Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, July 1, 2009

APA YANG KERAJAAN BANTU...???

Skim Pembiayaan Pertanian Agrobank


MODAL PUSINGAN

Kontrak Tani >>Menyediakan kemudahan kredit pusingan untuk kerja-kerja kontrak

Tempoh/Had Pinjaman : 1 Tahun (Boleh diperbaharui)
Projek : Kontrak Pertanian berasaskan inden kerja yang dianugerah oleh badan pertanian
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 1% sebulan atau 12% setahun


Niaga Tani >>Membantu Usahawan Tani menyediakan model ala Over Draf

Tempoh /Had Pinjaman : 1 Tahun (Boleh diperbaharui)
Projek : Kontrak Pertanian, Modal Pusingan, Bahan Mentah serta upah pekerja
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 2% setahun melebihi KABP

SKIM KHAS

Tabung Makanan 3F >>Menggalakkan pelaburan di sektor pengeluaran makanan utama

Tempoh /Had Pinjaman : RM10,000 – RM10 Juta (Sehingga 10 Tahun)
Projek : Pengeluaran, Pemprosesan & Pemasaran Makanan Tanaman, Ternakan & Perikanan
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan

Skim Kredit Pengeluaran Makanan >> Meningkatkan Aktiviti Pengeluaran makanan dalam negara

Tempoh /Had Pinjaman: Tidak melebihi RM500,000 (Tidak melebihi 8 tahun)
Projek : Semua aktiviti pengeluaran makanan dalam negara
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan

Skim Kredit Padi >> Meningkatkan Pengeluaraan Hasil Padi di kawasan jelapang padi Negara

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM 5,000/musim [Sehingga 6 bulan (1 musim)]
Projek : Semua aktiviti pengeluaran tanaman padi
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4% dari jumlah pinjaman bagi tempoh 1 musim


Skim MPPB >> Menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera dalam sektor pertanian

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM 10,000 – RM 5 juta (Tidak melebihi 10 tahun)
Projek : 1. Sektor pertanian komersil
2. Sektor industri pembuatan/pemprosesan asas pertanian
3. Perkhidmatan pertanian
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 3.75% setahun atas baki bulanan

Skim LITS >> Untuk menambah pendapatan pekebun kecil getah melalui peningkatan hasil torehan dan mengatasi masalah kekurangan tenaga penoreh getah melalui pengurangan kekerapan bilangan hari menoreh

Tempoh /Had Pinjaman : RM 1, 000 Sehektar dengan pecahan berikut;
1. 70% dalam bentuk geran
2. 30 % dalam bentuk pembiayaan (pinjaman)
[ Tempoh 12 bulan termasuk 2 bulan penangguhan ]
Projek : 1. Keluasan tanah getah yang dimiliki atau diusahakan melebihi 4 hektar sehingga 40.5 hektar. Teknologi LITS yang diiktiraf oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)
2. Peralatan perkakasan dalam teknologi LITS: Baja, Alat kalis hujan Peralatan kutipan hasil, Premium takaful, Bayaran guaman
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Secara Al-Bai’Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 3% setahun

Skim Usahawantani Komersial Sistawazah >> Mengurangkan kadar pengangguran dikalangan siswazah dan mewujudkan siswazah tani komersil

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM 50,000 sehingga 6 tahun
Projek : Semua aktiviti pengeluaran pertanian komersil dalam bidang huluan dan hiliran (Projek jangka pendek dan sederhana; 1-5 tahun)
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 3% setahun atas baki bulanan

Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit >> Menggalakkan tanaman semula tanaman kelapa sawit yang tidak lagi produktif

Tempoh /Had Pinjaman : Tidak melebihi RM6,000/ha (Sehingga 10 tahun)
Projek : Tanaman kelapa sawit sehinnga 100 ekar
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4% setahun atas baki bulanan

Skim Belia Tani >> Membantu golongan belia mempertingkatkan diri dalam aktiviti pertanian dan industri asas tani

Tempoh /Had Pinjaman : RM 5,000 hingga RM 50,000 (Tidak melebihi 84 tahun)
Projek : Semua aktiviti dalam industri huluan dan hiliran berasaskan pertanian dan asas tani
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4% setahun atas baki bulanan

Skim Kredit Mikro >> Skim modal usahawan tani adalah merupakan lanjutan dari Skim Kredit Mikro (SKM) yang telah diperkenalkan oleh Agrobank kepada peminjam yang mengusahakan projek pertanian dan industri asas tani

Tempoh /Had Pinjaman : Merupakan usahawan individu atau berkumpulan yang menjalankan projek separuh masa/sepenuh masa untuk PEMBESARAN perniagaan atau projek
Projek : Menyediakan kemudahan kredit kepada Usahawan Mikro yang menjalankan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan, pemasaran dan keperluan kepenggunaan bagi semua sektor ekonomi
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : Rebat 20% atas faedah yang telah dibayar


Tabung IKS ke2 >> Untuk membiayai modal kerja usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di adlam sektor pembuatan berkaitan dengan pertanian

Tempoh /Had Pinjaman : Minimum RM50,000 Maksimum RM5 juta (Tidak melebihi 5 tahun)
Projek : 1. Jentera/peralatan ladang.
2. Pembangunan ladang & bangunan.
3. Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Pemprosesan makanan.
4. Pembungkusan makanan/pengetinan
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 4 - 6 % setahun, berdasarkan pada tahap risiko pembiayaan


PKS >> Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Bank telah diperuntukkan dana untuk pembiayaan Skim PKS untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana

Tempoh /Had Pinjaman : Had pembiayaan ;
1. minimum – RM10, 000
2. maksimum – a) RM5 juta
b) Kemudahan pusingan RM1 juta
Projek : 1. Pembiayaan berjangka: maksimum 120 bulan (10 tahun)
2. Kemudahan pusingan: berterusan tertakluk kepada semakan tahunan
Bayaran Perkhidmatan/ Kadar Faedah : 3.75% setahun dikira atas baki bulanan

3 comments:

Abbas said...

Assalammualaikum Dato'

nama saya abbas, sy dari bahagian pinjaman perumahan, putrajaya. Saya mohon nasihat dari Dato'. Saya berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Kebetulan, di kampung, saya mempunyai sebidang tanh milik keluarga. Saya nk tanya, macam mana sy nak memulakan langkah pertama dalam bidang pertanian ini? pakah insentif atau bantuan yg boleh saya dapat untuk memulakannya. saya amat-amat berharap agar Dato' dapat membantu saya. abbas. 0132047626

Ahmad Rustam Bin Amir said...

Assalamualaikum wbt..Dato' ,saya Ahmad Rustam Bin Amir,merupakan seorang penulis dan penerbit buku bertajuk ''Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan'',sukacita sekiranya Kementerian Pertanian melanggani buku saya tersebut sebagai bahan bacaan untuk seluruh staf jabatan2 di bawah Kementerian Dato'

http://penternakjutawan.blogspot.com


Apa yang menarik mengenai buku ini? Ianya menghimpunkan panduan bagaimana menjadi penternak yang berjaya. Ini termasuklah bagaimana menternak 7 JENIS HAIWAN PEDAGING seperti lembu, kambing, ayam, itik, puyuh, rusa dan ikan keli. (PAKEJ LENGKAP MENTERNAK 7 DALAM 1)

Selain itu, buku ini turut memuatkan panduan bagaimana hendak memasarkan hasil ternakan melalui FAMA, bagaimana mendapatkan bantuan pinjaman daripada pelbagai pihak, dan bagaimana menyediakan rancangan perniagaan.Turut disediakan contoh Kertas Rancangan Perniagaan TERBAIK bagi memohon pembiayaan modal.

Akhir sekali,saya berbesar hati andainya Dato' sudi menimbang cadangan saya.

kadir said...

Saya bersetuju jika Kad Beras diperkenalkan semula kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
Saya teringat dulu ayah saya memiliki pas tersebut semasa dharurat dulu.