Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, April 27, 2009

PAKATAN RAKYAT JANGAN DOK CARI SALAH ORANG !!!

Kenyataan saya berkenaan dengan tindakan kementerian saya untuk tidak melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang telah mendapat reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak.

Saya ada membaca komen beberapa pihak termasuklah kenyataan YB Tuan Ean Yong Hian Wah,EXCO Negeri Selangor di laman SelangorKini Online yang mengecam tindakan ini dan mengatakan Kerajaan Barisan Nasional tidak bertanggungjawab menggunakan wang rakyat untuk meraih sokongan politik daripada golongan petani.Tidak kurang juga yang mengatakan tindakan ini adalah untuk saya meraih populariti tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Saya tegaskan di sini bahawa apa yang dilakukan adalah untuk menjaga kepentingan parti Barisan Nasional dan para penyokong.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan(JKKKP)adalah saluran khas yang diwujudkan di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang bagi memastikan semua rakyat mendapat bantuan terus dari Kerajaan Pusat termasuk dalam pembangunan pertanian.Ini adalah penting bagi membolehkan rakyat tahu bahawa bantuan yang disalurkan ini adalah daripada Kerajaan Pusat seterusnya mengelakkan perkara ini dipolitikkan pihak pembangkang.Jadi tidak timbul soal Kerajaan Pusat membeza-bezakan rakyat dalam soal memberi bantuan. Malah cara ini membolehkan kita memastikan seluruh rakyat yang layak,menerima bantuan sepatutnya tanpa ada keciciran. Lagipun pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai bantuan kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu..jadi eloklah mereka mengotakan janji-janji mereka kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mencari salah orang lain.

Saya juga mendapat tahu banyak tindakan Pakatan Rakyat yang juga bertentangan dengan hasrat rakyat seperti menggunakan taktik kotor dengan memaksa rakyat mengisi borang-borang keahlian parti-parti gabungan PR sebelum sebarang bantuan dapat diberikan mahupun yang ingin berurusan dengannya seperti mendapat tender dan kontrak kerajaan negeri.Sebagai contoh di Selangor,permohonan kontraktor kelas F hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat PKR.Jangan Kerajaan Negeri Selangor menidakkan fakta ini.Jadi apa salahnya saya mengenakan syarat iaitu jika nak berurusan dengan MOA,badan pusat maka perlulah mendapat sokongan JKKKP dan bukannya JKKK! Saya tak minta rakyat isi borang UMNO, MCA, MIC atau Gerakan pun..!!

12 comments:

Anak Muda Johor said...

Sokong Dato'!!

Jangan di layan parti pembangkang!
Teruskan keberanian dan kelantangan dato'. Umno perlukan pemimpin seperti dato' supaya parti terus di hormati dan di geruni!!

Anonymous said...

Anak Muda Johor ni memuji dato' macam nak mengampu saja..

tempursakti said...

Tahniah Dato,
kami para petani dari rakyat marhaen ini amat menyokong langkah Dato dalam apa jua usaha untuk membela nasib Petani,nelayan dan penternak,dan kalau boleh Dato tumpukan kepada golongan marhen diluar bandar.
Tak payahlah dok layan puak-puak yang tak pernah berterimakasih tu,biar depa dibela oleh kerajaan yang depa anggap dok tolong depa sudahhh...
Apapun Dato tolong tengok-tengok dan selesaikan masaalah SIPUT GONDANG EMAS yang banyak kat bendang dikedah niihh...dah tak larat nak beli racunnnnnnn dah ni..

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan Datuk,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Datuk dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD mengucapkan Salam Perjuangan khas buat Datuk.

Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari Datuk amat dialu2kan.

Sekian,

HIDUP UMNO. HIDUP BN...

Ikhlas dari,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog Datuk dalam senarai link blog kami.

add said...

Ini perlu dilakukan Dato'.
Satu lagi pastikan jkkp menandatangani dan cop borang tersebut adalah dari kalangan penyokong BN sahaja. Sebabnya kalau jkkp bertindak menyokong semua borang yang diajukan maka,, BN akan rugi kerana membiayai makhluk asing... lebih baik bagi kepada orang Indon dari beri kemudahan kepada penyokong PR.

Datuk kena tegas dalam hal akuan oleh jkkp... kalau datuk sangsi dengan akuan jkkp pecat je jkkp tersebut.

MOHD FUAD YAHAYA said...

saya pun selaku pemastautin di negeri selangor ini pun rasa tidak puas hati dengan apa yang pemimpin PR lakukan!

kenapa perlu tukar imam masjid dan surau di beberapa tempat di negeri Selangor! Kononnya imam dan bilal masjid dan surau itu menyokong mereka! Kononnya penukaran ini bagi mengelakkan masjid dan surau menjadi sasaran dan tempat berpolitik kepartian! apa semua ini! RAKYAT BELUM BUTA DAN PEKAK!

Tentang permohonan yang mesti mendapat pengesahan JKKP, dah tu kalau syarat yang ditetapkan itu adalah demi kebaikan semua rakyat apa salahnya!dulu bukan main janji lagi sebelum PRU12! nak kasi macam-macam la..turun harga tol!turun harga minyak!hapuskan tol!hapuskan cukai! ke mana semua janji PR utk PRU12 tu!RAKYAT BELUM BUTA DAN PEKAK!

kalau PR memimpin dengan baik negeri Selangor, takkan mereka sanggup mewajibkan sesiapa yang ingin menjadi kontraktor kelas F perlu mengisi borang keahlian PAS,PKR dan DAP! apa semua ini! nak tipu rakyat ka! RAKYAT BELUM BUTA DAN BELUM PEKAK!

TAHNIAH YB DATO' ATAS KEBERANIAN MENGUTARAKAN ISU INI. SAYA SENTIASA MENYOKONG PENUH USAHA YB DATO' INI.

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA
http://parimbunis.blogpsot.com

Noh bin Haji Omar said...

Salam kepada Anak Muda Johor,Anonymous,add dan mohd fuad terima kasih di atas sokongan anda semua.

kepada UMNO Cawangan Gombak Selatan,terima kasih di atas sokongan anda semua.Semoga kita akan terus berinteraksi di blog ini.Saya sudah pun melayari blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.Syabas!Teruskan perjuangan!

kepada tempursakti,terima kasih dan mohon beritahu maklumat detail mengenai kawasan yang terancam oleh Siput Gondang Emas dibendang-bendang di Kedah seperti yang dikatakan bagi memudahkan saya mengarahkan pegawai mengambil tindakan.

vernoz said...

Salam Dato,

Ketegasan dalam membantu masyarakat setempat amat dialu-alukan..saya suka menyatakan bahawa PR akan sentiasa mengatakan apa yg BN buat utk rakyat tetap salah biarpun niat disebaliknya adalah baik seperti yg Dato jelaskan.Apa yang penting perjuangan harus diteruskan.PR tidak akan mengaku sesuatu itu bagus kecuali tindakan itu dibuat atas usaha mereka.Depa takkan mengaku BN itu bagus..bagi depa PR itu bagus biarpun jelas kita lihat ini lah PENGKHIANAT BANGSA..berjuang utk seorg yg gilakan kuasa..bersengkokol dengan parti yg menafikan agama dan bangsa kita sendiri..

Saya penduduk Selangor.tiada apa keistimewaan semenjak PR mengambil alih..mohon Dato menyiasat ada aduan bahawa pelajar2 sekolah diberi kertas soalan bertanyakan kerajaan mana yg lebih baik..BN atau PR..berlaku di sekolah di daerah Puchong...depa dah mula cuba meracun fikiran anak2 kita disekolah...ingat teman2 semua..Tanah ini kita pinjamkan dari anak cucu kita...pulangkan kepada mereka nanti seperti mana kita ambil dari mereka...fikir2kan lah...salam perjuangan

tempursakti said...

Salam Dato,
Rasa terpanggil untuk maklumkan kepada YB Dato berkaitan ancaman SIPUT GONDANG EMAS dalam tanah bendang di kawasan MADA.

Ancaman siput ini dah lama,pelbagai usaha dan racun telah digunakan tetapi masih lagi menjadi-jadi pula kini.
Masa tanah bendang kering siput-siput ni tak ada tetapi bila air dari sungai mula disalurkan dapat lihat berjuta-juta telur siput ini merah-merah berjuntaian digigi sungai bertautan dengan rumpai air,bila air masuk kebendang telur siput ini amat cepat merebak dalam bendang.

Musim pertama masaalah siput ini d mudah untuk dimusnahkan dengan sekali racun sahaja mungkin tanah bendang kering dan petani membajak secara putar kering,tetapi musim kedua amat sukar dan terlalu banyak siput ini hinggakan ada ketikanya terpaksa menggunakan racun sampai lima kali sebelum benih dapat diserakan.

Kawasan MADA SG LIMAU adalah kawasan yang banyak terdapat siput-siput ini begitu juga dalam lain-lain kawasan,bezanya banyak dan sedikit,ada tetap ada.Sehingga kini racun yang dibenarkan oleh MADA kurang berkesan untuk memusnahkan siput-siput ini,ramai petani terpaksa mengguna pakai racun yang terkuat iaitu RACUN TENGKORAK yang terlarang jualan nya.

Mencadangkan supaya pihak MADA membenteraskan telor-telor siput gondang emas ini sebelum air disalirkan kedalam sungai-sungai mada diseluruh perairan MADA dan mengunakan racun yang boleh memusnahkan siput-siput ini dari cepat merebak.

Sekian makluman saya,terimakasih.

Ezo said...

SOKONG TINDAKAN DATO'......jangan peduli pembangkang yang merugikan rakyat!!! lihat pelajar-pelajar Mesir,ramai yang dah rosak sebab pemikiran pembangkang.Tukang yang paling mudah adalah TUKANG KRITIK.nak bina tak semudah yang dikata.

Anonymous said...

YB DATO,
SAYA TAU LUAHAN INI BUKAN DITEMPAT YANG BETUL TAPI SAYA RASA AGAK KECEWA UMNO TV JAUH KETINGGALAN DENGAN TV PAS. TV PAS TELAH MELAPOR DAN MEMPERJELASKAN KERJAAN PERPADUAN TERUS DARI PARLIMEN TAPI UMNO TV MASIH LAGI SIARKAN PROGRAM PAK LAH. SEHARUS NYA UMNO TV LEBIH KEDEPAN TAPI SEBALIKNYA LAPORAN UMNO TV JAUH KETINGGALAN DARI TV PAS.APAKAH PERLU IBU PEJABAT UMNO BUAT SESUATU??? MAAF DATO KERANA MENGGUNAKAN RUANG INI...

Anonymous said...

syabas dato..teruskan...jagn layan JKKK puak puak reject UMNO ni..buang karen jer....