Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, May 7, 2009

AYAM..AYAM..AYAM..!!!

Hari ini saya telah berjumpa dengan Persatuan Penternak Ayam yang mewakili para penternak ayam untuk membincangkan isu berhubung dengan kenaikan harga ayam di pasaran tempatan. Isu ini telah mendapat perhatian media sepanjang minggu lepas dan saya tahu, isu ini juga menarik perhatian pelbagai pihak, baik penternak, pemborong, peruncit mahupun pengguna termasuklah Kerajaan Barisan Nasional yang tidak memandang remeh tentang isu ini.

Jadi, selaku menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengambil langkah untuk bersemuka dan mengenalpasti masalah yang sebenar. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan selama dua jam itu. Antara hasil perbincangan, kementerian telah bersetuju untuk membenarkan pengimportan ayam dengan syarat, bekalan ayam tersebut hendaklah dari negara-negara yang bebas penyakit dan paling penting ia adalah halal.

Selain itu kita juga menerima cadangan untuk mewujudkan stok penimbal ayam bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan. Stok penimbal ini berfungsi sebagai salah satu mekanisma yang dilihat dapat membantu mengawal harga ayam. Yang mana, apabila pengeluaran ayam tempatan berkurangan, kerajaan akan mengeluarkan stok ini ke dalam pasaran bagi memenuhi permintaan. Saya telahpun meminta Jabatan Veterina menyediakan kertas kabinet mengenai perkara ini untuk dibentangkan pada sidang kabinet akan datang.Bagaimanapun ingin saya maklumkan bahawa pengeluaran ayam tempatan adalah mencukupi.

5 comments:

tempursakti said...

Salam Dato,
Kebenaran pengimport ayam...setuju dato,dengan cara ini penguasaan dan kedegilan penternak ayam yang tak mahu turun harga dapat kita kurangkan,apabila ada ayam import tentu harga murah,kualiti juga baik bezanya mungkin frozen jer....
Jika ini menjadi kenyataan,kedegilan penternak ayam akan menurun kerana pengguna akan memilih ayam import sebagai alternatif kerana ayam tempatan berharga mahal.
Walaupun bekalan ayam tempatan mencukupi,sikap monopoli penternak ayam yang ketegar ini,ayam menjadi sedikit dan mahal bila permintaan dari pengguna jadi lebih banyak seperti musim perayaan dan kenduri kendara,ayam import diharap dapat bersaing dengan ayam tempatan dengan kualiti yang baik dan berharga murah.
Tunggu pengumuman kementerian dato untuk seterusnya....

mukminincome said...

Asalamualaikum Dato,

Ayam..Ayam..Ayam.. inilah masalah besar pengguna atau pembeli berhubung harga.Itu di semenanjung Malaysia ada juga turun naik harga tapi bagaimana dengan di Sabah dan sarawak.

Saya rasa dato perlu juga lihat keadaan kami pengguna di Sabah harga ayam siang RM9.50 sekilo,kalau paha RM9.50 hingga RM10.50 sekilo.

Baru baru ini harga ayam di Semenanjung turun tetapi di Sabah tetap sama.Kenapa tidak dapat diselaraskan peratusan penurunannya berdasarkan harga semasa di senanjung.Apa kah tiada ruang dialog antara kerajaan dengan pembekal ayam di Sabah.

Keadaan penguna di Sabah bukan semuanya dari golongan berada. Saya rasa pendapatan isirumah di semenanjung lagi besar dari di Sabah.

Oleh yang demikian saya berharap Dato berilah perhatian sama hal hal berkaitan harga ayam di Sabah.

NR said...

salam dato,

Tahniah atas tindakan pantas ke atas kedegilan pengusaha ayam daging ini..

Kebenaran mengimport ayam ini mungkin satu kaedah yg efektif walaubagaimanapun harap dato dapat pastikan yg syarikat yg diberi kebenaran mengimport ini bukanlah dari GANG yg sama...

All the best 2 you

ORANG KG said...

Tuan,

pertama saya ingin memohom maaf disebabkan komen saya ini lari daripada tajuk:-

skim pengeluaran makanan negara

Merujuk kepada perkara diatas saya ingin mendapatkan perhatian pihak dato ke atas skim subsidi racun perosak yang di perkenalkan tahun lalu.Bagi saya sebagai pengeluar tempatan yang tidak dapat merebut peluang terbuka ini amat terkilan dengan cara penyampaian skim ini,yang mana buat masa ini skim ini hanya diberi kepada syarikat multinasional iaitu Bayer,sygentha dan ACM yang di kendalikan terus oleh NAFAS.Bagi pendapat saya skim ini septutnya di buat yang mana kupon diberikan kepada petani melalui PPK yang mana petani hanya boleh membeli barang racun melalui PPK dan petani boleh membuat pilihan kepada produk yang mereka telah gunakan,walaupun syarikat kami mengeluarkan produk generik sebelum ini produk telah mendapat sambutan daripada petani tetapi dengan skim yang di monopoli oleh 3 syarikat ini membuat syarikat tidak ada lagi pasaran didalam pertanian tanaman padi.Untuk pengetahuan pihak dato baru- baru ini saya telah melawat satu PPK yang mana petani telah komplain bahawa produk yang disediakan oleh 3 sayrikat itu tidak berkesan,adakah pihak terbabit ingin mengambil kesempatan keatas petani,buat pengetauhuan dato produk yang mereka sediakan adalah dalam pak 250ml dan jika dikira kos pada pasaran terbuka kos mereka adalah lebih mahal berbanding dengan kos-kos produk daripada syarikat generik.saya berharap dato dapat melihat senario ini dengan lebih dekat lagi dan meminta jasa baik dato meliberasikan perkhidmatan ini.

Sekian terima kasih

yang benar

ORANG KG

Noh bin Haji Omar said...

tempursakti-Terima kasih di atas sokongan.

mukminincome-terima kasih atas maklumat.saya telah arahkan pegawai untuk siasat aduan ini.

NR-Terima kasih atas sokongan

ORANG KG-terima kasih atas maklumat.saya akan bincang isu ini dipihak kementerian.