Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Saturday, December 13, 2008

BERAT MATA MEMANDANG....

Minggu lepas, saya berkesempatan melawat kawasan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bersama dengan sahabat lama saya, Dato Ismail Kijo. Suasana pilu menyelubungi seluruh kawasan. Saya sangat bersimpati dengan ahli keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda semasa tragedi itu berlaku. Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul..saya harap mereka semua terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Sepanjang berada di sana, saya telah diberi taklimat oleh beberapa pihak yang terlibat membantu seperti tentera, Persatuan Bulan Sabit Merah,KEMAS dan tidak ketinggalan juga UMNO Bahagian Bukit Antarabangsa. Kesempatan ini saya ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh semua yang terlibat dan juga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia terhadap tragedi ini.

Saya juga sempat mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pemandu Teksi Ampang yang mana kita telah sama-sama berbincang akan bantuan yang boleh kita hulurkan kepada mangsa-mangsa tragedi. Akhir sesi, kita telah bersetuju memberi khidmat pengangkutan teksi untuk membawa mereka dan juga barang keperluan yang berjaya diselamatkan kemana-mana destinasi secara percuma.

Sebelum pulang, saya sempat bertemu dengan seorang warga kerja MARA dan keluarganya yang juga terlibat di dalam tragedi tanah runtuh itu.


Beberapa jam meluangkan masa di kawasan tragedi itu benar-benar memberikan saya sebuah pengalaman yang berharga dan tak mampu untuk diterjemahkan dengan kata-kata...Walau apapun yang berlaku...Hidup adalah sebuah perjalanan..dan ia perlu diteruskan selagi belum sampai ke destinasinya..

2 comments:

Anonymous said...

Salam Dato,
"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul". Itu perumpaan yang boleh dikata untuk mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Ada yang kehilangan ahli keluarga takziah yang mampu kita katakan. Yang hilang harta-benda simpati boleh dihulurkan. Rata-rata mangsa adalah dari golongan atasan dan menengahan. Iya pelik juga apabila ramai diantara pemimpin kita terlalu simpati terhadap mereka. Sehinggakan ada diantara pemimpin tersebut mengeluarkan cadangan untuk memberikan penginapan di HOTEL Secara PERCUMA!!!. wah! hebatnya mereka dilayan sebegitu rupa.Tempat penempatan disediakan toto untuk dialaskan bagi mereka tidur dengan selesa.Makanan disediakan dan semua mendapat nikmatnya sehinggakan babi hutan pun boleh makan nasi ayam. Ada diantara mereka bila diusik oleh setengah pihak terus melaporkan kepada pihak polis secara langsung melalui TV3. Hebat mereka ini Dato. Mereka pun dengan mudah menuduh pihak berkuasa yang membantu mereka mencuri barang mereka. Ialah mereka tu banyak barangan yang berhargakan sehingga pihak yang membantu pun terliur kot. YB Dato Menteri, Simpati boleh simpati dan simpati kalau diikuti dengan rasa bersyukur ramai rakyat yang simpati tetapi bila menerima dengan rasa sombong dan tak tahu bersyukur hilang simpati dibuatnya. kenapa YB Dato tidak melawat mangsa banjir dikalangan rakyat yang biasa. Tidakkah YB Dato merasakan bahawa mereka memerlukan simpati dan rasa belas dari pihak kerajaan? Adakah mereka ini bukan rakyat yang kaya?. Cubalah kita bertindak secara rasional dimana rakyat seperti ini juga perlu perhatian dari para pemimpin dinegara malaysia. Bukan disini saya untuk membantah dan menolak dengan segala tindakan yang dilaku tetapi bila ada dianatara mangsa di Bukit Antarabangsa dengan sombong dan segala-gala perlu dibantu membuatkan rasa simpati dan kasihan itu hilang. jangan kerana disana terdapat ramai golongan elit dan ternama kita menumpukan seperti semut kerumun gula. Ialah disana banyak tan sri, dato seri, dato, artis dan golongan yang hebat. Lihatlah juga mangsa banjir dikedah, kelantan, terengganu, pahang dan johor. Mereka adalah golongan akar umbi yang sentiasa menyokong kerajaan dan jika ada diantara mereka bukan penyokong kerajaan bantulah juga sekurang-kurangnya mereka dapat melihat yang kerajaan BN juga menyayangi mereka. Surat kahbar pun sekarang memberikan tumpuan yang hebat di Bukit Antarabangsa. Jangan sampai pihak PR menyentuh isu ini baru kita nak buat tindakan.

Anonymous said...

Tangguh jual IJN kerana Kuala Terengganu?
Basiron Abdul Wahab
Sun | Dec 21, 08 | 7:52:33 am MYT

MARAN, 21 Dis (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau yakin penangguhan penjualan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Bhd ada hubungkait dengan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Januari depan.
Iklan




Katanya,PAS menentang sebarang usaha penswastaan IJN dan berharap kerajaan bukan sekadar menangguhkannya tetapi membatalkan terus hasrat untuk menjual IJN kepada mana-mana pihak.

"IJN adalah instutusi perubatan jantung milik kerajaan yang terkenal di seluruh Asia Tenggara dalam menyediakan kemudahan rawatan jantung yang ulung di negara ini,"ujarnya.

Baru-baru ini kerajaan didakwa akan menjual 51 peratus ekuitinya di dalam IJN kepada sebuah syarikat perladangan, Sime Darby Bhd.

Ekoran itu pelbagai pihak membantah rancangan penswastaan itu, kerajaan menangguhkan cadangan penswastaan itu yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri najib Tun Razak kelmarin.

Antara tokoh yang menyatakan bantahan penswastaan IJN termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Timbalannya Dato' Seri Anwar Ibrahim.

PAS awal-awal lagi membantah penjualan itu melalui kenyataan keras Ketua Penerangannya Mahfuz Omar.

Mohamad Sabu berkata, penswastaan IJN akan memberi kesan buruk rakyat justeru kerajaan tidak seharusnya memikirkan soal keuntungan semata-mata.

"Tanpa penswastaan sekarang pun kos rawatan sudah mahal bagaimana pula jika diswastakan nanti," ujarnya ketika ditemui pada majlis perasmian Karnival PAS Kawasan Maran dekat Chenor.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS kawasan Inderamahkota, Abdul Aziz Ahmad yang juga bekas pesakit di IJN berkata, kos rawatan di IJN tanpa diswastakan telah meningkat mendadak sejak beberapa tahun lalu.

Beliau percaya jika diswastakan nanti kos rawatan di IJN tidak akan mampu lagi ditanggung oleh majoriti rakyat negara ini.

"IJN akan menjadi pusat perubatan bagi golongan kaya manakala rakyat miskin yang mengalami sakit jantung akan terbiar dan menjauhi pusat itu," ujarnya. - mks._

komen dari yb dato',