Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, April 23, 2008

RTM Live - Bersama Saya..

Kepada semua pembaca blog ini, anda dialu-alukan untuk bersama saya yang akan muncul secara live di RTM 1 pada jam 9.30 malam ini (23/04/08, Rabu ) bagi Program 60 Minit Bersama Menteri.

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dato'

Tahniah kerana mengadakan satu blog ini. Semoga ia dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat tanpa perlu banyak protokol. Syabas sekali lagi

http://ahmadalbabonline. blogspot.com

JaniceNga said...

YB Datuk Noh
Greeting in peace from Leeds, Uk.
Have followed your live program online and i appreciate your sensible comments. Tahniah.
Indeed,i agree with you that 'orang kampung dan susah juga boleh berjaya', not because i am also orang kampung/susah. Anyway, i am proud that you have not forgotten your tough route and i wish you all the best in your new ministry.It's indeed a great pleasure to have known you through MBM. May God bless you and i pray that you will be a minister with heart. Cheers.

Yours truly
Janice Nga
ps: may i send you a questionnaire to be filled? I am doing a research on youth organisations&political development.

Anonymous said...

A'kum YB Dato,baru2 ini saya didatangi oleh satu sykt mentor utk menyertai satu skim pelaburan dalam keusahawan menerusi skim TEKUN. Syarikat ini mencari 675 peserta dan setiap peserta dikenakan bayaran proses sejumlah RM200.00. Tekun akan mengeluarkan pinjaman kepada setiap peserta sejumlah RM16,000.00 dan akan dibayar terus ke sykt pembuat penapis air RO. Jika dikira,sykt ini akan mendapat RM10.8 juta dari 675 peserta.
Saya agak muskil kenapa TEKUN boleh megeluarkan pinjaman yg begitu banyak kepada sesebuah sykt dengan mengguna peserat sebgai landasan.
Saya berharap YB Dato dapat memberi perhatian kepada perkara ini. Jika tidak benar,sila ambil tindakan segera semuga tidak semua bumiputra tertipu oleh skim ini.
Sykt yg dimaksudkan ialah Worldwellness S/B dan sykt mentor Akademi Frontline S/B.

BeAuTiFuL-MaLaYsIa said...

Kita telah melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan rakyat dan negara Malaysia. Justeru, setiap rakyat perlu menghayatinya. Bagi memastikan kita tidak melupakan semangat itu.Syabas dan maju jaya kepada Y.B Dato'.

Anonymous said...

Datuk,
Tolong pertimbangkan pengambilan kakitangan bumiputera bukan muslim bagi tenaga pengajar giatmara...kalau tidak dapat d semua cukuplah bagi pusat2x d Sabah & Sarawak. Datuk cakap bumiputera... tapi 97% kebanyakan nya Melayu tenaga pengajarnye... kaum bumuputera lain cammane. Adil la sikit je..

global aero said...

tahniah dan terima kasih atas usaha dato dalam isu usahawan bumiputera.Harap dato ambil perhatian dengan syarikat GLC khususnya Malaysia Airport (Sepang) sdn bhd yang cerewet dan tidak mengutamakan kepentingan syarikat taraf bumiputera untuk menjalankan perniagaan di KLIA khususnya agen pelancongan yang ingin membuat permohonan untuk mendapatkan premis perniagaan walaupun syarat syarat permohonan lengkap beserta lesen telah dipenuhi tetapi permohonan kami masih tidak dilayan ........ usahawan melayu sepang....

aznida said...

Assalamualaikum,,,,
Dato'..
Saya nak tahu kenapa ramai wanita umno tak menutup aurat?????

Anonymous said...

saya mengikuti dengan penuh perhatian wawancara dato' di dalam rancangan 60 minit bersama menteri.Syabas dan tahniah dato' akhirnya saya percaya kementerian MECD mendapat permata yang baik, telus dan ikhlas untuk menjayakan matlamat, visi dan misi kementerian berkenaan. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan dato'.

Anonymous said...

dato' cakap pasal bumiputera dan orang melayu. tapi orang melayu banyak yang malas, ada yang betul-betul usahawan tak dapat pertolongan dan bantuan kerana mereka tak ada masa untuk "rub shoulder" bodek, menteri dan pegawai tinggi kerajaan. yang dapat bantuan, kontrek dan sebagainya adalah pelobi yang nak kaya cepat, dapat duit cepat, habis pun cepat dalam mesin jackpot. tak percaya dato' pegi lah tinjau-tinjau tempat mesin jackpot yang ada di merata kl. dapat dapat lihat kebongkakan usahawan melayu cepat kaya ini menghabiskan duit.

Noh bin Haji Omar said...

Anonymous said...
Datuk,
Tolong pertimbangkan pengambilan kakitangan bumiputera bukan muslim bagi tenaga pengajar giatmara...kalau tidak dapat d semua cukuplah bagi pusat2x d Sabah & Sarawak. Datuk cakap bumiputera... tapi 97% kebanyakan nya Melayu tenaga pengajarnye... kaum bumuputera lain cammane. Adil la sikit je..

April 23, 2008 5:36 PM

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya dan memberikan pandangan yang baik.Saya akan panjangkan kepada pihak MARA agar pandangan ini diberi keutamaan.

Noh bin Haji Omar said...

dato' cakap pasal bumiputera dan orang melayu. tapi orang melayu banyak yang malas, ada yang betul-betul usahawan tak dapat pertolongan dan bantuan kerana mereka tak ada masa untuk "rub shoulder" bodek, menteri dan pegawai tinggi kerajaan. yang dapat bantuan, kontrek dan sebagainya adalah pelobi yang nak kaya cepat, dapat duit cepat, habis pun cepat dalam mesin jackpot. tak percaya dato' pegi lah tinjau-tinjau tempat mesin jackpot yang ada di merata kl. dapat dapat lihat kebongkakan usahawan melayu cepat kaya ini menghabiskan duit.

April 24, 2008 1:57 AM

Saya menyanjung tinggi pandangan yang diberikan oleh saudara.Saya berharap saudara dapat memberi kerjasama bagi mengemukakan sanarai nama usahawan bumiputera yang berkenaan untuk dibantu oleh kementerian saya.

Anonymous said...

YB Dato Noh Hj.Omar
saya mempunyai syarikat I.t berstatus enterprise. bagaimana saya nak dapatkan pinjaman di Mara tanpa penjamin,tanpa cagaran.memandangkan syarikat saya baru memulakan perniagaan i.t.
Bolehkah Dato membantu syarikat saya.

Hair Rudy said...

Askum Dato'

Saya menghadapi masalah untuk kelulusan loan dari PUNB. Saya telah mengikuti kesemua kursus mereka. Masalah saya adalah selepas tamat kursus dari PUNB. Mereka memberitahu saya bahawa loan saya tidak diluluskan kerana business DOBI (cuci baju) yang saya jalankan tidak dipersetujui oleh pihak PUNB.

Masalahnya sekarang, semasa saya membuat pendaftaran di PUNB, didalam surat tersebut di sertakan senarai perniagaan yang telah diluluskan oleh pihak PUNB termasuk lah senarai perniagaan DOBI.

Harap Dato dapat membantu anak bumiputera ini. Saya sgt mengharap perniagaan ini Dato.

(Jika dapat berjumpa dengan Dato secara terang-terangan lebih baik)

Hair Rudy,
Pelabuhan Kelang.

[URGENT]

tegx said...

orang melayu ni susah sangat nak ambik risiko..takut..risau..kalau tak jadi camner ek?macam2 dipikir bila nak berniaga.orang melayu beruntung sangat sebab ada kementerian khas nak tolong orang melayu tu sendiri berniaga.tapi bila dah ditolong reti nak buat betul2.

jalan dah ada..prosedur tetap prosedur tapi ramai yang tak berfikir bila asyik menyalahkan kerajaan bila mereka apply bussiness loan dan tak lulus.kita nak bagi duit kat orang mestila kita nak tengok kredibiliti peminjam..mampu tak nak bayar balik duit tu?bila boleh bayar balik?kalau buat paperwork loan pun xlepas macam mana orang nak kasi pinjam duit puluh2 ribu.

saya terpanggil sebab saya ni pun tergolong dalam golongan orang yang dah berpuluh kali naik turun masuk kursus usahawan dan apply loan tapi xdapat2.saya xkesah sebab saya tau paperwork saya xcukup perfect dan mungkin sebab kurangnya usaha saya untuk memperbaikinya.saya xpernah complain sebab saya paham benda tu salah saya.

apa yang saya lihat adalah ribuan kawan2 saya yang lain, apabila xdapat loan Mara ker,Punb ker, sme bank ker, Tekun Ker, dll, mereka menyalahkan kerajaan sebab xluluskan loan diorang.

cadangan saya ialah:
1.semasa kursus usahawan dibawah KPUN dijalankan, modul yang lebih berkesan diajarkan untuk mewujudkan perasaan tidak mengenal erti paper loan kena reject diajar.supaya pemohon loan tidak putus asa selepas permohonan ditolak untuk kali pertama dan seterus nyer..

2.modul jangan menyalahkan orang lain bila kita x usaha cukup kuat

alhamdulillah saya masih boleh berniaga walaupun xpernah dapat bantuan daripada mana2 agensi kerajaan dan tidak pernah marah walaupun kena reject berkali2.
moga ramai orang melayu kaya raya atas bantuan kemnterian dato'

komen?

selamat berjaya dato'!