Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, April 22, 2008

232 permit bas KBES digantung sebulan

TIADA KOMPROMI: Noh pada sidang media mengenai penggantungan permit KBES sambil diperhatikan Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Datuk Markiman Kobiran (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Surat Singh (kiri) di Putrajaya.

Gagal patuhi garis panduan operasi, sering terbabit nahas maut

PUTRAJAYA: Semua 232 permit bas ekspres milik Konsortium Bas Ekspres Semenanjung Malaysia Sdn Bhd (KBES) yang terbabit dalam empat kemalangan dalam tempoh empat bulan lalu, mungkin digantung selama sebulan.

Lembaga Inkuiri Kemalangan Maut yang bersidang di sini, semalam mendapati, syarikat terbabit gagal mematuhi garis panduan operasi perkhidmatan pengangkutan awam seperti ditetapkan mengikut Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (She).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata siasatan juga mendapati, pengurusan syarikat bersikap sambil lewa dan tidak pernah berasa bersalah walaupun bas milik mereka sering terbabit dalam kemalangan.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil selepas siasatan mendapati bas ekspres milik KBES sering terbabit dengan kemalangan maut.
"Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang bersidang hari ini (semalam) mengesyorkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya menggantung semua operasi bas milik KBES selama sebulan bagi membolehkan syarikat terbabit memperbaiki tahap keselamatan penumpangnya.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh mengumumkan bila tarikh bermula penggantungan terbabit kerana ia hanya boleh diputuskan LPKP yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Lembaga Inkuiri Kemalangan Maut dianggotai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pengangkutan, LPKP dan JKJR.
Empat kemalangan maut yang membabitkan bas milik KBES ialah, di plaza tol Sungkai pada 18 Disember lalu yang mengakibatkan 19 orang cedera; di KM383.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang, pada 25 Januari lalu yang meragut nyawa tiga orang dan di KM396.7 lebuh raya sama pada 2 Februari lalu yang menyebabkan dua orang terbunuh.
Dalam kemalangan terbaru di Plaza Tol Seremban Selasa minggu lalu, seorang anggota tentera terbunuh dan 31 penumpang cedera.

Mengulas lanjut, Noh berkata, selepas tempoh penggantungan sebulan itu tamat, pengurusan syarikat bas terbabit akan dipanggil sekali lagi bagi menghadiri sesi soal siasat yang dikendalikan Lembaga Inkuiri Kemalangan Maut.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan syarikat berkenaan mematuhi semua syarat ditetapkan 'She' termasuk aspek jadual perjalanan bas dan disiplin pemandu.
"Cukup tempoh sebulan kita datang balik dan siasat... kalau tidak berpuas hati kita mungkin akan timbang kali kedua sama ada akan gantung atau batal terus permit mereka," katanya.
Noh berkata, kementerian tidak pernah berkompromi dengan syarikat pengangkutan awam yang didapati cuai sehingga mengundang risiko kemalangan maut.
"Kalau tak cukup pemandu, jangan minta terlalu banyak permit... jangan tamak, ramai lagi yang nak mohon permit ini, jangan asyik nak kira untung saja," katanya sambil menambah LPKP mungkin memanggil pengurusan kanan sebuah syarikat bas ekspres yang didapati terbabit dalam kemalangan maut di Terengganu awal pagi semalam.

Sementara itu, Pengerusi KBES, Abdul Jalil Maarof, meminta pihak berkuasa memberi peluang kepada pengurusan syarikat memperbaiki tahap keselamatan, keselesaan dan persekitaran penumpang bas ekspresnya seperti ditetapkan 'She'.
Beliau berkata, KBES juga sudah melantik perunding bagi memberi khidmat nasihat berkaitan aspek keselamatan dan meningkatkan tahap disiplin pemandu bas ekspres dikendalikan syarikat. "Saya berharap pihak berkuasa akan memberi kami peluang. Kami mengakui ada banyak kelemahan termasuk dari aspek pengurusan dan kami berjanji memperbaiki kelemahan itu dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui selepas sesi soal siasat itu.

di petik:- berita harian 17/04/08

6 comments:

Anonymous said...

Betul ke gantung ni..???

Anonymous said...

Slm Dtk, saya telah mengikuti 60 minit bersama Datuk dan byk maklumat berkenaan keusahawanan telah datuk jawab. Terima kasih kerana memaklumkan kewujudan blog ini juga.

Berkenaan dgn tindakan Datuk sama ada menghantung, manarik balik lesen kepada pengusaha-penguasa bas pengangkutan memang patut disokong oleh rakyat kerana ini adalah demi kebaikan rakyat juga.

Anonymous said...

Please walk your talk..

Anonymous said...

gantung sbb driver have bad behavour...patut bus2 sekarang kena pakai gps tracking aje...so lpkp boleh la tgk..siap bole link dgn jpj gitu....

Anonymous said...

setuju ngan tindakan ini.

Anonymous said...

Memohon Dato meninjau keadaan Bas Berhenti-Henti di Melaka,banyak kenderaan tidak memenuhi tahap keselamatan dan keselesaan.terima kasih..