Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, April 30, 2008

DEB UNTUK SIAPA .....?????

Pada tahun 80an, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di London, saya merupakan seorang pemimpin persatuan pelajar di sana. Setiap kali terdapat perjumpaan pelajar bersama pemimpin-pemimpin Negara, kami semua tidak pernah ketinggalan untuk sama-sama mengambil bahagian. Saya masih ingat, suatu ketika dulu sewaktu Tun Daim Zainuddin yang ketika itu merupakan Menteri Kewangan Malaysia, telah datang ke London dan berjumpa dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Antara soalan yang sering dilontarkan oleh pelajar bukan Melayu pada ketika itu adalah, “ Kenapakah kerajaan Malaysia mengamalkan Dasar Ekonomi Baru sedangkan dasar itu hanya menjaga kepentingan orang Melayu..” Mereka juga bertanya, “ Kenapa wujud double standard dikalangan orang bukan Melayu dan Melayu di Malaysia.? ”.... “ Kenapa orang bukan melayu dilayan sebagai second class citizen? “.....

Nampaknya, ramai lagi dikalangan kita yang tidak faham atau mungkin tidak tahu akan kewujudan Kontrak Sosial yang telah termeterai sekian lama, sejak Negara mula merdeka. Suka saya kongsi di sini bahawa Kontrak Sosial atau Social Contract ini adalah merupakan titik permulaan perpaduan kaum dan keharmonian sebuah negara yang ketika itu bernama Tanah Melayu. Kontrak Sosial ini menagih pengorbanan Orang-orang Melayu dan penerimaan orang bukan Melayu.

Kontrak sosial adalah suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Dengan termeterainya kontrak sosial yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ini, maka lahirlah sebuah Negara Malaysia yang berbilang kaum, hidup dalam suasana harmoni. Jika semua daripada kita memahami akan asas kontrak sosial ini, maka tidak akan timbul persoalan-persoalan di atas.

Kita semua maklum, Dasar Ekonomi Baru dikemukakan ke Parlimen oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 23 Februari 1971 dengan mempunyai serampang dua mata iaitu :

1) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
2)Menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan mengahapuskan sama sekali perbezaan kaum dengan identiti fungsi ekonomi.

Kebetulannya pada ketika itu, golongan miskin ramainya terdiri daripada orang Melayu. Jadi sudah tentulah orang Melayu yang paling ramai mendapat manfaat dari pelaksanaan DEB ini...

Sekembalinya saya ke Malaysia, saya bergiat dalam politik dan ketika saya menjawat jawatan Timbalan Menteri, saya sekali lagi telah pergi ke London. Tapi kali ini, saya pula yang mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Apa yang memeranjatkan saya, soalan-soalan yang ditanya oleh pelajar bukan Melayu pada tahun 80an dulu, sebagaimana yang saya sebut diawal tulisan tadi, telah ditanya balik oleh pelajar disana tetapi bukan lagi oleh pelajar bukan Melayu, sebaliknya ditanya oleh pelajar yang berbangsa Melayu. Dia pula yang menjadi peguambela kepada pelajar-pelajar bukan Melayu yang memperjuangkan isu ini. Adakah ini yang dikatakan acuan pemikiran Melayu Baru.....???

Pinjamkan saya fokus dan minda pembaca buat seketika untuk merenung sejenak bahawa sekalipun dasar ini dikutuk oleh Barat tetapi terbukti berkesan apabila dapat menukar identiti orang Melayu sebagai petani, nelayan dan orang kampung kepada golongan profesional dan usahawan dalam masa yang singkat. Ketahanan Negara Malaysia yang dibangunkan oleh dasar ini lebih terserlah apabila serangan kuasa besar terhadap pasaran saham dan ekonomi negara kita pada tahun 1997 tidak menggugat perpaduan rakyat, bukan sahaja kerana keupayaan kepimpinan negara tetapi kerana perimbangan ekonomi hasil dari perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Saya berpikir-pikir....Apabila hari ini, ada orang Melayu di luar sana yang menjadi jaguh dalam menyuarakan isu ini, dengan rakus membantah Ketuanan Melayu dan penuh lantang melaungkan Ketuanan Rakyat, timbul persoalan, apakah masih relevan untuk kita terus mengamalkan Dasar Ekonomi Baru untuk generasi Melayu yang akan datang.....???

34 comments:

Anonymous said...

Saya ucap tahniah walapun baru sekarang dato sedar betapa hebatnya media altenatif ini..

DEB yang dilaungkan selama ini saya lihat hanya satu alasan pemimpin untuk membolot dana/peruntukan (melalui kroni2)yang sepatutnya diberi kepada rakyat.

Anonymous said...

Sebenarnya ramai melayu hipokrit di luar sana yang menidakkan pencapaian mereka kerana DEB. Kalau tak kerana DEB saya rasa ramai melayu masih lagi toreh getah kat kampung, kini pun dah ramai toreh getah sebab harga mahal. Saya tetap bersyukur dan berbangga kerana diri saya produk DEB. Bukan macam seorang pemimpin melayu yang tak sedar diri tu, kerana agenda peribadi sanggup mengkhianati perjuangan. Kalau orang lain bawa masuk anak bini dalam politik kata nepotismlah dan macam macam lagi tapi dia anak beranak termasuklah pemimpin dari DAP sama juga.Orang lain buat tak boleh bermacam kecaman dilemparkan, kalau mereka buat semua boleh. itulah politik menghalalkan cara. Orang Pas pun satu, bila Nga Kor Ming kata, orang pas setuju bela babi, orang pas ramai-ramai tepuk tangan. Bila kerajaan BN tak tutup kandang babi depa arak bagai nak rak.

Semoga dato' noh tabah hadapi kenyataan politik dewasa ini.

Anonymous said...

Camne ni dato' CEO tekun kata kerajaan dah sedia RM10 juta untuk pengusaha cina dan india ni. betoi ka tok. Mana maruah kementerian dato' yang diamanahkan untuk jaga melayu. depa tarik sikit-sikit, lama-lama kementerian dato juga jadi caca marba hilang pedoman kerana desakan politik.

Anonymous said...

budak melayu yang soal gitu kat dato' tak pernah pi kursus ka. yang saya tahu semua pelajar tajaan kerajaan sama ada jpa atau mara kena kursus ketatanegaraan sebelum dihantar belajar ke sebarang laut. saya rasa jpa dan mara kena lihat balik perkara ni, kalau pelajar-pelajar kita tunjuk eksyen lagi tarik je biasiswa mereka, biar mereka tau apa itu ketuanan melayu.

Anonymous said...

Salam...
Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan setelah membaca coretan Dato' kali ini.Pertama sekali ucapan tahniah diatas persoalan yang ditimbulkan pada kali ini,"DEB untuk siapa"...Bagi anak-anak melayu yang sekarang ini menumpang kepada kesenangan hasil titik peluh ibu bapa mereka,pasti tidak pernah menyoal diri mereka mengenai persoalan ini.Bagi mereka,ada ataupun tidak Sistem DEB ini,tidak sedikit pun akan menjejaskan kesenangan mereka.Mungkn kalau diberikan hak yang sama kepada kaum lain tidak akan memberi kesan kepada mereka.

Tapi apabila soalan seumpama ini diajukan kepada ibu bapa mereka yang sebelum ini bersusah payah, sdah pasti mereka dengan lantang akan bangkit dan menyatakan DEB amat perlu untuk orang Melayu..

Persoalannya disini adakah dengan DEB ini akan membuat Melayu menjadi kaya? Kalaulah benar,kenapa bangsa Melayu masih tidak berubah sedangkan Dasar DEB telah lama diaplikasikan?Dimana punca kelemahan sistem ini?

Kalau direnung kembali punca kepada permasalahan ini saya rasa tiada siapa pun boleh menjawab dengan tepat apakah puncanya...Mungkin jawapan terbaik yang boleh diberikan adalah BANYAK bangsa Melayu yang tidak mahu mengambil peluang yang diberikan...dan bangsa lain melihat ini adalah peluang terbaik bagi mereka bagi meneruskan empayar penguasaan ekonomi mereka..

Bagi anak-anak Melayu yang selama ini tdk menghargai DEB, tanya diri sendiri..Dari mana datangnya kesenangan yang diperolehi sekarang....Befikir secara proaktif dan jangan melibatkan kepentingan diri dalam berjuang menegakkan Bangsa Melayu...

Sampai disini sahaja buah fikiran saya.Mungkin pandangan saya tidak sama dengan yang lain.Terpulang kepada pandangan masing-masing.Tapi walau sejauh mana pun bezanya pendapat kita, saya berharap agar kita terus bejuang terhadap memajukan Bangsa Melayu.Supaya diakhirnya nanti,anak-anak pewaris Melayu dapat menikmati perjuangan kita ini...Salam...

PEMUDA BERSIH said...

DEB bukan utk melayu tp untuk pemimpin jahat jer

Anonymous said...

Laki kencing berdiri, bini kencing berlari!!!

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Blog ini semata-mata diadakan untuk berjihad memusnahkan UMNO. Bunuh Ideology UMNO, UMNO telah merosakan Agama dan semua bangsa di Malaysia . UMNO adalah Time BOMB BRITISH ! Our Mission is to eliminate UMNO AND THEIR CORRUPT LEADERS from the face of the earth, and Malaysian will be happily ever after. Apa kata Tentalum tentang isu BALKIS...

Terbaru kes Balkis iaitu persatuan bini2 Adun dan parlimen daripada Umno yang menggunakan wang rakyat bagi melepaskan dahaga nafsu serakah shopping mereka di London, Paris, New York, Amsterdam, Frankfurt, Hamburg, Copenhagen, Hongkong dan juga Australia.

Malah ada lapuran dari dalam umno sendiri bahawa kumpulan betina2 ini semua perabih wang rakyat selangor berjuta2 ringgit. Ketika laki jantan mereka melawat luar negara atas alasan lawatan sambil belajar,sibetina2 mengambil kesempatan shopping sakan menggunakan wang rakyat. Laki kencing berdiri, bini kencing berlari!!!

Jenis betina umno memang akan rasa hina kalau menghadiri majlis-majlis kenduri dan keramaian umno tanpa jenama original Guccis,kasut Prada ,barangan Paris Louis Vutton,cermin mata mahal atau pun menayang jam tangan Rolex. Bagasi shopping mereka bertan2 bila pulang ke Malaysia. Mereka telah menipu rakyat kononya persatuan mereka kononnya persatuan kebajikan untuk membantu golongan miskin.

Apabila ada majlis utk membantu rakyat miskin mereka akan beri hamper tin milo untuk rakyat marhaen sambil dirakam oleh RTM haprak utk menipu melayu umno kampungan!!!
Itu pun yang sponsor mungkin taukeh2 Babi mereka. Kalau dulu kita dengar kisah ali baba dan 40 pencuri mencuri tapi sekarang kita dengar wakil rakyat ali baba umno bersama bini2 dan anak2 mereka turut merompak dan balun wang rakyat!!!

Kalau di negeri China pasti manusia2 ini semua akan dihukum tembak dikepala . Di Singapura pun perkara2 seperti ini tidak akan berlaku!!! Kerajaan PR mesti serious dalam hali ini dan buat lapuran polis walaupun kita tahu polis akan menikus bila mengadap dengan umno tapi yang penting perkara ini mesti rakyat semua tahu bahawa pemimpin umno bersama anak bini mereka adalah kumpulan manusia yang suka mencuri harta rakyat dan kesudahan mereka harus dihukum setimpal!!!! - tentalum blog

anai-anai said...

tahniah dato' kita bolej jumpa dlm blog apa pun kurang setuju lah dengan moto yang last tu 'bersatu tegoh bercerai roboh' kalau berserai kan boleh kawin lagi..maaf dato" jangan mare..

Hanief said...

Apabila wujud kronisme dalam dunia ekonomi orang-orang Melayu, maka hanya 2-3 kerat sahaja yang akan dapat manfaatnya.

DEB sepatutnya memberi manfaat kepada orang-orang Melayu. Tetapi ia telah disalah-guna.

Orang Melayu tiada teknologi dan kilang atau pun mampu mencipta atau berminat melabur dalam memperkasakan masa depan. Sebaliknya TV sebagai media utama digunakan dengan rakus untuk memaparkan program-program hiburan yang merugikan orang Melayu itu sendiri.

Lihat DEB! Disalah-gunakan. Kronisme dan rasuah menjadi budaya.

Lihat TV! Diasakkan dengan hiburan yang melalaikan!

Apakah dengan suasana ini kita belum sedar? Atau baru nak merayu DEB perlu di itukan atau perlu di inikan.

Sekarang ini, rakyat Malaysia sudah matang. Pelbagai kaum hidup aman. Dari kecil bersekolah bersama-sama dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa.

Akan tetapi sempadan keistimewaan tetap ketara. DEB. Ya! DEB itulah dia, keistimewaan 'orang kita'.

Semestinya suatu perkara normal apabila ia dipertikaikan oleh kaum bukan Bumiputra.

Ia ibarat anak angkat yang baru ketahui siapakah ibubapanya yang sebenarnya. Semasa kecil ditatang penuh, apabila besar, terasa realiti hidup yang berbeza.

Perbezaan daripada segi keistimewaan inilah yang menjadikan kestabilan Malaysia goyah sekali. Malaysia dipandang serong orang pelabur luar negara.

Panggil sahaja rakyat mana yang berstatus Bumiputera untuk menerangkan kenapa adanya DEB. Ternyata amat susah sekali untuk diperbualkan. Kenapa?

Kerana ia adalah suatu yang sukar diterima.

Sukar diterima oleh siapa? Oleh saya dan oleh rakyat Malaysia yang menganggap kaum India, Cina dan Melayu adalah seperti adik-beradik kandung.

Tak kira walaupun di mana jua berada. Samada di luar negara atau pun di dalam negara. Kita mesti mendapat layanan sama-rata sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit.

Anonymous said...

Saya ucapkan tahniah kerana baru sekarang dato fikir perlunya ada blog sendiri.Ucapan tahniah juga kerana dato dapat menjadi menteri penuh dikementerian usahawan.

Deb untuk siapa....??,Saya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana dengan adanya DEB sedikit sebanyak telah membantu org melayu.Walaupun ada laungan deb untuk kroni membolot dana/peruntukan.

Anonymous said...

Apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari apa yang pemimpin kita rancang 10 tahun, 20 tahun ataupun 50 tahun yg lepas.Sekiranya generasi muda hari ini tidak tahu apa itu kontrak sosial, siapakan yang patut dipersalahkan? Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa sehingga hari ini, sistem pendidikan dinegara kita kurang berjaya mendidik rakyat pelbagai kaum.Jika tidak, masakan masih ada generasi hari ini yang buta sejarah! any comment?

Anonymous said...

deb untuk siapa.
Tahniah dato sekarang menteri pembqangunan usahawan,lagi banyak peluang,lagi besar kuauasa untok tolong orang melayu,tapi jangan lah peluang digasak untuk dua tiga orang keroni dato saja,/dulu MASA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAAN orang lain tak ada chan kerja repair sekolah semua balachi dato yang sapu macam tu juga kerja-kerja peruntukan wakil raayat.Harap-harap kali ni bila jadi menteri pembangunan usahawan tengok-tengok lah usahawan yang lain sama jangan balik-balik mereka-mereka yang ada di pejabat dato saja yang dapat.Rasanya pak lah pun perlu ambil tau perkara macam ni kalau nak lagi jadi pm.

Anonymous said...

Tahniah dato', saya rasa dato telah mengambil langkah bijak dengan menjadi antara menteri yang awal mewujudkan blog.Semoga lebih ramai lagi YB-YB,dan Menteri2 kita yang mengambil langkah spt dato ini supaya rakyat di luar,seperti kami ini mempunyai medium yang terus untuk menyalurkan pandangan komen dan masalah yang berkaitan disamping dato juga mempunyai ruang untuk lebih mesra rakyat.SYABAS DATO NOH!

Zulfadzli said...

A'kum Dato'.

Pertamanya ucapan tahniah atas pelantikan sebagai Menteri di MECD.

Saya terpanggil untuk memberi pandangan peribadi berkenaan penubuhan Jawatankuasa Rayuan (JR) di MECD bagi menangani urusan pinjaman usahawan.

Saya merasakan bahawa JR tersebut tidak perlu kerana agensi2 di bawah MECD telah mempunyai Jawatankuasa Kelulusan Pinjaman (JKP) yang tersendiri.

Sebagai seorang pegawai yang telah bekerja di sebuah agensi kewangan dibawah MECD, saya mendapati sebarang kelulusan atau penolakan terhadap permohonan usahawan telah diteliti degan mendalam di pelbagai peringkat sebelum keputusan muktamad oleh JKP agensi2yang berkenaan.

Penubuhan JR akan hanya menyebabkan keputusan JKP agensi2 yang berkenaan dipandang remeh oleh usahawan (alah takpe...bank tak lulus kita pergi komplen dan merayu kat JR MECD).

Pihak agensi2 bukan tidak mahu memberikan pinjaman tetapi setiap penolakan adalah disebabkan usahawan tidak memenuhi keperluan bagi membolehkan pinjaman diluluskan. Sebab2 tesebut juga telah diteliti dengan terperinci.

Sekian pandangan peribadi saya, TQ

Zulfadzli Muhd. Irpan
Taman Seri Bakti
Tanjong Karang
Selangor

paneh said...

Assalamualaikum dato'.
Good posting. DEB untuk semua kaum - rujuk http://paneh.blgspot.com
Hanya mereka yg buta minda dan hati sahaja yang selalu mempertikainya.

usahawan melayu mundur said...

Adakah DEB membantu usahawan melayu?

DEB, Dasar Ekonomi Baru bukan cerita lama tetapi cerita di zan Tun Hussein onn lagi, mungkin pada masa itu mungkin tidak dapat di terima kerana ianya satu pembaharuan yang mengejutkan. Kontrak sosial ini di buat untuk melindungi hak-hak orang melayu dan bumiputera. Tetapi adakah ianya membantu usahawan melayu
Ingin saya tanya pendapat Dato’, adakah Dato melihat ianya membantu usahawan melayu? DEB yang saya nampak banyak membantu orang melayu atas pertolongan Kementerian yang di terajui oleh Dato’ iaitu MARA.
MARA, satu nama yang gah di mana membantu melayu dari segi pendidikan iaitu wujudnya agensi pendidikan bernama Maktab Sains Mara, Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat giat Mara, biasisswa dan pinjaman MARA untuk pendidikan dan banyak lagi.
Ingin saya bertanya pada Dato’adakah MARA membantu usahawan Melayu untuk menjayakan DEB ini? Ingin saya berkongsi cerita dengan Dato’, Saya menceburi perniagaan kurang dari dua tahun, pada mulanya saya memulakan perniagaan dengan membuka sebuah pejabat kecil dan melakukan perniagaan membekal ke pejabat-pejabat kerajaan.
Pada mula saya ingin berniaga saya tidak mempunyai modal, saya pun mula mengemis di bank-bank di Malaysia ini tetapi sayang, mereka mengatakan bahawa syarikat yang kurang usianya dari dua tahun tidak boleh membuat pinjaman. Sedih dan hampa di buatnya, saya pun pergi ke pejabat MARA, untuk menanyakan kalau-kalau boleh buat pinjaman, mereka kata tidak boleh jika tiada premis dan syarikat kurang enam bulan tidak boleh membuat pinjaman. Maka saya balik dengan hampa apabila saya habis mengemis di pejabat MARA.
Apabila lebih kurang enam bulan saya menceburi dalam bidang ini dan mendapat sedikit modal, saya ingin membuka sebuah kedai alat tulis dan fotostat atas janji pegawai MARA kepada saya jika ada premis dan syarikat sudah enam bulan beroperasi boleh membuat pinjaman. Akhirnya saya dapat buat pinjaman tetapi tidak boleh melebihi 50 ribu, sekali lagi saya kecewa kerana permohonan melebihi 50 ribu memerlukan penjamin atau cagaran di mana saya nak mencari. Tetapi saya menerimanya walaupun kurang mencukupi.
Sekali lagi masalah timbul apabila proses permohonan lambat, premis sudah di sewa dengan sewa yang agak mahal tetapi pinjaman lambat di proses, lebih kurang empat bulan juga saya menunggu proses permohonan, dalam masa itu saya kekurangan modal kerana dan saya terpaksa meminjam dengan syarikat pinjaman berlesen kononnya (ALONG). Waktu itu memang saya sudah terdesak dan itu sahaja caranya. Saya pernah di ugut ketika meminjam ALONG, nyaris-nyaris juga menjadi mangsanya.
Selepas pinjaman MARA di luluskan saya melangsaikan hutang pada ALONG dengan kadar faedah yang tinggi. Apa yang tinggal dengan saya hanya separuh sahaja , ingin di Tanya adakah itu cara MARA membantu usahawan melayu? bagi saya tolong tetapi tidak kena caranya.
Sekarang ini apa masalah yang timbul adalah kekurangan modal pusingan, pinjaman perlu di bayar kalau tak kena di senarai hitamkan, inilah sebabnya banyak syarikat bumiputera yang gulung tikar, bukan salah peniaga tapi faham-faham sendirilah.
Kami bukan pekerja yang makan gaji tetapi kami berkerja sendiri, kami ni bukan tidak pernah memohon kerja tetapi dari kalangan graduan yang menganggur. Salah siapa? Bukankah kerajaan sendiri yang menyarankan bahawa mahasiswa yang menganggur untuk menceburi bidang keusahawanan, tetapi ada juga pihak dari kerjaan yang kurang membantu.
Adakah ini dikatakan membantu usahawan melayu untuk menjayakan rancangan DEB?
Saya harap Dato’ boleh memberi jawapan di laman Blog saya, saya ni pun seorang penyokong kerajaan dan menyokong DEB ini tetapi jika ada kesilapan perlu di tegur dan saya harap Dato’ perlu membawa Kementerian Dato’ keluar dari tampuk lama.

Persoalannya

Siapa yang membantu saya pada mulanya, adakah ALONG, atau MARA?
Adakah ALONG ini agensi DEB, saya rasa bukan?

Anonymous said...

assalamualaikum Dato...
tahniah untuk dato dilantik menjadi menteri pembangunan usahawan...Sy amat berharap dgn status yg dato ada sekarang sbgi seorang menteri haruslah kiranya dato menjalankan segala amanah yg telah diberikan diatas jalan yg lurus dan diredhai oleh-Nya.perjuangan kita bukan hanya tertumpu kpd melayu semata2 ttp kpd seluruh umat islam yg berlainan bangsa.Semoga dato tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan.Kerana setiap kt akan diuji oleh-Nya dgn berbagai dugaan.sy doakan dato berjaya dlm membela nasib org melayu.
assalamualaikum..

maharaja_zhou said...

Assalamualaikum Dato',

Kebanyakan yang mengulas tentang kegagalan DEB adalah daripada mereka yang melihat kegagalan DEB. Namun, mereka sepatutnya melihat DEB dari segi kejayaannya.

DEB telah berjaya mewujudkan mobilisasi sosial daripada masyarakat kelas rendah kepada kelas menengah.

Bagi mereka yang mempertikaikan DEB dari sudut pelajaran, seperti yang dihadapi oleh Dato' sewaktu di UK, mereka sepatutnya pulang dan bekerja di syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan Melayu. Maka, ketika itu, mereka akan memahami apakah maksud diskriminasi.

Cuma pesanan saya kepada Dato', saya harapkan Dato' mengambilkira kritikan dan juga pandangan serta cadangan yang ada di sini supaya implementasi DEB dapat dilaksanakan dengan berkesan.

sekian,

Jinak2 Usahawan Staff GLC said...

Saya ucapkan taniah kepada Dato kerana membincangkan soal DEB yang masih samar-samar dikalangan orang melayu. Dato saya cadangkan kita bincang pasal bisness bakal2 usahawan melayu lagi bagusss.

amenuddin ec a.k.a amendvinfo said...

salam dato'...

seperti komen sy yg lepas, knpa MARA, SME Bank, yang memperuntukkan dana utk usahawan mengambilkira ccris? boleh x dgn menggunakan insentif pegawai tersebut utk meluluskan pinjaman usahawan yg ccris ini dgn melihat SEBAB apa mrk CCRIS, eg biz jatuh, mslh penyakit atau sbgnya.

oleh itu, mrk ini x akan jatuh lg dlm perniagaan. nilai jugak paperwork mrk.

tq

Anonymous said...

Satu komen dan idea yang agak bercelaru. Golongan muda dan lepasan universiti seperti saya tetap tidak nampak faedah dan manfaat DEB melainkan kepada beberapa kerat orang tertentu.

Oleh itu, MECD seharusnya menolong dan melancarkan DEB kepada orang Melayu. Tekankan prinsip DEB dalam MECD barulah orang nampak apa itu DEB dan apa kebaikannya kepada orang Melayu umumnya.

Kalau setakat menolong Melayu seperti melepaskan batuk ditangga, bagi AP pada kroni tertentu, rakyat bawahan apa yang tinggal. Semua itu orang nampak, pelajar universiti menganalisis maklumat tersebut. Keputusannya, DEB tak bantu. Tue sebab peratus ekuiti Bumiputera tetap rendah. Sebab yang lain dah sambar. - Katanya

Anonymous said...

Saya terpanggil untuk jawab pertuduhan jahat pemuda bersih. saya rasa pemuda bersih hatinya tak bersih, tak tau sejarah, dunggu, buta hati, buta mata, telinga pekak dan ketinggalan zaman. Cermin diri dulu, kalau kamu benar-benar berjaya, tanya diri bagaimana kejayaan itu kamu perolehi, usaha sendiri, tak taulah kalau mak bapak kamu orang kaya, kalau mak bapak kamu orang kaya pun tanya kat mak bapak kamu bagaimana kekayaan mereka miliki, usaha sendiri tanpa minta sedekah subsidi dan bantuan kerajaan. Kalau tak ada DEB melayu merempat d bumi sendiri sebab melayu itu layu akibat tekanan penjajah beratus tahun lamanya. belajar sejarah sendiri. Kalau kamu miskin papa kedana adalah kerana kamu adalah melayu yang terlalu layu tak tau nak rebut peluang, tengok orang lain senang kamu marah, tapi kamu berpeluk tubuh. orang pagi-pagi buta keluar cari rezeki, kamu merekot dalam kelambu. Macam mana nak senang. Bukan senang nak jadi jadi senang. Kena usaha kuat, sabar dan hidu serta rebut peluang yang ada. Bukan macam kamu bersih konon, tapi hati kotor dan busuk tak boleh lihat orang lain senang. DEB untuk semua rakyat malaysia, melayu, cina dan india. Siapa kata melayu aje yang berjaya kerana DEB. Teruskan dasar umpama DEB demi kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini.

Muhammad Firdaus Abbas said...

salam dato'..

saya berpendapat, Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang membela nasib bangsa melayu. Ini satu fakta yang tak boleh di sangkal lagi. Sepatutnya semua orang faham akan wujudnya dasar ini. Bagi bangsa2 lain mereka harus fahami dahulu kontrak sosial yang termetrai sejak sekian lama dahulu..

tapi perlaksanaan dasar ni macam mana dato'. mencapai tak tahap yang dijangkakan?

sebagai rakyat yang bekerja swasta di kuala lumpur sedikit sebanyak dapatlah saya merasai kesan DEB ini.

tapi bagi pengusaha2 melayu tak kira secara kecil2lan atau besar2ran mereka berpendapat bahawa pengagihan DEB ini di bahagikan secara tidak betul.

minta komen dato'..

PUSANITA said...

Akum' YB Dato, saya dengar dato kata permohonan pinjaman tekun akan diproses dalam masa dua minggu.Tapi ahli (Pusanita)saya dah memohon 3 minggu masih tak dengar cerita lagi.saya tanya mereka dipejabat katanya tak cukup staf nak proses document.Jadi tolong-tolonglah dato.Kedai dah ambil,sewa kena bayar,berniaga belum lagi.

Anonymous said...

kat mana blh dpt alamat lengkap pejabat dato?

Anonymous said...

Salam YB Dato,
Terlebih dahulu tahniah kepada YB Dato atas perlantikan sebagai Menteri MeCD yang baru.Saya percaya , perlantikan YB Dato kali ini akan memberi satu kesinambungan dan kelainan terhadap usahawan Melayu kerana YB Dato mempunyai jiwa dan jati diri yang mendalam terhadap perjuangan Melayu dan UMNO.Saya cuma ingin mencadangkan kepada YB Dato untuk mengkaji semula sistem kuota 10% non bumi ke MRSM dan 5% ke Pusat GIATMARA.Sistem kuota ini secara langsung memang tidak merugikan orang orang Melayu tetapi akan memeri kesan pada masa hadapan . Dengan keadaan politik UMNO yang kurang stabil pada masa kini,parti parti komponen Barisan Nasional mungkin akan mengambil kesempatan untuk menambah kuota kemasukan pada masa akan datang . Saya amat berharap dengan kebijaksanaan YB Dato dalam pentadbiran dan kemelut politik pada masa lampau akan terus bertegas melindungi hak hak orang orang Melayu pada masa akan datang . Insya ALLAH , saya akan berjuang bersama sama YB Dato dalam memepertahankan hak hak orang Melayu kini dan selamanya.Ws

Mohamad Fakarudin B Md Farok
Bendahari UMNO Bahagian Jelutong
0194704535
mhdfkrdn@yahoo.com

Anonymous said...

Salam YB Dato,
Terlebih dahulu tahniah kepada YB Dato atas perlantikan sebagai Menteri MeCD yang baru.Saya percaya , perlantikan YB Dato kali ini akan memberi satu kesinambungan dan kelainan terhadap usahawan Melayu kerana YB Dato mempunyai jiwa dan jati diri yang mendalam terhadap perjuangan Melayu dan UMNO.Saya cuma ingin mencadangkan kepada YB Dato untuk mengkaji semula sistem kuota 10% non bumi ke MRSM dan 5% ke Pusat GIATMARA.Sistem kuota ini secara langsung memang tidak merugikan orang orang Melayu tetapi akan memeri kesan pada masa hadapan . Dengan keadaan politik UMNO yang kurang stabil pada masa kini,parti parti komponen Barisan Nasional mungkin akan mengambil kesempatan untuk menambah kuota kemasukan pada masa akan datang . Saya amat berharap dengan kebijaksanaan YB Dato dalam pentadbiran dan kemelut politik pada masa lampau akan terus bertegas melindungi hak hak orang orang Melayu pada masa akan datang . Insya ALLAH , saya akan berjuang bersama sama YB Dato dalam memepertahankan hak hak orang Melayu kini dan selamanya.Ws

Mohamad Fakarudin B Md Farok
Bendahari UMNO Bahagian Jelutong
0194704535
mhdfkrdn@yahoo.com

Amir Abdullah said...

Tahniah Dato'
Bagi orang yang tak dapat imbuhan daripada sesuatu dasar akan menganggap orang lain yang dapat sebagai kroni kepada mereka yang mempunyai kuasa memberi. Mungkin itu adalah lumrah.

Bagi mereka yang dapat pula, sering kali menganggap ianya tidak penting dan mengakibatkan peluang yang diperolehi sia-sia. Mungkin lebih tepat kalau saya katakan mereka ini sekadar mahukan imbuhan sahaja, bukannya memastikan imbuhan itu akan menghasilkan peluang kepada orang lain.

Mungkin dato' perlu membuat satu postmortem kepada mereka yang mendapat imbuhan ini, bagi memastikan imbuhan tersebut digunakan dengan sebaiknya. Pihak Kementerian juga jangan sekadar memastikan peruntukkan dana dibelanjakan sepenuhnya sahaja.

Dato' perlu memastikan dalam setiap sen yang dibelanjakan mestilah dapat meningkatkan peratus pegangan ekuiti orang melayu walaupun sekadar 0.001%. Ini penting dalam memastikan daya saing orang melayu dalam perniagaan terus berkembang kerana orang melayu merupakan kuasa beli terbesar di Malaysia.

TEGAP said...

Saya masih tak faham mengapa tujuan murni kerajaan selepas musibah PRU12 mengapa masih lagi ada yang menulis dan menghentam niat murni kerajaan setelah terbangun dari tidurnya.Mengapa tidak di beri peluang untuk menteri-menterinya memperbaiki apa yang telah silap.Inilah attitude orang kita yang lebih mengeji dari membina.Mengapa tidak diberi sokongan dan diberi semangat pada menteri supaya ada kesedaran baru untuk memberi peluang baru kapada kita.Menyalak untuk perkara yang sudah-sudah tak mendatangkan keuntungan pada kita.Ini baru menteri nak sedar dan dihentam berhabisan,bagaimana beliau nak bertindak.fikir fikirkanlah.

Amir Abdullah said...

Memang betul kata orang, mencemuh lebih senang daripada membina. Membina sesebuah bangsa bukan hanya tanggungjawab pemimpin sepenuhnya, malah memerlukan penglibatan semua.

Teruskan apa yang baik untuk bangsa demi agama dan negara. Orang yang biasa menghisap rokok sahaja yang tahu nikmatnya merokok. Ilmu untuk semua

Anonymous said...

Salam perjuangan daripada saya kepada Dato' demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Saya amat tertarik dari kata-kata Sdra. Amir Abdullah "Orang yang biasa menghisap rokok sahaja yang tahu nikmatnya merokok".

Tapi dari segi realitinya orang yang merokok itulah paling banyak memberikan kesan negatif kepada orang lain. Kerana ingin merasa nikmatnya rokok (pentingkan diri sendiri)menyebabkan orang lain terpaksa menanggung kesan sampingan.

Selain itu, mereka yang merokok juga mungkin terlupa.. setiap hembusan nikmat asap rokok yang penuh tercemar itulah sebenarnya yang memendekkan hanyat mereka sendiri...

Oleh itu, janganlah salahkan orang-orang yang tidak merokok dan semakin menjauhkan diri daripada orang-orang yang suka merokok...

Suka saya ingatkan, fahamilah kamus yang ada agar faham bahasa yang diterima...///

Anonymous said...

DEB berjaya menghasilkan bangsa Melayu berjaya.. saya ambil contoh pakcik saya yang berjaya dalam perniagaa penternakan air tawar. Untuk pengatahuan semua pakcik saya bukan seorang yang bergiat aktif dalam politik. Beliau tidak suka kerja di bawah org lalu mengmbil risiko menjalankan penternakan ikan air tawar. Menggunakan modal melalui pinjaman daripada wang isterinya lalu menukarkan sawah kepada kolam ikan. Setelah setahun berlalu berjaya mendapatkan pinjaman Mara RM50 ribu untuk membesarkan perniaagan dan berjaya memenangi Augerah Penternak Muda Jaya Penang pada tahun 2006.

Perlu diingatkan sekali lagi di sini beliau tidak aktif politik dan melalui pemerhatian saya mungkin lebih kepada PR. Namun kerana usaha yang tidak berbelah-bagi dan prospek perniagaan yang menguntungkan beliau boleh dianggap usahawan melayu DEB yang berjaya.

Sehingga kini walaupun mampu menggaji pendatang luar, sebaliknya beliau sanggup menjadi bos merangkap kuli dengan mengupah org kampung apabila khidmat mereka diperlukan..

Sekadar usaha tanpa perancangan perniagaan yang mantap tidak menjamin anda mendapat bantuan dari MARA atau agensi kewangan yang lain...

Fikir-fikirkan lah

Melayu DEB Penang said...

Saya mempunyai dua orang rakan yang berjaya kerana bantuan dari Mara. Secara sedikit saya ceritakan latarbelakang mereka. Seorang rakyat Perak bekas pelajar MRSM di Terengganu dan seorang rakyat Klate bekas pelajar sek Asraman Penuh di Seremban. Kami sama2 melajutkan pelajaran di Kolej Mara dan tajaan Mara di Kuala Lumpur. Malang kami semua sekadar menghabiskan pelajaran setakat diploma. Kerana kecewa Mara membatalkan penajaan ke Ireland di atas sebab kewangan, tumpuan untuk menghadapi peperiksaan tahap profesional yang telah dipindah ke Malaysia terjejas dan gagal di separuh jalan.

Walau bagaimanapun dua orang sahabat saya menempatkan diri di sektor swasta. Seorang sebagai eksekutif akaun di sebuah kilang di perak dan seorang di junior audit di kelantan.

Setelah hampir tiga tahun mereka bekerja mengumpul duit. Rakan di Perak memulakan perniagaan sambilan sebagai photografer majis dan rakan di Klate pemborang kain baik secara sambilan ke KL.

Akhir setelah hampir satu tahun membuat perniagaan secara sambilan meraka memohan pinjaman Mara sebanyak RM50 ribu. Rakan di perak kini mampu membeli machine pemprosesan gambar dan mesin pencetak bernilai puluhan ribu ringgit dan rakan di Perak kini mampu membuka sebuah gudang di KL dan memiliki stok kain yang banyk untuk menampung permintaaan yang tinggi.

Apa yang saya ingin tekankan di sini individu2 ini mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan bidang yang mereka ceburi. Sejak dibangku sekolah rakan di Perak memang terkenal dengan kreativiti dan sering dilantik menjadi ecxo keceriaan atau penerbitan. Manakala rakan di Klate ketika di Kolej merupakan pelajar yang paling berani ke depan sering mewakili rakan2 lain untuk berbicara di kalayak ramai.

Tidak dinafikan bidang perakaunan yang kami ambil turut membantu mereka dalam penyediaan Business Plan yang relible dan menepati kehendak Mara.

Fikir2kanlah

victor said...

pirah kontrak sosial!!!!!

kontrak sosial ini satu lamunan..

sudah 50 tahun rakyat cina dan india di negara ini tinggal di negara ini. mereka membayar cukai, bekerja membangunkan negara, mewujudkan keluarga di sini, hidup bersama kaum melayu, bersusah dan bersenang..

sehingga hari ini, kerajaan masih mahu menganggap mereka sebagai rakyat kelas kedua. tahukah bahawa selain orang melayu miskin, orang cina dan india dan banyak lagi kaum lain turut miskin????!!!!!

pergi mampus dengan kontrak sosial!!!!!!!!