Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, April 22, 2008

Mara perlu ubah konsep

PELABUHAN KLANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) diminta mengubah konsep ruang niaga premis pada masa kini yang bagaikan `hidup segan, mati tak mahu’ kepada yang lebih terkini dan menarik agar ruang niaga itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Beliau berkata, pihaknya sudah menerima laporan bahawa sesetengah premis yang dibina Mara tidak mendapat sambutan selain gagal mencapai matlamat untuk menarik penglibatan golongan Bumiputera menyertai bidang perniagaan.
Katanya, keadaan projek sedemikian bukan sahaja satu pembaziran malah menggambarkan golongan Bumiputera termasuk Mara tidak pandai berniaga atau tidak pandai menguruskan harta jagaan mereka.
“Saya mahu Mara lebih proaktif untuk tarik minat peniaga dan orang ramai ke premis ini yang memang disediakan khas dengan peruntukan kerajaan untuk membantu peniaga Bumiputera.
“Mungkin tapak gerai atau premis ini agak terasing atau jauh daripada tarikan orang ramai. Sungguhpun begitu, satu perubahan idea dan imej perlu difikirkan supaya tempat ini menjadi tarikan ramai seperi dilakukan mana-mana premis lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis kesyukuran anjuran Persatuan Penduduk dan Persatuan Teksi Pelabuhan Klang di Telok Gong, dekat sini, semalam.
Noh yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Barisan Nasional (BN) Pelabuhan Klang selepas bahagian itu tewas pada pilihan raya umum Mac lalu, turut mengemukakan beberapa langkah untuk menarik ramai pengunjung ke premis perniagaan Mara.
Antaranya, menghapuskan bayaran tempat letak kereta kepada pengunjung yang berbelanja di premis berkenaan atau mengadakan program seperti karnival jualan murah, persembahan, pameran dan sebagainya. - Bernama

dipetik:- Metro 21/04/08

8 comments:

Anonymous said...

elokla tuh dato Noh oii..selama ni pun..banyak gerai MARA yang jadi tempat kampbing berteduh..

Anonymous said...

mintak tlg kerajaan hapuskan interest 3 peratus setahun yg di kenakan kpda peminjam PTPTN...pinjam RM 15000 kena bayar RM 18000...Igt lah Allah...hapuskan riba..

Unknown said...

saya nak tanya dato bolehkah di bawah kementrian datuk terutamanya mara atau yang lain-lain bagi membantu golongan yang diistihar muflis atau bangkrap sedangkan kadang-kadang kes yang melibakan si bangkrap adalah seperti menjadi penjamin,dan kes yang di alami oleh saya dan mungkin orang lain jugak adalan menjual kenderaan kepada orang lain tampa merujuk kepada bank dan si pembeli itu tidak membayar kenderaan tersebut kepada bank,

Anonymous said...

salam dato'

cadangan perubahan gerai MARA adalah bagus.

satu lagi, dato' boleh bantu para usahawan yang memohon pinjaman mara mempercepatkan permohonan mereka supaya mrk lebih kompetatif.

satu lagi, kursus yang dianjurkan oleh MECD boleh x ikut masa yg telah ditetapkan. sy pernah mohon kursus dobi pd thn 2006 tp kursus tu drag smpi 6 bulan. abis semua plan sya thn tersebut.

terima kasih

Anonymous said...

MARA PERLU UBAH KONSEP

Saya fikir Dato'MARA tu hanya nama yang menjaga MARA tu orang yang macam dato lah, jadi kalau nak ubah konsep biarlah orang yang menjagaqnya juga berubah dari mementingkan diri sendiri kapada berusaha untuk memajukan bangsa .

Saya kenal ramai pegawai mara yang memang gigih berusaha membimbing dan melatih usahawan untuk maju tapi malangnya campur tangan politik mengagalkan semua usaha itu

Penentuan lokasi perniagaan ditentukan oleh orang politik,kedudukan yang stratijik semua diperait dulu, bagi pada MARA tapak dikawasan jin bertendang
Dato tengok sendiiri la dikawasan dato.elok-elok kedai mara ditengah-tengah pekan riboh,bina bangunan baru , kedai mara dipindahkan ka kawasan belakan.

YANG PERLU BERUBAH BUKAN KONSEP MARA TETAPI PEMIKIRAN MENTERI YANG MENJAGA MARA

usahawan melayu mundur said...

MARA perlu mengubah konsep untuk membantu usahawan terutama usahawan melayu. Pernah dulu saya membuat pinjaman terlalu banyak kerenah. saya ingin tanya Dato sendiri adakah 50k itu cukup membuat satu perniagaan dengan kos barangan yang mahal sekarang? Dulu sewaktu saya ingin membuat pinjaman melebihi 50k syaratnya perlu penjamin atau perlu cagaran. Sudahlah proses pinjamannya mengambil masa yang agak lama dan panjang. Disini apa yang saya lihat MARA perlu mengubah konsep dari segi pinjaman ataupun perlu dasar MARA. MARA perlu meneliti semua aspek, sekarang barang sudah naik, taraf hidup tinggi, siapa nak menjamin kami yang baru sahaja yang memulakan perniagaan? fikir-fikirlah sendiri yek'

Anonymous said...

Saya setuju sangat dengan saranan Dato' agar premis MARA diberi nafas baru. Pada hemat saya banyak yang tak kena dengan premis MARA. Design bangunan MARA kebanyakannya tertutup, pembeli tak nampak barang, tersembunyi dari pandangan pembeli. Saya rasa ada yg ak kena dengan design yg dibuat oleh TECHART yg merugikan peniaga Melayu. Kena tengok2 diorang ni, maklumlah 'kautim' sana sini.(Saya biasa buat projek MARA ni). Saya rasa elok design bangunan ni tak payah lah pelik2 sangat. Buat bangunan kedai macam biasa saja. Kos pun murah. Senang orang nak masuk kedai. Dato' boleh tengok bangunan MARA yang baru buat di Sungai Petani, Kedah. Lawa bukan main, tapi peniaga disitu hidup segan, mati tak mau. Parking susah, bangunan tertutup, tak nampak macam bangunan perniagaan. Macam pejabat.

Bangunan yg sedia ada pula gagal diselenggara dengan baik. Segala kerosakan dibiar. Yg rosak bertambah rosak. Buat penilaian berkali-kali, tapi tak pernah repair pun. (Saya pun pernah sewa kedai MARA).

Harap Dato' dapat ambil tindakan dan perhatian... Terima kasih.

Anonymous said...

Caya cadangkan peniaga di kedai-kedai MARA diberi insentif mudah untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah dan tanpa cagaran. Kita kena bantu peniaga di kedai-kedai MARA supaya penaiaga di kedai MARA nampak berjaya. Selain itu bantuan teknikal dan khidmat nasihat juga perlu agar mereka lebih berdaya saing. T/kasih