Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, April 7, 2008

Peluang Mahasiswa Cipta Kerjaya Sendiri

ALOR STAR 6 April - Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan menganjurkan Forum Keusahawanan dan Kerjaya pada 12 April ini.
Forum bertajuk 'Usahawan : Kerjaya Pilihan Siswa' akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok.
Pengarah IPK UUM, Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, program ini memberi peluang kepada mahasiswa bagi mendapat pendedahan untuk mencipta kerjaya sendiri terutamanya dalam bidang keusahawanan.
Katanya, forum itu membariskan lima ahli panel yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan untuk bersama-sama berkongsi kepakaran serta maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada mahasiswa UUM.
"Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Mohd. Nasir Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Datuk Hafsah Hashim dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan (MECD),Datuk Hashim Abdullah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, turut ditampilkan ialah Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Mohd. Alayuddin Che Hasan dan wakil daripada Alumni UUM iaitu Norol Azali Sulaiman manakala Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi bertindak sebagai moderator.
Selain itu, katanya, forum ini juga bermatlamat untuk membincangkan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan siswazah memilih bidang ini sebagai pilihan kerjaya mereka.
"Forum ini akan dihadiri oleh 3482 pelajar tahun akhir UUM yang akan menjalani latihan industri mulai Jun ini," ujarnya.
Tambah beliau, sempena majlis itu satu majlis penyampaian cek penajaan Dewan Penginapan Pelajar oleh Bank Rakyat serta menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UUM dengan PUNB, INSKEN,DPMM, SMDEC dan Bank Rakyat.
Jelasnya, kesemua MoU ini berkaitan dengan program-program yang melibatkan pembangunan keusahawanan dan kerjaya siswazah.
"Di samping forum ini, kami juga turut mengadakan sesi perkongsian pengalaman oleh pelajar yang menjalani latihan industri di luar negara dan forum kerjaya.
"Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Muhd. Iskandar Zulkarnain di talian 04-9285618 atau 013 4868373," tambahnya.

Sumber : Utusan Malaysia

6 comments:

Anonymous said...

Jangan retorik jer dato..kata mesti dikota !

Anonymous said...

Tahniah Dato Noh,Menteri Pembangunan dan Usahawan yang baru! Kami golongan graduan menggangur sedia menyahut seruan Dato.Tp mintak maaf cakap la dato,saya dan beberapa org rakan lain berjaya jd usahawan skarang ni pn bermodalkan duit ALONG!Semoga kuasa Menteri ditangan dato skarang dapat menambahbaik pelaksanaan kementerian pembangunan Usahawan dan Koperasi.
- graduan tua -

Anonymous said...

Alhamdulillah, Mahasiswa UUM patut bersyukur kerana mempunyai Naib Canselor yang mempunyai jati diri dan semangat ikhlas ingin membantu meningkatkan semangat keusahawanan khususnya di kalangan graduan melayu. Sesungguhnya program sebegini merupakan usaha mulia sebagai permulaan untuk menyemai dan mendedahkan keindahan dan kemanisan dunia perniagaan. Namun begitu apabila mahasiswa ini telah memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi perlu memastikan bahawa dasar pemerolehan kerajaan di sektor awam termasuk badan-badan berkanun dilakukan secara adil, telus dan berintegriti. YB Dato' perlu memantau dasar monopoli di dalam sebahagian pemerolehan di Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya berkaitan dengan bekalan yang melibatkan logo dan nama UKM. Melalui Pekeliling daripada Bendahari UKM bertarikh 12Mac 2007, beliau mengarahkan semua pembekalan barangan yang melibatkan logo dan nama UKM hanya melalui satu syarikat sahaja di samping satu syarikat lain dan koperasi UNIKEB sebagai topeng. Mahasiswa dan Jabatan di UKM tiada hak untuk memilih syarikat berdasarkan harga yang terendah dan kualiti serta rekabentuk yang terbaik seperti mana diamalkan selama ini. Saya sebagai Usahawan dan graduan UKM amat sedih dan kecewa dengan dasar baru yang diperkenalkan ini. Selain UUM, UKM merupakan Universiti yang melahirkan ramai usahawan melayu, tambahan lagi UKM mempunyai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang bertanggungjawab melatih dan memastikan usahawan-usahawan dilahirkan benar-benar berpengetahuan di samping bersedia dari aspek komunikasi, sikap dan pemikiran.Saya merayu supaya YB Dato' dapat mendesak Menteri Pengajian Tinggi agar Naib Canselor UKM digantikan oleh seorang ilmuan yang lebih mempunyai jati diri Melayu dan sentiasa memahami dan menghayati matlamat dan tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anonymous said...

Alhamdulillah...dan ..Tahniah Dato ambil berat pasal siswazah.. mudahan.. ada perubahan.. Nasihat kami yang tak di tengok selamini cuma ini...Tengok-tengok kan lah sikit tentang panel business consultant dan event manager yang di luluskan oleh MECD.. PANDANG LAH KEBELAKANG dan berilah CINTA U-TURN pada siswazah tempatan yang buat event manager dan business consultant... jangan asyik LOVE foreign konsultant atau kroni orang lama... esok2 EVOLUSI KL DRIFT.. semua jugak yang susah..

Anonymous said...

selaku ketua bahagian tg karang, tak kan dato tak tau hutan simpan kena teroka pulak tu sama-sama dengan ketua bahagian sg panjang dato ya betul-betul dato, tak kan atas bawah sapu.

Muhabir Ibrahim said...

YB Dato', saya mengalu-alukan langkah tersebut. Harapan saya, ia akan memberikan pilihan dan merupakan satu pilihan kerjaya kepada semua khususnya mahasiswa dan graduan.