang benar,
Norhine

Anonymous said...

anonymous yang dok kata kat oghang jangan dok pukoi canang 30tahun berniaga ni apasal??? Yang bertanya tu sendiri dah berapa lama berniaga??? Yang dok sakit hati kat Tuan Syed tu apasal???Saya dapat pinjaman tekun rm4ribu dari Dato Mat Zin belum jadi menteri lagi. Pengalaman perniagaan saya bermula dari tanah, kutip buah mangga yang banyak bertabur atas tanah selepas hujan lebat untuk dijadikan jeruk, cik anonymous, dari umur saya 10 tahun sekarang saya dah hampir 50tahun, buat direct selling dari umur 18 sehingga tahun 2000 sebelum mengeluarkan produk saya sendiri yang sudah pun sampai ke peringkat antarabangsa, packaging yang telah memenangi award dari pihak internasional, jangan marah, !!!Open up your mind and open up your heart and dont be so sickening!!!! Astaghfirullah banyak2, taubat banyak2, jangan suka nak perlekeh orang, belajar dari pengalaman orang, hati tu jangan dok sakit sangat. Saya jenis orang yang baik itu baik yang tak betul tu tetap tak betul walaupun you are my father or not. Tak main la bodek bodek, ampu ampu , kipas kipas semua, tuhan nampak semuanya walaupun sebesar biji sawi!!!! By the way, I memang pun selalu ke surau dan selalu berdoa dirahmati allah selalu.

Wassallam.

Anonymous said...

Yb, salam sejahtera yb dan semua.Saya ingin comment tentang komen yang diberi oleh anonymous kepada tulisan mamadon. Saya fikir, orang yang komen tu tak faham dan mungkin juga tak pernah berniaga. Sebab komen dia macam orang tak tau apa yang dia cakap sekadar nak memenuhkan blog dato je. dia sekadar nak tunjuk pandai dan nyata sekali anti tuan syed PNS. Kalau tak tau, carilah ilmu, kalau tak de pengalaman, timbalah ilmu dari pengaalaman orang, kalau dah tak tau sangat2 diam je jangan dok tunjuk pandai!!! Saya nak tanya pada anonymous yang komen tu, dia nye penah tak berniaga????? Kalau mamadon dari barang terbuang dia jadikan duit, pada umur sepuluh tahun, nyata sekali ciri2 keusahawanan beliau terserlah dari kecil lagi dan arwah bapa mamadon acknowledge hingga ke saat terakhir beliau, beliau concern "sapa nak tolong hang kalau aku tak dak nanti" kata2 terakhir arwah berkata pada mamadon 10tahun dulu.

Bagus ada Tekun, bagus ada MARA, bagus ada SME bank, bagus ada Bank Rakyat, bagus ada PNS, bagus ada UDA, dan semua agensi2 kerajaan lain yang membantu membangunkan masyarakat Melayu untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain, ambil lah langkah yang pertama especially yang tak bijak sangat mengomen tadi. Saya cabar anonymous untuk menjawab soalan saya samaada dia penah beniaga ke, dah berapa lama dia berniaga dan jauh mana perniagaan dia. Stop talking and start working.

Anonymous said...

apa akan jadi dengan duit saya? dah ditelan lembu?

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,

Saya ingin menanyakan persoalan yang sama diutarakan Norhine.
Saya melabur dalam satu syarikat di negeri sembilan (eastana farm industries) yang bekerjasama dengan KUMB. Pihak syarikat telah berjanji akan memulangkan wang pelabur sebaik saja system rekod yang dirampas BNM dikembalikan dan wang dibank dipulangkan kepada syarikat.

Sejak Oktober 2008 hingga kini, tiada sebarang khabar berita mengenai duit yang dilaburkan. Alasan yang diterima, duit masih dibekukan BNM. Saya minta kementerian tuan campur tangan dalam hal ini bagi membantu kami rakyat yang tertipu. Minta jasa baik YB ikhtiarkan dengan BNM supaya kami boleh mendapatkan duit modal pelaburan asal.

Mohon tuan YB membantu.

Yang benar,
InginTahu