Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Friday, April 25, 2008

Usahawan Lebur Besi

Hari ini dirasakan amat singkat..saya baru sahaja selesai menghadiri program Penamaan Semula Giat MARA Kuala Selangor kepada Giat MARA Tanjong Karang. Penamaan semula Pusat Giat MARA ini adalah kerana bersesuaian dengan lokasi tapaknya yang terletak dalam Parlimen Tanjong Karang. Apa yang menarik, Pusat Giat MARA ini merupakan satu-satunya pusat yang menyediakan Kursus Melebur Besi ataupun 'Foundry' . Pusat Giat MARA Tanjong Karang telah dipilih untuk melaksanakan projek rintis ini . Kursus ini akan dikendalikan dengan usahasama sebuah syarikat usahawan bumiputera tempatan yang telah berjaya di dalam bidang 'Foundry'. Semoga dengan penglibatan syarikat tempatan ini akan meniup semangat pelatih-pelatih untuk mengikuti jejak kejayaan mereka.Saya rasa amat berbesar hati kerana sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat pada hari ini amat memberangsangkan. Rakyat menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian. Besar harapan saya untuk melihat pelatih-pelatih yang terdiri dari golongan belia dan beliawanis ini, apabila tamat latihan di pusat Giat MARA ini nanti, mereka dapat mengungguli industri lebur besi yang sudah tentunya menjanjikan pendapatan lumayan. Dengan itu, kita dapat membina lebih ramai usahawan muda yang berjaya. Selari dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan lebih ramai usahawan dari pelbagai bidang pada masa akan datang.

8 comments:

Anonymous said...

Pilihan raya umum yang baru sahaja menutup tirainya memperlihatkan pelbagai kejutan yang menyentap pemikiran pelbagai pihak. Tsunami politik yang melanda tanah air merupakan satu era baru di dalam politik nusa. Angin perubahan yang melanda benar-benar merupakan tamparan yang cukup hebat kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional. Pelbagai alasan dan sentimen yang dibangkitkan mengenai prestasi parti pemerintah pada pilihan raya umum kali ini. Kenaikan mendadak jumlah ahli parlimen dari pihak pembangkang sebenarnya didorong oleh pelbagai isu yang belum diselesaikan. Pada dasarnya boleh dinyatakan di sini pakatan pembangkang yang menggelar diri mereka Barisan Alternatif, cukup bijak dalam memainkan pelbagai isu untuk dijadikan modal di dalam pilihan raya. Bermula dengan kenaikan harga minyak diikuti dengan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya, ditambah dengan isu perlantikan hakim, penindasan kaum India, penghunusan keris di perhimpunan Umno, isu komisyen kapal selam dan macam-macam lagi, semuanya bagai diatur dengan begitu strategik bagi meraih undi rakyat. Harus dinyatakan juga antara punca prestasi yang memberansangkan pakatan pembangkang adalah kerana hasil kerja keras jentera pilihan raya mereka yang bergerak jauh lebih awal daripada jentera parti pemerintah. Dengan sesi-sesi ceramah yang lebih berbentuk kempen yang diadakan dengan penuh konsisten, mereka telah berjaya mempengaruhi pengundi. Harus diingatkan pada zaman teknologi moden ini, sesi ceramah yang diadakan merupakan satu persembahan multimedia yang begitu menarik perhatian. Pendekatan mereka melalui media alternatif tidak kurang hebat juga. Rangkaian jejaring yang begitu meluas terbukti cukup berkesan dalam menyebarkan ideologi dan propaganda kepada warga kota. Dapat dilihat dengan jelas Kuala Lumpur bagaikan titik pusat api yang merebak ke kawasan sekitar. Disebabkan batasan media arus perdana, barisan altenatif telah memanafaatkan sepenuhnya penggunaan media seperti facebook dan youtube. Ditambah pula dengan rangkaian telekomunikasi yang cukup meluas sms dan mms turut memainkan peranan yang efektif. Dari sudut yang lain pula, terbitan mingguan akhbar politik seperti Harakah berjaya menembusi pasaran awam. Bahan propaganda ini dijual secara terbuka di kedai runcit walaupun tertulis di muka hadapan, 'hanya untuk ahli Pas'. Pengisiannya yang penuh dengan tuduhan dan fitnah terhadap kerajaan berjaya menembusi pemikiran khalayak umum. Akhbar yang begitu berdedikasi kepada perjuangan politik barisan altenatif turut diedarkan secara percuma kepada umum sepanjang kempen pilihan raya. Mungkin sudah tiba masanya Barisan Nasional menerbitkan sesuatu yang hampir sama bagi menangkis segala tohmahan yang dilontarkan. Mungkin juga Barisan Nasional perlu lebih agresif dalam berkempen. Jika Barisan Altenatif sudah mula berkempen dua atau tiga tahun sebelum pilihan raya, maka pendekatan yang sama harus diambil, tidak cukup dengan hanya sekadar perhimpunan tahunan, kempen-kempen secara intra personal hendaklah mula digerakkan. Barisan Nasional harus melakukan anjakan paradigma dalam usahanya untuk memenangi hati rakyat.

Mr.Bearzz said...

dato', better adakan shoutbox pada blog dato', so, para pembaca dpt terus memberi komen pada dato' dan memudahkan dato' dapat feedback..... tq.

Mr.Bearzz said...

http://mob1900.blogspot.com/

better dato' check diz blog out... yearghh.... diorg asek hentam kerajaan BN.. DAH tiba masa BN hentam diorg balik mcm ape yg dah diorg rasuk fkiran rakyat...

Anonymous said...

SEBENARNYE SAYA SELALU DENGAR JUGA USAHAWAN YG DI ANJURKAN GOVERMENT TAPI CUMA TAK TAU CARA MCMANA NAK MULA....DENGAN SAPA NAK RUJUK...
-ANAK DARA

Mr.Bearzz said...

HMM...... may b saudari ley gi pejabat mara terdekat untuk dapatkan bantuan dan nasihat.... Sebenarnya mara dah tolong orang2 melayu khususnya bumiputera terlalu byk dah... Saya pon antara golongan2 yang mendapat bantuan mara. TQ mara....

Mr.Bearzz said...

Salam Dato' Noh.....

Saya ada beberapa idea dan pendapat untuk dikongsi bersama-sama dato'. Saya berpendapat sudah tiba masanya MARA mengorak langkah memperkenalkan hospital dibawah jenama MARA sendiri dimana golongan sasar adalah rakyat2 yang berpendapatan sederhana dan yuran hospital adalah yang berpatutan dengan khdmat yang diberikan.

Rasionalnya pendapat saya ini adalah MARA telah pun mempunyai pusat pendidikan menengahnya sendiri iaitu MRSM, pusat pendidikan teknikal utk golongan kurang berpotensi tinggi dalam pendidikan konvensional iaitu Giat Mara, IKM & KKTM; mempunyai pusat pengajian dalam pentadbiran dan penrniagaan iaitu KPTM & KPM, pernah mempunyai universiti yang telah terbukti mencatat kegemilangannya tersendiri iaitu ITM @ UiTM dan universitinya sendiri yang terbaru iaitu Universiti Kuala Lumpur. Lihatlah pembangunan dan sumbangan yang diberikan MARA kepada golongan bumiputera..... Selain itu, MARA juga telah menghabiskan duitnya berbilion-bilion ringgit membiayai pelajar bumiputera menyambung pelajaran ke luar negara......

Jadi, sebahagian besar penuntut medik yang ditaja oleh MARA ni boleh diambil bekerja di bawah hospital jenama MARA ini.... Jadi, itu dah membawa keuntungan kepada MARA dimana MARA boleh menggunakan tenaga pelajar yg pernah dibiayainya bekerja dengan MARA dan memberi sedikit insentif yg menarik kepada mereka.....

Pendapat saya ni bukanlah pendapat saya semata-mata, dato' noh perlulah tahu bahawa rakyat sedang memperkatakan hal ini dan sudah tiba masa MARA merealisasikan impian ini dan pada masa yang sama dapat memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada kerajaan...

-Mr.Bearzz

Anonymous said...

saya kesian sama dato' jaga kementerian untuk bela orang melayu, tapi orang melayu mudah lupa, hutang lupa bayar. camane nak maju. orang melayu kena didik untuk tahu bayar hutang bukan tahu pinjam je.

Anonymous said...

rakyat digalak menjadi usahawan lebur besi.. tetapi projek-projek dileburkan oleh kroni-kroni..

Sg. Sireh